25- Ditawan 2

Young Adult Series 53844

Satu persatu orang-orang Virgo tumbang. Kini yang tinggal hanya sisa di bangunan lama. Kawasan bangunan telah dikepung seluruhnya oleh mereka.

Seorang demi seorang mati ditembak oleh Vincent di kepala dan tengkuk dipatahkan oleh orang-orang Ramil, Dave dan Mr.Tony. Mereka harus melakukannya secara senyap tanpa ada pergelutan. Jika berlaku, nyawa Ramil, Mr.Tony, Maria dan Janet dalam bahaya.

Yang tinggal hanyalah Virgo. Virgo masih leka dengan Ramil, sedangkan diluar sana, orang-orang suruhannya semuanya sudah tumpas tanpa disedarinya.

Virgo membawa Ramil ke tempat Maria ditawan.

"Bie!" Jerit Maria saat melihat sepucuk pistol dihunuskan ke kepala suaminya.

"Sayang..tenang, bie ok" Ramil memandang ke arah isterinya. Dia dapat melihat dengan jelas, kepala Maria yang berdarah.

"Sial kau Virgo! Sudah ku katakan, jangan apa-apakan isteriku" Ramil menggeram. Mukanya merah.

"Ha ha ha.. bukan setakat itu sahaja. Aku boleh lakukan lebih lagi. Mr.Tony" Virgo memberi kode kepada Mr.Tony supaya menggantikan tempatnya. Kini pistol bertukar tangan.

Virgo berjalan menghampiri Maria.

"Aku akan buat isterimu mendesah di hadapan kau, Ramil" Virgo merentap baju yang dipakai oleh Maria dengan kasar sehingga mendedahkan sebelah bahu dan benjolan payudaranya yang putih bersih di balik bra.

"Arghhhh!!!" Jerit Maria sambil meronta. Dia menangis semahunya.

"Sial kau Virgo! Jauhkan diri kau dari isteri aku" Jerit Ramil geram. Virgo tidak mengendahkan Ramil.

"Bie, tolong Maria!!" Jerit Maria masih meronta dan menolak perlakuan Virgo terhadapnya.

"Virgo!" Panggilan seseorang membuatkan tindakan Virgo terhenti. Virgo menoleh, Mr.Tony menghalakan muncung pistol ke arahnya.

"Mr.Tony, apa kau buat ni?" Tanya Virgo hairan. Dia lantas bangun dan melangkah menghampiri Mr.Tony.

"Sebenarnya aku hanya peralatkan kau untuk percaya pada aku. Tujuan aku datang ke sini adalah untuk membantu Ramil selamatkan isterinya, bukan untuk berkomplot dengan kau yang tak sedar diri!" Mr.Tony menerangkan kedudukan yang sebenar.

"Tapi dokumen ini masih ada padaku" Virgo menunjukkan dokumen yang ada ditanganya.

"Itu dokumen palsu. Huh! Kau ingat kami semua ni bodoh? Yang bodoh tu, kau!" Bentak Mr.Tony pada Virgo.

"Sial kau Mr.Tony!" Bentak Virgo dengan suara yang nyaring.

"Kevin! Jason!" Virgo menjerit memanggil nama orang suruhannya.

"Kau panggil siapa, huh? Orang-orang kau semuanya sudah tumpas. Ha ha ha ha.. disini, hanya tinggal kau seorang saja" celah Ramil pula.

Virgo masih menapak menghampiri Mr.Tony.

"Kau jangan dekat. Kalau tidak aku tembak." Ugut Mr.Tony.

Virgo tidak mengendahkan ugutan Mr.Tony. langkahnya semakin mara ke hadapan.

Ceklek!

Wajah Mr.Tony serta merta berubah. Ternyata pistol yang dipegangnya tidak mengandungi peluru.
   
Virgo ketawa. Dia memasukkan tangannya kedalam saku seluarnya lalu mengeluarkan sesuatu. Dia membuka genggaman tangannya, terlihat 7 butir peluru berada didalam genggamannya.

"Aku sudah keluarkan lebih awal peluru dalam pistol itu..ha ha ha ha" ternyata Virgo sangat licik. Dengan pantas, pistol di tangan Mr.Tony dirampasnya. Berlaku pergelutan antara Mr.Tony dan Virgo.

Ramil yang sedari tadi diam, lantas berlari ke arah Virgo, dengan satu lompatan, Ramil menghalakan sikunya di kepala Virgo dengan kuat.

"Urghh!" Virgo jatuh tersungkur manakala Ramil cepat menahan tubuhnya dengan tangan dan kakinya dari jatuh.

Virgo mengeluarkan belati yang terselit di celah kakinya.

"Bie, hati-hati" Ramil menoleh kearah isterinya lalu mengangguk.

Virgo tersenyum sinis.

"Suami kau akan mati ditangan aku malam ini dan kau akan jadi laukku seketika nanti" ujar Virgo sambil tersenyum miring ke arah Maria.

"Jangan harap, sial!" Marah Ramil geram. Dia takkan mengizinkan Virgo menyentuh isterinya lagi.

Virgo bangun lalu berlari kearah Ramil. Ramil yang sudah bersedia dari tadi segera mengelak saat layangan belati tajam menghampiri tubuhnya dan tersasar.

"Huh" Ramil mendengus kasar.

"Kau akan mati ditanganku, Ramil!" Jerkah Virgo seraya melayangkan belati.

Zass
Zass
Zass

Layangan demi layangan belati ke kiri dan kekanan menghampiri tubuh Ramil, tetapi berjaya dielak olehnya. Dengan pantas, Ramil menangkap kuat pergelangan Virgo lalu menghentaknya kuat pada lutut yang diangkat separas pinggang.

Prakkk

"Arghh!" Belati dalam genggaman Virgo terlepas, tangan kanan Virgo patah.

"Sakit bukan?" Sinis sekali kata-kata Ramil pada Virgo.

"Sial kau, Ramil!" Virgo menahan sakit. Dia masih tidak berputus asa.

Dengan sekuat tenaga dia menggenggam erat tangan kirinya lalu dilayangkan ke wajah Ramil. Dengan cepat Ramil menepis dengan tangan kekarnya. Satu tumbukkan singgah di perut Virgo.

"Urgh" Ramil memukul tubuh Virgo bertubi-tubi sehingga pukulan terakhirnya singgah dimuka Virgo.

"Arhh..." erang Virgo. Hidungnya berdarah.
Ternyata Virgo salah memilih lawan. Ramil memang seorang yang handal dalam pertarungan.

"Marilah" Ramil mencabar Virgo supaya teruskan pertarungan. Tajam sekali pandangan Ramil terhadap Virgo.

"Arghhhhh....." Virgo menjerit sambil berlari ke arah Ramil. Dengan pantas kakinya mahu menendang kaki Ramil, tetapi Ramil lebih awal dapat membaca gerakkannya. Ramil memusingkan tubuhnya, lalu kakinya terangkat dan terpusing ke udara. Dengan kuat, hentakkan kakinya mengena di kepala Virgo.

"Urghh!!!" Virgo jatuh tersungkur. Tubuhnya lemah dan tidak dapat bangun lagi.
Dani menghampiri Virgo dengan pantas. Dia mengangkat tubuh Virgo lalu menyilang kedua tangan Virgo ke belakang.

Ramil segera mendapatkan isterinya Maria. Mr.Tony menghampiri Janet lalu melepaskan ikatan pada tangan dan kaki Janet.

"Sayang.." Ramil segera membuka ikatan pada tangan dan kaki Maria. Terlihat kesan merah dan lepuhan pada tangan isterinya.

"Arkhh..,sakit" erang Maria. Ramil melihat kesan luka pada kepala Maria. Dia menarik nafas lega kerana lukanya tidak terlalu dalam.
Ramil memeluk isterinya erat. Dia bersyukur isterinya tidak apa-apa.

"Janet, kamu ok?" Tanya Ramil kepada pembantunya.

Janet hanya mengangguk pantas.

Ramil segera membuka jaket yang dipakainya lalu disarungkan ke tubuh Maria yang terdedah. Dia segera mengendong tubuh isterinya, mahu bawa keluar dari kawasan itu.

"Dani, kau bawa dia ke bilik siksa. Nanti aku akan kesana" Arah Ramil kepada Dani. Dani hanya mengangguk lalu menolak tubuh Virgo supaya berjalan.

******

Ramil membawa Maria dan Janet ke hospital untuk dirawat dan membuat pemeriksaan lanjut.
Tangan dan kepala Maria sudah dibalut rapi. Begitu juga dengan Janet.
Ramil juga berasa lega kerana kandungan Maria tidak apa-apa.

Di mansion,

Thalia, Dave dan Sawyer sudah sampai dari Italy. Mereka sedang menanti kepulangan Ramil dan Maria di mansion. Wajah Thalia paling risau saat mengenangkan menantu dan cucu dalam kandungan Maria.

"Sabarlah sayang.. aku pasti, Maria selamat. Sayang harus percaya pada kebolehan anak kita." Pujuk Dave sambil mengusap belakang Thalia dengan lembut. Dave yakin Ramil pasti berjaya tumpaskan kumpulan penjenayah itu. Anaknya bukan setakat pandai bermain dengan senjata sahaja, tetapi anaknya juga memang handal berlawan dalam seni karate.

"Betul cakap daddy tu.. mummy kena percayakan Abang Ramil. Sawyer tahu, Kak Maria pasti selamat." Sawyer meyakinkan Thalia. Dia tidak mahu kesihatan mummynya pula yang terjejas.

Beberapa minit kemudian, pintu mansion terbuka dari luar. Janet mendahului masuk ke dalam mansion diikuti Ramil yang sedang mengendong Maria.

Thalia, Dave dan Sawyer segera mendapatkan mereka.

"Bawa Maria terus ke kamar" perintah Dave kepada Ramil. Ramil menganggukkan kepala seraya terus ke kamar. Kesemua mereka membuntuti langkah Ramil hingga ke kamar.

Tubuh Maria direbahkan perlahan di atas katil.

"Sayang rehat dulu, ok" Ramil mengusap rambut isterinya perlahan. Satu kucupan singgah di dahi Maria.

Thalia segera menghampiri Maria. Dipeluknya tubuh Maria erat.

"Maria dan kandungannya selamat mummy, daddy" ujar Ramil kepada Dave dan Thalia. Mereka menarik nafas lega.

"Syukurlah menantu mummy tidak apa-apa" ujar Thalia. Hilang rasa resah yang dirasainya tadi. Maria hanya tersenyum. Dia masih lelah dengan apa yang terjadi hari ini padanya.
Mata Maria terarah ke susuk tubuh seorang lelaki tampan yang tidak dikenalinya.

"Sawyer?" Tegur Maria sambil mengerutkan keningnya. Kesemua mata terarah pada Maria dan kemudiannya kembali kepada Sawyer.

Ramil tersenyum. Dia melangkah menghampiri Maria.

"Ia, sayang. Bie lupa nak kenalkan sayang dengan Sawyer." Sawyer melangkah menghampiri katil.

"Kak Maria" panggil Sawyer sambil tersenyum. Dia mencium kedua pipi Maria.

"Cantik. Patutlah Abang Ramil nampak sasau saat Kak Maria hilang" Sawyer terkekeh ketawa. Maria tersengih malu dengan pujian adik iparnya.

"Isteri aku hilang, mesti la aku sasau. Kau cemburu? Kahwin la cepat-cepat, baru kau tau bagaimana rasanya saat isteri kau hilang" tingkah Ramil pantas. Sawyer hanya memutarkan bola matanya. 

Thalia, Maria dan Dave hanya ketawa geli hati dengan sikap dua beradik ini.

"Sayang..bie lapkan badan sayang dulu ya. Lepas tu ganti baju"

"Tak apa, Mil. Biar mummy yang buatkan nanti. Mummy tahu, Mil nak keluar kan?" Maria memandang ke arah Thalia sekilas, kemudian menoleh sepenuhnya ke arah Ramil.

"Bie nak buat apa dengan lelaki tadi?" Tanya Maria risau. Ramil tersenyum.

"Sayang..dengar, dari awal lagi bie dah warning dia, jangan sampai tubuh sayang ada calar sikit pun. Tapi lihat apa yang jadi pada sayang, luka sana sini. Yang buatkan bie lagi marah, sanggup dia nak perkosa isteri bie depan mata bie. Bie takkan lepaskan dia macam tu saja." Melopong mulut Thalia mendengarnya.

"Apa kau cakap, Mil? Perkosa?" Ramil mengangguk. Thalia lantas menutup mulutnya seperti tidak percaya.

"Nantilah Mil ceritakan pada mummy ya. Mil nak keluar ni" Maria menarik perlahan tangan suaminya.

"Bie, please... tak bolehkah serahkan saja dia pada polis. Biar dia dipenjarakan." Maria sedaya upaya cuba memujuk suaminya supaya tidak menyiksa dan membunuh lelaki tadi.

Ramil mengeluh.

"Sayang.., sayang tau tak, dekat luar bangunan lama tu tadi, lebih dari 50 orang suruhannya mati dibunuh tau. Betapa susahnya bie nak masuk selamatkan sayang. Kalau bie serahkan dia kepada polis, polis akan siasat perkara ni dan bie juga akan terbabit. Sayang nak ke bie masuk penjara?" Maria menggelengkan kepalanya sambil mengerutkan keningnya.

Ramil tersenyum. Dia geram saat Maria membuat memek muka begitu. Untung saja ada Thalia, Dave dan Sawyer disitu. Jika tidak, sempat lagi dia bercinta dengan isterinya.

"Bie pergi ya?" Maria menganggukkan kepala seraya tersenyum. Ramil mencium bibir Maria sekilas seraya mengusap rambut isterinya dengan kasih sayang.

"Mummy tolong jaga Maria ya" pesan Ramil kepada Thalia.

"Yelah" jawab Thalia.

"Abang Mil, aku ikut." Celah Sawyer. Sudah lama dia tak ikut Ramil ke bilik siksa.

"Kau nak buat apa dengan lelaki tu?" Tanya Ramil. Sawyer menyeringai.

"Aku nak siat kulit dia" Maria melopong mendengar kata-kata Sawyer. Sangat kejam dipendengarannya.

Ramil mengangguk lantas berdiri.

"Bie.." Ramil menoleh.

"Take care." pesanan Maria membuat Ramil tersenyum. Ramil kembali mencium kening Maria.

"Ok sayang" Ramil mengusap pipi isterinya perlahan dan segera pergi dari situ.
Maria tidak risau dengan suaminya. Dia sudah melihat sendiri bagaimana suaminya melawan musuh untuk menyelamatkannya tadi. Ternyata Ramil pandai dalam ilmu mempertahankan diri. Sedikit sebanyak, dia sudah boleh terima kenyataan bahawa suaminya seorang psikopat.

Bersambung...

Aku cinta kamu dan kamu cinta aku. Di hatiku, kamu akan selalu ada. Di sini atau di sana, dekat atau jauh, cintaku akan ada di manapun kamu berada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience