18- Merajuk 2

Young Adult Series 53844

Seawal 6 pagi, Maria sudah bangun. Dia turun dan menghabiskan awal paginya dengan yoga di taman.
Peristiwa semalam masih terbayang difikirannya.

"Kenapa dia berkelakuan pelik semalam? Apa yang salah? Atau dia dah bosan dengan aku? Selalunya, dia yang paling berghairah sewaktu kami bercinta. Tapi semalam..."

Tap!
Setitik airmata jatuh di pipi Maria. Dia kecil hati dengan sikap Ramil semalam yang tidak mengendahkannya. Apakah kerana dia sedang hamil dan membuat dirinya begitu sensitif?

"Selamat pagi, mem" sapa Janet melangkah menghampiri Maria. Maria dengan cepat mengusap airmata diwajahnya.
Maria menoleh ke arah Janet.

"Oh..Janet.. selamat pagi." Maria membalas sapaan Janet dengan senyuman hambar.

"Mem Maria ok?" Dia perasan yang tadinya Maria sedang menangis.

"Saya ok, Janet" balas Maria lembut. Dia kembali melakukan yoganya.

"Mem.. Mem nak minum atau makan apa-apa?" Tanya Janet lagi.

"Tak mahu, Janet" Maria melipat kedua kakinya kehadapan, kemudian kedua tangannya disilang kebelakang.

"Kalau mem mahu apa-apa, panggil saja saya." Ujarnya seraya menunduk dan pergi dari situ. Maria mengambil keputusan untuk diam. Dia meneruskan yoganya.

*****

Ramil mengeliat, tangannya lincah mahu memeluk Maria. Tapi ruangan disisinya kosong. Ramil meraba mencari Maria. Tiada. Dia mendongakkan kepalanya sambil memicingkan matanya mencari kelibat Maria. Tiada.

"Sayang.." Ramil turun dari katil. Dia melangkah ke kamar mandi. Tiada.

"Sayang.." Ramil membuka pintu bilik, lalu melangkah turun mencari Maria.

"Sayang...." panggil Ramil lagi. Janet yang dengar suara Ramil mencari Maria segera mendekati.

"Tuan.., Mem ada di taman. Sedang beryoga" beritahu Janet.

"Yoga?" Ramil segera melangkah ke taman.

Setibanya ditaman,

"Sayang... hey.. sayang buat apa ni?" tanya Ramil segera merangkul lengan Maria.

"Yoga" jawab Maria datar tanpa menatap ke wajah Ramil.
Ramil mengeluh.

"Sayang.., sayangkan hamil" Maria menoleh memandang ke arah Ramil.

"Sejak bila pula perempuan hamil tak boleh beryoga? Bukan Maria melompat atau berlari" jawab Maria seraya berlalu dari situ. Dia melangkah masuk ke dalam mansion.

"Eh, Eryk, Ena, nak kemana ni?" Tanya Maria hairan melihat Eryk dan Helena sudah siap seawal pagi.

"Kami kena balik. Ada masalah di pejabat. Ikutkan semalam lagi kami nak balik, tapi flight ke Washington delay. Jadi, kami terpaksa ambil tiket paling awal pagi ni" cerita Eryk.

"Tak pe, saya suruh driver hantarkan kamu berdua ke airport." Ujar Ramil yang mahu melangkah.

"Eh..tak pe Mr.Ramil. Saya dah call grab. Sekejap lagi dia datang" Ramil menganggukkan kepalanya.

Sebentar kemudian grab pun datang. Ramil dan Maria hanya menghantar Eryk dan Helena di muka pintu.

"Terima kasih Mr.Ramil kerana tumpangkan kami disini. Terima kasih juga di atas layanan yang diberikan. Sampai berjumpa lagi"
Ramil bersalaman dengan Eryk.

"Jumpa lagi Ena, Eryk." Maria memeluk Helena, kemudian bersalaman dengan Eryk.

Eryk dan Helena melangkah masuk ke dalam grab yang sudah menanti di perkarangan mansion. Helena dan Eryk melambaikan tangan kepada Ramil dan Maria sebelum grab itu berlalu pergi dan menjauh.

Ramil menoleh memandang ke arah Maria. Maria yang perasan Ramil sedang memerhatikannya, lantas menoleh lalu menjeling sekilas dan berlalu dari situ.

"Sayang..,sayang.." Ramil mengejar Maria yang masuk kedalam kamar.
Maria tidak mengendahkan panggilan Ramil. Dia melangkah masuk ke dalam kamar mandi, lalu mengunci pintu dari dalam.

Dumm!!
Dumm!!
Dumm!!

"Sayang...buka pintu ni.." Ramil mengetuk pintu kamar mandi dari luar. Maria meneruskan mandinya tanpa pedulikan Ramil.
Usai mandi, Maria keluar dengan memakai tuala mandi separas dada dan satu lagi tuala terlilit kemas di atas kepalanya. Ramil yang masih berdiri dimuka pintu segera menarik pinggang Maria.

"Sayang..hey.. what wrong?" Tanya Ramil sambil sebelah tangannya mengangkat wajah Maria yang menunduk tanpa mahu melihat kearahnya.

Mata Maria sudah berkaca. Ternyata dia tidak tahan jika Ramil terus menerus bertanyakan hal ini kepadanya.

"Maria perlukan ruang, please..." setitik airmata jatuh ke wajah Maria. Ramil terkejut dengan perubahan sikap Maria pagi ini. Perlahan Maria menolak tubuh Ramil supaya menjauhinya.

"Sayang, no. Tell me, what going on? Ingat tak sayang pernah katakan pada bie, jika ada salah faham, kita perlu duduk dan berbincang." Ramil cuba mengingatkan Maria mengenai perbincangan mereka dulu dari hati ke hati.

Maria menggelengkan kepalanya sambil kedua tangan menutup wajahnya. Dia menangis semahunya.

Ramil semakin risau dengan keadaan Maria.
Ramil memeluk Maria erat ke dalam pelukkannya.

"Jika bie ada buat salah pada sayang tanpa bie sedar, maafkan bie." Luah Ramil. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang menyebabkan Maria bersikap sebegitu pagi ini.
Maria tidak mahu membicarakan apa-apa. Dia memilih untuk diam.

Falaiev Corporation Centre.

Seorang lelaki kemas dan tampan berkemeja biru cerah, berkod berwarna royal blue dengan seluar panjang warna senada, tanpa tali leher. Itulah Ramil Falaiev.

Dia langsung tidak boleh menumpukan perhatiannya pada kerja di pejabat. Fikirannya masih teringat pada Maria. Dia masih berfikir, kenapa Maria bersikap begitu dengannya.

"Apa salah aku, ha?" Ramil memasukkan kedua tangannya ke dalam saku seluar. Pandangannya dilemparkan jauh ke hamparan kota Las Vegas yang masih sibuk.

Ramil mengambil langkah untuk mengawasi Maria. Dia melangkah ke meja kebesarannya lalu membuka laci mejanya. Sebuah tablet berukuran 9 inci dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja.

Dia perlu tahu, apa yang Maria lakukan seharian.
Ternyata Maria sedang tidur.

"Apa dia tidak sihat?" Ramil jadi semakin risau. Dia menilik arloji berjenama mahal di pergelangan tangannya. Sudah jam 4 petang. Selalunya, waktu sebegini Maria sudah ada di taman atau membaca majalah di bilik bacaan. Ramil menjadi hairan.

Kepalanya masih mencari apa salahnya. Dia cuba mengingati apa yang mereka lakukan bersama semalam. Kemudian dia menepuk kepalanya. Dia sudah tahu kenapa Maria tidak mengendahkannya.

"Kerana aku tidak mengendahkan kemahuan dia semalam. Oh my god. Kenapa aku boleh lupa pasal hal macam ni? Bodohlah kau Ramil" Ramil menghentak kepalanya dengan tangan berkali-kali menyesali kealpaannya.

Drtt
Drtt

"Ya Janet.."

"...."

"Apa? Baiklah, saya pulang sekarang"
Ramil terus memutuskan talian.
Dia menghubungi drivernya.

"Siapkan kereta. Aku mau pulang sekarang"

Ramil menutup tabletnya lalu disimpan semula sedalam laci. Dia mencapai briefcasenya dan berlalu keluar dari pejabatnya.

"Mary, saya pulang dulu."

"Baik bos" Ramil berjalan pantas menghampiri pintu lift.
Pintu lift terbuka. Dani yang berada dalam lift yang mahu melangkah keluar segera mematikan hasratnya saat Ramil melangkah masuk.

"Kenapa ni, nampak macam tergesa-gesa" soal Dani hairan.

"Maria pengsan" cerita Ramil

"What?" Dani terkejut mendengar kekasih hati bos merangkap rakan baiknya itu pengsan. Dia tahu, Maria sekarang sedang hamil. Mungkin itu menambahkan lagi kekhwatiran Ramil kepada Maria.

Bersambung...

Merindukanmu adalah hobiku setiap waktu. Memperhatikanmu adalah pekerjaan harianku. Membahagiakanmu adalah rutinku dan mencintaimu adalah tujuan hidupku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience