1- Perjanjian

Young Adult Series 53821

Bandar Las Vegas masih sibuk walaupun sudah hampir jam 1pagi. Masih ramai yang berlegar-legar mencari tempat untuk menikmati hiburan. Bersesuaian dengan nama gelaran yang diberi sebagai 'Ibukota Hiburan Dunia atau 'Bandaraya Berdosa'. Las Vegas (juga dipanggil "Vegas") ialah bandar yang paling banyak jumlah penduduknya di negeri Nevada, Amerika Syarikat dan sering dianggap sebagai pusat utama untuk tujuan percutian, belanja, hiburan dan perjudian.
Begitu juga dengan 2 wanita ini. Kadang-kadang, tugas memaksa mereka bekerja sehingga lewat malam. Walaupun lelah, terpaksa hadapi juga demi memastikan kehidupan mereka serba cukup.

Studio Glatera

"Maria..kerja kau dah selesai. Jom balik."
Helena, PA kepada Maria Elyna. Semua urusan jadual atau pengurusan Maria, Helena yang akan uruskan. Dia yang akan mempertimbangkan job yang akan Maria berurusan kelak.
Dia juga merupakan kawan rapat pada Maria Elyna.

"Ena, jom lepak club dulu. Aku dah lama tak kesana."

Maria Elyna, dia merupakan seorang model bagi produk berjenama di Las Vegas. Dirinya mempunyai sosok badan yang menarik dan digilai ramai jejaka diluar sana. Malahan, ada yang menawarkan diri untuk menjadi sugardaddynya kerana perwatakannya yang seksi dan menggoda.

"Tak boleh Maria. Kita kena balik sekarang. Esok pagi-pagi lagi kau ada fotoshoot untuk Cover majalah Fashion TV dengan Syarikat Falaiev Corporation Centre."

"What!? Aku dah cakap dengan kau banyak kali, aku tak suka wajah aku jadi cover majalah. Aku nak kau tolak tawaran tu"
Maria membantah terang-terangan. Dia tidak suka mempamerkan wajahnya apatah lagi dimuka depan majalah. Dia lebih suka berkerja seperti sekarang, low profile. Dia juga tidak dikenali oleh mana-mana media hiburan atau paparazi.

"Tapi Maria, mereka tawarkan harga yang tinggi. Aku rasa, rugi kalau kita tolak." Helena berupaya memujuk Maria. Rasanya tidak salah kalau dia menerima job itu.

"Aku tak peduli, aku nak kau tolak tawaran tu" tekan Maria lalu mengorak langkah meninggalkan Helena.

Helena yang perasan ditinggalkan Maria, terkocoh-kocoh dia berlari anak mengejar Maria.

"Maria, tunggu! Aku belum habis cakap lagi" Helena menarik tangan Maria supaya berhenti.
Maria yang tadinya melangkah laju dengan sepatu hak 8 inci berhenti mendadak sehingga membuatkan Helena hampir melanggarnya.

"Apa lagi Ena.." rungut Maria sambil memeluk tubuh. Dia menatap tajam pada Helena.

"Aku dah tandatangan kontrak kau dengan syarikat tu. Macam mana pun, kau kena pergi"

"What!? Kau dah gila, Ena. Sepatutnya kau tanya aku dulu. Bukan dah tandatangan baru kau datang jumpa aku. Aku tahu kau PA aku, tapi kau tak boleh la sewenang-wenangnya ambil job tanpa pengetahuan aku"

"Lagipun, kau sendiri tahu..aku tak suka jadi cover majalah. Kau faham tak? Benda ni aku dah cakap dengan kau banyak kali. Aku tak kira, aku nak..kau hubungi mereka dan batalkan perjanjian tu" arah Maria dengan suara yang sedikit meninggi.

"Tak boleh Maria..aku dah tandatangan kontrak kau 3 bulan dengan syarikat tu. Kau kena terima jugak. Kalau tidak..." Helena memandang tepat kewajah Maria. Dia tersengih menampakkan barisan giginya yang rata dan bersih.

"Kalau tidak apa?" Soal Maria dengan wajah yang serius.

"Kita kena saman" Helena menutup matanya sebelah, sebelah mata lagi terbuka sedikit kerana hendak melihat riaksi Maria.

"What? Ena, kau sangat menyebalkan! Erghhhhh!!" Dia mengangkat kedua tangannya kearah Helena seperti mahu mencekik, lantas pergi meninggalkan Helena terkulat-kulat.

"Maria! Tunggu aku" Helena berlari mengejar Maria. Tubuhnya yang genit memerlukan tenaga yang lebih untuk mengejar langkah Maria yang panjang.

Maria masuk ke dalam kereta porchenya, dia menghidupkan enjin keretanya lalu menekan minyak tanda protes pada Helena.
Helena pantas masuk dan duduk di sebelah Maria. Belum sempat Helena memakai safety belt, Maria menekan pedal minyaknya membuatkan kereta berdesir laju menyusuri bandar Las Vegas.

Mahu atau pun tidak, dia terpaksa menerima kontrak dengan syarikat itu. Jika tidak, duit simpanannya akan habis semata-mata untuk membayar saman. Ini semua gara-gara PA nya, Helena. Dia tak habis fikir mengenai sikap Helena yang tidak mahu berbincang dahulu dengannya. Helena suka membuat keputusan sendiri. Alih-alih, dia yang terpaksa menanggungnya.

Dalam masa 30minit, mereka tiba diperkarangan apartment milik Maria. Tanpa menunggu lama, Maria keluar dari keretanya tanpa mengambil barang-barangnya. Dia melangkah laju menuju ke pintu lift.

Helena yang faham bahawa Maria sedang protes, hanya mengeluh berat. Dia mencapai barang keperluan Maria, lantas keluar dari kereta dan menghampiri Maria yang sudah berada dalam lift. Terkedek-kedek dia berlari sebelum pintu lift tertutup.

Sepanjang dalam lift, langsung tiada perbualan antara mereka. Tak guna bertengkar. Perjanjian tetap perjanjian,sudah tidak berdaya untuk mereka menarik balik. Mau atau tidak, Maria terpaksa hadap selama 3bulan.

Menyebalkan!

*********

Disebuah banglow lama di dalam hutan,

"Dani, mana kau jumpa lelaki sial ni?"
Tanya Ramil sambil matanya memandang ke arah susuk tubuh lelaki yang telah dipasung oleh Vlad, William dan Ryno. Mereka bertiga ini adalah orang kuat merangkap bodyguard pada Ramil. Dani pula merupakan sahabat karib dan setiausaha peribadi Ramil di syarikatnya.

Ramil Falaiev memiliki wajah tampan lagi menawan. Kekayaannya menjadi rebutan bagi setiap gadis. Namun,tiada seorang wanita pun yang mahu dihampirinya. Gaya dan sikap arogannya membuat para wanita tidak berani hampir dengannya. Kehidupan gelapnya tersembunyi di balik syarikat yang diusahakannya Falaiev Corporation Centre.

"Kau nak tahu, aku tangkap dia di sebuah club,mabuk dengan jalang bayarannya." Balas Dani sambil tersenyum miring.

Dani Drolima. Dia merupakan kawan rapat pada Ramil Falaeiv merangkap setiausaha peribadi kepada Ramil. Tubuhnya tegap dan memiliki paras rupa yang tampan. Dia juga mempunyai sisi lain yang tiada siapa tahu, seorang psikopat. Mereka berganding bahu menzalimi mangsa mereka dengan kejam tanpa belas ehsan.

"Jalang mana yang kau lecehkan, hurmm? Taraf macam kau ni, jalang kelas murahan je yang pandang" belati tajam sedang bergerak perlahan turun dari leher dan dada yang sudah telanjang.

"Sekurang-kurangnya, juniorku jago..dan taste aku seorang wanita, tak macam kau, gay...arkkhh!!!" Satu tusukan perlahan masuk ke perutnya. Darah mengalir laju membasahi seluar yang dipakainya. Bau hamis darah memenuhi ruangan bawah tanah banglow lama itu. Dani, William,Vlad dan Ryno hanya tersengeh melihat mangsa bosnya meraung kesakitan.

"Kau cabar aku, hum?" Sinis ucapan Ramil pada mangsa buruannya, Aldo.

Aldo tersenyum miring. Bibirnya pecah dan berdarah akibat dipukul teruk oleh bodyguard Ramil. Mata kirinya sudah bengkak sebesar bola pingpong. Mata kanannya merah kerana pecah darah.

"Lepaskan aku. Kita lihat, siapa yang jago" cadang Aldo dengan riaknya.

Semua yang ada disitu ketawa.

"Dengan keadaan kau yang macam ni, ada hati kau nak lawan aku? Kau cabar aku?" Soal Ramil sinis.

"Kalau kau rasa itu sebagai cabaran, lakukan" kata-kata yang penuh penekanan.

"Vlad, lepaskan dia. Ryno, berikan aku katana tu"
Vlad dan Ryno segera menjalankan arahan bosnya.

Tubuh Aldo yang lemah, terkulai jatuh dilantai.
Katana panjang lagi tajam kini berada dalam genggaman Ramil.

"Bangun!" Bentak Ramil keras. Dihunusnya hujung pedang dibawah dagu Aldo.

"Dengan tubuh kau yang sudah seperti kain buruk ini, kau masih mahu berlawan denganku, hurm!?" Herdik Ramil dengan suara yang datar tetapi penuh dengan ancaman.

"Kau memang lelaki tak guna!" Tengking Aldo yang masih berusaha mahu berdiri, tetapi tetap saja jatuh ke lantai semula.

"Tamatkan dia, Ramil. Teruk sangat aku tengok tu" sela Dani sambil tersenyum sinis.

"Ada apa-apa lagi yang kau mahu bicarakan denganku, sebelum aku tamatkan riwayat kau malam ni?" Ramil terkekeh diselangi dengan ketawa yang lain.

"Kau memang lelaki sial!" Bentak Aldo geram. Ramil yang mendengar itu, lantas menghayunkan katananya mengenai leher Aldo. Kepalanya terpelanting sehingga ke sudut dinding, darah memercik di seluruh ruangan. Bau hamis darah menusuk ke deria hidung mereka.

"William, hapuskan mayatnya. Aku tak kira dengan cara apa. Jangan tinggalkan sebarang jejak. Ryno, kau bersihkan tempat ini. Aku tak mahu tempat siksaan ini menjadi kotor dengan darah sisialan ini" arah Ramil seraya berlalu dari ruangan itu diikuti Dani dan Vlad.

Bersambung..

Kekejaman Ramil tiada belas ehsan lagi. Siapa yang berani mengganggu gugat hal peribadi atau urusan bisnesnya, pasti akan menerima hal yang setimpal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience