28- Lari

Young Adult Series 53844

Sejak pulang dari Las Vegas beberapa minggu yang lalu, Helena sudah jarang dapat meluangkan masa bersama Eryk. Suaminya selalu sahaja sibuk dengan urusan pejabatnya. Mereka juga jarang duduk dan makan semeja. Eryk selalu pergi kerja awal dan pulang setelah lewat malam. 

Sejak mereka berkahwin, Eryk tidak membenarkan Helena berkerja lagi. Pendapatannya sudah lebih dari cukup untuk menampung kehidupan mereka berdua.

Helena bosan seharian dirumah.
Dia mengambil keputusan untuk ke rumah papa dan mamanya.

Helena meninggalkan nota ringkas di atas katil untuk suaminya. Kemudian, dia mencapai kunci kereta, tas tangan dan telefon bimbit. Langkahnya laju menuju ke luar penthouse lalu mengunci pintu.

Setengah jam perjalanan, akhirnya Helena tiba di hadapan rumah keluarganya.

Elle yang sedang berkebun di halaman luar lantas berdiri saat melihat Helena turun dari kereta dan berjalan menuju ke arahnya.

"Apa khabar, mama" Helena memeluk sambil mencium kedua belah pipi Elle.

"Mama sihat." Jawab Elle sambil menjenguk mencari seseorang.

"Kamu datang sorang? Eryk mana?" Pertanyaan Elle membuat Helena mengeluh.

"Dia selalu sibuk di pejabat, mama. Sehinggakan masa dia dengan Ena pun dah tak ada" rungut Helena dengan senyuman kelat. Elle yang faham dengan situasi anaknya seraya mengusap lembut bahu Helena.

"Sabar.. dia berkerja demi untuk kebahagiaan kamu. Dia perlu berkerja keras untuk tampung perbelanjaan harian buat kamu berdua. Tanggungjawabnya bertambah besar saat kamu menjadi isterinya." Pujuk Elle. Dia tidak mahu anaknya fikir yang bukan-bukan pasal menantunya.

"Sampai tak ada masa langsung untuk Ena, macam tu? Kalau Ena tahu nak jadi macam ni, lebih baik Ena kerja." Helena mula rasa menyesal saat dia menerima bulat-bulat keputusan Eryk dulu tanpa membantah.

"Ena..Eryk kan tidak izinkan kamu berkerja, isteri perlu patuh pada kata-kata suami tau" tegur Edward yang baru datang dari arah belakang rumah. Di tangannya memegang skot tanah.

"Papa.." Helena berlari seraya memeluk tubuh Edward. Helena memang rapat dengan papanya sejak dari dulu. Dia menangis di bahu Edward. Edward meletakkan skotnya, kemudian menanggalkan sarung tangannya.
Dia memeluk tubuh Helena erat sambil mengusap belakang anak kesayangannya perlahan.

"Kenapa anak papa menangis, hmm?" Soal Edward lembut.

"Izinkan Ena tinggal disini buat beberapa hari, papa" pinta Helena. Dia perlukan ruang untuk dirinya. Suaminya sudah lama tidak mengendahkannya sejak mereka pulang tergesa-gesa dari Las Vegas dulu.

"Eryk macam mana? Bagaimana kalau dia pulang kerja nanti, dia cari Ena tiada dirumah?" Tanya Edward. Dia tak mahu menantunya risau akan kehilangan Helena.

"Ena sudah tinggalkan nota padanya, papa" jawab Helena yang masih menyembamkan mukanya di bahu Edward.

"Kenapa kamu tak hubungi saja dia? Bukankah lebih mudah?" Helena meleraikan pelukkannya. Perlahan Edward mengusap airmata di wajah anaknya.

"Ena call, dia tak pernah angkat,pa. Bagaimana kalau emergency, tentu Ena mati dulu sebelum dia nak angkat call Ena." Balas Helena geram dengan sikap Eryk sejak akhir-akhir ini.

"Ena..apa cakap macam tu, tak baik.." tegur Edward pantas.

"Sudahlah, nanti papa bincang dengan Eryk ya." Pujuk Edward. Helena hanya mengangguk lemah.

"Pa..ma.. kalau Eryk datang cari Ena, papa dan mama cakap yang Ena tak mahu jumpa dengannya buat sementara waktu. Ena perlukan masa." Helena memandang ke wajah Edward dan Elle bergantian. Terdengar keluhan di bibir kedua orang tuanya.

"Yelah. Mari kita masuk ke dalam" Edward akur dengan keputusan anaknya. Dia faham situasi anaknya. Dia sendiri tidak mahu memaksa. Mungkin anaknya perlukan masa.

******

Eryk baru tiba di penthouse. Dia membuka kunci lantas masuk ke dalam. Suasana ruangan gelap gelita. Eryk menjeling arloji di tangan yang sudah menunjukkan pukul 11 malam.
Dia menekan suis lampu. Sekejapan sahaja ruangan hadapan menjadi terang benderang.

"Ena... Helena..." Eryk melangkah menuju ke tangga. Dia menapak lambat menaiki tangga sambil melonggarkan tali lehernya. Ruangan dalam penthouse sunyi sepi.
Eryk memulas tombol pintu kamar. Ruangan di dalam kamar juga gelap gelita. Eryk menekan suis lampu, lalu menapak ke dalam. Helena tiada didalam kamar. Di atas katil pun tiada.

'Kemana Ena pergi?' -batin Eryk.

Matanya terpandang pada satu nota kecil berwarna kuning di atas katil. Dia lantas menghampiri katil lalu diambil dan membacanya.

"Eryk.. aku perlukan masa untuk menenangkan fikiranku buat sementara waktu. Tak perlu cari aku, kerana aku tidak penting lagi buatmu. Kau tumpukan saja dengan urusan kerjamu, kerana ia lebih penting dari aku. Kau tak perlu risaukan aku, aku pandai jaga diri.

                                                        Helena.

Eryk meramas nota yang ada ditangannya lalu dibuang asal. Dia duduk di birai katil sambil meraup rambut dengan kedua tangannya sehingga berantakkan. Dia mengingat kembali saat dia bersama Helena di sini. Dia akui, dia telah mengabaikan Helena. Sejak syarikatnya mempunyai masalah beberapa minggu yang lepas, dia lebih mementingkan urusan pejabatnya dari Helena.

Kebajikan isterinya juga diabaikannya hanya untuk tumpukan perhatian pada urusan pejabat. Untuk apa lagi dia bertungkus lumus sekarang ni, syarikatnya sudah kembali aman seperti asal.

Eryk meraup wajahnya. Dia kesal dengan sikapnya yang telah mengabaikan isterinya. Sudah lama juga dia tidak meniduri isterinya. Dia sering keluar ke pejabat awal pagi sebelum Helena bangun dan pulang lewat malam setelah Helena tidur. Dia juga letih kerana seharian di pejabat sehinggakan nafkah batinnya buat Helena terabai.

Eryk menghempas tubuhnya di atas katil. Dalam fikirannya hanya ada Helena. Dia perlu mencari isterinya esok dan dia tahu, kemana isterinya pergi.

*****

Seawal pagi lagi Eryk sudah bangun. Dia membawa beberapa helai bajunya dan disimpan ke dalam beg galas. Perlahan kereta Lexusnya meluncur keluar dari parking penthousenya.
Dia tidak akan turun ke pejabat buat beberapa hari. Segala urusan pejabatnya, dia sudah serahkan pada pembantunya. Buat masa sekarang, isterinya lebih penting.

     Hampir 45 minit perjalanan kerana kesesakan lalu lintas, Eryk tiba di perkarangan rumah mertuanya. Ternyata tekaannya tepat. Kereta isterinya ada disitu. Dia sangat mengenali kereta Helena, kerana kereta itu adalah hadiah darinya buat isteri tercinta. Eryk turun dari keretanya lalu memandang dan menyentuh body kereta BMW M4 Coupé berwarna merah. Dia tersenyum. Dia tahu, isterinya ada didalam.

Edward yang menyedari kedatangan Eryk segera membuka pintu.

"Papa.." tegur Eryk seraya memeluk tubuh bapa mertuanya.

"Kamu apa khabar, Eryk?" Tanya Edward basa basi. Dia tersenyum kearah menantunya. Dia sudah tahu tujuan kedatangan Eryk kemari.

"Sihat pa.. papa, mama semua sihat?" Tanya Eryk kembali.

"Kami semua sihat. Isteri kamu, kamu tak nak tanya sihat ke tidak?" Sindir Edward kepada menantunya sehingga membuat Eryk tersenyum kelat.

"Helena ada, pa?" Tanya Eryk seraya menoleh memandang ke arah kereta isterinya.

"Dia keluar joging. Sekejap lagi, balik la tu. Mari masuk. Kita sarapan dulu" pelawa Edward seraya melangkah menuju ruang meja makan. Disitu sudah ada Elle, mama mertuanya.

"Mama apa khabar?" Sapa Eryk sambil mencium kedua pipi Elle.

"Mama sihat. Duduklah sarapan dulu, Eryk. Sekejap lagi Helena balik la tu." Balas Elle yang sudah tahu maksud kedatangan menantunya. Dia menuang secawan kopi buat Eryk. Eryk mencapainya.

"Ena pergi dengan sapa, mama?" Tanya Eryk sambil menghirup kopi panas tadi.

"Dengan Emely" Eryk mengangguk kepalanya perlahan. Dia menjamah sekeping roti yang disapu peanut butter sementara menunggu kepulangan isterinya.

*****

Dari jauh, Helena dapat lihat kereta Eryk terparking di depan halaman rumah orang tuanya. Langkahnya terhenti.

"Kenapa Kak Ena?" Tanya Emely hairan dengan perubahan Helena yang berhenti berlari. Emely memandang ke arah pandangan Helena. Dia sudah tahu kenapa kakaknya bersikap sebegitu. Dia sangat mengenali susuk kereta yang terparking di halaman rumah.

"Pergilah berjumpa dengan Abang Eryk. Dia datang nak jumpa akak tu" pujuk Emely sambil melangkah rapat ke arah Helena.

"Tidak Mel. Akak belum bersedia untuk berjumpa dengan dia." Balas Helena sambil menatap kewajah Emely.
Helena mengeluarkan kunci keretanya yang berada di dalam saku seluar.

"Akak nak kemana?" Emely tahu, Helena mahu pergi dari situ.

"Akak.. Mel sentiasa berada di belakang akak. Akak buatlah apa yang terbaik. Mel kena balik dulu. Sekejap lagi Mel kena pergi pejabat." Helena mengangguk faham dia segera berlari ke arah keretanya.

Toit
Toit

     Helena lantas masuk kedalam kereta lalu dihidupkan enjin keretanya. Dengan pantas dia meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.

Eryk segera berlari keluar saat terdengar deruman enjin kereta isterinya berlalu pergi.

"Emely, kak Ena ke mana?" Soal Eryk saat melihat Emely melangkah masuk ke dalam rumah. Emely tidak menjawab, malah dia hanya menjungkit kedua bahunya.

Eryk segera berlari kearah keretanya. Dia perlu mengejar isterinya. Dia risau jika berlaku hal yang buruk kepada Helena.

Kereta Helena meluncur laju melalui bandar Seattle. Dia menuju ke arah jalan Terry Ave North, Seattle. Keretanya berhenti dia Lake Onion Park. Dia turun dari kereta lalu berlari menghampiri tasik.

"Sayang.." jerit Eryk dari jauh. Helena terkejut melihat suaminya berada disitu. Dia tidak menyangka, Eryk akan mengekorinya. Helena lari meninggalkan Eryk. Eryk tidak membiarkan isterinya seorang diri. Dia mengejar Helena dari belakang.

Helena berlari ke arah jambatan dimana terdapat bot-bot besar. Langkahnya mati saat jambatan itu sampai ke penghujungnya.

"Sayang.. please.." Helena menoleh ke belakang saat melihat suaminya sudah berada beberapa langkah sahaja darinya.

"Jangan datang dekat, a-atau Ena terjun" gertak Helena. Helena menelan ludahnya kasar saat Eryk tidak mengendahkan gertakkannya tadi. Dia juga was-was untuk terjun. Dia tahu, tasik itu sangat dalam dan sialnya, dia tidak tahu berenang.

Helena berundur sedikit demi sedikit kebelakang sehingga kakinya sudah berada di hujung lantai kayu. Tubuhnya sudah terhuyung hayang mahu jatuh. Dengan pantas Eryk menarik tangan isterinya kuat lalu memeluk tubuh Helena erat. Dia menarik nafas lega, mujur sahaja dia sempat menarik isterinya. Jika tidak, sudah pasti isterinya sudah jatuh kedalam tasik.

"Thank god" desis Eryk seraya menarik nafas lega. Helena cuba menolak tubuh Eryk, tetapi rangkulan suaminya terlalu kuat.

"Lepaskan Ena!" Pinta Helena sambil meronta-ronta. Eryk tidak menghiraukan. Jika dia lepaskan pelukkan, isterinya akan jatuh ke dalam tasik. Dia tidak akan melakukan itu.

Dengan pantas Eryk mencempong isterinya di atas bahu seperti karung guni. Helena menggelupur supaya dilepaskan. Belakang Eryk dipukulnya supaya Eryk menurunkannya. Tetapi sialnya, Eryk langsung tidak menghiraukannya. Akhirnya Helena lelah dan terdiam.

"Kenapa diam, dah penat?" Tanya Eryk sambil melangkah menghampiri sebuah kerusi batu di tepi tasik. Dia menurunkan Helena. Tubuh Helena diangkat supaya duduk dipangkuannya di atas kerusi batu. Dia tidak mahu isterinya lari lagi seperti tadi.

"Apa sayang buat ni, hmm? Sayang dah tak sayangkan babe lagi ke? Sayang nak babe tinggal sorang-sorang ke? Kalau sayang jatuh, lemas dalam tasik tu macam mana? Sayang bukan tahu berenang pun" Eryk mengomel sambil menatap ke wajah Helena. Helena membuang muka. Dia lebih rela menatap ke arah tasik dari bertatapan mata dengan suaminya.

"Biarlah. Selalu Ena yang kena tinggal sorang-sorang. Biar babe pulak yang tinggal sorang-sorang, biar babe tahu betapa bosannya ditinggalkan tanpa dihiraukan"Eryk mengeluh. Dia tahu Helena marahkannya. Dia akui salahnya kerana mengabaikan Helena.

Eryk mengeratkan rangkulannya. Dia mencium tengkuk Helena.

"Kenapa datang sini, tak kerja? Bukan ke office tu lagi penting. Pergi la kerja, buat apa cari Ena. Ena bukan penting pun!" Sinis sekali ucapan Helena di pendengaran Eryk.

"Sayang.. please..jangan macam ni. Babe minta maaf. Babe sedar babe salah kerana telah abaikan sayang. Babe terlalu fikirkan urusan pejabat sehinggakan babe lupa amanah babe pada insan yang babe sayang." Luah Eryk menyesali dengan sikapnya.

Sejak syarikatnya mengalami krisis, dia lebih menumpukan perhatiannya pada semua urusan pejabat tanpa menghiraukan Helena yang berada dirumah. Dia sendiri akui, dia sudah jarang duduk dan makan semeja dengan Helena, malah dia juga sudah lama tidak menyentuh isterinya.

"Pergilah. Buat apa cari Ena. Ena tak mau pulang. Kalau babe cari Ena lagi, Ena akan pergi lebih jauh sehingga babe tak dapat cari Ena lagi." Ugut Helena geram. Eryk yang mendengar lantas mengeratkan pelukkannya. Kepalanya diletakkan di dada Helena.

"Tolong sayang.. please..jangan tinggalkan babe.. babe tak boleh hidup tanpa sayang.." rayu Eryk sambil menyembamkan wajahnya di dada Helena.

"Bohong! Sebelum ni boleh je. Ena ada ke...,tak ada ke dalam rumah tu, sama ja bagi babe.." rungut Helena kesal.

"Betul..babe tak tipu, sayang. Babe balik kerja, tengok sayang ada disebelah babe atas katil pun sudah membahagiakan babe. Sebelum babe tidur, babe pasti akan cium kening sayang dulu. Kalau sayang pergi, babe nak cium siapa?" Pertanyaan Eryk membuatkan Helena tersenyum. Tetapi segera dia berubah serius.

"Dah la.. Ena nak balik" Helena menolak lembut tubuh Eryk. Dia turun dari pangkuan Eryk dan mahu segera berlalu dari situ.

Eryk dengan pantas menggenggam pergelangan tangan Helena.

"Sayang..tolong jangan tinggalkan babe" Eryk jadi sebak. Dia tidak sanggup kehilangan isterinya. Dia akan ubah sikapnya yang terlalu pentingkan kerja sehingga mengabaikan isterinya dirumah.

Eryk menarik Helena, dia memeluk erat pinggang Helena sambil menyembamkan wajahnya di perut isterinya yang tengah berdiri.

Airmata lelakinya jatuh. Dia tak habis fikir kalau isterinya meninggalkannya lagi seperti dulu. Rasanya seperti hendak gila.
Helena terkejut melihat Eryk sedang menangis.
Dia cuba berlagak tenang.

"Cepatlah babe.. Ena nak balik rumah ni.. lapar tau tak. Yang nak buatkan sarapan nanti Ena, bukan babe" Eryk mendongak memandang ke wajah isterinya. Matanya masih merah kerana menangis.

"Balik rumah kita ke, sayang?" Tanya Eryk yang inginkan kepastian.

"Yelah, nak balik mana lagi. Cepat sebelum Ena ubah fikiran" Dengan pantas Eryk bangun dan tersenyum.

"Tak malu menangis. Tengok sekeliling, semua orang tengokkan babe" gerutu Helena membuat Eryk tersengih.

"Jom balik" Helena menarik tangan Eryk lalu pergi dari situ.

Episod sebelumnya Maria merajuk dengan Ramil. Episod kali ini, Helena pula merajuk dengan Eryk. Hmm.. namapun "bff"..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience