31- Kecelakaan

Young Adult Series 53844

Central Clinical Hospital, Moscow

Seorang gadis sedang duduk di kerusi menunggu di ruang hadapan bilik operasi. Dia menangis tersengguk-sengguk.

Datang sepasang pasangan separuh usia menghampiri ke arah gadis itu.

"Leila.." tegur seorang wanita. Bahu Liela disentuh lembut.
Gadis itu menoleh saat terasa bahunya disentuh.

"Mama.." peluk Leila erat. Kate simpati dengan nasib yang menimpa anak gadisnya. Dia juga turut bersedih.

"Bagaimana dengan Sawyer, Leila? Apa yang berlaku?" Tanya sorang lelaki separuh usia menghampiri Leila lalu duduk di sebelahnya.

"Tadi, Sawyer melintas jalan untuk beli aiskrim di gerai seberang jalan, sewaktu dia nak melintas ke arah Leila, ada kereta melanggarnya dan lari." Cerita Leila masih lagi tersengguk menangis. Loise mengeluh berat.

"Sayang sempat lihat tak, jenis keretanya?" Tanya Kate dibalas anggukkan.

"Leila lihat, ma.. Leila juga sudah berikan semua maklumat pada polis" terang Leila lagi.

"Baguslah.."jawab Kate sedikit lega.

"Leila, kamu dah hubungi keluarganya?" Soal Loise dengan raut wajah yang risau. Dia tidak tahu bagaimana keadaan Sawyer didalam sana. Dia berharap keadaan Sawyer tidak teruk.

******

Mansion Ramil

Thalia menghubungi Ramil jam 1pagi. Dia memberi khabar yang tidak baik kepada Ramil bahawa adiknya Sawyer terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Rusia. Ramil bergegas bangun mengemas pakaiannya dan Maria.
Maria yang tidak tahu apa-apa perlahan bangun dari tidurnya dan berjalan menghampiri suaminya yang nampak tergesa-gesa.

"Nak kemana lewat-lewat macam ni, bie?" Soal Maria yang kelihatan bingung.

"Sayang tukar baju dulu, nanti bie beritahu." Arah Ramil hanya mendapat anggukkan dari isterinya.

"Maria masuk ke kamar mandi, lalu mencuci wajahnya dan menggosok gigi. Terasa lebih segar. Kemudian dia menukar pakaiannya. Usai bersiap, dia menanti Ramil di birai katil.

"Jom sayang. Nanti kita lambat" ajak Ramil sambil menarik tangan Maria.

"Bie..jalan la perlahan-lahan. Kalau Maria jatuh macam mana" rungut Maria saat melihat Ramil mempercepatkan langkahnya.

"Janet!" Panggil Ramil nyaring.
Janet dengan mata terkebil-kebil datang menghampiri Ramil ditingkat atas.

"Saya,Tuan" Janet menundukkan separuh badannya tanda hormat.

"Tolong bawa bagasi ni turun. Cepat" arah Ramil. Maria menoleh memandang ke arah suaminya. Dahinya berkerut, hairan dengan sikap Ramil. Kemana dia hendak membawa Maria tengah-tengah malam macam ni?

Janet lantas membawa turun bagasi ke bawah.
Ramil mengendong isterinya menuruni tangga.

"Bie.. kita nak kemana ni?" Soal Maria hairan. Ramil meletakkan Maria di atas kerusi kereta. William sudah menanti di kerusi pemandu. Manakala Vlad dan Ryno menanti di kereta lain di belakang.

Ramil masuk, lalu duduk di sebelah Maria. Wajahnya tampak sugul dan risau. Maria menyentuh lembut tangan Ramil seolah-olah cuba menenangkan suaminya. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku, tetapi disembunyikan dari pengetahuannya.

Perjalanan mereka ke Moscow, Rusia mengambil masa lebih dari 20jam perjalanan. Ramil kasihan melihat isterinya yang terpaksa ikut merentasi perjalanan yang begitu panjang. Untunglah dia menyediakan katil khas dalam pesawat, sangat berguna untuk isterinya merehatkan diri. Nak tinggalkan Maria di Las Vegas tanpa pemantauannya, memanglah tidak mungkin. Dia tidak akan tinggalkan isterinya dalam keadaan sarat mengandung.

"Bie.. beritahu Maria, apa sebenarnya yang berlaku? Mummy atau daddy sakit ke?" Soal Maria setelah puas berehat. Maria duduk disisi suaminya. Wajah suaminya yang muram ditenungnya lembut. Dia merangkul erat tubuh Ramil.

"Takpelah kalau bie tak mahu beritahu Maria. Tapi bie jangan macam ni.." Maria mengusap lembut belakang suaminya tanpa melepaskan pelukkan.

"Sawyer.." Maria yang mendengar nama adik iparnya dipetik, segera meleraikan pelukkannya.
Wajah Ramil ditenungnya dalam.

"Kenapa dengan Sawyer?" Tanya Maria dengan nada suara yang hairan. Ramil menggenggam jari jemari isterinya.
Ramil menelan ludah dengan kasar.

"S-sawyer kemalangan" Maria terpempan. Dia terkejut dengan khabar buruk yang baru diterimanya. Airmatanya jatuh tanpa diduga.

"Oh my god!" Ucap Maria dalam nada separuh berbisik. Airmatanya jatuh lagi. Diruang matanya mulai terbayang wajah adik iparnya yang tampan. Tak ubah seperti suaminya.

Maria memeluk erat tubuh Ramil.

"Sabar ya sayang.. kita sama-sama berdoa semoga semuanya dalam keadaan baik-baik saja." Pujuk Maria lembut. Ramil mengangguk lemah. Saat ini, Maria adalah penguat semangatnya.

******

Central Clinical Hospital, Moscow

Ramil dan Maria tiba di perkarangan hospital. Sampai sahaja disana, mereka disambut oleh orang suruhan Dave. Mereka dibawa ke sebuah bilik khas yang menempatkan Sawyer, tempat dia dirawat.

"Mummy" Maria lantas disambut oleh Thalia di dalam bilik unit rawatan rapi. Thalia memeluk dan menciumnya erat. Dave juga datang menghampiri mereka berdua.

"Bagaimana dengan keadaan Sawyer?" Ramil melihat adiknya terbaring lesu di atas katil pesakit. Kaki dan tangannya berbalut dan diikat sedikit tinggi.

"Tangan dan kakinya patah. Nasib baik tiada gegaran dikepala." Cerita Dave kepada Ramil dan Maria.

"Thank god" jawab Ramil dan Maria serentak.

"Mari sayang..kita duduk" Thalia memeluk bahu Maria lalu membawa Maria duduk di sofa dihujung sudut bilik rawatan. Dia tahu, menantunya pasti letih saat ini, dengan keadaannya yang sedang sarat mengandung.

Di situ, Maria dapat melihat susuk seorang gadis. Wajahnya kelihatan sugul dan muram.

"Leila..kenalkan, ini Kak Maria. Isteri Abang Ramil" Thalia memperkenalkan Maria kepada kekasih Sawyer,Leila.

"Kekasih Sawyer?" Soal Maria ragu-ragu kepada Thalia. Thalia mengangguk lantas tersenyum.

"Kak Maria..." Leila memeluk erat tubuh Maria. Selama ini, dia hanya mendengar banyak hal mengenai Maria dari Sawyer. Dia juga pernah lihat foto perkahwinan Maria dan Ramil, dia tidak menyangka akan bertemu disini.

"Sabar ya, Leila.. kita sama-sama berdoa semoga Sawyer baik-baik saja" Maria menenangkan Leila. Leila melepaskan rangkulannya. Dia membelai lembut perut Maria yang sudah sarat.

"Sudah berapa bulan, Kak Maria?" Tanya Leila sedikit teruja.
Maria tersenyum lembut. Tampak sangat cantik di pandangan mata Leila.

"8 bulan" jawab Maria dengan nada suara yang lembut.

Ramil menghampiri katil dimana Sawyer dirawat. Tubuh Sawyer penuh dengan calar-calar halus. Kepalanya juga hanya ada luka kecil. Tangan dan kakinya berbalut kerana patah. Sawyer masih tidak sedarkan diri.

"Dah tahu siapa yang langgar Sawyer?" Dave menggelengkan kepalanya. Dia juga sudah mengerahkan anak-anak buahnya supaya mencari orang yang melanggar anaknya sampai dapat.

"Daddy ada maklumat mengenainya?" Dave mengangguk perlahan.

"Daddy sudah arahkan anak-anak buah daddy untuk mengesan kereta yang dimaksudkan Leila." Jawab Dave dengan wajah kesal.

"Jadi, Leila saksi kejadian" Dave mengangguk.

"Masa kejadian, Leila juga ada disitu" Jawab Dave sambil memandang sayu ke wajah Sawyer.

Ramil meninggalkan Dave yang masih duduk disisi katil bersebelahan Sawyer. Dia berjalan menghampiri Thalia, Maria dan Leila lalu duduk di sofa satu.
Ramil mengeluh berat.

"Leila, macam mana semua ni boleh terjadi?" Soal Ramil masih tidak berpuas hati.

Leila memandang ke arah Thalia dan Maria seketika. Thalia hanya menganggukkan kepalanya, kemudian Leila memandang tepat ke wajah Ramil.

"Waktu tu, Leila dan Sawyer nak makan aiskrim. Pada mulanya, Leila yang nak pergi belikan aiskrim, tapi Sawyer dengan pantas mendahului Leila, melintas jalan terlebih dahulu lalu memesan aiskrim. Selesai membeli, dia mahu datang kearah Leila yang berdiri di seberang jalan. Tak sangka ada kereta yang tiba-tiba datang, lalu melanggar Sawyer hingga dia tercampak ke tengah jalan. Mujurlah waktu tu, tiada kenderaan lain disitu"
Cerita Leila panjang lebar.

"Leila nampak tak rupa orang yang melanggar Sawyer? Model kereta, plate number or something yang boleh dijadikan bukti?" Tanya Ramil ingin tahu.

"Wajah orang yang langgar tu, Leila tak nampak kerana cermin kereta terlalu gelap. Tapi susuk tu seperti seorang lelaki. Kereta yang dia naik tu, bugatti veyron warna hitam bernombor 1111***." Ramil menganggukkan kepalanya. Setakat ini, bukti yang dia dapat sudah cukup kukuh jika nombor plate yang digunakan bukan nombor pendaftaran palsu.

Ramil lantas bangun.

"Bie..." panggil Maria lembut.
Ramil berjalan menghampiri isterinya lalu duduk disebelah Maria.

"Kenapa sayang?" Soal Ramil lembut sambil menggenggam jari jemari isterinya.

"Please bie..biar polis yang lakukan siasatan" Maria tahu apa yang hendak dilakukan oleh suaminya.

"Kita tak tahu siapa dia, kita juga tak tahu seberapa bahayanya dia. Maria takut kalau apa-apa terjadi pada bie.. please jangan. Tolong fikirkan Maria dan anak dalam ni" pujuk Maria sambil mengusap perutnya perlahan. Ramil mengeluh kasar. Dia jadi serba salah.
Ramil menelan ludahnya kasar.

"Dari apa yang diceritakan Leila, sepertinya orang itu melanggar Sawyer dengan sengaja. Kita tak tahu apa agenda dia. Mungkin dia tahu latar belakang keluarga Sawyer atau mungkin juga dia adalah musuh keluarga bie selama ni, who knows" sambung Maria lagi. Ramil meraup wajahnya. Dia serba salah. Dia perlu siasat siapa dalang di sebalik kejadian ini tapi dalam masa yang sama, dia juga harus memikirkan isterinya yang sedang sarat mengandung.

"Baiklah, bie janji. Tapi, beri bie satu peluang untuk mencari siapa dalang disebalik kejadian ni. Bie akan kerahkan orang-orang bie yang lakukan kerja. Bie akan setia disini, disisi sayang. Ok?" Maria menatap pandang ke nerta mata suaminya, lalu mengangguk perlahan. Maria terpaksa akur dengan suaminya yang mahu menyiasat serba sedikit mengenai orang yang telah melanggar Sawyer asalkan suaminya tidak terlibat dalam misi kali ini.

Ramil mencium dahi Maria, kemudian dia berjalan keluar dari bilik Sawyer dirawat. Dia mengarahkan beberapa orangnya untuk mencari tahu siapa dalang disebalik kejadian ini. Dia juga mengarahkan mereka memeriksa cctv yang ada berhampiran kawasan kemalangan. Dia harus cari tahu, siapa yang berani melanggar adiknya.
Dia tak akan lepaskan orang itu begitu sahaja.

*****

Penthouse Khamovniki, Moscow

Ramil membawa Thalia dan Maria pulang ke rumah adiknya, Sawyer. Mereka perlukan rehat terutama isterinya, Maria. Disitu juga dia sudah menyuruh orang-orangnya berjaga. Keselamatan mummy dan isterinya harus diutamakan. Ramil kembali ke hospital untuk menjaga Sawyer bersama dengan Dave.
Leila juga masih setia disitu menemani adiknya.

"Leila, sebaiknya kamu pulang dahulu. Biar daddy dan Abang Ramil yang menjaga Sawyer malam ni" saran Dave kepada Leila. Sudah dua hari dia tidak pulang ke rumah.

"Tapi daddy.." Dave menyentuh lembut bahu Leila.

"Kamu pulang dulu. Esok siang, kamu datang lagi" pujuk Dave lagi.
Leila menatap lama ke wajah Sawyer yang masih belum sedar. Akhirnya dia mengangguk lemah.

"Mari..daddy hantar sampai depan." Dave berjalan keluar dengan Leila meninggalkan Ramil di dalam bilik menemani Sawyer.

Ramil duduk di kerusi bersebelahan katil Sawyer. Dia menatap ke arah sekujur tubuh adiknya yang masih terbaring.

"Sawyer..get up! Kau harus bangun. Kau harus kuat. Lawan sakitmu itu, Sawyer. Kau jangan jadi lemah. Semua orang yang menyayangimu ada disini. Jangan hampakan mereka, kau jangan hampakan mummy dan daddy. Bangun Sawyer, bangun" Ramil menggoyang kuat tubuh Sawyer.

Ibarat dejavu, akhirnya Sawyer mengerang kesakitan kerana ulah Ramil.

"Arkhhh" Ramil lantas berdiri dan duduk di birai katil bersebelahan Sawyer.

"Macam tulah adik aku" Ramil menyeringai. Kalau dia tahu,dari awal lagi dia buat begini. Sawyer membuka matanya perlahan.

"L-leila mana?" Ramil memutar bola matanya. Itukah soalan pertama yang keluar dari mulut Sawyer saat dia sedar?
Ramil mengeluh kesal.

"Leila dah balik. Esok dia datang lagi. Sudah dua hari dia tunggu kau dihospital" jawab Ramil datar.

"Mummy dan daddy pun ada datang melawat kau. Tapi mummy balik rehat di rumah kau. Dia kena temankan isteri aku di sana. Daddy hantar Leila keluar di depan, sekejap lagi daddy datang la tu" cerita Ramil panjang lebar.

"Dah lama kau sampai?" aju Sawyer dengan nada suara yang masih lemah.

"Aku sampai jam 10 malam tadi." Jawab Ramil sambil memandang arloji ditangannya.

Ceklek!

Pintu terbuka dari luar.

Dave menapak menghampiri katil.

"Daddy.." panggil Sawyer lemah.

"Sawyer.. kau dah sedar?" Tanya Dave terkejut melihat anaknya sudah sedar. Sawyer tersenyum hambar kearah Dave.

"Mau nya tak sedar, kena gertak dengan Mil, terus sedar" ujar Ramil sambil terkekeh.

"What!" Dave terkejut dengan kata-kata anak sulungnya. Kemudian menggeleng kepalanya. Dia tahu perangai Ramil seperti apa. Dia tak suka orang terdekatnya nampak lemah.

"Tengoklah daddy, kalau Mil tak gertak, rasanya lebih lama dia terbaring atas katil ni tak sedarkan diri" Ramil terkekeh. Sawyer hanya memandang ke arah Ramil dengan sorot mata yang tajam.

"Kenapa pandang aku macam tu, betul la apa yang aku cakap tu. Kau ni nampak ja keras, tapi lembik. Macam mana kau nak jaga Leila nanti" Ramil menggeleng kepalanya.

"Mil..sudah. Kesian Sawyer" Dave tak setuju dengan Ramil yang selalu mengusik adiknya.

"Ok daddy" Ramil bangun. Dia menuang segelas air lalu diletakkan straw untuk memudahkan Sawyer untuk minum. Dia menghalakan muncung straw ke mulut Sawyer.
Sawyer menyedutnya perlahan.

"Nak apa-apa lagi tak?" Soal Ramil kepada adiknya. Sawyer menggeleng perlahan.
Dave hanya tersenyum melihat tingkah dua beradik di hadapannya. Dia tahu, Ramil seorang abang yang baik dan prihatin. Lihat saja pada layanannya pada Sawyer. Cumanya, Ramil tidak mahu adiknya nampak lemah.

"Daddy, pergilah rehat di sofa. Biar Mil yang jaga Sawyer malam ni." Saran Ramil sambil memandang ke arah Dave.

"Hmm..yelah" Dave mengalah. Dia juga sudah letih kerana tidak cukup rehat. Dia berjalan menghampiri sofa yang berada di hujung sudut bilik lalu merebahkan badannya di situ. Sementara Ramil duduk di kerusi di sebelah katil Sawyer.

*****

Ramil tersedar saat bahunya ditepuk lembut oleh seseorang.

Leila sudah berdiri tercegat di sebelahnya.

"Abang Mil pergilah balik dulu, biar Leila yang jaga Sawyer" Ramil mengangguk. Ramil bangun menghampiri Dave. Dia mengajak Dave supaya pulang dahulu ke rumah Sawyer. Dave akhirnya akur saat melihat Liela sudah siap sedia untuk menjaga Sawyer.

"Leila, jika kamu perlukan apa-apa, beritahu Jack atau Joe di luar" Leila mengangguk.

"Baik daddy" jawab Leila seraya bangun menghantar Dave dan Ramil di depan pintu.

Leila kembali menutup pintu rapat. Dia kembali ke sisi Sawyer. Perlahan dia menghulur tangannya menguis beberapa helaian rambut Sawyer yang jatuh ke dahi.

Tingkah Leila membuatkan tidur  Sawyer terganggu. Perlahan Sawyer membuka matanya.

"Hai, honey" teguran Sawyer membuat Leila terperanjat.

"Sayang.. oh my god.. awak dah sedar?" Leila menutup mulutnya dengan tangan seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Sawyer tersenyum sambil mengangguk perlahan.
Lantas Leila memeluk tubuh Sawyer erat.

"Arkhh" rangkulan Leila terlepas saat mendengar erangan Sawyer.

"Ops! Sorry sayang" pinta Leila sambil tersengih.
Sawyer terkekeh.

"Baring sini" Sawyer la menepuk ruang kosong di sebelahnya.

"Taknaklah.. nanti nurse marah" tolak Leila sambil menggelengkan kepalanya.

"Please.." Leila memutar bola matanya. Akhinya dia akur. Dia naik dan tidur disebelah Sawyer.

"Nak peluk boleh?" Tanya Sawyer sambil mengangkat tangan kanannya perlahan.

"Jangan nak mengada-ngada. Ini hospital, bukan penthouse awak" tegah Leila pantas membuat Sawyer sekali lagi terkekeh.

"Ok.." dia mencium dahi Leila sekilas lalu memejamkan matanya. Leila yang melihat Sawyer sudah memejamkan mata, dia juga turut memejamkan matanya kerana hari masih lagi gelap.

Bersambung..

Persoalannya, siapakah yang telah melanggar Sawyer? Dapatkah Ramil serta konco-konconya mencari pemilik kenderaan tersebut? Korang tunggu jela episod seterusnya ye..hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience