35- Seksaan

Young Adult Series 53821

Deruan angin kencang sudah menandakan hujan bakal turun dengan lebat. Dentuman guruh dari langit memecah keheningan petang itu. Ramil tidak takut pada itu semua. Yang ia tahu, saat ini dia perlu menuntaskan rasa sakit hatinya pada seorang lelaki yang telah melanggar adiknya.

Kali ini, mereka tidak melakukan seksaan di ruangan bawah tanah. Tetapi, mereka membawa mangsa yang bakal jadi korban ini ketengah hutan gelap. Titisan hujan mula menitis membasahi setiap tubuh manusia yang berdiri mengelilingi mangsa yang terpasung pada satu tiang besar. Tubuhnya hanya mengenakan celana hitam panjang tanpa berpakaian.

Dengan sorot mata yang tajam, Ramil menatap mangsanya seperti malaikat maut yang bakal merentap nyawa mangsanya dengan kejam.

"Apa kata-kata terakhirmu sebelum kau ku bunuh?" Teriak Ramil dengan suara yang nyaring. Pertanyaannya disahut oleh dentuman guruh yang kuat.

"Kau begitu mudah memperlakukan mangsa mu tanpa mengetahui sisi lainnya, kenapa dan mengapa aku memperlakukan itu kepada adikmu?" Sinis sekali kata lelaki yang sedang terpasung itu.
Rintikkan hujan semakin kasar menampar ke wajah dan sekujur tubuhnya yang terikat.

"Apa kau rasa, kau sekarang berada dipihak yang benar, hah? Kau perlu tahu, mengapa aku lakukan ini pada adik kau. Sudah lama aku berdendam dengan kau. Selama ini,aku berusaha mencari maklumat mengenai seluruh keluarga kau..dan... aku tahu, hanya adik kau saja yang jauh dari pengawasan. Sebab itu kerjaku jadi sangat mudah." Dendam yang dia simpan berbulan-bulan lamanya sejak kematian insan yang paling dia sayang dalam hidupnya. Dia tahu, kehilangan adiknya selama ini bukan kerana membawa diri kemana-mana. Tetapi kehilangan adiknya adalah disebabkan oleh kematian yang disengajakan dan telah dirancang dengan teliti. Dia tahu itu melalui saksi dan cctv yang diperolehnya. Dia berusaha mencari tahu kemana adiknya dibawa pergi dan hilang tanpa sisa.

"Apa maksudmu? Siapa adikmu?" Tanya Dani yang sejak tadi hanya mendiamkan diri. Angin yang kencang mulai reda. Hanya titisan hujan yang halus menyapa ke tubuh mereka.
Lelaki itu tersenyum sinis sambil menatap kearah semua orang-orang suruhan Ramil.

*****

Mansion Ramil

Hujan turun dengan lebat. Dentuman guruh sedikit sebanyak merisaukan Maria tentang anaknya yang masih kecil.
Kedatangan Sawyer pada petang itu mengejutkan Maria.

"Sawyer.. ada apa kau kesini?" Tanya Maria hairan. Kali terakhir dia berjumpa dengan adik iparnya adalah saat di Italy. Ketika dia baru melahirkan Raissa.

"Aku datang kesini dengan satu tujuan Kak Maria. Abang Ramil sudah dapat menangkap orang yang telah melanggarku beberapa bulan yang lepas. Dan sekarang ini, lelaki itu menjadi tawanannya di bangunan lama" Sejak dua hari lepas lagi dia sudah berencana mahu turun ke Las Vegas. Dia perlu selesaikan dengan cara yang betul setelah apa yang diberitahu oleh daddynya, Dave. Dia tahu bagaimana sikap Ramil. Dia tak akan pernah melepaskan orang yang berani mengganggu kehidupan mereka dengan selamat.

"Apa!? Bagaimana lelaki itu boleh ada disini? Bukankah ...-"

"Dia mencarimu disini kak. Dia ingin bertemu denganmu dan menyelesaikan segalanya." Maria semakin bingung. Apa yang ingin disampaikan oleh Sawyer kepadanya? Maria bungkam. Dia hanya perlu membiarkan Sawyer yang berbicara. Maria tunduk memandang lantai. Fikirannya benar-benar bercelaru saat ini.

"Dia mengenalimu." Maria mendongak memandang tepat kewajah Sawyer. Dahi Maria berkerut.

"Apa?" Maria terkejut. Siapa yang dimaksudkan oleh Sawyer? Makin bertambah persoalan dibenaknya.

"Kamu tahu dimana bangunan lama itu?" Soal Maria. Sawyer mengangguk pantas.

"Ayuh kita kesana" ajak Maria buru-buru.

"Bagaimana dengan Raissa?" Soal Sawyer sambil memandang tepat ke arah anak saudaranya yang berada di pangkuan Maria.

"Janet" Wanita itu berlari anak menghampiri Maria.

"Ya Mem" Janet menundukkan separuh badannya.

"Tolong jaga Raissa. Aku ada hal mendadak" Maria menyerahkan Raissa ke dalam pangkuan Janet. Dia mencium dahi anak kecil yang sedang tidur. Tanpa menunggu lama, mereka segera keluar dari mansion.

****

Hujan kembali lebat. Langit mula bertukar gelap. Pepohon tua disekeliling mula merancak kekiri dan kekanan. Deruman guruh dan kilat semakin nyaring menjadi saksi satu lagi bakal menjadi mangsa korban Ramil.

"Kau pasti kenal dengan adikku" ujarnya terkekeh ketawa.

"Siapa adikmu, bangsat?" Soal Ramil geram. Dia sudah tidak sabar mahu melecehkan mangsa tawanannya.

Lelaki itu ketawa. Riak wajahnya tiada langsung jasa takut dan juga gentar.

Bughh! Hayunan kayu hoki tepat mengenai rusuk lelaki itu dan kedengaran seperti tulangnya patah.

"Arghhh" teriak lelaki itu dengan suara yang keras. Wajah Ramil sudah merah. Dia sudah hilang sabar dari tadi. Lelaki ini benar-benar melengahkan waktunya.
Dani segera menghalang perbuatan Ramil.

"Ramil! Jangan bertindak melulu. Dengar dahulu apa yang hendak disampaikan" halang Dani yang kini sudah berdiri membelakangi tubuh lelaki yang sedang dipasung.

"Kau ketepi, Dani" arah Ramil sambil menatap tajam kearah sahabatnya.

"Dia membuang waktuku. Aku tak perlukan penjelasan darinya." Ramil mahu melayangkan kayu hoki buat kali kedua ke tubuh lelaki itu.

"Tunggu!" Pandangan semua yang ada disitu mula terarah pada satu suara yang berjalan mendekat.

"Sayang..., apa sayang buat dekat sini?" Kayu hoki yang berada dalam genggaman Ramil terlepas. Dia berjalan menghampiri Maria. Tubuh isterinya juga sudah basah dek hujan yang masih turun dengan lebat.
Langkah Ramil terhenti saat Maria mengangkat tangan kirinya.
Pandangan Ramil terarah pada susuk tubuh di belakang Maria.

"Sawyer.. bagaimana kau boleh ada disini? Kau yang beritahu isteriku mengenai tempat ini, bukan?" Sawyer menelan ludahnya kasar. Dia sedar, dia tidak sepatutnya libatkan Maria dalam hal ini.. tapi, keadaan yang memaksa.

"Bie.. jangan salahkan Sawyer. Maria yang mendesaknya untuk datang kesini." Ujar Maria lembut sambil tersenyum memandang kearah suaminya. Wajah Ramil yang tadinya tampak bengis, berubah sedikit tenang.
Maria menoleh memandang ke arah mangsa tahanan suaminya. Mulutnya menganga.

"Mario Scavo..?" Dalam tubuh yang masih lemah, lelaki itu mendongak perlahan saat mendengar namanya disebut.

"Maria Elyna.. sudah lama aku mencari kau" suara lelaki itu berubah serak. Sakit pada tulang rusuknya terasa perit dan menyucuk-nyucuk.

Ramil yang tadi sudah tenang, kembali mengetatkan rahangnya. Bagaimana lelaki ini mengenali isterinya? Dan bagaimana pula isterinya tahu nama lelaki ini? Apa sebenarnya hubungan mereka?

Ramil mara ke hadapan. Dia takkan tinggal diam. Maria adalah miliknya, tiada sesiapa yang boleh merampas hak mutlaknya.

"Bie..nanti" Maria menahan tangannya di dada Ramil. Maria menoleh kesisi memandang suaminya.

"Izinkan Maria berbicara dengannya. Bie boleh tetap disini." Maria menatap tangan kekar suaminya yang berurat. Dia menggenggam erat tangan Ramil. Ramil pasrah dengan keputusan Maria.

"Turunkan dia" arah Maria kepada orang suruhan Ramil. Semua yang ada disitu tidak berani. Mereka memandang ke arah Ramil. Ramil menundukkan wajahnya seketika. Sesaat kemudian dia mendongakkan wajahnya semula.

"Lakukan seperti yang isteriku pinta" arah Ramil.
Mereka yang lain bergegas melepaskan ikatan lelaki yang menjadi tahanan Ramil sebentar tadi. Lelaki itu duduk terjelepuk di atas tanah sambil tubuhnya menyandar pada tiang.

"Mario..apa tujuanmu datang kesini?" Soal Maria. Perasaan ingin tahunya sejak tadi beraja di fikiran.

"Kau masih cintakan Magno" pertanyaan Maria dibalas dengan pertanyaan oleh Mario.

"Apa maksudmu?" Maria tidak mengerti dengan pertanyaan Mario. Dia sendiri sudah maklum, Magno telah mati dibunuh oleh suaminya Ramil.

"Sewaktu kau pergi tinggalkan Magno, dia mencarimu. Kau tahu, dia sengaja berlaku curang dan ingin kau menjauhinya." Maria melangkah setapak kehadapan.

"Apa yang ingin kau sampaikan sebenarnya, Mario?" Maria semakin tertanya-tanya.

Flashback ON

Arlo Soho, Hotel, New York

"Yah..yah..aaahh..oughh" desah seorang wanita sambil duduk di atas tubuh Magno.
Mango memompa permainan lebih ghairah.

"Oughh..sayang.. kamu nikmat sekali" Magno meneruskan permaianannya.

Bamm!!!

Ternyata pintu tidak berkunci dari luar memudahkan Maria untuk masuk.

"Magno Scavo!" Teriak Maria dengan suara yang lantang.
Kedua mereka terkocoh-kocoh bangun lantas menyelimutkan tubuh naked mereka.

"How could you!" Mata Maria sudah berkaca. Dia tidak menyangka Magno sanggup berlaku curang padanya.

Yang lebih sialnya, Magno langsung tidak berkata apa-apa. Merayu, memohon maaf atau membela dirinya. Dia hanya mengambil keputusan untuk diam.

"Mulai dari saat ini, hubungan kita putus" Maria melangkah keluar dari kamar hotel yang menempatkan Magno dan seorang wanita jalang yang tidak dikenalinya.

Magno meraup wajahnya dengan kedua tangan.

"Sayang..." Magno mengangkat tangannya.

"Cukup. Lakonan kita setakat ini saja." Magno mencapai dompetnya lalu mengambil beberapa helai not lalu diberikan kepada wanita itu.

"Ini bayaranmu. Terima kasih atas lakonanmu" Magno lantas mencapai pakaian lalu dipakainya. Dia berlalu keluar meninggalkan wanita itu sendirian.

***

Penthouse Scavo,

"Apa kau dah gila, Magno? Dah tak ada cara lain ke? Kau tak fikir ke perasaan Maria sekarang ni?" Mario tak habis fikir dengan sikap Magno.

"Aku terpaksa, Mario. Dengan cara itu saja dia akan menjauhi aku. Aku tahu cara aku salah..t-tapi.. tapi.. aku tak ada cara lain" Magno meramas rambutnya sehingga berantakkan.

"Kenapa tidak kau berterus terang saja? Beritahu dia perkara yang sebenar" Mario memicit pelipisnya.
Dia tak faham dengan cara pemikiram adiknya.

"Aku tak mahu dia menderita. Aku tak mahu dia menghabiskan sisa hidupnya dengan orang yang takkan dapat hidup lama. Aku tak sanggup. Aku lebih rela dia pergi jauh dari aku" luah Magno dengan suara yang sebak.

"Tapi perkara ni kita boleh ikhtiar sama-sama..bukan malah menyerah pada takdir. Takdir akan berubah jika kita berusaha, bukan mengalah macam ni" Mario tidak bersetuju dengan Magno.

Magno menghidap penyakit buah pinggang. Sakit yang dialaminya, hanya Mario sahaja yang tahu. Maria sebagai kekasih Magno selama ini, tidak pernah tahu mengenai penyakit yang dialami Magno. Tiada cara lain yang boleh sembuh melainkan melakukan pemindahan buah pinggang. Mereka perlu mencari penderma yang sesuai untuk Magno.
Tetapi, itu sangatlah sukar. Sudah lama dia mengharap jika ada seseorang yang prihatin mendermakannya buah pinggang sehingga sampai saat dia harus menjadi penghuni tetap di hospital. Dia perlu melakukan dialisis. Hal itu sangat perit baginya.

Setiap hari, gambar Maria yang tersimpan kemas dalam galeri telefonnya ditatap untuk melepaskan rindu. Wajah itulah yang menjadi penguat semangatnya. Ternyata dia rindukan Maria.

Airmata lelakinya jatuh hanya seorang wanita bernama Maria Elyna.

Hampir 5 bulan dia dirawat dihospital, satu hari..seorang doktor datang melawatnya.

"Tuan Magno..kami sudah temui penderma yang sesuai untuk Tuan. Persiapkan diri anda. Kami akan melakukan pembedahan dalam beberapa jam yang akan datang" Doktor itu berlalu keluar.

Magno rasa seperti dilahirkan semula, dia meraup kedua wajahnya mengucap syukur kepada Tuhan kerana ada insan yang berhati mulia mahu mendermakan buah pinggang kepadanya.

Setelah beberapa bulan setelah pembedahan,

"Kau nak cari dia dimana? Yang aku tahu, dia sudah tidak ada lagi di Kota New York ni" tegas Mario sambil menatap tajam ke arah Magno.

"Aku perlu mencarinya walau dimana pun dia berada. Aku takkan putus asa. Hanya dia cinta pertama aku buat selamanya. Aku harus menceritakan hal yang sebenar padanya. Aku mahu memohon maaf dan merayu padanya" airmatanya jatuh lagi. Dia bertekad akan mencari Maria sampai dapat.

Sehinggalah beberapa tahun setelah itu,

"Mario.. aku jumpa dengan Maria" sela Magno dihujung telefon.

"Benarkah? Inilah saatnya, apa yang kau tunggu-tunggukan lagi" desak Mario. Dia rasa senang hati saat dapat tahu adiknya sudah bertemu dengan Maria.

"Tapi..." kata-kata Magno terhenti disitu.

"Kenapa Magno..? Magno, kau masih ada dalam talian, kan?" Soal Mario risau.
Terdengar helaan nafas yang panjang dari Magno di balik sana.

"Dia sudah jumpa penggantiku, Mario. Mereka bakal menikah. Dia sudah lupakan aku, Mario. Aku tidak boleh terima itu. Aku tak boleh lepaskannya. Aku terlalu sayangkannya" tangis Magno di dalam talian.

"Magno.. apa yang kau nak lakukan?" Soal Mario mulai risau. Dia takut sesuatu yang buruk menimpa adiknya.

"Aku takkan biarkan sesiapa pun dapat Maria. Kalau aku tak dapat Maria, aku akan pastikan, tiada seorang pun yang akan dapatkannya juga"

Tut..tut..tut..

"Magno..Magno.. shit!" Mario cuba menghubungi Magno beberapa kali, namun gagal. Sejak dari itu, dia terputus hubungan dengan adiknya. Sehinggalah dia menyusul ke tempat dimana adiknya berada. Tetapi hampa..Magno tidak pernah pulang.

Mario tahu kemana adiknya pergi sewaktu dia berjumpa dengan Maria. Dia mendapatkan beberapa rakaman dari CCTV hasil dari wang yang disogokkan kepada pemilik premis. Dan dia menyiasat semua itu dan temui jawapannya.

Flashback off

Hujan sudah mulai reda. Suasana dalam hutan menjadi tenang. Suasana kelam mula menerpa, hanya cahaya sportlight yang terarah tepat dikawasan mereka berada.

Maria jatuh terduduk. Airmatanya jatuh. Dia sudah dengar semuanya dari mulut Mario dan dia juga tidak menyalahkan Ramil kerana telah membunuh Magno. Ramil tidak tahu apa-apa..begitu juga dengan dirinya.

Ramil bungkam tanpa berkata apa-apa. Dalam hatinya timbul perasaan cemburu yang membuak-buak. Adakah isterinya masih cintakan lelaki itu? Adakah isterinya mula menyesali dengan apa yang terjadi? Adakah Maria menyalahkannya kerana telah membunuh bekas teman lelakinya? Ramil menggenggam erat tangan kekarnya.

"Tapi dia mahu membunuhku" suara Maria sayu. Airmatanya kembali menitis.

"Jika benar dia sayang dan cintakan aku, dia akan merelakan kepergianku dan melepaskan aku pada orang yang mampu membahagiakan ku" tiada sesiapa yang bisa mengubah takdir. Ini adalah takdir dan jodohnya, dia menerima dengan hati yang terbuka.

Ramil yang mendengar kata-kata Maria kembali tersenyum.

"Aku sudah berjumpa dengan takdir dan jodohku. Dan aku sangat bahagia sekarang." Luah Maria sambil berdiri. Dia melangkah menghampiri Ramil. Tangan kekar lelaki itu digenggamnya erat.

"Lelaki ini adalah cinta sejatiku dan aku sangat mencintainya." Ramil tersenyum menang. Ternyata isterinya tulus mencintainya.

"Jadi, sebab berdendam atas kematian Magno, kau malah melanggar adikku dengan sengaja, begitu?" Maria menatap tajam ke arah Mario.
Lelaki itu hanya mengangguk lemah.

"Huh! Tindakkan kau keterlaluan. Tebuan takkan serang mangsanya jika sarangnya tidak dijolok. Kau mengerti bukan apa maksud disebalik kata-kataku?" Ramil dan yang lain hanya diam. Ramil rasa kagum dengan isterinya yang berani bersuara dan membelanya.

"Kau sepatutnya menimbang, adikmu sudah melakukan kesalahan, kau malah menyokong dengan perbuatannya. Itu tindakan yang sangat tidak bijak. Dendam tidak seharusnya dibalas dengan dendam, Mario. Sudah jelas, adikmu yang bersalah dalam hal ini." Maria menatap kosong ke wajah Mario yang masih tersandar pada tiang pasungan.

"Maafkan aku.. aku tahu aku salah. Aku bertindak tanpa berfikir dengan waras. Maafkan aku dan.. dan tolong maafkan Magno" lelaki itu mendongak lantas menatap dan merayu pada Ramil,Maria dan Sawyer. Dia mula menyesali dengan apa yang pernah terjadi.

"Pergilah.. aku tak mahu kau mengganggu seluruh ahli keluargaku lagi. Jauhkan diri kau dari kami. Jika kau masih mengganggu, aku takkan ikut campur lagi jika suamiku benar-benar mahu membunuhmu setelah ini." Maria berpaling lantas berlalu dari situ. Ramil tersenyum menang, dia bangga Maria menjadi isterinya.

"Bebaskan dia. Hantar dia ke rumah sakit" arah Ramil lantas berlalu dari situ. Dia mengejar isterinya yang sudah menjauh.

Bersambung...

Mana hendak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga dengan Ramil dan Maria. Keberanian Maria semuanya datang dari kekuatan dan semangat dari suaminya, Ramil. Bagaimana wanita selembut Maria boleh menjadi begitu tegas? Tidak sangka bukan? Maria sudah terbiasa dengan kehidupan suaminya sekarang. Seperti mana dia menerima Ramil, begitu juga dia harus terima cara hidup Ramil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience