24- Ditawan

Young Adult Series 53844

Di sebuah bangunan tua di dalam hutan

Kepala Maria terasa sakit, tekaknya terasa perit. Tangan, kaki dan badannya terasa sakit. Mulutnya ditutup dan diikat dengan kain. Mata Maria masih lagi berbinar. Suasana suram menyukarkannya melihat dimana dia berada sekarang dan mengapa kaki, tangan dan mulutnya diikat. Setelah penglihatannya kembali normal, Maria dapat lihat susuk yang sangat dikenalinya. Janet!.

"Hmmhmm..hmmhmm" panggil Maria sambil menguis tubuh Janet dengan kakinya.

"Hhmm..hhmm!!!" Jerit Maria dengan mulut yang masih terikat, menyukarkannya untuk berbicara.
Kakinya terus menguis perlahan tubuh Janet.
Janet bergerak. Maria rasa lega saat melihat Janet membuka matanya.
Janet kelihatan terkejut melihat keadaan Maria dan dirinya yang diikat. Janet meronta-ronta mahu melepaskan diri. Tetapi tidak bisa.

"Tuan puteri sudah sedar.. bagus.. gundiknya juga sudah sedar.. itu juga bagus..hahahaha" seorang lelaki bertubuh tinggi dan tegap datang menghampiri ke arah Maria dan Janet.

"Hhmm..hhmmhm" Maria cuba berkata sesuatu. Malangnya, semuanya tidak dapat diucap dengan betul.

"Apa yang kau bicarakan tuan puteri?" Lelaki itu menghampiri Maria. Dia melepaskan ikatan kain dimulut Maria.

"Hah.. apa yang kau mahu dari kami, huh?" Tanya Maria dengan suara yang lantang.

"Ha ha ha ha.. ha ha ha ha.." lelaki itu ketawa. Wajahnya menggerunkan bagi Maria. Dengan pantas, dia mencengkam rahang Maria dengan kuat. Wajahnya didekatkan dengan Maria.

"Aku mahu kamu berdua mampos! Ha ha ha ha.." Maria menjadi takut saat mendengar ucapan dari lelaki itu. Tetapi dia harus kuat. Dia cuba memberanikan diri. Wajahnya ditolak dengan kuat hingga dia terdorong kebelakang.

"Suamiku terlalu sayangkan ku, dia takkan lepaskan kau jika aku mati!" Bentak Maria geram.
Lelaki itu berhenti ketawa. Dia menatap tajam ke arah Maria.
Maria menelan ludahnya dengan kasar.

"Benarkah? Jadi, dimana dia sekarang, huh? Kalau dia sayangkan kau, kenapa dia tak datang selamatkan kau, hmm?" Pertanyaan lelaki itu tidak boleh dijawab oleh Maria.

"Kenapa kau diam? Kau tiada jawapan untuk itu bukan? Ternyata, kau juga tidak pasti sama ada suami kau sayangkan kau atau dia cuma sayangkan anak dalam kandungan kau" Maria menatap tajam kearah lelaki dihadapannya. Dia tahu, suaminya sayangkannya dan juga anak dalam kandungannya. Lelaki ini hanya ingin melihat rumahtangganya kucar kacir. Dia takkan pernah percaya pada orang luar yang tidak dikenalinya. Dia lebih percayakan suaminya daripada sesiapa pun kerana dia hanya punya suaminya dan anak yang bakal lahir kelak.

"Tidak. Dia belum datang kerana dia punya rencana yang baik untuk hapuskan kau dan selamatkan ku" jawab Maria segera membuang muka ke arah lain. Dia tidak mahu menatap ke wajah lelaki yang berniat jahat mahu memusnahkan hidupnya dan juga Ramil.

"Ha ha ha..ha ha.. . Kita lihat saja nanti" lelaki itu segera berlalu. Pandangan Maria terarah kepada Janet.

"Janet, kamu ok?" Janet hanya mengangguk pantas. Dia tidak boleh bersuara kerana mulutnya masih ditutup dengan kain.

"Kita tenang saja disini. Aku pasti, suamiku akan datang selamatkan kita. Percayakan aku" Maria cuba menenangkan hati Janet dan juga hatinya sendiri. Naluri wanitanya kuat mengatakan, suaminya akan datang menyelamatkan mereka berdua.. bukan! Bertiga.

****

Mansion Ramil

Semua sudah berkumpul dan menyusun strategi. Mereka harus hati-hati kerana orang-orang Virgo juga sangat ramai.

"Tuan Muda, bagaimana jika kita kepung kawasan itu malam ni juga. Saya tidak percaya yang Virgo tidak akan lakukan apa-apa pada isteri Tuan Muda." Vincent merupakan orang harapan Dave membuka suara.

Dia dahulunya bekerja sebagai komando dan juga sharp shooter sewaktu operasi di Khazakstan. Dia cukup handal menewaskan musuhnya hanya dengan 1 peluru untuk 1 orang dan dia juga dikenali sebagai head shot.

Ramil tidak berani berkata-kata buat masa sekarang. Tetapi kata-kata Vincent sebentar tadi, akan dipertimbangkannya.

"Biar aku yang berhadapan dengannya" muncul seorang lelaki bertubuh gempal di muka pintu hadapan mansion Ramil. Dia melangkah perlahan masuk ke dalam mansion. Semua mata terarah kepadanya termasuk Ramil. Di belakangnya ada 10 orang pengikut yang memegang senjata. Selebihnya menunggu di luar.

"Mr.Tony" panggil Ramil. Dia berjalan menghampiri Mr.Tony lalu dipeluknya. Dia sama sekali tidak menyangka Mr.Tony mahu membantunya dan dia juga tidak percaya, rancangan Dani berjaya.
Ramil menoleh memandang ke arah Dani, Dani yang faham hanya mengangguk.

"Jason" panggil Mr.Tony. seorang lelaki datang menghampiri Mr.Tony. ditangannya terdapat segulung map.

"Buka" lelaki yang bernama Jason segera membuka gulungan map ditangannya.
Tertera dengan jelas dimana kedudukan bangunan tua yang dimaksudkan. Mereka mula menyusun strategi dimana setiap orang akan berada dititik orang-orang Virgo berada. Mereka harus lakukannya dengan senyap. Jika salah langkah, nyawa Maria dalam bahaya.

Setelah semuanya sudah teratur seperti yang dirancang, semua ditugaskan segera ke sana.

*

Dalam hutan berhampiran bangunan lama,

Plan berjalan seperti yang telah dirancang. Orang-orang Ramil, Dave dan Mr.Tony sudah berada dititik yang diarahkan. Manakala Vincent bersedia lakukan tugasnya.
    
Walau keadaan malam yang gelap terasa sukar untuk mereka lakukan misi ini, namun mudah bagi Vincent yang sudah biasa dengan suasana perang sebagai sharp shooter. Dia bersembunyi dibalik semak yang mungkin tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun. Senjata yang digunakannya mempunyai teknologi tinggi infrared.

"Bagaimana dengan situasi kamu sekarang?" Soal Ramil melalui alat pendengaran yang telah dipasang pada telinga setiap orang-orangnya,begitu juga dirinya. Dia juga berada disana.

"Kami dah ready bos" jawab semua orang-orangnya.

"Bagus. Kita bergerak sekarang." Arah Ramil. Dia juga sudah susun rancangan. Dia sanggup lakukan apa saja demi mahu selamatkan isterinya.

*****

Di bangunan lama

Maria sudah tidak tahan. Badannya terasa sakit dan nyeri bila pergerakkannya terhad. Tangannya yang masih terikat di belakang menyukarkannya untuk bangun dari baringan.

"Tolong.." Janet yang berada di sebelah Maria hanya memandang tanpa boleh melakukan apa-apa. Keadaan dia juga sama seperti Maria.

"Apa yang kau mahu, hmm?" Virgo datang bersama dengan dua orang suruhannya. Dia datang mendekat kearah Maria yang masih terbaring lesu lalu duduk mencangkung.

"Tolong buka ikatan tanganku, sakit..."Maria meringis saat merasa perih pada pergelangan tangannya.

"Buka ikatan tangannya dan ikat di bahagian hadapan" lelaki suruhannya mengangguk dan menghampiri Maria.

"Argh!" Maria menjerit sakit saat tangannya ditarik dan diikat semula dibahagian hadapan. Dengan sekuat tenaga yang ada, Maria merengsot tubuhnya dengan perlahan. Dia menekan kedua tangannya lalu duduk dari baringan. Terasa lebih selesa. Rambutnya yang panjang kelihatan berantakkan. Bajunya juga kotor kerana lantai yang ditidurinya itu kotor dan terbiar.

"Aku dahaga. Tekak ku perit. Tolong berikan aku sedikit air" pinta Maria dengan suara yang lemah.

"Bagi dia air" lelaki seorang lagi datang menghampiri Maria. Dia menyondorkan sebotol air putih ke mulut Maria. Maria minumnya sehingga separuh. Banyak yang tumpah sehingga membasahi bajunya. Nafasnya terengah-engah kerana terpaksa menelan air dengan pantas kerana lelaki itu menuangnya dengan laju dan kasar.

Virgo dapat melihat seperti Maria mahu katakan sesuatu.

"Apa lagi yang mahu kau bicarakan?" Tanya Virgo dengan suara yang agak keras.

"Tolonglah berikan pembantuku sedikit air. Kasihan dia..dan tolonglah lepaskan ikatan dimulutnya" rayu Maria sambil merapatkan kedua tapak tangannya di hadapan wajah seperti merayu.

"Kau jangan macam-macam" marah Virgo.

"Tolonglah.. kasihanilah dia. Dia juga pasti dahaga sepertiku." Rayu Maria lagi. Dia memeluk lututnya, kemudian tangannya diangkat dan merayu lagi.

"Hey perempuan, kau benar-benar menyusahkan" Virgo mencengkam rambut Maria yang panjang dengan kuat.

"Arggghh!" Maria meringis sakit. Airmatanya jatuh membasahi wajah. Virgo menolak kepala Maria dengan kuat sehingga dia terhempas di lantai menyebabkan kepalanya terhantuk dan berdarah. Janet mahu membantu, tapi tidak berdaya. Tubuhnya juga diikat.
Mereka berlalu pergi meninggalkan Maria dan Janet.

"Bie.. tolong Maria" tangis Maria. Dia sangat berharap agar suaminya datang menyelamatkannya.

******

Virgo sudah menanti kedatangan Mr.Tony. Dari jauh, dia dapat melihat dengan jelas susuk tubuh seorang lelaki yang sangat dibencinya berada di sebelah Mr.Tony.

"Mana isteri dan pembantuku, hah?" Tanya Ramil tanpa basa basi. Dia tidak akan berbicara lembut dengan Virgo. Mr.Tony yang berada di sebelah Ramil menahan dada Ramil dari menyerang Virgo. Dia tidak mahu Ramil bertindak bodoh sehingga menghancurkan rancangan mereka.

"Ha ha ha.. tidak semudah itu,Ramil. Serahkan dulu dokumen yang aku minta." Dengan kasar, Ramil menyerahkan dokumen perjanjiannya dengan Mr.Tony. Dokumen itu bertukar tangan.

"Ha ha ha ha..." kini giliran Mr.Tony pula ketawa. Dahi Ramil berkerut. Dia hairan melihat perubahan Mr.Tony yang mendadak.

"Mr.Tony?" Tegur Ramil hairan. Matanya masih memandang tepat ke arah Mr.Tony.

"Kau memang bodoh Ramil. Semudah itu aku memperalatkan kau" sekali lagi dahi Ramil berkerut.

"Apa maksudmu?" Tanya Ramil tidak mengerti.

"Sebenarnya kami berdua sudah lama berniat hendak jatuhkan perusahaan kau. Aku sengaja tidak mahu berurusan dengan Virgo kerana aku mahu kamu berdua berdendam dan saling bertelagah. Virgo juga sama hebat. Tapi itulah, kau tu bodoh. Sekarang, dokumen perjanjian kita ada ditangan Virgo, sebentar lagi dokumen ini akan musnah. Dan saat itu juga, kau dan syarikat kau akan musnah. Ha ha ha ha.." Mr.Tony ketawa dengan kata-katanya. Virgo juga ikut ketawa.

"Kau memang sial!" Bentak Ramil geram. Dengan pantas dia mencengkam leher kemeja Mr.Tony dengan kuat.

"Lepaskan dia atau kepala kau bersepai" Virgo mangacukan muncung pistol di kepala Ramil membuatkan cekalan di leher Mr.Tony terlepas.

"Jalan" arah Virgo sambil menolak kepala Ramil supaya berjalan masuk ke dalam bangunan lama.

Bersambung..

Dalam hidup manusia selalu setiap waktu ada musuh dan rintangan-rintangan yang harus dilawan dan dikalahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience