21- Honeymoon 2

Young Adult Series 53821

Pernerbangan dari Las Vegas ke Melbourne, Australia memakan masa hampir 16 jam perjalanan. Selama itu jugalah Maria mengambil masa untuk rehatkan diri di atas katil. Dia langsung tidak bergerak ke bahagian seat VVIP. Tekaknya terasa loya dan nak muntah jika dia duduk disana. Mungkin kerana tekanan udara yang tinggi. Ramil menyarankan supaya Maria kekal berada di atas katil dan berehat. Sesekali, Ramil akan masuk dan berbaring disisinya.

"Sayang ok?" Tanya Ramil. Keningnya dikucup lembut oleh Ramil.

"Ok. Ada ni, kurang sikit rasa loya" Ramil melihat jeruk asam kering yang diberikannya kepada Maria tadi. Nasib baik Ramil sediakan awal. Sebelum dia merancang perjalanan mereka untuk honeymoon lagi, Ramil sudah banyak buat research mengenai cara tangani alahan untuk wanita hamil. Untuk travel jauh seperti mereka, jeruk asam adalah perkara yang paling senang untuk dia berikan kepada Maria.

"Ok..kalau macam tu, sayang dah boleh ikut bie ke seat depan. Kita dah nak sampai" ujar Ramil sambil membelai rambut Maria yang masih tersanggul rapi walaupun Maria kerap tidur. Ternyata pendandan rambut yang diambil oleh Ramil bukan biasa-biasa.

"Yeke? Dah nak sampai ke?" Maria mengintai dari tingkap pesawat. Pandangannya masih terlindung dengan kepulan awan yang tebal.
Ramil hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Maria.

"Iya.. dalam masa 15minit lagi. Jom" ujar Ramil sambil menarik tangan Maria turun dari katil.

     Mereka kembali duduk di seat VVIP. Seperti biasa, Ramil akan memasang seat belt untuk Maria dan juga dirinya. Maria mengintai ke luar tingkap pesawat. Dari atas, Maria boleh lihat deretan bangunan dan laut yang kebiruan. Dia tidak tahu dimana tempat yang Ramil bawa kali ini.

Akhirnya pesawat mendarat dengan selamat.

Ramil mengendong Maria turun dari pesawat. Keadaan Maria yang memakai sepatu tinggi hak 7 inci serta dirinya yang sedang hamil hampir 7 minggu merisaukan Ramil.

Dalam perjalanan, Maria cuba mencari sesuatu yang dia boleh lihat dimana keberadaan mereka sekarang ini. Matanya meliar melihat bangunan tinggi mencakar langit. Kemudian mata Maria terpandang pada papan tanda yang berada di jalan. Mulutnya melopong dan kemudiannya tersengih, Maria menoleh memandang ke arah Ramil.

"Melbourne, bie?" Tanya Maria untuk kepastian.
Ramil mengangguk sambil tersenyum.
Maria yang mendapat jawapan dari Ramil tersenyum gembira. Dia memeluk tubuh Ramil dan mencium pipi Ramil sehingga meninggalkan kesan lipstik di pipi Ramil.

"Thank you, bie. Ternyata kejutan yang bie buat kali ni benar-benar memeranjatkan Maria." Perlahan Maria mengusap kesan lipstik di pipi Ramil sehingga hilang.

Akhirnya kereta mereka berhenti di hadapan sebuah hotel bertaraf 5 bintang, Crown Towers Melbourne.

Hotel ini menjadi pilihan Ramil kerana ia terletak di atas kawasan Southbank yang sangat menyeronokkan di Melbourne. Crown Towers mempunyai bilik-bilik luas yang mewah dengan pemandangan bandaraya dan juga Teluk Port Phillip. Setiap bilik memaparkan karya seni asli dan juga bilik mandi bermarmar.
Itu amat penting bagi Ramil untuk memastikan keselesaan kepada isterinya.

"Cantiknya bie.." Maria melangkah masuk ke dalam bilik yang super mewah itu. Masuk sahaja ke dalam, mata Maria terarah ke tingkap besar di hujung bilik.

     Dia berjalan melepasi ruangan santai yang dilengkapi set sofa yang berwarna kelabu. Jika dia duduk dan menikmati minum petang bersama Ramil disitu, terasa begitu romantis. Kerana dari situ sahaja sudah terlihat pemandangan indah dari luar tingkap yang sangat besar. Maria terpesona melihat suasana pemandangan waktu malam Kota Melbourne, sungguh indah dilihat dari tingkat 28.

   Di bilik itu juga mempunyai TV besar berskrin plasma dengan sistem komputer riba, stesen sambungan iPod dan juga bilik persalinan yang berasingan.

"Sayang suka?" Tanya Ramil sambil melangkah menghampiri Maria yang masih berdiri di hadapan tingkap besar, menikmati keindahan hamparan Kota Melbourne.
Ramil menoleh memandang isterinya disisi.

"Suka. Cantik sangat tempat ni." Puji Maria membalas senyuman kepada Ramil. Ramil memeluk bahu Maria erat seraya mendaratkan ciumannya di pelipis isterinya.

"Sayang lapar, nak makan?" Tanya Ramil perhatian. Sepanjang perjalanan tadi, Maria tidak menjamah langsung makanan di atas pesawat, kerana tekaknya tidak enak. Dia hanya minum dan makan jeruk asam kering yang Ramil beri padanya. Sebagai suami kepada isteri yang tengah hamil, dia perlu menjaga jadual makan isterinya. Ubat Maria pun dibawanya bersama.

"Lapar. Bie lapar?" Ramil menganggukkan kepala.

"Kita oder kat bawah jela bie. Maria dah penat la" Ramil mengangguk setuju.

Ramil segera menempah makan malam untuk mereka berdua.

"Babe, Vlad dan William bagaimana?" Soal Maria. Tiba-tiba dia teringatkan 2 orang bodyguard Ramil diluar.

"Diorang takpe sayang. Di bawah kan ada restoran. Nanti diorang akan bergilir turun makan dan jaga kita. Sayang jangan risau, mereka sudah biasa ikut babe travel jauh sebelum ini." Maria mengangguk faham. Ramil sudah ahli dengan sikap isterinya yang suka ambil berat pasal orang lain. Terutama pekerja Ramil. Maria juga pernah mengajak Janet dan Lenny duduk semeja dengannya sewaktu Ramil tidak dapat pulang makan tengahari bersama. Kesemua pekerja di mansion, suka dengan Maria.

"Bie.., lambat lagi ke makanan nak sampai? Maria pergi mandi dulu boleh?" Maria berasa tidak selesa. Walaupun bilik ini mempunyai penghawa dingin, tetapi tubuhnya tetap rasa melekit.

"Tak nak tunggu bie, mandi sama-sama?" Usikkan Ramil berjaya membuat Maria menoleh memandang ke arah suaminya.

"Tapi..badan Maria rasa tak selesa sangat dah ni.." Maria jadi rimas. Dia juga perlu tanggalkan makeup diwajahnya. Rambutnya juga perlu dirawat.
Ramil jadi kasihan melihat isterinya.

"Sayang pergi la mandi dulu. Sekejap lagi, kalau makanan dah sampai, bie beritahu, ok?" Maria mengangguk seraya tersenyum lebar. Ramil bangun mengambil kelengkapan khas isterinya untuk dibawa ke kamar mandi.

"Jangan mandi lama sangat. Wanita hamil tak elok mandi lama-lama." pesan Ramil.

"Wahh..suami Maria dah pandai la sekarang ni" Maria mengusap wajah Ramil lembut.

"Bie pun tanya Mr.Google" Jawapan Ramil membuat Maria terkekeh gelak.

Maria terus melangkah masuk ke bilik mandi. Maria memilih mandi dengan shower, lebih cepat. Dia ingat lagi pesan suaminya tadi, wanita hamil tak elok mandi lama-lama. Dia tersenyum.

"Sayang...makanan dah sampai" sahut Ramil dari luar kamar mandi.

"Ok bie" Maria menyudahkan acara mandinya. Dia menyarungkan jubah mandi ditubuhnya sementara rambutnya dibalut tuala mandi dengan kemas.

"Mmm..sedapnya bau." Maria melangkah menghampiri suaminya yang sudah menanti di sofa bersebelahan tingkap besar. Di atas meja kaca sudah terhidang makanan yang dipesan oleh Ramil.

"Chicken lasagna, yummy" Maria menundukkan wajahnya menghidu aroma herba thyme dari makanan yang berada dihadapannya. Disitu juga terdapat segelas susu buat Maria.

Maria bangun, dia duduk disisi Ramil. Tangannya lantas mencapai piring yang terisi chicken lasagna, lalu disuapkan ke mulut Ramil kemudian baru disuapkan ke dalam mulutnya sendiri.

"Mmm.. sedapnya bie.." puji Maria. Ramil mahu mencapai satu lagi piring berisi spagetti bolognese.

"Bie.. makan yang ni dulu. Mari Maria suapkan." Tahan Maria. Dia mengambil peluang ini melayan suaminya. Dia tahu, suaminya juga letih dan perlukan rehat.

"Betul ni, sayang nak suapkan bie?" Maria mengangguk.

"Betul la.. kita makan lasagna ni dulu, ok" Ramil tersenyum seraya menganggukkan kepala.

"Ok. Thank you, sayang" Ramil mencium dahi Maria guna hidungnya yang mancung kerana bibirnya masih mengunyah makanan.

Usai makan, Ramil segera melangkah ke bilik mandi sementara Maria mengemaskan meja kembali kepada asal. Piring-piring kotor diletakkannya kembali di atas dulang.

*****

Maria sudah menunggu suaminya di atas katil. Badannya rasa penat, mungkin kerana jet lag.

"Sayang.. ok tak ni?" Ramil menghampiri Maria disisi katil. Wajah isterinya tampak keletihan.

Maria menoleh memandang ke arah suami yang baru dinikahinya petang semalam, lantas tersenyum.

Ramil baru sahaja keluar dari kamar mandi. Tubuhnya masih mengenakan tuala mandi separas pinggang.

Terekspost lengannya yang kekar dan berotot, dadanya yang bidang dan perut yang berlekuk. Sangat seksi. Tubuh Ramil sangat indah dan menggoda jika di pandang.
Maria menelan ludahnya menahan dari rasa tergodanya.

"Maria ok.. mungkin sebab jet lag lagi kot" Maria tidak mahu suaminya risau. Dia juga tidak mahu sia-siakan malam pertamanya sebagai isteri kepada Ramil Falaiev. Walaupun mereka sering melakukan hal itu sebelum menikah dan dia juga sedang hamilkan anak Ramil sekarang ini, dia tetap akan menjalankan amanah sebagai seorang isteri disaat malam pertama. Dia tahu, semua suami mahu merasakan suasana dan menikmati malam pertama.

Ini juga sempena penghargaan Maria kepada Ramil setelah apa yang suaminya buat padanya hari ini.

Kejutan honeymoon yang suaminya buat untuknya, tidak terbanding dengan apa yang dia berikan saat malam pertama nanti.

Bersambung...

Tiada masa yang lebih indah dari terus duduk dan menatapmu. Tiada masa yang lebih indah dari terus mengucupmu. Tiada masa yang lebih indah dari terus bercinta dengan mu dan tiada masa yang lebih indah untuk terus mencintaimu disepanjang hidupku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience