2-Bertemu

Young Adult Series 53821

Falaiev Corporation Centre.

Awal pagi lagi,Maria dan Helena sudah berada diruangan menunggu yang diarahkan oleh penyambut tetamu diruangan lobby bawah.

Maria bungkam tanpa menyuarakan apa yang dirasakannya kepada Helena. Rasanya seperti dia mahu pergi dari sini. Malangnya, dirinya sudah terikat dengan perjanjian sial yang dibuat oleh PAnya,Helena.

Jari runcingnya asyik menekan skrin talifon pintarnya. Otaknya tak boleh berfikir dengan tepat apa yang dicarinya didalam sana.

Hampir setengah jam menunggu, muncul seorang lelaki di muka pintu.

Ceklek!

"Miss Maria Elyna?" Maria dan Helena mendongak memandang ke arah susuk tubuh lelaki berbadan tegap dan tampan itu. Mulut Helena melopong memandang ke arah jejaka tampan dihadapannya.

"I-iya, saya Maria" sambut Maria dengan suara yang sedikit gugup. Wajah lelaki itu menyeramkan baginya. Sorot matanya tajam memandang tepat ke wajah dan susuk tubuh Maria yang menawan.

Dress ketat separas lutut yang dipakai Maria menarik minat jejaka itu pada lekuk tubuh Maria yang mempunyai susuk tubuh idaman setiap jejaka ditambah pula dengan wajahnya yang berdagu runcing dan beriris hazelnut, membuat pandangan setiap jejaka tidak mampu mengalihkan pandangan. Rambutnya panjang mengurai dibiarkan melepasi punggungnya yang melentik. Sepatu tinggi hak 8 inci menyerlahkan lagi keanggunannya.

Maria menelan ludahnya dengan kasar. Pandangan tajam jejaka itu terhadapnya benar-benar menakutkan.

Jejaka itu melangkah menghampiri Maria dan Helena.

"Saya Dani Drolima. Setiausaha peribadi kepada Mr.Falaeiv" Dani menghulurkan tangannya kepada Maria dan Helena.
Maria dan Helena berpandangan antara satu sama lain dan memandang semula pada huluran tangan kekar milik Dani.
Maria menyambut huluran tangan Dani dengan perasaan yang gementar.
Dia cuba mengukirkan senyuman semanis mungkin untuk sembunyikan rasa gugupnya.

"Mari ikut saya berjumpa dengan pengurus" Dani melangkah mendahului mereka menuju ke lift khas untuk pegawai tertinggi.

Tiada sebarang perbualan antara mereka bertiga. Helena masih mencuri pandang ke arah Dani. Dia tergoda dengan penampilan dan paras rupa yang dimiliki oleh Dani.

Mereka tiba dilantai paling atas, aras 30. Pintu lift terbuka. Dani melangkah mempersilakan Maria dan Helena berjalan keluar dari lift terlebih dahulu.

"Mari ikut saya" panggil Dani sambil melangkah ke satu pintu kayu yang berkualiti tinggi yang tertulis CEO MR.RAMIL FALAIEV.

Tok
Tok
Tok

"Masuk" terdengar suara nyaring seorang lelaki dari arah dalam.
Maria menelan ludahnya tersekat-sekat. Tangannya dingin kerana gementar yang belum juga hilang dari tadi.

Ceklek!

Dani membuka pintu, dia melangkah menghampiri meja kerja bosnya, diikuti Maria dan Helena.
    
Maria dan Helena tidak dapat melihat susuk tubuh lelaki itu kerana kerusi kebesarannya membelakangi mereka bertiga.

"Mr.Falaiev, ini saya bawakan model yang akan berurusan dengan syarikat kita selama tiga bulan, Maria Elyna dan PAnya Helena." Mendengar bicara dari setiausahanya, Ramil memutar kerusi kebesarannya menghadap mereka bertiga.

Terlihat susuk tubuh seorang jejaka muda yang tampan lagi menawan sedang asyik meneliti fail tebal dihadapannya. Tanpa memandang kearah mereka, dia menutup fail dan meletakkannya diatas meja lalu mendongak memandang ke arah susuk tubuh dua wanita yang masih berdiri dihadapannya.

Deg!

Mata Ramil terpaku tatkala melihat salah seorang wanita yang masih berdiri dihadapan meja kerjanya. Iris hazel muda bersetentang mata dengannya. Tanpa mengalihkan pandangannya, Ramil bangun berdiri sambil menghulurkan tangannya pada dua orang wanita dihadapannya.

"Ramil Falaiev, CEO Falaiev Corporation Centre." Ramil memperkenalkan dirinya.
Maria dan Helena menyambut huluran tangan lelaki yang bergelar CEO itu.

"Maria Elyna" Maria tersenyum manis memperkenalkan dirinya.

"Helena, PA kepada Maria" sambut Helena ramah.

"Duduk" arah Ramil dengan suara yang datar. Langsung tiada senyuman yang terukir diwajahnya.

Mata Ramil masih tertumpu pada susuk wajah dan tubuh Maria yang menawan, lalu pandangannya jatuh pada dua payudara Maria yang montok dan berisi yang tertutup disebalik dress yang dipakainya.

"Jadi, anda menerima tawaran syarikat kami?" Pertanyaan Ramil diangguk pantas oleh Helena.

Dani keluar dan masuk semula dengan satu fail yang berada ditangannya lalu menyerahkan fail itu kepada Ramil.

Ramil yang menerima, lantas membuka fail yang mengandungi perjanjian antara mereka. Disitu juga terdapat tandatangan Helena selaku PAnya. Ramil menganggukkan kepalanya.

"Anda berdua sudah tahukan syarat-syarat yang diberikan oleh syarikat kami?" Helena menganggukkan kepalanya tetapi tidak pada Maria. Dia menggelengkan kepalanya. Mereka saling berpandangan. Ada kerutan didahi Maria menandakan dia tidak tahu apa syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat gah ini.

Ramil mendengus kesal.

"Anda selaku PA, sepatutnya peka mengenai hal ini. Bagaimana kita hendak berurusan jika modelnya sendiri tidak tahu apa syarat-syaratnya. Sepertinya, anda bertindak sendiri dalam hal ini tanpa berunding dengan model anda" sinis sekali kata-kata Ramil pada Helena.

"Ma-maaf Mr.Falaiev. Salah saya" Maria memutarkan bola matanya. Dia kesal dengan sikap PA merangkap rakan baiknya itu.

"Jika kami mahu tarik diri, masih boleh, kan?" Soalan Maria membuat rahang Ramil mengeras.
    
Sekali mereka jejak di perusahaannya, mereka tidak boleh keluar lagi.

"Tidak! Perjanjian tetap perjanjian. PA anda telah turunkan tandatangannya disini, sama ada anda tahu atau tidak syarat-syaratnya, anda sudah terikat kontrak dengan syarikat kami." Tekan Ramil dengan nada suara yang tegas. Maria menelan ludahnya kasar.

"Kalau saya tidak mahu?" Dengan beraninya Maria bersetentang mata dengan lelaki bernama Ramil seolah mencabar kelakiannya.
Ramil menatap tajam ke wajah Maria. Dia bersandar pada kerusi kebesarannya.

"Kami akan saman anda dengan harga yang tidak mampu anda bayar, atau...." jawab Ramil sinis sambil tersenyum miring.
Sorot matanya memandang nakal kearah tubuh Maria.

"Atau apa? Maaf jika saya bercakap Mr.Falaiev. Sebenarnya saya tak berminat dengan tawaran yang syarikat anda berikan walaupun dengan bayaran yang tinggi. Semua perjanjian ini dilakukan oleh PA saya tanpa pengetahuan saya" Maria membulatkan matanya memandang ke arah Helena. Helena hanya tertunduk tanpa berani memandang ke wajah Maria.

"Saya menolak tawaran anda. Segala bayaran saman, anda boleh minta pada PA saya, bukan saya." Maria lantas berdiri.

"Saya minta diri,terima kasih kerana meluangkan masa menerima kunjungan kami" Maria menundukkan sedikit tubuhnya seraya hormat dan melangkah keluar.

Helena lantas bangun dan berlari mengikut langkah Maria.

Ramil merasa dirinya dipermainkan. Belum pernah ada orang yang berani menolak usahasama dengan perusahaan mereka. Ini adalah kali pertama dia dihina seperti ini.

Rahangnya mengeras, tangannya menggenggam erat sehingga menampakkan urat-urat timbul di tangan kekarnya.

"Dani, cari tahu pasal perempuan ini. Aku mahu kau culik dia dan bawa ke mansion aku malam ni juga" arah Ramil dengan nada yang tegas.

"Baik Mr.Falaiev" Dani menunduk patuh seraya melangkah keluar meninggalkan ruangan.

'Kau belum kenal lagi siapa Ramil Falaiev. Setelah kau tahu siapa aku, kau akan merayu dan bertekuk lutut pada aku. Kau tak akan boleh lepas dari aku, Maria Elyna' -batin Ramil seraya tersenyum sinis.

Bersambung..

Helena...Helena. Gara-gara sikapnya yang tak professional, dia telah menjebak Maria dalam masalah yang besar tanpa pengetahuannya. Yang bakal menjadi mangsa adalah Maria, bukan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience