19- Sakit

Young Adult Series 53821

Di mansion,

Ramil menghampiri Maria di atas katil.

"Janet, kamu dah call doktor?" Tanya Ramil kepada pembantu rumahnya.

"Sudah, Tuan. Doktor dalam perjalanan." Jawab Janet.

"Apa yang berlaku?" Ramil mengangkat tubuh Maria ke pangkuannya.

"Hari ni, Mem tak mahu makan Tuan. Minum pun tak nak. Susu pun dia tak mahu." Cerita Janet kepada Ramil tentang sikap Maria seharian ini.

"Kenapa kau tak beritahu padaku?" Tanya Ramil dengan suara yang agak tinggi.

"M-maaf, Tuan. T-tuan. Pagi tadi, sewaktu Mem beryoga, saya nampak Mem termenung dan menangis. Bila saya tanya, dia tak cakap apa-apa" cerita Janet lagi. Ramil tahu itu, kerana pagi tadi sewaktu Maria keluar dari kamar mandi pun dia menangis.

"Takpelah Janet, awak keluar dulu. Nanti, kalau doktor sudah sampai, suruh dia terus masuk kesini." Arah Ramil.

"Baik Tuan" Janet melangkah keluar.

Ramil menatap wajah Maria dengan penuh rasa kasih dan sayang. Wajah wanita itu tidak seceria selalu. Sekarang, wajahnya tampak pucat dan tidak bermaya.

"Sayang..maafkan bie. Bie tahu bie salah. Bie tak sepatutnya buat sayang macam tu semalam" Ramil menarik tubuh Maria erat ke dalam pelukkannya.

Tok
Tok

"Maaf, Tuan. Doktor dah sampai." Janet berdiri dimuka pintu.

Ramil perlahan membaringkan Maria di atas katil semula.

"Doktor Emelda" sapa Ramil sambil tersenyum hambar.

"Selamat petang Mr.Ramil" sapa doktor wanita itu kepada Ramil. Dia berjalan menghampiri Maria.

"Kenapa dengan Mem?" Soal doktor itu lagi.

"Dia seharian tak mahu makan dan minum doktor. Sekarang, dia tidak sedarkan diri. Saya risaukan keadaanya dan kehamilannya." Terang Ramil. Terpancar dengan jelas wajah resahnya terhadap Maria.

"Saya mohon periksa Mem dulu." Doktor Emelda memeriksa tekanan nadi dan detak jantung Maria. Ternyata dia dalam keadaan lemah. Doktor Emelda membuka sedikit bibir mata Maria, kelihatan pucat dan tidak bermaya.
Doktor Emelda menarik nafas panjang lalu melepaskannya perlahan.

"Keadaanya sangat lemah kerana seharian dia tidak makan dan minum menyebabkan dia tiada tenaga. Detak jantung dia juga lemah. Hb nya juga rendah. Untuk situasi Mem yang sedang hamil, ini tidak elok." Terang Doktor Emelda kepada Ramil. Jelas riak kerisauan terpancar jelas di wajah Ramil.

"Habis tu macam mana doktor?" Tanya Ramil.
Doktor Emelda tersenyum.

"Saya akan tambah air dalam badan Mem. Mr.Ramil nak tunggu disini atau nak keluar? Saya nak jarumkan Mem ni." Tanya Doktor Emelda seraya mengeluarkan jarum bersaiz agak besar beserta sebotol air garam yang akan dimasukkan ke dalam tubuh Maria.

"Saya tunggu sini" jawab Ramil. Dia tidak takut pada semua itu. Tapi dia simpati pada Maria yang terpaksa menerima suntikan dengan jarum sebesar itu. Terasa amat menyakitkan bagi seorang wanita.

"Baiklah. Saya cucuk ya Mr.Ramil" pinta Doktor Emelda. Ramil mengangguk perlahan seraya melihat pergelangan tangan Maria diikat ketat dengan glove getah. Doktor Emelda perlu mencari salur darah Maria. Setelah dapat, dia menekan permukaan jarum yang tajam ke tangan Maria. Jelas sekali, Maria langsung tidak sedarkan diri walaupun jarum sebesar dan setajam itu menusuk ke kulitnya. Ramil melihat darah menitis masuk ke dalam sebuah bekas yang telah ditadah siap oleh Doktor Emelda. Dengan pantas, Doktor Emelda menyambungkan wayar drip dengan jarum yang dipasangkannya tadi. Setelah selesai, dia menggantungkannya disisi katil.

"Ok..dah siap. Dalam masa 2 jam, jururawat akan datang dan masukkan botol yang kedua. Ini ubat yang perlu Mem makan untuk tambah darah dan ini vitamin untuk Mem dan juga baby supaya sihat sehingga tempoh kehamilan membesar. Jangan lupa beri Mem minum susu 2 gelas sehari. Setiap pagi dan malam sebelum tidur.
Mr.Ramil jangan risau. Lepas saya tambah air ni, Mem akan ok" Ramil mendengar dengan teliti setiap nasihat yang Doktor Emelda beritahu padanya. Mulai saat ini, dia perlu lebihkan perhatian pada Maria dan kandungannya.

"Baik doktor. Terima kasih" ucap Ramil.

"Saya pulang dulu" Ramil mengangguk. Janet yang berdiri hadapan pintu segera membuka pintu untuk Doktor Emelda. Dia menghantar Doktor Emelda sehingga ke pintu besar mansion.

Ramil melangkah ke wordrobe. Dia membuka pakaiannya lalu bergerak ke kamar mandi.

Usai membersihkan tubuhnya, Ramil mencapai briefcasenya lalu mengeluarkan laptop. Dia perlu menyelesaikan kerjanya yang sudah tergendala hari ini. Dia naik dan duduk di sebelah Maria. Tangannya lincah mengetip papan keyboard. Sesekali matanya menoleh memandang ke arah Maria.

Tok
Tok

"Masuk" Ramil masih lincah dengan kerjanya.

Muncul susuk tubuh Janet di muka pintu.

"Tuan, ada nurse di luar"

"Suruh dia masuk" arah Ramil tanpa memandang ke arah Janet. Dia meneruskan kerjanya.

"Selamat petang Mr.Ramil. Maaf mengganggu." Sapa seorang jururawat wanita yang kemas memakai uniform berwarna biru.

"Selamat petang." Sapa Ramil.

"Saya datang nak tukarkan botol air garam pada botol ke 2, Tuan"beritahunya lagi.

"Ya..silakan" Ramil memandang sekilas ke arah jururawat itu, kemudian kembali menatap skrin laptopnya. Sesekali dia melihat jururawat itu menjalankan tugas, dia juga menoleh memandang ke arah Maria.

"Ok.. dah siap, Tuan. Dalam masa 2 jam, saya akan datang semula." Ujar jururawat itu kepada Ramil. Ramil menoleh ke arah botol yang baru sahaja ditukar.

"Baiklah. Terima kasih" ucap Ramil sambil tersenyum sekilas. Janet membawa jururawat itu keluar dari kamar.

Ramil menyambung semula dengan kerjanya. Sesekali dia membuka file dan melihat dokumen didalamnya. Kemudian kembali menghadap laptop.

Sedar tak sedar, masa berlalu begitu pantas. Kerja yang Ramil sedang lakukan hampir siap.

Tok
Tok

"Masuk" arah Ramil lagi.

"Maaf, Tuan. Jururawat tadi datang lagi" Janet muncul dan berdiri di tepi pintu.

"Suruh dia masuk" arah Ramil.

"Baik, Tuan" Janet membawa jururawat itu masuk.

"Maaf mengganggu, Mr.Ramil. Saya nak bukakan jarum drip pada tangan Mem" ujar Jururawat itu.

"Silakan" Ramil hanya melihat jururawat itu mencabut jarum pada tangan Maria. Lalu diletakkan kapas pada kesan suntikkan tadi.

"Dah selesai, Tuan. Saya pulang dulu." Jururawat itu sudah menyimpan semua barangannya dan dimasukkan ke dalam bag.

"Baiklah. Terima kasih" ucap Ramil sambil tersenyum.

Jururawat itu keluar bersama Janet.

Kerja Ramil juga selesai. Dia menyimpan semula semua file dan laptop ke dalam briefcase. Kemudian dia menghampiri Maria di atas katil.

Tubuh Maria di raihnya ke dalam pelukkan. Satu kucupan singgah di dahi Maria. Ramil juga terasa letih setelah beberapa jam duduk menghadap laptop. Akhirnya dia tertidur.

******

Tidur Maria terganggu. Dahinya berkeringat. Kepalanya sesekali bergerak ke kanan dan ke kiri.

"Jangan!" Maria menggelisah diatas katil. Ramil tersedar. Dia memandang ke arah Maria. Mata Maria masih terpejam rapat.

"Jangan..please.." rayu Maria lagi

"Bie please..jangan tinggalkan Maria" airmata mengalir dari bucu bibir mata Maria. Dahi Ramil berkerut.

Dia tak sangka, perbuatannya kepada Maria semalam meninggalkan kesan yang dalam buat Maria.

'Adakah dia takut aku tinggalkannya?
Tidak.. aku takkan pernah tinggalkannya. Aku terlalu sayangkannya' -batin Ramil.

"Bie.. hisk..hisk.." tangis Maria lagi. Ramil sudah tidak sanggup melihat keadaan Maria seperti itu.

Ramil duduk. Dia menarik Maria bersandar ke pangkuannya. Dia memeluk tubuh Maria. Keringat dan airmata Maria diusapnya. Wajah Maria dikucupnya perlahan.

"Tidak sayang.. bie takkan tinggalkanmu. Bie janji,sayang" Ramil memeluk Maria erat kedalam pelukkannya. Airmata lelakinya jatuh hanya kerana seorang wanita.

"Arhh" Maria meringis sakit.

"Sayang..." panggil Ramil dengan penuh kasih sayang. Wajah Maria ditatapnya lembut. Dia mencium kening Maria.

"Bie.." panggil Maria lemah. Matanya terbuka perlahan.

"Sayang.. sayang dah sedar?" Riak wajah Ramil bertukar ceria saat melihat Maria membuka mata. Tubuh Maria didakapnya erat.

"Thank god. I miss you Repunzel" ucap Ramil.

"Bie..." panggil Maria dengan suara yang masih lemah.
Ramil meleraikan pelukkan. Wajah Maria ditatapnya.

"Kenapa sayang..?" Tanya Ramil risau. Perlahan airmata Maria jatuh ke wajahnya.

"Syhhh.. jangan menangis,sayang. I'm here..i'm right here." Ucap Ramil lembut.

"Jangan tinggalkan Maria" tangisnya lagi dengan suara yang serak. Sikapnya tak ubah seperti anak kecil yang begitu manja dengan ayahnya. Itulah sikap Maria sejak dia hamil. Terlalu manja dengan Ramil.

"Syhhh.. bie takkan tinggalkan sayang." Ramil memeluk Maria erat.

"Bie janji takkan tinggalkan sayang. I love you, honey. I love you" luah Ramil lagi. Dia tak mahu Maria lebih tertekan. Dia juga tidak sanggup kehilangan Maria.
Maria kembali pejamkan matanya.
Ramil yang sedar Maria tertidur, perlahan dia merebahkan tubuh Maria diatas katil. Ramil kembali memeluk tubuh Maria erat.

Keesokkannya,

Hari ini, Ramil tidak masuk ke pejabat kerana kesihatan Maria yang masih belum sembuh sepenuhnya. Disaat ini, Maria amat perlukannya disisi.

Ramil bangun awal pagi ni. Dia berjoging dihalaman luar. Sudah lama aktiviti ini tidak dilakukannya. Hampir 1 jam, dia masuk semula ke dalam mansion.
Ramil melangkah masuk ke kamar, ternyata Maria masih lagi tidur. Dia terus ke kamar mandi untuk bersihkan diri.

Usai mandi, dia menyarung baju t-shirt dan seluar separas lutut dan melangkah menghampiri Maria. Dia merangkak naik ke atas katil dan berbaring di sebelah Maria. Dia mengiringkan badannya menghadap Maria manakala siku kiri menongkat kepalanya. Perlahan tangan kanannya membelai rambut yang menyapu wajah Maria. Kepala Maria dibelainya lembut. Dia rindukan senyuman dan gelak tawa Maria.

"Sayang...bie nak sayang dan anak kita sihat. Please...jangan buat bie macam ni.. i miss you, honey" tangan Ramil leka membelai wajah Maria dengan lembut.

Maria yang nyenyak tidur terasa wajahnya disentuh. Jelas, tangan yang menyentuhnya itu terlalu dingin dan mengganggu tidurnya.

"Sayang...wake up.. i miss you..i need you and you need food for your health and our baby in it." Ucap Ramil dengan nada suara yang sedikit serak. Dia mendaratkan ciuman di pipi Maria.

Sesaat, mata Maria terbuka perlahan. Dia mendengar apa yang Ramil katakan padanya. Jelas, Ramil perlukannya dan menyayangi dia dan anak dalam kandungan Maria. Entah kenapa, sejak dia hamil, hatinya terlalu sensitif. Padahal, malam itu Ramil hanya mengusiknya. Ramil tidak berniat pun untuk lukakan hatinya. Dan dia mula menyedari akan hal itu.

Saat Maria membuka mata, netra mata Ramilsedang menatapnya. Pandangan mereka bersatu.

"Good moring, honey" sapa Ramil sambil melebarkan senyuman ke arah Maria. Maria membalas senyuman Ramil.

"Morning, bie" ucap Maria dengan suara yang masih serak.

"Sorry.." ucap Maria pendek. Wajah Ramil ditatapnya lembut.

"Sorry untuk apa?" Tanya Ramil sambil mengerutkan kening. Dia berbaring sepenuhnya menyetarakan pandangannya dengan Maria.

"makes you worried" Ramil tersenyum mendengar jawapan Maria.

"Of course i'm worried, you are everthing to me. You are my whole life" balas Ramil dengan nada suara yang lembut.
Maria tersenyum mendengarnya. Dia tahu, Ramil berkata jujur. Dia juga menyayangi Ramil sepenuh jiwa dan raganya.

Maria bangun duduk dengan perlahan. Rambutnya yang mengurai panjang, disanggul rapi.

"Stt..ahh" Maria melihat tangannya yang sakit. Ramil ikut duduk.

"Apa ni, bie?" Tanya Maria hairan. Dia menarik tampalan kapas yang masih melekat di belakang tangannya.

"Aww" Maria mengaduh sakit.

"Semalam sayang pengsan. Badan sayang kurang air dan melemah. Doktor datang dan tambahkan air dalam badan sayang. 2 botol tau, bukan sikit" terang Ramil membuatkan dahi Maria berkerut.

"Yeke?" Maria mengeluh perlahan. Dia akui salah. Gara-gara dia abaikan makan dan minum, dia sudah menyusahkan orang lain. Dia sudah menyusahkan Ramil.

"I'm sorry.." ucap Maria dengan nada suara yang sayu. Dia memandang tepat ke wajah Ramil dan tersenyum hambar.

"It's ok. Janji, sekarang sayang dah sihat." Maria menganggukkan kepalanya bersetuju dengan kata-kata Ramil.

Maria melangkah turun dari katil. Dia berdiri dan mahu ke kamar mandi.
Kepalanya terasa pening dan nak muntah.

"Uwekk" Maria menekup mulutnya seraya berlari ke kamar mandi.

"Eh, sayang!" Ramil mengejar Maria dari belakang. Dia manghampiri Maria yang sedang terbongkok di mangkuk tandas. Cepat-cepat dia mengusap belakang Maria perlahan-lahan.
Maria menekan flush.

"Eee yerk.. pahit" kata Maria sambil melangkah ke singki lalu mencuci mulutnya.

"Sayang ok?" Tanya Ramil risau.
Maria mencapai berus dan ubat gigi.
Dia memandang Ramil melalui cermin di hadapannya seraya mengangguk.

"Morning sickness" jawab Maria datar seraya memberus giginya.

"Morning sickness? Jadi.. selama sayang hamil, setiap pagi macam ni ke?" Tanya Ramil masih tidak puas hati dengan jawapan Maria. Maria sudah siap memberus giginya. Dia berkumur dan meletakkan kembali berus gigi di tempat asal. Dia mengeringkan mulutnya dengan tuala kecil yang sudah tersedia.
Maria menganggukkan kepalanya.

"Kenapa tak bagitahu bie...,hmm?"
Maria mengeluh seraya menggelengkan kepalanya.

"Kalau bagitahu bai pun, bukan bie boleh buat apa-apa pun. Sama je.. pagi-pagi, Maria akan bangun muntah jugak. Penyakit ni tak ada ubat sayangku" balas Maria seraya menanggalkan pakaiannya di hadapan Ramil tanpa segan. Ramil hanya melihat tingkah laku Maria.

"Yeke? Tapi..bukan ke selalu kalau dalam drama, wanita hamil ni selalu makan benda-benda masam untuk kurangkan rasa loya tekak tu?" Maria mengangguk setuju. Tangannya lincah membuka air suam dalam tub. Setelah penuh, dia memasukkan beberapa titik wangian lavender ke dalam air. Ramil hanya memerhatikan tingkah laku Maria sambil menanti jawapan.

"Tapi morning sickness ni tetap akan berlaku pada setiap wanita dalam tempoh awal kehamilan. Tapi, ada juga yang berlarutan sampai kandungan sudah membesar" cerita Maria panjang lebar.

Ramil mengangguk faham. Ramil juga perlu ambil tahu serba sedikit mengenai wanita hamil.

"Mana sayang tahu semua ni?" Soal Ramil sambil melihat Maria melangkah masuk ke dalam tab mandi. Ramil hanya mengambil tempat disisi tab mandi. Dia duduk disitu menemani Maria mandi dan berendam.

"MR.GOOGLE" jawab Maria sambil tersenyum. Dia meletakkan kepalanya di bibir tab mandi. Gayanya seperti berbaring.

"Mr.Google? Siap-...owhh" Ramil terkekeh ketawa.

"Mr.Google. Kelakar la sayang ni. Boe ingat sayang curi-curi jumpa lelaki mana tadi.." ujar Ramil dengan sisa tawanya.

"Dengan Mr.Google pun bie nak cemburu?" Kini giliran Maria pula yang ketawa. Ramil senang melihat Maria kembali ceria.

"Bie..." Maria mengangkat tangan kirinya menyentuh lengan Ramil. Terlekat sisa buih-buih pada lengan Ramil.

Ramil sekadar melihat riaksi Maria yang membelai tangannya dengan buih. Kemudian dia kembali menatap ke wajah Maria. Pandangan mereka bersatu.

"Taknak temankan Maria mandi sekali ke?" Pertanyaan Maria membuat Ramil menyeringai nakal. Memang itupun yang dia mahu sedari tadi. Dia hanya menunggu Maria mempelawanya saja.

"Mestilah nak" Ramil bangun lalu menanggalkan pakaiannya lantas melangkah masuk ke dalam tab.

"Arghh!!" Jerit Maria geli saat Ramil menggesel tangannya ke perut Maria. Ramil terkekeh ketawa.

Ramil melumat bibir Maria rakus. Kali ni, dia takkan bermain-main lagi seperti malam yang lepas. Dia akan puaskan Maria secukupnya.

Bersambung..

Kadang kamu harus dengarkan kata hati. Jangan tanyakan siapa yang kamu cintai, tapi tanyakan siapa yang buatmu bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience