30- Kenapa disini?

Young Adult Series 53821

Mansion Ramil

Ramil menyerahkan beg kertas yang berisi sisa makanan kepada Janet yang sudah menanti di ruang tengah.

"Lepas ni, jangan bagi isteri saya masuk dapur lagi ya" pesan Ramil kepada Janet. Janet tertunduk.

"Maaf Tuan. B-baik Tuan" Jawab Janet takut. Dia takut Ramil memarahinya kerana mengizinkan Maria masuk ke dapur. Janet segera berlalu.
Ramil berjalan menghampiri Maria lalu memimpin isterinya ke bilik tidur.

"Bie jangan marahkan Janet. Mereka dah halang Maria dari masuk ke dapur tadi. Tapi Maria yang nak masak juga untuk bue. Sekali sekala tak pe kan" pujuk Maria sambil memeluk pinggang suaminya. Kepalanya dilentokkan di celah tengkuk Ramil sambil melangkah menaiki tangga satu persatu.

"Ini last ok. Lepas ni jangan masuk dapur lagi. Bie cuma risaukan isteri bie dan anak dalam kandungan ni." Pesan Ramil sambil mengusap perut Maria. Maria tersenyum lalu mengangguk.

Sampai dikamar, Maria terus ke kamar mandi untuk bersihkan diri. Usai mandi, dia hanya mengenakan dress khas untuk wanita hamil yang bertali halus dibahu, separas lutut. Dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Pinggangnya terasa sakit. Dia perlu berbaring saat ini.
Maria melihat ke sekitar bilik, suaminya tiada disitu. Mungkin suaminya berada di ruangan kerja saat ini. Maria hanya membiarkan suaminya melakukan kerja. Dia perlu merehatkan tubuhnya.
Dalam sekejap, Maria akhirnya tertidur.

Maria tersedar saat hari sudah petang. Dia melihat jam di dinding kamar sudah pukul 5petang. Dia melihat di sekitar, masih kosong. Maria bangun dari tidurnya. Badannya terasa lebih baik dari tadi. Dia melangkah perlahan turun dari katil untuk mencari suaminya.

Tok
Tok
Maria mengetuk pintu ruangan kerja Ramil. Tiada sahutan.

Ceklek!
Perlahan dia menolak daun pintu bilik. Suasana di dalam sunyi sepi dan terasa suasana dingin menyapa tubuh Maria yang terdedah. Dia tahu, suaminya ada di dalam. Perlahan dia menapak masuk ke dalam.

Selama berkahwin, dia tidak pernah masuk ke dalam ruangan kerja suaminya. Dia takut jika dimarahi Ramil.

Maria menatap ke segenap ruang bilik yang dicat dengan warna putih bersih sementara dinding utama diletakkan wallpaper bermotifkan corak jalur memanjang berwarna agak gelap. Disitu terdapat frame gambar besar berukuran 50 inci. Maria terkejut saat melihat foto perkahwinan mereka berdua tergantung disitu. Hatinya tersentuh.

Selama ini, dia tidak pernah bertanyakan kepada Ramil mengenai foto perkahwinan mereka. Ini adalah foto pertama yang dilihatnya.

Kemudian, Maria menghampiri meja kerja Ramil. Disitu ada beberapa foto yang terletak cantik dalam bingkai berbentuk love. Maria mengangkat foto perkahwinan mereka bersama Thalia dan Dave. Ditatapnya lama. Dia rindukan mummy dan daddynya. Dia meletakkan kembali bingkai gambar di atas meja. Tangannya mengambil satu lagi bingkai gambar yang berbentuk bujur berwarna silver. Foto dia dan Ramil bersama penguin saat di Melbourne. Maria sebak sambil tersenyum. Dia terharu saat melihat banyak fotonya tergantung disudut lain di sekitar ruangan. Mulutnya melopong. Airmatanya jatuh lagi.

"Sayang..." panggil Ramil yang baru keluar dari tandas. Maria tersentak. Dia segera mengusap airmata di pipinya. Ramil yang perasan, segera mendekat.

"Hey..kenapa ni, hmm?" Pertanyaan Ramil yang sangat perhatian padanya membuat dia kembali sebak. Ternyata benar apa kata mummy Thalia dulu, Ramil memang tidak pernah ada wanita lain selain dirinya. Ternyata suaminya begitu sayangkannya.

Airmata Maria jatuh lagi. Ramil jadi hairan. Dia meraup ke dua pipi isterinya supaya menatap kearahnya.

Dengan pantas Maria memeluk tubuh Ramil erat sambil menangis.

"Hey..sayang, kenapa ni?" Maria tidak menjawab pertanyaan Ramil. Dia masih terharu dan sebak. Maria menyembamkan wajahnya di dada suaminya. Ramil bertambah hairan, dalam masa yang sama, dia juga risaukan isterinya.

Ramil mengendong isterinya lalu duduk di sofa disudut ruangan kamar. Dia membiarkan isterinya duduk di atas pangkuannya. Maria masih memeluknya erat, wajahnya masih disembamkan ke dada suaminya. Aroma perfume Ramil menusuk ke hidung Maria. Bau itu sedikit menenangkannya. Dia senang saat Ramil ada hampir dengannya.

Maria mengusap airmata diwajahnya. Matanya sudah sedikit bengkak dan merah, hidungnya juga merah kerana menangis. Maria mendongak memandang tepat ke wajah suaminya.

Ramil dapat rasa isterinya sudah sedikit tenang. Dia menatap ke wajah isterinya. Pandangan mereka bersatu. Ramil memandang ke mata Maria yang masih basah, merah dan bengkak.

"Kenapa sayang menangis?" Tanya Ramil lembut. Maria diam. Pandangannya masih lekat ke dalam mata suaminya.

"Seberapa besar sayang dan cinta bie untuk Maria?" Tanpa menjawab pertanyaan Ramil, Maria malah mengajukan soalan lain pada suaminya.
Ramil tersenyum lebar. Dia mencium bibir isterinya lembut.

"Betul sayang nak tahu?" Maria mengangguk. Dia langsung tidak membuang pandang dari wajah Ramil, dia masih menantikan jawapan.

"Bie sa...yangkan isteri bie melebihi apa pun. Sedalam dan seluasnya laut, lebih dalam dan luas cinta bie pada sayang, setinggi-tinggi langit, lebih tinggi cinta dan sayang bie pada sayang. Malah melebihi dari nyawa bue sendiri." Luah Ramil sambil menatap ke wajah isterinya. Maria masih merenungnya.

"Sayang tahu, jika hilangnya sayang, maka hilanglah separuh nyawa bie. Hati bie telah diambil sepenuhnya oleh sayang, takkan dapat diganti oleh sesiapa pun. Seperti saat sayang diculik dulu, bie hampir terputus nyawa fikirkan sayang, risaukan sayang. Bie dah tak boleh tunggu lama lagi untuk cari sayang. Sesukar atau sebahaya mana pun risikonya, bie tetap akan dapatkan isteri bie malam tu juga. Bie takut sesuatu yang buruk terjadi pada sayang. Bie tak sanggup kehilangan sayang tahu tak" Maria terharu dengan cinta yang diberikan oleh suaminya terhadapnya. Mungkin dia sendiri tidak dapat menandingi rasa cinta yang suaminya berikan padanya. Maria memeluk tubuh Ramil erat kedalam pelukkannya. Dia dapat mendengar detak jantung suaminya dengan jelas. Ramil membalas pelukkan isterinya.

"I love you, bie.. I love you more than anything" luah Maria sambil mencium dada suaminya.
Ramil tersenyum.

"Okay.. sekarang jawab pertanyaan bie, kenapa sayang menangis, hmm?" Maria melepaskan rangkulannya. Dia mendongak menatap ke wajah Ramil lembut.

"Sebab Maria tersentuh saat melihat foto Maria terlalu banyak dalam bilik ni" jawab Maria jujur tanpa berselindung. Ramil tersenyum.

"Sebab itu je sayang menangis?" Aju Ramil tidak percaya. Maria menjawab dengan anggukkan.

"Kenapa disini? Kenapa tidak letakkan picture-picture ni di ruangan lain? Dalam kamar kita ke.. ruangan tengah ke?" Soal Maria lagi.
Ramil mengusap perlahan kepala isterinya.

"Bie takkan letakkan picture isteri bie di ruangan tengah sebab bie takkan beri sesiapa pun menatap gambar dan wajah sayang. Hanya bie sorang saja." Maria terkejut.

"Sebab itu je?" Ramil mengangguk pantas.

"Dalam kamar?" Tanya Maria yang masih tidak berputus asa. Ramil tersenyum. Dia mencium dahi isterinya sekilas.

"Buat apa bie nak letak dalam kamar kalau isteri bie ni sentiasa ada dalam tu" jawab Ramil sambil memicit hidung isterinya geram.

"Arghh" Maria memegang hidungnya yang sudah merah. Ramil terkekeh.

"Isteri bie yang cantik, yang bertambah menawan ni pun sudah cukup untuk bie tatap sepuas-puasnya. Baie boleh peluk, boleh cium, boleh ehemm..ehemm.." setiap kali menyebut ayat peluk dan cium, Ramil memeluk dan mencium isterinya. Tapi saat Ramil menyebut ehem-ehem..pinggulnya bergerak perlahan membuatkan wajah Maria bersemu merah.

Maria ketawa sesungguh hati sehingga mengalir airmatanya.
Ramil senang hati melihat isterinya ceria kembali.

Seketika, tawa Maria terhenti. Dia menatap kembali ke wajah suaminya.

"Kenapa bie pilih ruangan ni?" Tanya Maria lagi. Dia tidak akan putus asa selagi tidak mendapat jawapan dari suaminya.

"Sebabnya, bila bie buat kerja dalam bilik ni, bie lihat gambar-gambar sayang seolah-olah memberi inspirasi dan ilham pada bie. Rasa tenang.. bie rasa, sayang sentiasa ada disini dengan bie" Ramil menunjukkan dadanya. Maria menyentuh lembut  dada bidang suaminya lalu menciumnya.

"Bie sayang..."panggil Maria lembut dan manja.

"i love you" ucap Maria sambil menatap ke dalam iris suaminya. Dia melumat bibir Ramil dengan penuh rasa cinta, kasih dan sayang.

"I love you too, honey" balas Ramil sambil tersenyum, dia memeluk erat tubuh Maria ke dalam perlukkannya.

Bersambung...

Awwhh..romantiknya Ramil. Cinta dan sayangnya hanya untuk Maria seorang, tidak ada duanya. Beruntung Maria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience