20- Honeymoon 1

Young Adult Series 53821

Perkahwinan Ramil dan Maria berlangsung dengan lancar. Seluruh dewan dikawal ketat oleh bodyguard Ramil dari luar. Ramai tetamu yang hadir memeriahkan lagi majlis.

"Tahniah Mr.Ramil dan Mrs.Maria.." ucap Helena. Eryk juga mengucapkan tahniah kepada Ramil dan Maria seraya berjabat salam dan berpelukkan dengan Ramil.

"Thank you Ena.. by the way, thanks kerana sudi datang ke majlis aku. And please, don't call us Mr and Mrs. Please call Maria and Ramil." Maria menggenggam erat tangan Helena.

"Baiklah Ramil, Maria." ujarnya sambil tersenyum lebar.
"Kan aku dah janji nak datang" sahut Helena sambil memandang Maria.

"Kau sangat cantik malam ni, Maria. Secocok dengan Ramil yang kacak dan tampan. Aku tak sangka, kita sekarang sudah ada keluarga sendiri dan kau bakal timang cahaya mata tidak lama lagi." luah Helena. Dia juga berharap rumahtangganya dan Maria bahagia sehingga ke akhir hayat.

"Tq Ena.." Maria tersenyum lebar mendengar pujian dari Helena.

"Hello sayang..." sapa seorang wanita dari belakang. Maria menoleh.

"Mummy, daddy.." Maria memutar penuh badannya menghadap Dave dan Thalia.
Mereka berpelukkan mesra.

"Tahniah sayang. Welcome to Falaiev family. Mummy dan daddy berbangga dengan mu dan berterima kasih padamu sayang kerana kamu dah berjaya menambat dan melembutkan hati seorang lelaki arogan seperti Ramil" Maria tertunduk malu mendengar pujian yang keterlaluan padanya. Dia tidak pernah mengubah sikap Ramil. Mungkin cinta yang ada di hati Ramil yang mengubah hati arogan lelaki itu. Semuanya berubah secara alami.

"Mummy.." sapa Ramil yang datang menghampiri Maria, Dave dan Thalia. Dia dengar apa yang dibicarakan oleh Thalia. Dia mencium kedua pipi Thalia dan Dave.

"Hai sayang.. tahniah kepada anak mummy yang telah menamatkan zaman bujang hari ini. Ingat, tanggungjawab Mil semakin berat. Jaga Maria baik-baik. Jangan sakiti hati dan jiwanya. Ingat, di dalam sini ada cucu mummy dan daddy" Thalia mengusap perut Maria sambil menatap pandang dengan Ramil. Maria tersenyum mendengar nasihat dan teguran dari Thalia buat Ramil.

"Baik mummy. Mil janji akan jaga menantu kesayangan mummy ni lebih dari nyawa Mil sendiri." Ramil mengucup pelipis Maria dengan lembut. Maria tersentuh mendengar pengucapan dan janji Ramil pada Thalia.

"Mana Sawyer?" Ramil memerhati sekeliling.

"Dia mohon maaf kerana tak dapat hadir. Dia sampaikan salam tahniah buat kamu berdua. Hadiah perkahwinan kamu berdua juga dia dah kirimkan. Nanti sampailah tu" Celah Dave yang sejak tadi hanya membiarkan isterinya berbicara.
Ramil hanya menggelengkan kepalanya. Sawyer sangat pentingkan kerjanya. Rasa lebih beruntung jika adiknya itu mahu membantu daddynya menguruskan syarikat. Malangnya, adiknya lebih berpihak pada keluarga sebelah kekasihnya. Setakat mana Ramil harus bertahan. Lambat laun, Dave akan bersara, dan siapa yang akan mengambil alih perusahaan mereka di Italy kelak. Ramil sudah punya syarikatnya sendiri di Las Vegas. Itu tidak mungkin dia tinggalkan.

"semalam dia ada meeting penting yang tak dapat nak dielakkan. Kalau datang pun tak sempat. Rusia dan Las Vegas jauh sayang" pujuk Thalia kepada Ramil. Ramil mengangguk faham. Maria mengusap lembut bahu Ramil. Dia faham perasaan Ramil sekarang dan dia juga berharap Ramil faham cara kerja adiknya.

Ramil menoleh memandang ke arah Maria lantas tersenyum. Wajah wanita itu pengubat segalanya. Maria juga belum pernah bertemu dengan Sawyer. Adik iparnya itu seorang yang super-busy atau lebih tepat lagi 'workaholic'.
Maria beruntung, Ramil tidak seperti adiknya.

"Ada masa, kita kunjung dia disana" saran Maria membuatkan Ramil tersenyum lebar seraya mengangguk. Ramil langsung tidak terfikir mengenai perkata itu. Untung Maria telah menyuarakannya.

Thalia dan Dave tersenyum. Mereka berbangga melihat Maria yang pandai mengambil hati Ramil. Dia tahu, Maria mampu menjaga Ramil dengan baik.

"Sayang, jom" ajak Ramil sambil mengernyit nakal kearah Maria.

"Kemana?" Soal Maria hairan. Dia melihat sekeliling, majlis belum lagi tamat. Tetamu masih lagi ramai dan masih menikmati hidangan. Kemana Ramil mahu membawanya?

"Honeymoon" bisik Ramil merapatkan bibirnya ditelinga Maria.
Maria menggigit bibir bawahnya menahan malu. Maria menatap ke arah Ramil dengan sorot matanya.

"Bie..." Maria menampar lembut lengan Ramil.

"Pergilah.. mummy dan daddy boleh uruskan majlis. Lagipun, semua perkerjamu kenal siapa daddymu. Pergilah.." Thalia yang sedari tadi menjadi pemerhati merpati dua sejoli ini faham, mereka perlukan masa berdua.

"Thanks mummy. Mummy selalu faham Mil." Ramil mencium pipi Thalia. Begitu juga Maria.

Kereta sudah siap sedia menunggu di hadapan dewan. Ternyata Ramil telah merancangnya lebih awal. Dia tak akan tunggu sehingga majlis tamat. Dia tak sabar mahu habiskan masa bersama dengan isteri yang baru dinikahinya ini.

      Maria berhenti melangkah. Jaraknya dengan kereta hanya tinggal selangkah sahaja lagi saat bodyguard telah membukakan pintu kereta. Tindakkan Maria sudah tentu menghairankan Ramil yang berada disisinya. Ramil menoleh memandang kearah Maria.

     Maria menoleh sekilas ke belakang. Tetamu yang mendapat kode dari pengantin, segera menghampiri. Maria membaling jambangan bunga yang dipegangnya ke belakang.
Dia menoleh melihat siapakah yang bertuah.
Ternyata setiausaha suaminya,Mary berjaya menyambut balingan bunga dari Maria. Dia tersenyum gembira. Begitu juga dengan Ramil.
Maria dan Ramil lantas masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

"Kita nak kemana ni sayang?" Tanya Maria hairan. Jalan yang mereka lalui ini, bukan jalan ke mansion.

"Surprise" jawab Ramil sambil memeluk bahu Maria.

"Bie.. look at me" Ramil yang faham hanya tersengih.

"Sekejap lagi tukar, ok" jawab Ramil datar.
Maria memutar bola matanya.

Mereka tiba di perkarangan lapangan yang menempatkan jet peribadi Ramil.

"No way" luah Maria. Dia kini berdiri menghadap jet peribadi milik Ramil.
Ramil terkekeh melihat kearah Maria.

"Bie..can you tell me, where should we go?" Tanya Maria yang masih tidak puas hati. Ramil berjalan menghampiri Maria. Kedua tangannya diletakkan ke dalam saku seluar. Bibirnya mendekat dengan telinga Maria.

"Surprise.." Maria mengeluh sambil tersenyum miring memandang ke arah Ramil.

"Bie..dengan baju macam ni?" Maria melihat tubuhnya masih berbalut gaun putih yang meleret ke tanah.

Ramil terkekeh ketawa.

"Why not" balas Ramil sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Arghh!" Jerit Maria saat tubuhnya melayang ke udara.

Dengan pantas Ramil mengendong Maria ala bridal style, mengenangkan mereka juga sebenarnya bridal pada hari itu.

"Malu la bie" Maria menyembamkan wajahnya di tengkuk Ramil sehingga terhidu aroma perfume yang selalu digunakan Ramil. Sangat harum dan maskulin menusuk ke deria bau Maria. Dia suka dengan bau wangian itu.

Ramil ketawa geli hati dengan sifat pemalu Maria.

Mereka tiba di dalam pesawat. Kali ini, Vlad dan William akan ikut serta menjaga mereka disana.

"Mari" Ramil menarik tangan Maria lalu masuk ke satu ruangan khas di atas pesawat. Maria terpegun melihat ada satu kamar berhias cantik seperti ala-ala honeymoon. Katil bercadarkan warna putih bersih dihiasi dengan kelopak bunga mawar dan dua ekor angsa yang diperbuat dari tuala.

"Cantiknya, bie" puji Maria. Dia mengucup bibir Ramil sekilas.

"Ini baru acah-acah honeymoon. Sampai ke destinasi, baru kita honeymoon betul-betul" Ramil mengernyit matanya nakal kepada Maria.
Maria lantas memeluk tengkuk Ramil dengan kedua tangannya. Lagaknya sangat manja dan menggoda dimata Ramil.

"Thank you, bie..Maria happy sangat. So sweett" Ramil tersenyum lebar. Dia gembira bila melihat isterinya bahagia. Maria mengucup lembut bibir Ramil yang kemudiannya dibalas lumatan oleh Ramil.

"Sayang tukar baju. Sekejap lagi kita dah nak berlepas." Arah Ramil sambil membuka satu rak yang berisi bagasi milik Maria.

"Bie yang kemas?" Pertanyaan Maria dibalas gelengan kepala oleh Ramil.

"Janet" balas Ramil. Maria hanya tersenyum. Dia membuka bagasi lalu menukar pakaiannya dihadapan Ramil. Ramil hanya menjadi pemerhati dari tadi.

"Dah siap?" Maria mengangguk. Ramil menyimpan semula bagasi ditempat asal lalu membawa Maria kembali ke kerusi VVIP. Dia bantu Maria pasangkan seat belt. Kemudian dipasangkan pada dirinya pula.

10 minit kemudian, pesawat berlepas ke udara.

Bersambung...

Mari kita pergi bersama dan tersesat di tempat-tempat yang indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience