32- Melawat

Young Adult Series 53821

Hari sudah beransur siang. Matahari sudah membiaskan cahayanya masuk ke celah-celah langsir yang sedikit terselak membuatkan biasan cahaya menyilaukan mata Maria. Tidurnya terganggu.

Maria mengubah posisi tidurnya, dia beralih dan mengiring ke sebelah kanan. Dengan mata yang masih tertutup, Maria dapat rasa susuk seseorang berada disebelahnya. Dengan pantas dia membuka mata.

Maria menarik nafas lega saat melihat suaminya terbaring di sebelahnya. Perlahan dia bangun tanpa mahu mengganggu tidur Ramil.

Usai membersihkan diri dan bersiap, Maria turun ke dapur untuk membuat sarapan. Dia tahu, penthouse Sawyer tidak ada pembantu. Tukang cuci akan datang 3 atau 4 hari sekali untuk membersihkan penthouse. Dia maklum akan hal itu saat Thalia memberitahunya semalam.

Maria melangkah masuk ke ruangan dapur. Dia membuka peti sejuk untuk melihat isi yang ada didalam. Dengan pantas tangannya mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat pasta. Dia juga membuat sandwich untuk sarapan pagi mereka.

Hampir 30 minit, akhirnya kerjanya selesai. Dia memasukkan hidangan ke dalam piring lalu dihidangkan di atas meja makan.

Thalia yang baru turun terkejut saat melihat hidangan untuk sarapan pagi sudah terhidang rapi. Matanya memandang sekeliling, tiada sesiapa disitu.

Sebentar kemudian, muncul susuk tubuh menantunya dari arah dapur mengangkat dulang berisi seteko kopi dan beberapa cawan kosong.

"Maria.." panggilnya lantang akibat terkejut. Dia menerpa ke arah menantunya, lalu dulang bertukar tangan.

Semua yang mendengar jeritan Thalia lantas keluar dari bilik.

"Maria..berapa kali mummy cakap, jangan buat kerja dapur.. Maria kan tengah sarat, kalau terjadi apa-apa kan susah.." teguran Thalia membuatkan Maria tersenyum.

"Kenapa mummy?" Tanya Ramil yang sudah berdiri di hadapan meja makan. Ternyata dia juga sudah mandi kerana terlihat rambutnya masih basah.

Matanya melihat hidangan di atas meja.

"Siapa yang masak semua ni?" Tanya Ramil hairan sambil memandang ke wajah Thalia dan isterinya, Maria.
Thalia mengeluh.

"Maria" Thalia memandang ke arah Maria dengan sorot mata yang tajam.

Maria tersengih.

Ramil memandang ke arah isterinya.

"Maaf mummy.. Maria lapar, sebab tu Maria masak. Nak tunggu semua bangun, keluar sarapan sama-sama..Maria rasa lambat, Maria dah tak tahan. Lagipun, barang-barang dalam peti semua masih banyak, sebab tu Maria masak" jawab Maria jujur. Memang dia lapar. Sejak dia sarat mengandung, dia jadi kerap makan dan cepat lapar.

Ramil berjalan menghampiri isterinya.

"Kenapa sayang bangun tadi tak kejut bie. Bie boleh je keluar belikan sarapan." Wajah Ramil berubah risau melihat isterinya. Maria tersenyum.

"Bie balik lambat kan semalam, Maria tak nak ganggu bie tidur" jawapan Maria hanya dibalas keluhan dan gelengan dari Thalia dan Ramil.

"Duduklah. Maria dah lapar ni" arah Maria lembut. Ramil segera menarik kerusi untuk isterinya duduk. Dia duduk disisi Maria.

"Apa bising pepagi ni, hmm?" Soal Dave yang baru turun, melangkah menghampiri meja makan.

"Sayang tengoklah ni.. semua ni menantu awak yang masakkan" adu Thalia sambil memandang ke arah Dave. Dave terkekeh.

"Baguslah macam tu. Wanita hamil ni tak boleh duduk diam saja. Sesekali, mereka kena banyak berjalan, buat kerja..bagi memudahkan proses bersalin." Dave membela menantunya,Maria.

"Kan, daddy" sahut Maria gembira saat bapa mertuanya membelanya. Ramil menoleh memandang ke arah isterinya.
Maria yang perasan, pantas menoleh kesisi.

"Apa? Betullah apa yang daddy cakapkan tu" jawab Maria sambil menyuap pasta ke dalam mulutnya. Laparnya sudah tidak dapat ditahan lagi.

"Lepas ni, jangan masuk dapur lagi. Bie tak nak tengok sayang masuk dapur lagi. Selangkah sayang masuk, tau la apa bie nak buat pada sayang" ugut Ramil sambil memandang tepat kewajah isterinya.

"Daddy..." adu Maria membuatkan Dave hanya terkekeh ketawa. Dia tidak dapat menolong mengenai hal itu.

"Tengok, daddy pun tak boleh nak bantu sayang dalam hal ni" ujar Ramil menang. Dia menyeringai nakal.
Maria membuang muka lantas menyambung makannya.

"Dah..dah..makan. Penat Maria masak. Makan kenyang-kenyang, lepas ni kita ke hospital" sela Dave sambil menyuap sandwich ke dalam mulut.

"Mmm..sedapnya. Pandai menantu daddy masak" puji Dave sambil meneruskan suapannya.

Thalia juga ikut makan. Dia menyuap pasta ke dalam mulut.
Dia mengangguk kepala setuju dengan suaminya, Dave.

"A'a la.. sedap Maria masak" puji Thalia sambil meneruskan suapannya.
Maria tersenyum lebar.

"Thank you daddy, mummy. Bie tak nak makan?" Tanya Maria sambil menoleh memandang ke wajah suaminya.

Ramil menatap tajam kearahnya.
Perlahan Maria menyedok sesudu pasta lalu dihalakan ke mulut suaminya.

"Aaaa..." Maria membuka mulutnya guna menyuruh Ramil ikut membuka mulut seperti anak kecil.

Ramil akhirnya akur membuat Dave dan Thalia ketawa melihat gelagat anak dan menantunya.

"Anak dalam perut tu tunggu hari ja nak keluar, tapi perangai papanya tak ubah-ubah" celah Thalia sambil terkekeh ketawa. Maria ikut tersengih dengan kata mertuanya.

"Sedap tak?" Tanya Maria kepada suaminya.

"Sedap" akui Ramil pantas. Maria mengambil sepotong sandwich, lalu disuapkan ke dalam mulut Ramil.

"Dah takde tangan nak makan sendiri?" Tanya Dave tiba-tiba membuat Maria menahan tawanya. Ramil menoleh ke arah Dave sambil tersenyum sumbing.

"Makan cepat. Isteri kamu tu tengah lapar, kamu boleh main-main pulak. Cepat habiskan makanan ni, nanti kita lambat pulak sampai ke hospital."  Arah Dave. Ramil terpaksa akur. Dia baru nak bermanja-manja dengan Maria. Ramil mempercepatkan suapannya. Maria menoleh memandang suaminya sambil tersenyum geli hati.

*****

Sampai saja di bilik Sawyer dirawat,

"Hoihh! Ini hospital, bukan rumah" tempik Ramil pada Sawyer dan Leila.

Thalia dan Maria terkekeh ketawa melihat gelagat dua anak muda dihadapan mereka yang tidur sekatil.

"Tak padan dengan sakit, menyempat lagi" usik Ramil. Muka Leila sudah bersemu merah.

"Abang Mil, kami bukan buat apa pun. Leila cuma teman Sawyer tidur je..itupun tak boleh ke?" Jawab Sawyer dengan nada suara yang masih lemah.

Ramil mengetatkan rahangnya.

"Kau nak rasa kaki lagi satu ni patah kat sini ke, hah?" Marah Ramil sambil memegang kaki kanan Sawyer.

"Jangan..jangan... yang sekarang pun masih sakit" Sawyer menggelengkan kepalanya laju. Maria menahan tawanya dari pecah.

"Tau pun. Malu sikit kalau nurse nampak" ucap Ramil datar. Leila sudah turun dari katil hanya menundukkan wajahnya.
Thalia segera membawa Leila ke sofa.

Maria? Dia menghampiri suaminya.

"Dah la, bie.. malu kalau orang dengar..lagi pula, ini hospital..bukan rumah" pujuk Maria sambil mengusap lengan kekar suaminya yang berurat.

"Pasal ini hospital la, bie cakap macam ni pada diorang" Ramil menurunkan tone suaranya lebih lembut saat bercakap dengan isterinya.
Maria tersenyum.

"Dah..dah.. orang muda bercinta, macam itulah.. tak macam cara kita bercinta, lain..kan...??" Maria mengangkat sebelah alisnya sambil memandang ke arah Ramil.

Ramil yang faham maksud isterinya, memicingkan matanya ke arah Maria. Maria terkekeh ketawa.

Sawyer yang sedang pasang telinga seraya menjampuk;

"Macam lain, macam mana Kak Maria?" Soal Sawyer ingin tahu. Maria tersenyum sumbing ke arah suaminya kemudian menoleh memandang ke arah Sawyer.

"Yang itu, adik akak kena tanya sendiri dengan Abang Mil" sambut Maria sambil menjeling ke arah suaminya sekilas. Ramil yang ibarat terima paku buah keras hanya diam membisu.
Sawyer mengerutkan keningnya tidak faham.

"Sawyer dah sarapan?" Maria menukar topik saat melihat Ramil tidak mahu berbincang lebih lanjut pasal tadi.

Cara abangnya bercinta lebih advance dari dirinya. Menculik dan merogol Maria tanpa perikemanusiaan. Entah sejak bila cinta itu hadir, dia sendiri tidak dapat nak jelaskan. Cerita mereka terlalu complicated!

Berbeza dengan Sawyer yang lebih lembut saat bercinta, tidak sekeras abangnya. Tapi, itu langsung tidak membuatkan Maria menjauhkan diri dari Ramil sejak dia tahu sikap sebenar lelaki bernama Ramil Falaiev. Saat dia tahu, hadirnya rasa cinta dalam hati yang mula bersemi, sikapnya sikit demi sedikit berubah dari sekeras-keras batu sehinggalah selembut-lembut sutera.

Itulah yang membuatkan Maria jatuh ke dalam tangannya. Sikapnya yang begitu penyayang, prihatin, bertanggungjawab, romantik dan setia.

"Dah makan Kak Maria. Tadi, pihak hospital ada hantarkan sarapan." Jawab Sawyer sambil memandang ke wajah Maria.

"Nak minum apa-apa tak? Akak buatkan?" Pelawa Maria perhatian pada adik iparnya.

"Air kosong jela kak" sambut Sawyer sambil tersenyum. Maria mengangguk lantas menghampiri meja kecil yang berada di sisi katil. Dia mengambil gelas kosong lalu menuang air putih ke dalamnya. Tangannya mencapai satu straw yang sudah tersedia disitu.

"Kamu nak minum pakai straw?" Soal Maria inginkan kepastian. Sawyer menggeleng. Perlahan dia merengsot menegakkan badan. Ramil yang berada dekat, lantas membetulkan bantal di belakang adiknya supaya lebih selesa.
Maria menyondorkan gelas yang berisi air putih ke mulut Sawyer.

"Kak Maria yang suap, air kosong pun rasa sirap" usik Sawyer terkekeh.
Ramil memutarkan bola matanya.

"Jangan nak mengada-ngada" celah Ramil cemburu.

"Eleh.. dengan adik sendiri pun nak cemburu" usik Sawyer kepada abangnya. Maria hanya menggelengkan kepala.

"Akak sayang Sawyer?" Pertanyaan Sawyer membuatkan Ramil membelalakkan matanya. Maria tersenyum mendengar pertanyaan dari Sawyer.

"Sayang" jawab Maria polos. Sudah tentu dia sayangkan Sawyer. Sawyer adalah satu-satunya adik yang dia ada didunia ini.

Maria tersenyum sambil memandang Sawyer, kemudian memandang sekilas ke arah suaminya yang sedang menatapnya tajam.

"Buktikan pada Sawyer, yang akak sayangkan Sawyer" Sawyer menjeling nakal kearah abangnya.

Geram Ramil sehingga rahangnya mengeras. Dia menyilang kedua tangannya ke hadapan, memeluk dada bidangnya. Sekilas dia memandang ke arah isterinya, kemudian menatap tajam ke arah Sawyer.
Sawyer menyeringai nakal.

Cup!

Maria mendaratkan satu ciumannya di pipi Sawyer membuatkan Sawyer ternganga. Begitu juga dengan Ramil.

Maria yang mengerti, terkekeh ketawa melihat gelagat dua lelaki dihadapannya.

"Abang Mil, lihat..Kak Maria sayangkan Sawyer. Tak nak cucilah muka Sawyer sebelah sini. Nanti hilang jejak ciuman Kak Maria." Usik Sawyer sambil menjeling sekilas ke arah Ramil. Maria ketawa geli hati.

Ramil yang sejak tadi menggeram mula menghulurkan tangannya, dia menggenggam tangan Sawyer yang patah dengan agak kuat.

"Arhh..argh...arghhh" Sawyer mengadu sakit saat Ramil menggenggam tangannya. Maria berjalan mengitari katil ke sebelah sana guna menghampiri suaminya.

"Bie.. kenapa ni, cemburu?" Ramil menjeling ke arah isterinya sekilas lalu membuang muka.
Maria menghulur kedua tangannya ke atas, dia memegang kedua pipi suaminya lalu menarik lembut supaya menoleh dan menatap kewajahnya.

Maria mencium bibir Ramil lembut.

"Ini ciuman untuk suami Maria yang tercinta" pujuk Maria sambil mengelus perlahan pipi Ramil yang berkumis nipis.

Ramil memeluk tubuhnya lalu mengangkat kedua alisnya kearah Sawyer. Sawyer hanya membuat memek muka pada abangnya.

"Apa yang korang buat ni?" Soal Dave yang melangkah masuk menghampiri mereka bertiga. Mereka bertiga seraya menoleh memandang ke arah Dave.

"Abang Mil cemburu dengan Sawyer" sahut Sawyer pantas.

"Cemburu?" Dave mengerutkan dahinya tidak mengerti.

"Kak Maria cium pipi Sawyer, Abang Mil cemburu, dia picit tangan Sawyer yang patah ni, daddy" adu Sawyer seperti anak kecil. Dave hanya menggelengkan kepalanya dengan sikap kedua anak lelakinya. Ramil yang memdengar hanya memutar bola matanya.

"Daddy kemana? Kenapa lambat masuk?" Tanya Ramil hairan sambil menatap lekat ke wajah Dave.

"Orang-orang daddy call. Diorang dah tahu siapa yang langgar Sawyer. Sekarang ni, diorang tengah siasat sama ada orang yang melanggar Sawyer ni memang ada niat atau diupah oleh seseorang." Cerita Dave tentang kelewatannya tadi. Dia bersyukur dengan kecekapan kerja anak-anak buahnya yang berjaya menjejak siapa yang bertanggungjawab melanggar Sawyer.

"Hah! Yeke daddy? Siapa?" Soal Ramil tidak sabar. Maria menatap tajam kearah suaminya.

"Daddy belum boleh beritahu sekarang. Orang-orang daddy masih siasat latar belakangnya" balas Dave cuba mententeramkan keadaan. Dia tahu anak sulungnya begitu obses akan hal ini. Dia tak mahu Ramil bertindak melulu.

Maria menggenggam erat tangan suaminya. Ramil menoleh menatap raut wajah isterinya.
Maria tersenyum dan kemudiannya menggeleng kepala perlahan.
Ramil yang faham lantas tersenyum kemudian mengangguk.

"Bie cuma nak tahu.. bie takkan libatkan diri, bie janji" luah Ramil perlahan sambil menatap lekat wajah isterinya. Maria menatap ke dalam anak mata Ramil, dia cuba mencari kebenaran dari kata-kata suaminya namun hampa.

Ramil pandai menyembunyikan riaksi wajahnya dari dibaca oleh Maria. Itu kelebihannya.

Thalia dan Leila hanya menyaksikan mereka bertiga dari jauh. Sejak dari Maria mencium Sawyer, Ramil menggenggam tangan Sawyer yang patah sehinggalah saat Dave masuk dan memberitahu orang-orangnya sudah kenal pasti siapa yang telah melanggar Sawyer.

"Tengoklah tu, Leila. Dua beradik tu..perangai macam budak-budak. Kesian mummy tengok Maria. Dengan sarat macam tu, nak melayan karenah suami dan adik ipar dia sekali gus" Thalia hanya menggelengkan kepala. Leila di sisi hanya tersenyum. Dia tidak rasa cemburu saat Maria mencium Sawyer, dia tahu bagaimana hubungan Maria dan Sawyer apatah lagi suami Maria ada disitu menyaksikan apa yang berlaku.
    
Suami Maria sendiri tidak berkata apa-apa, inikan pula dia yang hanya kekasih kepada Sawyer.

"Leila pun suka tengok mereka, mummy. Kak Maria pandai ambil hati kedua-duanya. Sawyer pernah mengadu pada Leila.." Thalia menoleh menatap ke arah Leila.

"Apa yang Sawyer cakap?" Soal Thalia ingin tahu.

"Dia rasa seronok sebab ada kakak. Dia yang paling happy saat tahu Abang Mil nak kahwin sebab tak lama lagi dia akan ada seorang kakak. Dia nak datang masa majlis kahwin Abang Mil dan Kak Maria dulu, tapi..." Leila menundukkan wajahnya. Dia rasa bersalah kerana gara-gara urusan pejabat yang mendadak, Sawyer terpaksa batalkan hasrat untuk menghadiri majlis perkahwinan Ramil dan Maria.

"Tak pe.. mummy faham. Sawyer dah maklumkan hal tu.. dah, kamu jangan salahkan diri kamu" pujuk Thalia cuba menenangkan hati Leila dari terus menyalahkan dirinya dan keluarganya yang menjadi penyebab Sawyer tidak dapat ke sana.

Leila tersenyum tawar. Dia masih rasa bersalah. Sekarang, dia dapat lihat sendiri betapa bahagianya Sawyer saat mendapat lawatan dari Ramil dan Maria walaupun dalam keadaannya yang terlantar sakit.

*****

Tiga hari Sawyer dirawat dirumah sakit, akhirnya dia dibenarkan pulang.
Ramil menyorong wheel chair yang diduduki Sawyer.

"Sawyer, turun" arah Ramil dengan wajah selamba. Kesemua menoleh memandang ke arah Ramil.

"Bie.. kenapa ni?" Tanya Maria hairan. Masih jauh lagi perjalanan mereka hendak sampai ke pintu keluar.
Ramil tidak menjawab, dia masih menatap ke arah Sawyer.

"Turun.. aku tau kau boleh jalan. Jangan nak manja sangat" Thalia dan Leila menganga mendengar kata-kata Ramil.

Maria menghampiri suaminya.

"Bie.. kenapa ni? Sawyer kan masih sakit..mana boleh dia jalan secepat ni." Pujuk Maria sambil mengusap rambut Sawyer perlahan. Perbuatan Maria membuat Ramil semakin nekad dengan keputusannya.

"Nurse.."panggil Ramil. Seorang jururawat datang menghampiri kearah mereka.

"Ada apa Tuan?" Soalnya hairan.

"Berikan tongkat pada dia. Biar dia berjalan, bukan duduk atas kerusi malas ni" jawab Ramil datar sambil memandang sekilas ke wajah jururawat itu.

"Baik Tuan" jururawat itu segera berlalu. Beberapa minit kemudian, dia datang kembali membawa tongkat khas lalu diberikan pada Ramil.

"Nanti saya bayarkan di kaunter" balas Ramil. Jururawat itu hanya mengangguk pantas seraya berlalu dari situ.

"Bie..kamu yakin, Sawyer boleh jalan dengan menggunakan tongkat ni?" Ramil menoleh memandang ke arah isterinya.

"Kita lihat sama-sama ye sayang..." jawab Ramil lembut seraya mencium dahi isterinya.
Ramil berjalan ke hadapan Sawyer. Dengan pantas dia menarik tangan adiknya supaya berdiri.

"Argh.." erang Sawyer. Sekejapan sahaja dia sudah berdiri setara dengan Ramil.

"Ambil tongkat ni. Aku tahu kau boleh jalan. Kau anak jantan, jangan nak tunjuk diri tu lemah sangat" arah Ramil tegas sambil menatap serius ke wajah Sawyer. Leila yang melihat hanya menelan ludah kasar.

Sawyer mencapai tongkat yang diberikan oleh Ramil. Awalnya dia tidak mampu untuk menapak, tapi lama kelamaan dia boleh bergerak sendiri tanpa bantuan Ramil.

Raut kerisauan yang tadi ada pada wajah mereka kini berubah senang.

"Macam mana bie tahu, Sawyer mampu berjalan sendiri?" Soal Maria sambil memeluk pinggang suaminya sambil berjalan di belakang Sawyer.

"He's my brother. I know him very well" balas Ramil dengan suara yang agak perlahan. Maria tersenyum.

"Yah.. Maria nampak itu, bie" sambut Maria seraya melangkah beriringan dengan Ramil lalu masuk ke dalam kereta.

Sawyer perlu dibawa pulang ke Italy buat sementara waktu dibawah penjagaan kedua orang tuanya dan Leila maklum akan hal itu.

Bersambung..

Perangai macam budak-budak kan si Ramil dan si Sawyer tu. Hmm.. tapi bagus juga Ramil memperlakukan Sawyer seperti itu. Dia sayangkan adiknya, sebab itulah dia tidak mahu manjakan Sawyer

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience