13- Kemalangan

Young Adult Series 53821

Hari ini Ramil membawa Maria ke sebuah restoran yang terkenal di Venice.
    
Riviera's inventive menghidangkan masakan Venetian dan lokasi yang luar biasa strategik. Tempatnya sebagai salah satu daripada sepuluh restoran terbaik di Venice. Ramai pelancong sering datang ke situ.

"Thank you sayang.. hari-hari bawa aku jalan-jalan. Tak sangka, Italy terlalu banyak tempat-tempat yang menarik, banyak juga peninggalan sejarahnya." Ramil tersengih dengan kata-kata Maria.

"Masih banyak tempat yang aku belum bawa. Kalau sempat, kita pergi. Ok?" Maria mengangguk.

Sebentar kemudian datang seorang pelayan lelaki sambil menyerahkan menu makanan kepada mereka berdua.

"Mil, kamu saja yang pesan. Apa saja makanan yang kamu pesan, aku turuti" ujar Maria sambil meletakkan senarai menu di atas meja. Ramil hanya menganggukkan kepalanya.

"Voglio un carpaccio di arrosto di manzo, mandorle tostate,2 tazze di succo di frutta, Ravioli e cocktail di frutta" selepas selesai memesan makanan, pelayan itu mengambil semula menu yang ada di atas meja.

"ok Signore" dia menundukkan separuh badannya tanda hormat dan berlalu.

Selepas 15 minit menunggu dan berbual, akhirnya pesanan mereka sampai.

"Makanlah. Sayang pasti suka" ujar Ramil sambil memandang hidangan di hadapan Maria.

Maria menatap piring di hadapannya.
Terdapat daging lembu yang dipanggang bersama badam bakar, aromanya sangat harum.
Maria memotong daging pada saiz yang kecil lalu disuap ke dalam mulut.

"Mmm..sedap" puji Maria sambil meneruskan makannya. Ramil hanya tersengih melihat gelagat Maria yang tak ubah seperti anak kecil.

"Sayang, cuba rasa koktail buah ni, tentu sayang suka" Ramil menyuap satu sudu berisi koktail buah kepada Maria.
Maria membuka mulut lalu menjamahnya.

"Mmm.. sedapnya. Special menu kat sini ke?" Tanya Maria. Dia bertanya kerana majoriti pelanggan yang datang ke sana, memesan koktail yang sama.

"Ya. Sedap kan?" Soal Ramil.
Maria mengangguk.

*****

Usai makan, Ramil dan Maria keluar dari restoran. Mereka leka berbual tanpa menyedari sebuah kereta dipandu laju dari arah belakang, lalu melanggar Maria.

"Maria!!!!" Jerit Ramil seraya berlari ke arah Maria. Ramil sempat melihat jenis kereta dan nombor plat kenderaan tersebut.

"Sayang..bangun sayang.." Maria membuka matanya perlahan. Bodyguard yang terlihat Ramil mengendong Maria dalam keadaan cedera, segera membukakan pintu kereta.

"Kita ke hospital, cepat" Arah Ramil dalam keadaan tergesa-gesa.

"Arkhh!!" Maria mengerang kesakitan. Dia memandang tangan dan kaki kanannya yang dipenuhi darah.

Tangan, kaki dan belakang badannya tercedera. Tapi kecederaanya tidak terlalu parah kerana kereta itu hanya melanggar bahagian sisi dan membuat Maria terpelanting lalu menggesel jalan.

"Sabar sayang, tahan" pujuk Ramil sambil mengangkat tubuh Maria ke atas pangkuannya. Belakangnya luka, sudah tentu sukar untuk dia bersandar pada kerusi penumpang.

*****

Maria dirawat di ruang kecemasan untuk pesakit luar. Sementara menunggu Maria yang sedang dirawat, Ramil keluar meninggalkan Maria seketika. Dia menghubungi seseorang.

"Aku nak kau cari maklumat orang ini"

"...."

"Kereta hilux biru..plat no BT-****TQ"

"..."

"Kalau kau dah jumpa, aku nak kau bawa dia ke tempat biasa, ikat dia"

Ramil memutuskan talian sebelah pihak. Dia kembali masuk ke ruangan kecemasan lalu menghampiri Maria.

Maria yang melihat Ramil masuk, lantas menghulurkan tangannya lalu menggenggam tangan Ramil erat menahan sakit dan pedih ketika jururawat itu meletakkan ubat untuk mencuci luka.

"Stt.. argh.." Maria tersentak dan mengerang sakit saat jururawat itu mencuci di belakang badannya. Dia memejam erat matanya, guna cuba melawan rasa sakit ketika jururawat sedang mencuci pada bahagian luka.

Ramil membalas genggaman tangan Maria cuba memberi kekuatan kepada Maria.
"Sabar sayang" pujuk Ramil.
"Lakukan dengan perlahan" tegur Ramil kepada jururawat bertugas.

"Sorry sir" ucap Jurujawat itu sambil tangannya leka membersihkan luka.

Setelah selesai, Ramil membawa Maria pulang.

Orang pertama yang terkejut melihat keadaan Maria ketika sampai di mansion adalah Thalia.

"Oh my god.. what happend to her, Ramil?" Tanya Thalia risau.

"Ada orang cuba langgar Maria, mummy" jawab Ramil datar. Ramil membawa Maria ke kamar, lalu merebahkan Maria di atas katil.
Thalia mengekori langkah Ramil sehingga ke kamar.
Dia menghampiri Maria.

"Maria ok?" Maria mengangguk sambil tersenyum hambar.

"Mil, sudah dapat tahu siapa yang langgar Maria?" Soal Thalia sambil memerhatikan luka pada tubuh Maria.

"Belum lagi mummy."

Drtt
Drtt

"Hello"

"..."

"Bagus. Aku ke sana sekarang" Ramil memutuskan talian.
Dia menghampiri Maria.

"Sayang, aku keluar sebentar. Sayang rehatlah" Maria mengangguk perlahan. Ramil mencium kening Maria perlahan sambil mengusap kepala Maria dengan penuh kasih sayang.

"Mil, kamu mau ke mana?" Soal Thalia sambil memerhatikan keadaan Ramil yang serba tak kena.

"Mummy, tolong jaga Maria. Mil ada urusan penting, selesai nanti, Mil balik" Thalia hanya memerhatikan langkah Ramil yang keluar tergesa-gesa sehingga hilang di balik pintu.

Thalia mengeluh seraya menggelangkan kepalanya. Dia sebenarnya tahu kemana arah tuju Ramil sebenarnya. Dia juga tahu,anaknya seorang psikopat. Mungkin Ramil tidak mahu memaklumkan kepadanya kerana keberadaan Maria di situ.

****

Di sebuah banglow lama peninggalan mendiang nenek Ramil;

Sebaik sahaja Ramil tiba di ruangan bawah tanah, Mark dan Jason iaitu orang suruhannya yang berada di Italy sudah siap menunggu di hadapan pintu masuk.

"Mana orang tu?" Tanya Ramil dengan rahang yang sudah mengeras.

"Ada di dalam, bos" jawab Mark sambil melangkah mengekori Ramil.

Susuk tubuh lelaki itu sedang dipasung membelakangi Ramil. Ramil berpusing menghadap tawanannya. Dia sebenarnya sudah tidak sabar mahu tahu siapa yang berani mengganggu wanita yang sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.

"Kau!?" Lelaki itu ketawa sinis dan ternyata perbuatannya itu membuat Ramil semakin bengang.

"Bagaimana dengan kekasihmu sekarang, dah mati?" Tanya Magno, bekas kekasih Maria. Ya.. Magno Scavo. Dialah orang yang telah melanggar Maria.

Bugh! Satu tumbukan kuat mendarat di perut Magno.

"Urghh!!" Erang Magno yang merasa nyeri di bahagian perutnya.

"Apa yang kau mau, hah?" Bentak Ramil semakin geram.

"Ha ha ha ha..,aku mahu Maria mati!" Jerit Magno menggila.
Dia benar-benar mencabar Ramil.

Bugh! Satu tumbukkan lagi. Kali ini tumbukkan singgah pada wajahnya. Darah merah mengalir di hujung bibir dan hidung Magno.

"Kau jangan mimpi! Selagi Maria dibawah jagaan aku, takkan ada sesiapa boleh mengapa-apakan dia. Termasuk kau!" Sinis sekali perucapan Ramil.

"Huh! Ha ha ha.. kalau betul kau menjaganya, bagaimana aku boleh melanggarnya tadi? Itu bermakna, kau tidak handal. Dengan semudah itu aku melanggarnya. Sepatutnya tadi, aku langgar kau sekali" dengan angkuhnya Magno bersuara sambil tersenyum sumbing.

"Kurang ajar!" Ramil mencapai kayu hoki lalu memukul tubuh Magno.

"Arghhhh!!" Jerit Magno kesakitan saat tubuhnya dipukul kuat oleh Ramil.

"Kau tak akan bebas dari aku, sialan! Aku tak akan lepaskan kau hidup-hidup" hentakkan demi hentakkan menghentam kuat tubuh Magno. Kali ini, Ramil tak akan biarkan Magno sakiti Maria lagi.

Prrakkk!!!

"Arghhhh!!!!" Magno menjerit saat kakinya patah akibat dipukul kuat oleh Ramil.

"Kenapa kau tak bunuh saja aku?"
Tanya Magno dengan suara yang lemah. Tubuhnya sudah tidak bertenaga.

"Tidak semudah itu untuk aku bunuh kau, sial! Aku akan seksa kau cukup-cukup kerana kau telah mencampuri urusan hidupku dan kau juga telah mengganggu kekasihku. Tak ada sesiapa yang boleh terlepas dari aku" sinis sekali ucapan Ramil pada Magno.

Ramil berjalan menghampiri katananya yang panjang lagi tajam yang berada di atas meja disisinya.

"Apa yang dia pandang pada kau, hah? Harta? Huh! Ternyata dia memang perempuan mata duitan, perempuan murahan!"

Syushhh!

Ramil melayangkan katananya sehingga anggota tubuh Magno tersiat sehingga menampakkan tulang. Lelaki itu boleh menghinanya tapi lelaki itu tidak boleh menghina Maria.

"Argghhhhh!!!" Magno mengerang kesakitan. Tubuhnya menggeletar. Magno terkulai layu. Bau hamis darah memenuhi ruang bawah tanah. Pakaian Ramil juga terkena percikan darah.

"Apa kau cakap!? Perempuan murahan!? Hey! Jaga bahasamu! Maria bukan seperti itu. Kau itu yang bodoh! Kau yang curang padanya, bukan dia. Kau memang layak dibuang olehnya. Kau tidak layak untuknya" tengking Ramil. Mukanya sudah memerah. Dia sudah hilang sabar saat Maria dihina.

"Aku curang padanya sebab dia jual mahal pada aku. Kalau benar dia cintakan aku, kenapa dia tak izinkan aku menjamah tubuhnya? Memang patut aku cari wanita lain sebagai pengganti" Ramil menggelengkan kepalanya mendengar bicara bodoh dari Magno. Ternyata fikirannya begitu sempit.

"Kau memang bodoh! Wanita semulia Maria kau buang, perempuan jalang yang kau kutip. Kau memang tak pandai menilai mana satu kaca dan mana satu permata." Tajam sekali kata-kata Ramil padanya.

"Aku beruntung memilikinya dan aku takkan pernah sia-siakannya. Bukan seperti kau, bodoh!" Bentak Ramil lagi. Dia menatap tajam pada Magno yang sudah tidak berdaya.

Magno ketawa dengan kata-kata Ramil. Dia akui, memang salahnya. Dia tidak sepatutnya curang pada Maria. Dia menyesal kerana pernah tinggalkan wanita sebaik Maria. Tapi dia punya alasan tertentu.

Sebenarnya sudah lama dia mencari Maria, tetapi tidak jumpa. Semalam, adalah hari pertama dia berjumpa dengan Maria sejak beberapa tahun mereka terpisah.
   
Hasratnya untuk kembali kepada Maria. Tapi setelah dia ketahui, ada lelaki lain yang bertakhta dalam hati Maria dan mereka bakal berkahwin, lebih membuatkan dia jadi sakit hati.
Baginya, jika dia tidak dapat takluki Maria, orang lain juga takkan dapat Maria. Sebab itulah dia ingin membunuh Maria.

"Baik kau bunuh saja aku. Tak guna aku hidup jika aku tidak dapat bersama dengan Maria" Ramil ketawa mendengar bicara Magno.

"Oh..jadi, kau berhasrat untuk kembali padanya? Setelah apa yang kau buat padanya, kau rasa dia mahu terima kau? Dia sudah lama lupakan kau. Hanya aku yang ada dihatinya sekarang, bukan kau" herdik Ramil sambil menatap sinis pada Magno.

"Percaya diri!" Sindir Magno. Ramil memicingkan matanya sambil menatap Magno.

"Ya.. memang aku percaya diri. Kerana Maria tahu aku betul-betul cintakannya. Bukan seperti kau!"
Bentak Ramil geram.

"Tentu dia sudah jual tubuhnya pada kau kan? Huh! Dasar jalang sialan!" Dengan sekuat tenaganya dia membentak Ramil dengan suara yang kuat dan serak.

Kata-kata Magno terlalu menguji kesabaran Ramil. Serta merta Ramil melayangkan katananya ke tubuh Magno.

Syushhhh!!!!

Tubuh Magno terbelah 2 separas pinggang sehingga menampakkan perutnya yang sudah terburai.

Ramil melempar katananya. Tangannya dipenuhi dengan darah.

"Mark, Jason..bakar mayatnya dan tanam. Panggil yang lain, bersihkan tempat ni. Jangan tinggalkan bukti sebesar kuman pun." Arah Ramil kepada anak buahnya.

"Baik bos" ujar Mark dan Jason serentak. Ramil segera pergi dari situ. Tugasnya sudah selesai.

*****

Mansion keluarga Falaiev

Maria terkejut saat melihat Ramil melangkah masuk ke kamar dengan bajunya yang dipenuhi darah.
Dia melangkah turun dari katil dengan terhencot-hencot menghampiri Ramil di kamar mandi.

"Oh my god! What happend to you?" Tanya Maria yang berdiri di muka pintu kamar mandi dengan raut wajah yang risau.

"Jangan dekat, sayang. Aku tak apa-apa.." Ramil yang perasan Maria menghampirinya segera menghalang dari mendekatinya.

"Are you sure?" Ramil yang sedang membuka bajunya pantas menganggukkan kepalanya seraya tersenyum ke arah Maria.

"I need your explaination, baby. Aku tunggu kau di katil" ujar Maria berlalu pergi. Ramil hanya mengeluh perlahan.

Bersambung...

Jadilah diri sendiri, jangan jadi pendusta untuk dapatkan cinta

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience