16- Jumpa Maria

Young Adult Series 53844

Hampir berminggu-minggu keluarga Helena dan keluarga Eryk menyiapkan persiapan perkahwinan untuk mereka berdua. Akhirnya mereka berjaya dinikahkan.

Helena berasa semuanya seperti mimpi. Dia langsung tidak menyangka, kepulangannya yang pada awalnya hanyalah sekadar mahu melawat keluarganya, tapi kini berubah menjadi hari paling bersejarah buatnya. Semua ini berlaku tanpa dirancang dan terlalu pantas.

"Honey.. jauh mengelamun" Eryk menghampiri Helena yang berdiri dihadapan jendela. Dia merangkul erat pinggang Helena dari belakang. Matanya merenung jauh melihat keindahan hamparan kota Seattle dari tingkat 28 penthouse milik Eryk.

Helena kini tinggal bersama Eryk selepas mereka menikah.

"Sebenarnya..aku sedang fikirkan Maria. Sudah lama dia menyepikan diri. Aku text dia tak reply, call pun tak dapat. Sepertinya dia sudah menukar nombor telefonnya. Kemanakah dia pergi?" Helena jadi resah dengan kehilangan Maria.

"Mungkin dia dah stop dengan dunia permodelannya dan tidak mahu diganggu." tekaan Eryk membuatkan Helena menggelengkan kepalanya.

"Itu tak mungkin terjadi sayang. Maria masih terikat pada satu perusahaan besar di Las Vegas. Semuanya berpunca dari aku" Helena mengeluh berat.
Eryk tidak faham dengan maksud Helena. Dia memutarkan tubuh Helena untuk menatapnya.

"Apa maksudmu?" Soal Eryk. Dia memandang tepat ke wajah Helena. Helena menundukkan wajahnya. Setitik airmatanya jatuh ke pipi, kemudiannya menjadi bertambah laju.

"Hey.. kenapa ni? Cuba ceritakan padaku,sayang" pinta Eryk dengan lembut. Perlahan dia mengusap airmata di wajah Helena.

Helena berjalan lalu duduk disofa. Eryk hanya menurut lalu duduk di sebelah Helena.

"Semua pengurusan jadual,temujanji atau kontrak dengan syarikat-syarikat ternama, aku yang handle. Kerana aku adalah PA pada Maria. Job yang kami dapat sangat menguntungkan."
Helena bersandar di sofa sambil memeluk tubuhnya.

Eryk hanya menanti cerita seterusnya dari Helena.

"Maria merupakan seorang model produk berjenama seperti kasut, jam tangan, handbag, sun glasses, pakaian. Hanya model iklan dalam helaian majalah. Dia tak mahu menjadi tumpuan pada mana-mana paparazi diluar sana. Dia seorang model yang low profile. Dia tidak suka dikenali ramai. Dalam majalah pun, hanya terselit satu picture besar dalam 1 helai keratan majalah barangan berjenama yang dipakainya. Itu saja. Tapi..." Helena terhenti. Dia mengeluh berat. Dia menyandarkan kepalanya pada sofa, lalu mendongak ke atas memandang lelangit ruangan penthouse.

"Suatu hari, aku mendapat panggilan dari syarikat penerbitan terkenal di Las Vegas. Dia menawarkan harga yang tinggi untuk mengambil Maria sebagai model cover majalah dan kontrak tu hanya berjalan selama tiga bulan. Tanpa berbincang dengan Maria, aku setuju. Aku berjumpa dengan orang tengah perusahaan itu untuk tandatangan kontrak.

Malam tu, aku beritahu Maria mengenai kontrak yang telah aku tandatangan. Dia marah. Sudah acap kali dia beritahu aku, dia tak mahu wajahnya terpamer di muka depan majalah. Dia tak suka hidupnya diganggu paparazi dan wartawan."

"Bagaimana dengan kontrak tu?" Tanya Eryk ingin tahu.

"Dia tolak. Di hadapan pengurus besar syarikat tu, dia tolak kontrak tu mentah-mentah. Maria cakap, dia tak pernah bersetuju dan menerima apa-apa tawaran yang melibatkan wajahnya di cover majalah. Aku yang memandai menurunkan tanda tanganku pada surat perjanjian, bukan atas persetujuannya. Syarikat tu mahu saman Maria dengan bayaran 3 kali ganda."
Helena mengeluh lagi.

"Malam tu, Maria keluar. Katanya dia mahu ke club seorang diri untuk menenangkan fikirannya. Aku biar dia pergi macam tu saja. Aku tak tahu dia akan menghilang sampai sekarang. Nak call pun susah. Aku tak tahu apa yang berlaku padanya sekarang. Aku risau" luah Helena. Dia buntu. Rasa bersalah makin menebal dihatinya. Dia harus mencari Maria. Tapi dimana?

"Kita ke Las Vegas" sahut Eryk pantas. Helena terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Eryk. Dia menatap ke wajah Eryk.

"Untuk apa?" Soal Helena hairan dengan tindakan suaminya.

"Kita pergi ke perusahaan tu. Aku mahu berjumpa dengan pengurus besarnya." Helena terpempan. Dia tak sangka, Eryk begitu mengambil berat mengenai hal ini.

"Sayang, kamu serius?" Soal Helena lagi untuk mendapat kepastian.

"Ya. Sayang buat temujanji dengan mereka lusa. Kita terbang ke sana esok." Arah Eryk dengan wajah yang serius. Tanpa bertanya banyak, Helena hanya mengangguk setuju.

*****

Falaiev Corporation Centre.

Hari yang dinantikan oleh Helena dan Eryk telah tiba. Seperti biasa, Helena dan Eryk dibawa oleh setiausaha peribadi Ramil, Dani menuju ke pintu lift khas untuk pegawai tertinggi.

Mereka melangkah mengikut arah Dani pergi dan berhenti pada sebuah pintu kayu berwarna coklat gelap.

Tok
Tok
Tok

"Masuk..." terdengar jelas suara pemilik perusahaan pada pengeras suara yang terletak pada daun pintu. Saiznya sangat kecil.

Helena menelan ludahnya kasar. Dia memandang ke arah Eryk. Lelaki itu hanya tersenyum padanya dan menepuk bahunya perlahan umpama tahu bagaimana rasa hati Helena saat ini. Eryk kelihatan sangat kacak berpenampilan kemas berkemeja putih dan berkod hitam senada dengan seluar panjang yang dipakainya. Rambutnya tersisir rapi dan kemas.

Ceklek!

Pintu dibuka oleh Dani.
Ketiga mereka melangkah ke arah meja kerja Ramil.

"Mr.Ramil, kenalkan ini Mr.Eryk Peterson dan Puan Helena Peterson." Ramil yang tadinya asyik menyemak dokumennya, mendongak menatap kedua orang tetamunya yang sudah berada di hadapan meja kebesarannya. Dahi Ramil berkerut saat melihat Helena.

Ramil menutup dokumen dan diletakkan di atas meja. Dia bangun dan berjalan memutar meja kebesarannya menghampiri kedua tetamunya lalu bersalaman.

"Kita kesana" ujar Ramil seraya melangkah ke arah sofa yang terletak di hujung sudut ruang pejabatnya. Eryk dan Helena hanya menurut.

Ramil membuka butang kodnya lalu duduk di atas sofa.

"Duduk" arah Ramil. Mereka berdua duduk berhadapan dengan Ramil.

"Dani, suruh Mary buatkan kopi untuk tetamu kita" ujar Ramil datar kepada Dani tanpa menoleh memandang ke wajah setiausaha peribadinya. Matanya lebih terarah pada Helena dan Eryk.

"Baik bos" ujar Dani berlalu pergi.

"Atas tujuan apa kamu berdua kemari? Kamu Helena, PA kepada Maria Elyna kan?" Eryk mengerutkan keningnya. Helena hanya mengangguk pantas.

"Apa tujuan kamu kemari? Siapa lelaki ini?" Tanya Ramil pada Helena.
Helena menelan ludahnya kasar. Wajah Ramil yang serius menakutkannya.

"Hurm.." Eryk berdehem perlahan.

"Maaf Mr.Ramil. Saya suami pada Helena. Tujuan kami datang ke sini adalah untuk bertanyakan mengenai saman kontrak syarikat Tuan dengan Maria Elyna." Eryk terus ke topik utama, tujuan sebenar mereka ke sana. Tidak ada masa untuk berlengah-lengah. Mungkin masa mereka disini tidak banyak mengenangkan Ramil sendiri sebagai CEO, sudah pasti pengusaha kaya sepertinya sibuk dengan pelbagai temujanji dan mensyuarat.

Dahi Ramil berkerut.

"Kamu sudi mahu membayarnyakah?" Tanya Ramil lagi sambil menatap Eryk dan Helena bergantian.

Eryk mengangguk. Anggukkan Eryk mengejutkan Helena.

"Berapa nilai jumlah saman yang syarikat Tuan kenakan pada Maria?" Soal Eryk. Kali ini wajahnya serius. Dia menatap pandang ke arah Ramil. Mata mereka bertemu.

Ramil tersenyum. Perubahan riak wajahnya membuatkan Eryk dan Helena berpandangan satu sama lain.

"Anda siapa? Hanya PA Maria kan? Dan anda pula suami pada PA Maria kan? Tak sangka kamu berdua sanggup datang ke sini semata-mata untuk bertanyakan mengenai hal ini." Ramil terkekeh perlahan.

"Mr.Ramil, saya bukan saja PA pada Maria. Tapi saya juga rakan rapat Maria. Saya tak tahu kemana dia menghilang. Hampir sebulan dia tak beri khabar berita. Mesej saya dia tak reply, saya call tak dapat. Saya risau jika berlaku perkara buruk padanya dan.."

"Dan kau menuduh aku sebagai penyebab kehilangan Maria, begitu?" Potong Ramil pantas.

"B-bukan begitu maksud saya Mr.Ramil." ujar Helena sedikit gugup.

"Kami mahu membantunya melangsaikan hutang saman dari syarikat Tuan" sambung Eryk dengan suara yang mendatar.

Ramil terdiam seketika. Dia menegakkan posisi duduknya.

Sebentar kemudian, Dani dan seorang wanita masuk menatang dulang berisi tiga cawan kopi dan roti bakar, lalu dihidangkan di atas meja kaca dihadapan mereka bertiga.

Helena menatap pandang pada wanita yang bernama Mary sambil tersenyum. Lain pula pada Ramil dan Eryk. Mereka saling melemparkan pandangan kearah satu sama lain.

Mary berjalan keluar. Dani masih setia berdiri di sebelah sofa Ramil.

"Jemput minum" ujar Ramil membuatkan suasana kembali tenang.

Eryk dan Helena menurut. Masing-masing mencapai secawan kopi lalu menghirupnya perlahan. Kemudian meletakkannya kembali di atas meja kaca.

Ramil dari tadi hanya memerhati tingkah mereka berdua.

Dia tidak menyangka, kedatangan Eryk dan Helena ke sini semata-mata untuk melangsaikan hutang Maria. Ternyata mereka begitu mengambil berat pasal Maria.

"Sebenarnya, Maria tiada hutang dengan syarikat saya. Saya sudah menarik balik samannya." Helena terkejut, Eryk mengerutkan keningnya.
Ramil tetap dengan sikap bersahajanya.

Ramil tersenyum kepada mereka berdua. Kemudian dia mencapai telefon pintarnya yang terselit didalam poket kodnya. Dia menghubungi seseorang.

"Siapkan kereta. Aku akan membawa dua orang tetamu bersamaku"
Ramil terus memutuskan talian.

Dia berdiri diikuti Eryk dan Helena.

Ramil menoleh memandang ke arah Dani.

"Dani, batalkan semua metting untuk hari ini. Aku ada tetamu" arah Ramil. Dani menunduk patuh.

"Baik bos." Jawab Dani pantas.

"Kamu berdua ikut saya" Eryk dan Helena berpandangan. Pelbagai persoalan bermain difikiran mereka berdua.

Kesemua mereka melangkah keluar dan menuju ke pintu lift. Dani menekan butang lift, dalam masa beberapa saat, pintu lift terbuka. Kesemua mereka melangkah mengikut jejak Ramil.
Setibanya di lantai bawah, sebuah kereta MPV berjenama BMW menanti di hadapan pintu besar. Seorang lelaki sudah menunggu di hadapan pintu kereta, lalu membukanya untuk Ramil, Eryk dan Helena.

Sepanjang perjalanan, tiada perbicaraan antara mereka. Masing-masing dengan fikiran masing-masing. Sekitar 30 minit, mereka tiba di perkarangan mansion seluas istana.
Helena memandang keluar. Dia dapat melihat ramai yang berkawal di setiap penjuru mansion. Halaman mansion yang cantik membuatkan Helena terpegun.
Kemana sebenarnya mereka berdua dibawa?

Beberapa minit kemudian, kereta berhenti di hadapan pintu besar.
Pintu kereta dibuka oleh penyambut tetamu dari luar. Kesemua mereka turun.

Ramil melangkah masuk ke dalam mansion diikuti dengan Eryk dan Helena di belakang. Pandangan mereka tidak lepas memandang ke sekitar ruangan mewah yang terdapat didalam mansion tersebut.
Kemudian, datang seorang wanita menghampiri mereka lalu membongkokkan badannya pada Ramil.

"Tuan" ujar wanita itu.

"Janet, panggilkan mem. Katakan padanya, aku bawa pulang tetamu"
Arah Ramil pada pembantunya.

"Baik, Tuan" Janet mengundur 3 langkah kebelakang lalu memutar tubuhnya berjalan laju menaiki tangga mansion.

Helena masih terpegun dengan kemewahan mansion milik Ramil. Dia dapat lihat dengan jelas, struktur tangga dan bahan yang digunakannya. Pemegang tangga diperbuat dari emas, manakala tangganya diperbuat dari kaca yang tebal. Dia mendongak ke lelangit ruangan, terdapat ukiran pari-pari pada setiap ruangan lelangit. Sangat cantik.

"Duduklah" pelawa Ramil lalu duduk di sofa kulit mewah yang terdapat di ruang tengah mansion. Helena dan Eryk hanya menurut.

Sebentar kemudian,

"Hai bie.." sapa seorang wanita. Suara lemah lembut itu datang dari arah belakang Eryk dan Helena. Wanita itu segera berjalan menghampiri Ramil lalu mengucup bibir Ramil lembut.

Helena dan Eryk ternyata terkejut dengan kehadiran Maria disitu yang kelihatan SANGAT, BEGITU, TERLALU mesra dengan Ramil.

"Siapa tetamu yang bie mak-..."

Maria menoleh memandang ke arah tetamu yang hadir. Tubuh Maria kaku. Matanya memandang tepat ke arah Helena. Kata-katanya mati disitu.

"Helena..."panggil Maria lembut. Nada suaranya seolah-olah berbisik.
Helena berdiri sambil tersenyum menatap ke arah Maria.

"Maria..." panggil Helena pula.

"Helena!" jerit Maria lantas berlari mendapatkan Helena. Tubuh Helena dipeluknya erat. Airmata mereka tumpah bersamaan.

"Aku rindukan kau Maria. Kemana kau menghilang selama ni? Kenapa kau tak reply mesej aku? Aku call kau banyak kali, tak dapat" Soal Helena dengan linangan airmata.

Maria bungkam. Seketika kemudian dia tersenyum.

"Aku tak kemana-mana. Aku ada di Las Vegas. Telefonku hilang. Malam tu, aku diragut. Nasib baik Ramil ada. Dia yang membantuku." Bohong Maria. Dia terpaksa. Takkanlah dia hendak menceritakan hal yang sebenarnya pada Helena bahawa dia diculik dan dirogol oleh Ramil. Itu tak mungkin terjadi.

Ramil tersenyum mendengar jawapan Maria. Dia kagum dengan jawapan wanitanya.

"Atas tujuan apa kau kemari dan siapa lelaki ni?" Maria dan Helena duduk di sofa yang sama. Helena memeluk pinggang Maria erat.

Helena tersenyum mendengar pertanyaan Maria.

"Dia suamiku. Kami baru menikah minggu lepas." Cerita Helena.

"Oh my god.. congratulation both of you" Maria tersenyum riang sambil mencium kedua pipi Helena.

"lepas kau menghilang, aku ambil keputusan untuk pulang ke Seattle, rumah orang tuaku. Eryk adalah bekas kekasihku yang selama ini aku telah salah anggap padanya. Kami berbaik semula dan ambil keputusan untuk menikah"

Helena menoleh memandang Eryk disisinya lantas tersenyum.

"Kami datang ke sini untuk bertemu Mr.Ramil. Kami ingin melangsaikan hutang saman mu dengan syarikatnya." Maria memandang ke arah Ramil. Dahinya berkerut. Dia inginkan kepastian.

"Bie..?" Hanya itu yang keluar dari mulut Maria. Ramil tersenyum kemudian mengangguk perlahan.

"Ya, mereka berdua datang untuk settlekan bayaran saman syarikatku terhadapmu, sayang." Panggilan sayang pada Maria membuat Helena ternganga.

"Helena, kenapa?" Tanya Maria hairan.

"Tak ada apa-apa. Mungkin masih terkejut kau ada disini." Cepat-cepat Helena berdalih.

"Bagaimana Mr.Ramil, mengenai saman Maria?"soal Eryk pula.

Ramil tersenyum.

"Kamu berdua memang sahabat Maria yang baik. Sudah ku katakan tadi sewaktu di pejabat, kamu berdua tak perlu membayarnya. Samannya sudah ku tarik balik." Jelas Ramil panjang lebar.

"Betul ke Maria?" Tanya Helena kepada Maria pula.

Maria menganggukkan kepalanya.

"Thank god" Helena memeluk Maria erat.

"Eryk, Helena..kamu berapa hari di sini?" Tanya Maria kepada mereka berdua. Helena tersenyum.

"Plan sebenarnya nak pulang malam nanti" jawab Helena sambil memandang ke wajah Maria.

"Tinggallah disini dulu sehari dua, boleh kan bie?" Soal Maria pada Ramil. Ramil tersenyum lantas menganggukkan kepalanya.

"Tinggallah disini sehari dua lagi. Kamu berdua datang dari jauh" ujar Ramil. Dia menerima kedatangan Eryk dan Helena dengan tangan terbuka.

"Eryk?" Soal Helena kepada suaminya. Eryk mengangguk setuju.

"Tuan rumah dah mengajak, takkan kita nak menolaknya."luah Eryk membuat Ramil dan Maria terkekeh.

"Janet!!" Panggil Ramil dengan suara yang sedikit tinggi.
Sebentar kemudian, pembantu tadi datang semula ke ruangan tengah menghampiri Ramil.

"Saya, Tuan" Janet berdiri menanti arahan dengan patuh.

"Siapkan kamar untuk tetamu saya" arah Ramil dengan wajah yang serius.

"Baik, Tuan" pembantu tadi terus berlalu dari situ. Dia naik ke tingkat satu untuk siapkan kamar tidur buat Eryk dan Helena.

"Kamu berdua sudah makan?" Tanya Maria kepada Helena dan Eryk.

"Belum lagi. Fikirnya tadi, lepas pulang dari pejabat Mr.Ramil, kami akan singgah makan di mana-mana restoran terdekat. Tapi, tak sangka Mr.Ramil bawa kami ke sini" jawab Eryk serba salah.

"Bie dah makan?" Soal Maria kepada Ramil pula. Dia bangun lalu menghampiri sofa satu yang diduduki Ramil. Maria duduk di atas pemegang sofa, rapat dengan Ramil. Perlahan tangannya memeluk bahu Ramil.

"Belum lagi, sayang." Jawab Ramil sambil mendongak memandang wajah Maria.

Maria melihat jam besar yang terletak di sudut kiri ruangan. Jam 1 petang. Dah sampai masanya makan tengahari.

"Lenny.." panggil Maria lembut.
Datang seorang wanita yang bertubuh genit menghampiri Maria.

"Saya, Mem" dia menundukkan separuh badannya tanda hormat.

"Lenny, makan tengahari dah siap?" Tanya Maria lembut. Dia memandang tepat ke wajah pembantunya.

"Sudah, Mem" jawabnya.

"Baiklah, kamu siapkan makan tengahari di meja ya. Hari ni saya ada tetamu. Siapkan juga tempat untuk mereka ya" arah Maria dengan lembut kepada pembantu rumahnya,Lenny. Lenny memandang sekilas pada dua orang tetamu yang dimaksudkan oleh Maria.

"Baik, Mem" Lenny menunduk seraya berlalu dari situ.

"Bie, naik pejabat semula ke lepas makan tengahari?" Tanya Maria sambil menepuk lembut bahu Ramil.

"Tak, honey. Bie dah batalkan semua appoiment hari ni. Lagipun harini kita ada tetamu kan." Balas Ramil sambil mendongak memandang ke arah Maria. Maria mengangguk perlahan sambil tersenyum.

Bersambung...

Persahabatan tidak perlu saling mengerti. Kerana sahabat akan saling menerima hal yang tak boleh dimengerti

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience