33- Rindu

Young Adult Series 53844

Mansion Falaiev, Italy

Keadaan Maria yang sudah sarat mengandung sedikit sebanyak merisaukan hati Thalia. Dia tidak mengizinkan Maria pulang ke Las Vegas kerana dia tahu, jika Maria pulang ke sana, sudah pasti dia tidak dapat melawat menantunya ketika melahirkan nanti. Dia perlu merawat Sawyer di Italy sampai sembuh.

Ramil terpaksa pulang seorang diri ke Las Vegas untuk mengambil keperluannya dan juga Maria. Selain itu, dia juga perlu membawa beberapa berkas kerjanya kesana. Dia akan menguruskan hal pejabat melalui online sementara Dani yang akan menguruskan perusahaannya di Las Vegas buat sementara waktu.

Ramil sendiri tidak boleh berjauhan dengan isterinya walaupun sesaat tambahan pula dengan keadaan isterinya yang tengah sarat mengandung. Maria perlukannya disisi saat ini.

Maria menikmati waktu santainya di gazebo berhampiran taman rose kepunyaan Thalia. Sesekali terhidu aroma rose menusuk kehidung saat angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Maria rindukan suaminya. Baru tiga hari dia tidak berjumpa dengan Ramil, hatinya menjadi gundah dan riak wajahnya tidak ceria. Thalia dan Dave dapat melihat itu dengan jelas dari riak wajah Maria.

"Maria.." Thalia menghampirinya, lalu duduk disisi menantunya. Rambut Maria yang keperangan panjang mengurai diraihnya ke belakang telinga. Terhidu aroma lavender menusuk ke hidung Thalia. Sangat wangi.

Maria yang sejak tadi termenung sambil meletakkan kepalanya pada lipatan kedua tangannya di tembok gazebo tersentak saat Thalia memanggilnya.

"Mummy.." panggil Maria sambil tersenyum. Tapi senyumannya kelihatan hambar sekali. Dia rasa sunyi berada disini tanpa kehadiran Ramil. Thalia menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskannya perlahan.

"Maria rindukan Ramil ya?" Maria menatap ke wajah Thalia lantas menganggukkan kepalanya. Sesekali dia mengusap perlahan perutnya yang hanya menunggu hari.

Thalia memeluk dan mencium kening menantunya lembut.

"Dia perlu selesaikan beberapa kerja sebelum datang kesini. Maria tahu kan..? Sabar ya" Pujuk Thalia. Dia sendiri tidak pasti, bila Ramil akan pulang ke Italy.

"Kak Maria.." panggil Sawyer yang masih berjalan menggunakan bantuan tongkat. Maria menoleh ke arah Sawyer yang sudah berdiri di tepi kolam.

"Sini.." perlahan dia duduk di tepi kolam sambil kedua kakinya sudah berada di dalam air.
Maria turun dari gazebo lalu berjalan menghampiri Sawyer di tepi kolam. Maria ikut duduk sambil kedua kakinya direndamkan ke dalam air.

"Kak Maria rindukan Abang Mil?" Kini giliran Sawyer pula bertanya. Maria menoleh kesisi menatap Sawyer lalu mengangguk.

"Sawyer baru je lepas berbual dengan Abang Mil dalam telefon" wajah Maria kelihatan teruja.

"Benarkah? Kenapa tak beritahu akak?" Wajah Maria berubah sugul. Kenapa Sawyer tidak menyerahkan telefon kepadanya. Dia sangat rindukan Ramil.

"Maaf akak.. Sawyer tak mahu akak menangis saat berbual dengan Abang Mil nanti." luah Sawyer cuba menenangkan keadaan.

Maria lebih bersedih kerana tidak diberi kesempatan untuknya berbual dengan Ramil melalui telefon. Cukup sekadar mendengar suara suaminya sahaja boleh hilangkan sedikit rasa rindunya.

Sejak Ramil pulang ke Las Vegas, suaminya langsung tidak menghubungi dan menghantar pesanan ringkas padanya. Sesibuk itukah dia sehinggakan langsung tidak punya masa untuk bertanya khabar tentangku? Airmata Maria jatuh kepipi.

Sawyer yang perasan Maria sedang menangis, segera memberi kode pada Thalia.
Thalia menghampiri menantunya.

"Maria.. mari kita masuk ke dalam. Dah petang ni, tak elok duduk diluar" Thalia membantu Maria berdiri. Maria menyeka pantas airmata diwajahnya.

Sawyer rasa bersalah kerana dia sudah terlepas cakap. Sepatutnya dia tidak memberitahu Maria, Ramil menghubunginya.

Thalia menghantar Maria hingga ke bilik. Menantunya perlukan rehat yang cukup saat ini.

"Mummy.." panggil Maria dengan tone suara yang sayu.

"Ya, sayang.." Thalia membelai lembut rambut Maria sambil tersenyum menatap ke wajah Maria.

"Maria nak mandi.. takpe.. mummy jangan risau, Maria boleh jaga diri" terdengar sayu dari kata-kata menantunya.
Thalia terpaksa akur.

"Yelah. Kalau Maria perlukan apa-apa, panggil mummy, ok?" Pesan Thalia risau. Maria hanya mengangguk sambil memberikan senyuman hambar.

Thalia keluar dari kamar meninggalkan Maria sendirian.

Maria melangkah perlahan masuk ke kamar mandi untuk bersihkan diri. Dia menangis semahunya didalam sana.

"Maria rindukan bie. Baby pun rindukan papa, kan baby?" Maria mengusap lembut perutnya.
Baby yang merasai sentuhan dari ibunya, lantas memberi tindakbalas.

"Hisk!" Tangis Maria dalam sedih dan gembira.

"I need your hug, your kiss and i miss that moment when we spend time together. I miss you bie.. i miss you so much"
bicara Maria sendiri hanya ditemani curahan air shower diiringi dengan airmatanya yang jatuh bercucuran.

Setelah puas melepaskan kesedihannya, perlahan dia melangkah keluar dengan tubuhnya yang berbalut jubah mandi separas lutut. Rambutnya yang basah digulung rapi dengan tuala mandi. Mata dan hidungnya merah dan sedikit bengkak pada pelupuk bawah mata.

Perlahan dia membuka wordrobe untuk mencari pakaian untuk dipakainya.
Saat dia asyik memilih pakaian, terasa sesuatu melingkar lembut di perutnya yang memboyot. Dengan perlahan dia menundukkan wajahnya menatap kearah perutnya.

Maria menganga saat melihat tangan kekar dan berurat sedang memeluknya dari belakang. Satu ciuman jatuh ke tengkuk Maria dengan lembut. Ramil menyembamkan wajahnya di tengkuk Maria. Terasa deruan nafas suaminya menyapa lembut ke tengkuknya membuatkan bulu romanya meremang.

"I miss you, honey." Luah Ramil dengan suara yang serak.

Perlahan Maria melepaskan rangkulan suaminya. Dia memutar tubuhnya menghadap Ramil. Kedua tangan kekar suaminya disatukan lalu dibawa kebibirnya. Airmatanya jatuh lagi. Ketinggiannya hanya sebatas dagu dengan Ramil membuatkan dia terpaksa mendongak memandang ke wajah suaminya.

Raut wajah Ramil berubah saat melihat isterinya menangis dan matanya bengkak. Segera dia meraih tubuh Maria kedalam pelukkannya.

Maria menangis semahunya didalam pelukkan Ramil.

"Honey..don't cry..,please" Rayu Ramil. Dia juga rindukan isterinya. Lama mereka berpelukkan.

Ramil meleraikan pelukkan. Kedua tangan kekarnya menyentuh kedua pipi Maria.

"I miss you, honey.. i miss you so much" ucap Ramil sambil mencium ke wajah isterinya berkali-kali.

"Maafkan bie kerana tidak berhubung dengan sayang.." perlahan tangannya meleraikan lilitan tuala di kepala isterinya, lalu rambut Maria yang panjang mengurai jatuh berserakan melepasi punggung. Aroma harum lavender menusuk ke hidung Ramil.

"Bie sengaja tidak mahu menghubungi sayang..bie tak mahu sayang menangis" cerita Ramil sejujurnya. Dia sendiri akan rasa rindu dan sebak jika mendengar suara isterinya yang berada jauh darinya.
Perlahan dia mencium pipi Maria, kemudian turun ke hidung dan akhirnya jatuh ke bibir.

Terdengar suara decapan dari ciuman mereka berdua. Tiga hari dia tidak mendapat candu dari isterinya, dia rindu. Rindu dengan kemanisan bibir Maria dan suara desahan isterinya.

Ramil melepaskan pagutan di bibir isterinya. Perlahan ibu jari kanannya mengusap permukaan bibir isterinya yang basah kerana ulahnya.

"Kenapa bie tak beritahu nak balik hari ni? Sawyer ada beritahu Maria petang tadi, bie call. Kenapa bie tak nak berbual dengan Maria?" Ramil tersenyum sambil menundukkan wajahnya mencium tengkuk Maria sehingga meninggalkan jejak merah.

"Aahh..." desah Maria perlahan.

"Iya..bie ada call petang tadi. Bie beritahu Sawyer, yang bie dah selamat mendarat di Italy" tangan Ramil semakin lincah menyelak jubah mandi yang dipakai Maria sehingga mendedahkan dadanya yang menatang dan besar kerana sudah mengandungi susu untuk bayi yang bakal lahir. Ramil mengucup dan meramas perlahan.

"Aaahhh" desah Maria lagi.
Maria menatap wajah suaminya.

"Jadi, bie sengaja rahsiakan kepulangan bie dari Maria, begitu?" Soal Maria sambil jari jemarinya lincah melepaskan bawah baju kemeja Ramil yang terselit kemas didalam seluar hitamnya.

"Ya.. bie sengaja nak berikan kejutan untuk isteri bie yang tercinta ni" jawab Ramil yang geram sambil mengetatkan rahangnya. Tangannya lincah meramas belakang tubuh Maria yang berisi.

"Hhmm..aaahh" Ramil mendesah geram. Jari jemari Maria masih lincah melepaskan satu persatu butang kemeja di tubuh Ramil, dibukanya lalu dilemparnya ke lantai. Jari jemari runcingnya melusup nakal ke dada bidang Ramil lalu meramas dan membelainya dengan perlahan. Dia rindukan susuk tubuh seksi suaminya.

Wajah keduanya sudah diselaputi ghairah.

"Bie menginginkanmu, honey" Ramil melepaskan ikatan tali pada jubah mandi yang dipakai lalu dibukanya sehingga mendedahkan dada yang kenyal dan menatang sepenuhnya serta perut Maria yang bulat dan memboyot.

"Papa rindukanmu, sayang" perlahan Ramil melutut sambil membelai dan mencium perlahan perut Maria.

"Ouuugghhh... aaaahhh" desah Maria tidak tahan dengan ciuman suaminya dibawah sana.
Ramil berdiri lalu mengendong isterinya lalu direbahkan perlahan di atas katil.

Keadaan Maria yang na#ed dan susuk tubuhnya yang sedang sarat hamil membuatkan Ramil semakin berghairah. Tubuh itu kelihatan sangat seksi dimatanya.

Ramil kembali melumat bibir Maria lembut.

"I want you honey" Maria menggigit bibir bawahnya kuat menahan ghairah.

"I love you, bie.." ucap Maria dengan nada manja.

"I love you, honey" sambut Ramil sambil merebahkan tubuhnya disebelah isterinya. Dia menarik selimut, menutupi tubuhnya dan Maria yang na#ed. Perlahan tangan kekarnya mengusap lembut perut Maria.

Dug! Sesuatu di dalam sana menendang tangan Ramil.

Ramil lantas bangun dan duduk di sisi perut Maria.

Kali ini, dia menyelak selimut yang menutupi perut isterinya.

"Hai sayang..tak puas lagi ke jumpa papa tadi?" Bisik Ramil diperut sang ibu sambil tangannya mengusap lembut perut isterinya.

Dug! Ramil menganga saat tangannya ditendang buat kali kedua. Maria terkekeh ketawa melihat riaksi suaminya.

"Sakit?" Tanya Ramil sekadar ingin tahu. Kerana, apa yang dilihat dari pergerakkan baby di dalam perut, sepertinya akan terasa sangat sakit.  Maria menggelengkan kepalanya.

"Cuma rasa sikit ngilu dan nyeri di sini" Maria menurunkan tangannya, lalu diletakkan di bahagian ari-arinya.
Ramil menyentuh ditempat yang Maria tunjukkan. Dia mengusap perlahan dibahagian situ.
Maria tersenyum.

"Bie dah makan?" Soal Maria sambil menyentuh jari jemari suaminya yang masih mengusap perlahan kawasan ari-arinya.

"Belum. Bie naik ke sini dulu jumpa jatah bie" Ramil melirik nakal ke arah isterinya. Maria yang faham, menggigit bibirnya.

"Sudah kenyang?" Usik Maria sambil mengulum senyum.

"Belum. Bie mau lagi" Ramil menatap Maria dengan pandangan yang menggoda.

"Boleh.. tapi..kita turun makan dulu, boleh? Lapar..." Maria mencebir bibirnya sambil memandang ke arah Ramil dengan puppy eyesnya.

"Sayang belum makan lagi?" Ramil terkejut. Sepatutnya, waktu begini, Maria sudah makan.
Maria menggelengkan kepalanya.

"Kenapa sayang belum makan lagi.. tunggu sini, bie ambilkan baju. Kita turun makan, ok?" Maria tersenyum seraya mengangguk.

*****

Setelah diselidik oleh Ramil, rupa-rupanya Maria tiada selera makan sejak ketiadaannya. Dia hanya menjamah sedikit, lalu minum segelas susu. Hanya itu santapannya sejak Ramil tiada.
Ramil rasa bersalah. Dia tidak menyangka, isterinya akan jadi kemurungan jika dia tiada. Perkara ini tidak baik untuk kesihatan Maria yang sedang hamil.

Sewaktu makan malam tadi, Ramil melihat isterinya kembali berselera. Dia rasa senang hati.

Flashback On

"Mil tak sangka Maria akan kemurungan sampai macam ni kalau Mil tak ada. Mil rasa bersalah, mummy" jika dia tahu Maria akan jadi seperti ini, dia tidak akan tinggalkan Maria disini. Tiga hari adalah tempoh yang sangat lama bagi Ramil. Tiga hari juga isterinya kekurangan nutrien yang cukup untuk dirinya dan baby dalam kandungan.

Thalia menghela nafas panjang. Dia sendiri tidak menjangka akan jadi seperti ini.

"Maria belum pernah berjauhan dengan Mil selama ni. Selalu, Mil akan tinggalkan dia sewaktu Mil pergi pejabat je, habis waktu pejabat, Mil balik. Mil tak pernah tinggalkan dia dalam jangka masa lama macam ni, tambahan lagi dengan keadaan Maria yang sedang sarat macam ni" Ramil meraup wajahnya dengan kedua tangan kekarnya.

"Mil.. semuanya sudah berlaku. Maria pun tak apa-apa.. untunglah Mil dah pulang. Kalau tidak, mummy dan daddy pun tak tahu nak buat macam mana." Thalia tahu, Ramil sangat sayangkan Maria sehinggakan pemakanan Maria seharian pun akan dipantaunya. Isterinya perlukan makanan yang seimbang. Ramil hanya mengizinkan Maria 'cheat day' hanya sekali dalam sebulan. Selain dari hari itu, dia harus ikut jadual pemakanan yang betul.

"Kenapa mummy tak call Mil, beritahu pasal semua ni? Mil boleh balik sini, jumpa Maria. Mummy tahu kan, Maria segala-galanya bagi Mil" Ramil memandang teduh ke wajah Thalia.
Thalia hanya mengeluh berat.

"Mil.. mummy tak nak Mil susah hati. Lagi pun, Las Vegas dengan Italy jauh sayang.." Thalia mahu Ramil faham situasinya saat itu.

Ramil menyatukan kedua tapak tangannya, lalu diletakkan di hadapan bibir, kedua sikunya ditongkatkan ke lutut. Ramil seolah berfikir, apa yang dikatakan oleh Thalia benar. Dia sedar, saat itu dia berada jauh dari Maria.
Sekarang, keadaan Maria sudah kembali seperti biasa saat dia pulang dan dia sangat bersyukur tentang itu.
Akhirnya Ramil menganggukkan kepalanya, menyetujui kata-kata Thalia.

Flashback Off

Bersambung...

Kekuatan cinta sejati terletak pada hati. Biarkan kekuatan cintamu mengubah dunia, tapi jangan biarkan masalah dunia ini mengubah keindahan cintamu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience