10-Jumpa keluarga

Young Adult Series 53821

Sudah hampir dua minggu Maria tidak melihat dunia luar, hari ini Ramil membawanya keluar. Kemana? Dia sendiri tidak pasti. Dia hanya menurut.

Perjalanan yang agak panjang membuat Maria tertanya-tanya, kemana Ramil hendak membawanya. Setelah hampir 1 jam perjalanan, akhirnya mereka tiba ke satu kawasan yang sangat lapang. Disitu Maria dapat lihat sebuah jet peribadi sudah menunggu.
Kereta MPV Audi berhenti betul-betul di bahagian hadapan tangga jet.

Maria menoleh memandang Ramil.

"Jom turun. Atau kau mahu aku kendong?" Dengan pantas Maria turun dari kereta. Tak mungkin dia akan mengizinkan Ramil mengendongnya dihadapan pekerja dan orang bawahannya. Ramil terkekeh melihat riaksi Maria.

"Mari.." Ramil menghulurkan tangannya. Dengan teragak-agak, Maria menyambut huluran tangan Ramil. Ramil menuntun tangan Maria sehingga ke hadapan kaki tangga. Dia memandang ke arah stiletto yang dipakai Maria, seperti begitu sukar hendak menaiki tangga.

"Arghh!" Maria menjerit saat tubuhnya melayang ke udara. Ramil mengendongnya menaiki tangga dari bawah sampai ke atas. Mukanya bersemu merah. Ramil hanya terkekeh dengan sikap malu Maria. Dia menurunkan Maria, lalu menarik tangan wanita itu menghampiri barisan kerusi penumpang yang bertaraf VVIP.

"Duduk." Arah Ramil dengan suara yang datar. Maria menurut. Dengan pantas Ramil memasang safety belt ke tubuh Maria.

"Haah" Maria tersentak saat Ramil menarik ketat safety belt di celah selangkangnya.

"Tidak boleh lari lagi, honey" Ramil memandangnya tajam sambil tersenyum. Sangat tampan pada pandangan Maria.

Ramil mengambil tempat di hadapan Maria. Dia juga memakai safety belt pada tubuhnya. Setelah selesai, pandangannya terarah pada Maria semula. Pandangannya,oh.. benar-benar membuat Maria hilang arah. Maria membuang pandang ke arah tingkap pesawat. Dia tak mahu memandang ke arah Ramil yang masih memandang ke arahnya.

"Awak terlihat nervous sayangku" tegur Ramil yang perasan dengan Maria yang seperti salah tingkah.
Maria menelan ludahnya kasar.

"Kerana awak terlihat begitu menakutkan" balas Maria pantas.

Ramil terkekeh.

"Really?" Ramil seperti tidak percaya, Maria sudah pandai menilai dirinya.

"Yah.." hanya itu jawapan yang Maria beri.

10 minit kemudian, jet peribadinya sudah terbang ke udara.

Maria sepertinya mahu bertanya, kemana mereka mahu pergi, tapi dia kuburkan niatnya. Sebentar lagi dia akan tahu juga.

Maria memejamkan matanya. Dia sudah tidak mahu terus-terusan bertatap pandang dengan Ramil. Jantungnya selalu sahaja berdetak kencang saat memandang netra mata lelaki itu. Ramil hanya tersenyum melihat gelagat Maria.

Ramil perasan, sejak akhir-akhir ini, Maria selalu salah tingkah jika mereka bertatap pandang. Adakah wanita ini sudah jatuh hati padanya?

Jika benar, apa salahnya. Ramil juga akui, dia juga sudah merasa perasaan itu pada dirinya. Cuma dia pendamkan perasaannya sendiri. Niat awal, dia hanya mahu jadikan wanita itu sebagai simpanannya, kini seperti jauh menyimpang dari plan asalnya.

'Aku harus beritahu mengenai perasaanku padanya. Iya..harus!' -Batin Ramil.

'Bagaimana kalau dia menolak?'

Ramil mula berasa was-was. Tidak, dia tidak akan biarkan Maria begitu sahaja. Dia harus menceritakan perasaannya kepada Maria bila sampai masanya nanti. Pasti!

*****

Hampir 15 jam perjalanan, akhirnya mereka sampai ke Itali.
Sepanjang perjalanan, Maria sudah beberapa kali bangun dan tertidur. Dia merasakan perjalanan mereka sangat panjang. Sehinggalah mereka sampai ke destinasi.

"Kita sudah sampai" ujar Ramil dengan wajahnya yang menggoda.

"Argh!" Sekali lagi Maria terjerit saat Ramil mengendongnya buat kali ke dua. Kali ini ketika hendak menuruni tangga pesawat.

"Kasutmu terlalu tinggi sayang. Aku takut kau jatuh" ujar Ramil dengan nada suara yang separuh berbisik. Muka Maria sudah bersemu merah.

Ramil terlalu perhatian padanya sejak akhir-akhir ini. Dia senang dengan sikap Ramil sekarang. Tidak sekasar dulu.

Sampainya ke kereta, Ramil menurunkan Maria, lalu membuka pintu untuk wanitanya masuk. Maria hanya menurut.
Ramil berpusing dan masuk pada bahagian pintu sebelah lagi.

Perjalanan kali ini memakan masa lebih kurang 45minit.
Sepanjang perjalanan, Maria hanya lebih tertarik untuk melihat pemandangan di luar.

'Ini kalau tak salah aku...'
Maria seolah-olah seperti berfikir.

'Hah! Italy?' Maria terkejut. Tak sangka Ramil membawanya ke Itali. Tapi...atas urusan apa mereka kesini?
Mungkin atas urusan kerja yang memaksa Ramil membawanya ke sini.

*****

Mereka akhirnya tiba di hadapan pagar besar yang tinggi lagi gah. Hendak masuk ke dalam, perlu ada access kad. Disitu juga ada pengawal yang menjaga. Maria boleh lihat, sekitar 20 orang penjaga bersenjatakan senapang yang sedang mengawasi kawasan rumah mewah itu.

'Rumah siapa ni?'- batin Maria.

Mansion ini lebih besar dari mansion yang Ramil miliki di Las Vegas. Hampir 10 buah kereta mewah tersergam indah di garaj. Gajinya sebagai model pun belum tentu cukup untuk membeli setiap kereta disitu.

Kereta berhenti di hadapan pintu masuk mansion. Maria dan Ramil melangkah turun saat pintu dibuka dari luar oleh pengawal peribadi disitu.

Mereka berdua disambut dengan hormat. Semua pengawal disitu menundukkan separuh badan mereka kepada Ramil dan Maria. Wajah Ramil serius, manakala Maria memberikan senyuman kepada mereka semua. Ramil merangkul erat pinggang ramping Maria. Maria sedikit kaget, tetapi cepat-cepat dia cuba berlagak bersahaja.

"Welcome home, Tuan Ramil" sambut salah seorang lelaki yang agak berusia. Semakin sarat persoalan dalam fikirannya.
Matanya merenung ke sekitar kawasan rumah, sangat cantik dan luas. Hiasan dalaman dan perabot yang digunakan berkualiti tinggi. Dari sudut ruang tamu yang luas, dia boleh lihat ada dua tangga yang tersergam indah di bahagian kiri dan kanan. Semuanya menghala pada tingkat yang sama, yang bezanya hanyalah arah.

Dari jauh, Maria dapat melihat susuk seorang wanita yang sedikit berusia sekitar 50an. Tetapi cara penampilannya sangat trend. Dari segi pakaian yang dipakai sahaja, Maria sudah tahu ia pakaian berjenama dan mahal.

"Sayang mummy.. welcome home Ramil Falaiev" sambut wanita itu sambil tersenyum lebar. Wanita itu sangat cantik jika dilihat dari arah dekat. Iris matanya berwarna biru kehijauan yang sangat jernih. Kulitnya putih bersih, wajahnya halus walaupun sudah agak berusia, makeup yang dikenakan pada wajah hanya tipis dan lipstik berwarna merah darah.

Ramil mencium kedua belah pipi wanita itu yang Maria dengar dipanggilnya mummy. Mungkin ini mamanya Ramil. Wajah mereka hampir seiras.

Wanita itu kemudian memandang ke arah Maria.

"Mummy, this is my special girlfriend, Maria Elyna. Maria, ini mummy aku, Thalia" Maria terkejut tatkala mendengar kata-kata Ramil sebentar tadi.

'Special girlfriend? Sejak bila?' -Batin Maria.

Dia memandang tepat ke arah Ramil. Ramil yang faham, hanya mengeratkan pegangannya di pinggang Maria.
Maria menoleh memandang ke arah wanita itu sambil tersenyum manis.

"Hello Madam" sapa Maria ramah.

"Hello sayang.. Panggil saja Mummy. Cantik.. pandai Mil pilih." Puji wanita itu pada Maria. Dia mencium kedua pipi Maria. Lalu menarik Maria ke dalam pelukkannya.

"Sayang..welcome to our home.. anggap saja rumah ini seperti rumah Maria jugak" bicaranya dengan lemah lembut. Sangat sopan dipandangan mata Maria.

"Ok mummy" sambut Maria senang. Ramil hanya tersenyum melihat layanan mummynya terhadap Maria.

"Daddy mana, mummy?" Soal Ramil sambil matanya ligat mencari papanya.

"Daddy ada diruang pejabatnya. Pergilah. Maria ikut mummy" Maria hanya menganggukkan kepalanya.

"Sayang, aku pergi jumpa daddy dulu ya. Sebentar lagi aku datang" bicara Ramil kepada Maria. Nada suaranya sangat lembut di pendengaran Maria. Maria hanya tersenyum seraya menganggukkan kepala perlahan.

Ramil segera berlalu ke tingkat atas. Manakala Maria, Thalia membawanya ke ruang tengah. Mereka duduk dan berborak di atas sofa kulit yang tampak sangat mewah.

"Mummy senang lihat Mil bawa Maria ke sini. Sebelum ni, dia tak pernah kenalkan mana-mana wanita pada mummy. Mummy risau, umurnya semakin bertambah. Tapi..dia langsung tak fikir mahu berumahtangga."

Maria menelan ludahnya. Berumahtangga?

"Mummy senang kalau Mil berkahwin dengan Maria.." sekali lagi Maria terkesiap. Kenapa dirinya?

'Aku hanyalah perempuan simpanan anakmu. Malah aku bukan siapa-siapa dalam hatinya.' -Maria bermonolog sendiri.

"Maria dah lama kenal dengan Mil?" Soalan Thalia memecahkan lamunan Maria.

"Maria ba-..."

"Kami kenal dah 2 tahun mummy. Sewaktu Maria datang ke company Mil. Tapi..hubungan kami baru saja serius dalam masa beberapa bulan ni"
Sambut Ramil sambil melangkah menghampiri Maria dan Thalia, lalu duduk rapat disebelah Maria. Tangannya melingkar di bahu Maria.
Dibelakangnya ada susuk tubuh seorang lelaki yang masih kelihatan tampan walaupun sudah berusia.

"Daddy, kenalkan.. kekasih Mil, Maria Elyna. Maria, ini daddyku.. Dave Wilson Falaiev."

"Hello Sir.." sapa Maria yang mahu berdiri. Dengan cepat Dave memberi kode untuk tetap duduk.

"Panggil daddy. Tak perlu terlalu formal. Maria pun bukan orang lain dalam keluarga ni. Tak lama lagi, kamu berdua akan menikah" ujar Dave sambil tersenyum. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Thalia.

Maria menoleh memandang ke arah Ramil.
Ramil hanya tersenyum seraya mengerjipkan sebelah matanya kepada Maria.
Muka Maria bersemu merah. Dia lantas menundukkan wajahnya cuba menyembunyikan wajahnya yang masih merah.

Seketika kemudian, datang seorang wanita menatang dulang membawa minuman. Dia menghidangkan di atas meja, seraya berlalu pergi. Maria hanya memerhatikan gerak geri wanita yang separuh baya itu dengan senyuman.

"Benar sayang?" Soal Thalia dengan raut wajah yang gembira kepada Dave.
Dave mengangguk sambil mengangkat kedua keningnya.

"Mil baru bincang dengan i pasal hal ni tadi" Jelas Dave sambil tersenyum.

"Oh my god.. congrats both of you." Ucap Thalia menghulurkan kedua tangannya untuk Ramil dan Maria. Mereka berdua menyambutnya dengan dua perasaan yang berbeza.

Maria masih lagi dalam keadaan kaget. Dia sedaya upaya menyembunyikan perasaannya yang tiba-tiba menjadi gementar.

Lain pula dengan Ramil. Dia gembira dengan penerimaan kedua orang tuanya terhadap Maria. Mengenai Maria, nanti dia sendiri yang akan uruskan.

"Jadi, tujuan Mil datang sejauh ini, hanya untuk sampaikan berita gembira ni pada daddy dan mummy? Dah tetapkan tarikh pernikahan?" Soal Thalia lagi. Dia jadi tidak sabar mahu menerima menantu.

"Ya.. Itu salah satu darinya. Tapi Mil ada perkara lain juga nak dibincangkan dengan papa, sebab tu Mil datang ke sini. Mengenai urusan pejabat. Selain tu, Mil nak kenalkan Maria dengan mummy dan daddy." Satu ciuman singgah di pipi Maria membuatkan Maria terpempan dengan sikap Ramil yang tiba-tiba dirasakan lain dari biasanya.

Maria hanya menoleh seraya memberikan senyuman yang dia rasakan palsu buat setakat ini kepada Ramil.

"Baguslah macam tu. Lama ke Mil disini?" Soal Dave kepada Ramil. Maria yang juga ingin tahu, menoleh memandang ke arah Ramil.

"Dua minggu." Jawab Ramil sambil menoleh sekilas ke arah Maria sambil melemparkan senyuman.

"Oh ya, Sawyer masih di Rusia?" Sawyer adalah adik kepada Ramil yang berusia 25 tahun. Selepas tamat belajar, dia terus menetap dan bekerja disana.

"Ya.. dia sekarang bekerja dengan syarikat keluarga kekasihnya disana." Sambut Thalia sedikit mengeluh. Dia rindukan anak bongsunya itu.

"Kenapa, bisnes kita tak cukup hebat untuk dia bekerja? Kenapa dengan syarikat keluarga kekasihnya?" Ramil nampaknya tidak bersetuju dengan keputusan adiknya.

"Kekasihnya anak tunggal dalam keluarga. Mahu atau pun tidak, lambat laun dia harus ambil alih tugas tu bila dia berkahwin nanti." Terang Thalia panjang lebar.

Ramil hanya mengeluh berat. Nampaknya, syarikat yang ada sekarang semuanya harus dikendalikannya sendirian.

"Oh ya.. Maria tinggal dengan keluarga ke di Las Vegas? Berapa beradik?" Soal Thalia tiba-tiba membuatkan Maria menelan ludahnya.

"Maria anak tunggal, mummy..daddy. Mari-...."

"Maria tinggal dengan Mil di Las Vegas. Mama dan papanya meninggal dalam kemalangan 10 tahun lepas." Cerita Ramil memotong percakapan Maria pantas. Dia tidak mahu Maria berduka dengan pertanyaan mummynya, Thalia.

"Ohh.. maafkan mummy sayang...." ucap Thalia pada nada suara yang perlahan. Dia simpati dengan nasib yang menimpa Maria.
Dia lantas bangun menghampiri Maria. Dia memeluk tubuh Maria seeratnya.
Maria rasa dirinya disayangi. Dia dapat merasa, Thalia seperti mamanya.

"Mulai hari ini, Maria anggap mummy dan daddy seperti mama dan papa Maria, ok" Maria serta merta menjadi sebak mendengar ucapan Thalia. Dia tidak menyangka, dirinya disambut baik oleh kedua orang tua Ramil.
Thalia merenggangkan pelukkan. Dia menatap ke wajah Maria dengan pandangan yang lembut. Airmata di wajah Maria disekanya perlahan.
Satu kucupan singgah di dahinya.

"Thank you mummy" ucap Maria perlahan. Thalia mengangguk sambil bibirnya melebarkan senyuman.

"Sudah. Pergilah berehat. Tentu kamu berdua letih setelah mengharungi perjalanan yang panjang."arah Dave. Maria tersenyum seraya mengangguk kepalanya perlahan.

"Ramil..bawa Maria ke kamar. Kamu berdua rehat dulu. Esok kita borak panjang" saran Thalia lagi.

Ramil menarik tangan Maria untuk berdiri. Kemudian dia memeluk pinggang Maria seraya menoleh ke arah Dave dan Thalia.

"Good night mummy, daddy" ucap Ramil. Maria disebelah hanya melepaskan senyumannya kepada Dave dan Thalia. Kemudian mereka berlalu ke kamar.

Bersambung..

Memperhatikanmu diam-diam, mendoakanmu setiap hari, dan mencintaimu secara rahsia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience