15- Mr.Psikopat

Young Adult Series 53821

Mansion Ramil Falaiev

Setelah 2 minggu berada di Italy, akhirnya Ramil dan Maria pulang ke Las Vegas.

Sampainya di mansion beberapa jam yang lepas, Maria terkejut saat melihat kepulangan mereka disambut oleh beberapa orang penyambut tetamu di hadapan pintu.

Masuk sahaja di dalam mansion, mereka di sambut lagi oleh 2 orang wanita separuh usia. Lagak mereka tak ubah seperti pembantu rumah.

Maria sejak tadi masih aneh dengan perubahan mendadak di mansion milik Ramil ini.

'Apa aku salah masuk rumah? Eh! Tak.. betullah ini mansion Ramil. Tapi..mana datangnya semua orang dalam rumah ni?'-batin Maria.

"Sayang.. esok jangan lupa ya.." panggilan Ramil segera mematikan lamunan Maria.

"Mengenai apa, bie?" Tanya Maria hairan.
Ramil menghampirinya di hadapan wardrobe.

"Sayang buat apa tu?" Soal Ramil tanpa menjawab soalan dari Maria.
Maria menoleh sambil tersenyum.

"Simpan semua baju-baju ni dalam wordrobe lah.. kenapa?" Maria pelik dengan pertanyaan Ramil.

"Ehh.. tinggalkan je kat situ.. nanti bibi akan buat semua. Apa guna bie bayar gaji mereka semua kalau sayang dah buatkan kerja untuk mereka." Maria mengeluh.

"Bibi? Kenapa ambil bibi. Maria boleh buat sendiri kerja dalam mansion ni" Maria tidak bersetuju dengan tindakan Ramil.

"Sayang..." Ramil menyentuh kedua belah bahu Maria lembut.

"Sayang bakal MEM besar dalam mansion ni tau. Takkanlah bie nak biarkan sayang buat semua kerja dalam rumah ni." Maria menggelengkan kepalanya perlahan tanda tidak setuju.

"Apa salahnya. Maria ok je, bie.."
Ramil mendongakkan wajah Maria supaya menatapnya.

"Bagi sayang memang ok. Tapi..bagi bie, itu tak ok. Bie nak isteri kesayangan bie nanti duduk je dalam mansion ni macam permaisuri. Macam cerita repunzel, dia berkahwin dengan putra raja. Sayang adalah repunzel bie.. repunzel zaman moden" Maria tersenyum mendengar omelan Ramil.

"Tapi.. dalam cerita Tangle tu, repunzel tu je sebagai puteri.. Eugene yang pegang karaktor sebagai hero tu adalah pencuri" Maria memeluk tubuh seraya mengangkat sebelah keningnya memandang Ramil.

"Pencuri? Alamak! Bie pencuri ke? Pencuri hati sayang ada la.." jawab Ramil sambil tersengih.

Maria hanya menggelengkan kepalanya. Ramil sekarang totaly berbeza dari yang dia kenal sebelum ini. Sekarang dia lebih open minded. Senang berbincang dan mudah menerima pendapat atau pandangan Maria. Ramil yang arogan dulu sudah tiada. Kadang-kadang, Maria terasa rindu pada Ramil yang dulu.

Maria menghentikan kerjanya yang tadi untuk mengemas pakaian. Dia beralih ke kamar mandi untuk mandi.

"Bie, masih ada kamera dalam ni?" Tanya Maria yang sudah berdiri di muka pintu kamar mandi.

"Masih ada. Kenapa?" Maria mengangkat sebelah alisnya lalu menjeling memandang ke arah Ramil.

"Masih nak intai Maria mandi?" Ramil terkekeh. Dia menghampiri Maria lalu memeluk pinggang Maria dari belakang.

"Bukan intai..tapi lepas rindu" bisik Ramil di tepi telinga Maria.

"Gatal" Maria menampar lembut lengan Ramil.

"Bie takkan buang kamera yang ada dalam rumah ni. Semua ni penting tau. Sayang ingat lagi tak, masa bie call sayang untuk tutup jendela disana?" Maria mengangguk laju.

"Ingat" jawabnya ringkas.

"Tentu sayang pelikkan, kenapa jendela tu terbuka." Maria mengerutkan keningnya, lalu menoleh ke arah Ramil yang berada di belakangnya.

"Kenapa? Bie yang bukakan?" Soal Maria ingin tahu. Persoalan itu belum lagi terjawab sampai sekarang.

"Bukan.. Sebenarnya ada orang curi masuk dalam mansion ni. Nasib baik dia tak apa-apakan sayang tau. Kalau tidak.."

"Kalau tidak, bie bunuh dia? Macam tu?" Ramil terkedu. Dia menelan ludahnya kasar.

Orang itu sudah pun dia bunuh.

"Bie.. what wrong? Tell me.. bie tangkap ke orang tu?" Maria memutar tubuhnya memandang tepat ke wajah Ramil. Dia menarik Ramil duduk di sisi katil. Ramil hanya menurut.

Maria menarik nafas dalam-dalam, lalu dilepaskannya perlahan.

"Bie.. saat di rumah mummy dan daddy di Italy, bie dah lamar Maria untuk jadi isteri bie, kan" Ramil mengangguk perlahan sambil tersenyum.

Tentulah dia masih ingat semua itu. Kejadian tu baru saja berlaku beberapa hari yang lepas saat dia melamar Maria menjadi isterinya di depan Thalia dan Dave. Buktinya, cincin bertatahkan berlian tersarung indah di jari manis Maria sekarang ini.

Dia antara orang yang paling gembira kerana Maria sudi menerimanya. Satu hal lagi yang kuat menyatukan mereka berdua sekarang adalah kehamilan Maria yang sudah mencecah 3 minggu. Ramil orang pertama gembira saat doktor memberitahu kekasihnya hamil.

Thalia dan Dave turut gembira kerana tidak lama lagi, mereka bakal menjadi datuk dan nenek.

"Itu bermakna, bie sudah bersedia untuk berkongsi apa saja cerita pada Maria. No more secret. Maria nak kita duduk dan berbincang jika ada perselisihan faham, ingat?" Ramil tersenyum seraya mengangguk.

"So.. tell me everything" Maria menggenggam erat jemari Ramil sambil tersenyum memandang wajah tampan Ramil.

"Are you sure, honey?" Maria mengangguk sambil menjawab

"Ya.. i'm totaly sure" jawab Maria.

"Boleh. Tapi dengan satu syarat, sayang perlu terima diri bie seadanya.. lepas sayang tahu semua ni, bie tak nak sayang menjauhkan diri dari bie, tinggalkan bie atau.."

"I'm promise. Maria terima semua syarat-syarat bie. Asalkan bie ceritakan dengan sejujurnya siapa Ramli Falaiev yang Maria tak tahu." tenang sekali ucapan Maria.

Ramil mengeluh perlahan. Dia was-was mahu menceritakan semuanya pada Maria tentang dirinya. Tapi, mahu atau tidak, dia harus menceritakan semuanya pada Maria supaya tidak ada perselisihan faham selepas mereka berkahwin nanti.

Maria membetulkan posisi duduknya. Dia naik dan duduk bersila di atas katil begitu juga dengan Ramil.

"Kalau sayang nak tahu, Ramil Falaiev ni merupakan seorang lelaki yang sangat arogan."

"Setuju" celah Maria pantas sambil mengangguk.

"Excuse me, honey?" Dahi Ramil berkerut sambil memandang wajah Maria yang sedang mengulum senyum kearahnya.

"Ok, ok. Teruskan" Maria membuat isyarat pada mulutnya tanda zip (mengunci mulutnya) dan mendengar cerita Ramil.

"Boleh bie sambung?"

"Silakan Mr.Ramil Falaeiv" Maria menengadah satu tangannya kearah Ramil.

Ramil tersengih.

"Dalam hidup Ramil, tak pernah ada satu nama wanita pun dalam kamus hidupnya yang pernah bertakhta dihatinya selain Thalia iaitu, mummy." Maria tersenyum. Dia menongkat dagunya dengan tangan, menanti cerita yang selanjutnya.

"Sejak Ramil berusia 12 tahun, dia mendapat tahu daddynya adalah seorang psikopat. Kerap kali dia melihat orang-orang daddynya membawa pulang orang yang tidak dikenalinya ke ruang bawah tanah di mansion nenek. Tetapi, sesiapa yang masuk ke bilik itu takkan pernah keluar lagi" Maria menutup mulutnya. Daddy..bermakna.. Dave.. oh my god. Mata Maria terbeliak.

"Hurmmm.. teruskan" Arah Maria cuba tenangkan dirinya.
Ramil mengangguk.

"Sampailah satu masa, ketika Ramil berusia 21 tahun, daddynya telah kenalkan dia dengan dunia psikopat. Semua mangsa daddy, Ramil yang dipertanggungjawabkan untuk menghukumnya. Pada awalnya, agak sukar untuk dia lenyapkan nyawa apatah lagi nyawa itu adalah seorang manusia. Atas keyakinan dan dorongan daddy, dia berjaya menjadi seorang psikopat." Sekali lagi Maria menutup mulutnya dengan kedua tangannya. Ternyata pembongkaran rahsia ini benar-benar mengejutkannya.
Ramil menundukkan wajahnya dan menyambung ceritanya.

"Sebagai seorang CEO perusahaan syarikat besar yang awalnya berkembang di Italy, daddy mempunyai ramai musuh yang cuba menjatuhkan bisnes yang baru dibina oleh daddy. Seorang rakan baik daddy telah mengajar dan memperkenalkan daddy mengenai dunia psikopat. Daddy mempunyai ramai anak buah dan mata-mata. Bukan setakat untuk menjaga perusahaan, tetapi juga menjaga keluarga dari ancaman musuh."

"Melihat dan belajar dari daddy lah yang membuatkan Ramil menjadi seorang psikopat tanpa diketahui sesiapa melainkan musuh-musuhnya."
Maria cuba menenangkan hatinya.

"Sudah berapa ramai yang telah menjadi korban? Maksud Maria..mangsa korban dari seorang psikopat bernama Ramil Falaiev" Maria menelan ludahnya yang seolah-olah rasa tersekat di kerongkong. Dia sendiri berasa takut sebenarnya, kerana sekarang ini dia sedang berhadapan dengan seorang psikopat.

"Puluhan nyawa.. atau mungkin sudah hampir 100" Ramil menoleh memandang ke arah Maria.

     Mata Maria membulat, mulutnya melopong. Dengan pantas dia menutup mulutnya. Dia tidak menyangka, lelaki dihadapannya ini, yang bakal menjadi suaminya tidak lama lagi, merupakan seorang psikopat.

"Ramil bukan orang yang baik, sayang. Ditangannya sudah banyak nyawa yang melayang. Tapi..menguntungkan bagi hidup seorang psikopat itu sendiri kerana keluarganya sentiasa diawasi setiap masa. Orang-orangnya berada ada dimana-mana. Sesiapa yang berani ganggu hidup keluarga mereka, nyawa mereka jadi galang ganti." Cerita Ramil panjang lebar.

"Jadi...semua yang berjaga diluar sana tu adalah orang-orangmu, Mr.Psikopat?" Ramil terkekeh mendengar ayat terakhir Maria yang memanggilnya Mr.Psikopat.

"Jangan panggil itu dihadapan orang, sayang. Di perusahaan, mereka semua hanya mengenali Mr. Ramil Falaiev bukan Mr.Psikopat. Nama itu hanya disisi gelapnya sahaja" terang Ramil sambil tersengih.

"Owh.. maksudnya, Mr.Ramil Falaiev mempunyai dua karaktor yang berbeza dari dua dunia yang berbeza, begitu?" Ramil menganggukkan kepalanya.

"Ia..betul. Tapi..hanya musuh-musuh Ramil Falaiev sahaja yang mengenali sisi dunia gelapnya sebagai Mr.Psikopat. Karyawan biasa tidak mengetahui itu semua. Dalam erti kata, di perusahaan dia adalah Mr Ramil Falaiev dan di luar dia adalah Mr.Psikopat" Maria mengangguk faham.

"Faham... mmm.. tadi, Mr.Psikopat ada mengatakan bahawa di dalam kamus hidup Mr.Psikopat tidak pernah ada nama mana-mana wanita dalam hati Mr.Psikopat selain mummy, Thalia. Adakah wanita bernama Maria Elyna itu menjadi wanita kedua dalam hidup Mr.Psikopat?" Ramil ketawa geli hati. Maria tidak ubah seperti seorang wartawan yang sedang mewawancaranya.

"Adakah pertanyaanku ini sangat melucukan?" Tanya Maria lagi. Ramil tersenyum seraya menggeleng perlahan.

"Iya.. dia adalah wanita kedua yang bertakhta dihati Mr.Psikopat selain nama mummy Thalia. Tetapi dia adalah wanita pertama yang bertakhta sebagai cinta hati Mr.Psikopat iaitu Mr.Ramil Falaiev" ucap Ramil sambil menarik jemari halus Maria lalu dibawa kebibirnya.
Maria tersenyum.

"Ada apa-apa soalan lagi wahai wartawan?" Kali ini giliran Maria pula yang ketawa.

"Wartawan?" Maria ketawa lagi sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun indah. Ramil hanya memerhatikan Maria dengan pandangan yang tajam.

"Kenapa?" Soal Maria tatkala melihat Ramil memandangnya seperti itu.

"Sayang ok?" Maria mengerutkan keningnya.

"Maksud bie?" Ramil bergerak menghampiri Maria. Dia duduk disisi Maria.

"Bie adalah seorang psikopat"
Maria terdiam, lama. Keadaannya membuat Ramil risau.

Maria mengeluh pendek.

"Bolehkah bie berjanji denganku?"
Kini giliran Ramil pula yang mengerutkan kening.

"Berjanji? Mengenai apa?" Maria tersenyum tawar. Dia tak pasti, tapi dia harus mencubanya.

"Berhenti menjadi seorang psikopat" jawab Maria tenang seraya menoleh ke arah Ramil.

Ramil menggelengkan kepalanya.

"Itu tidak mungkin terjadi, sayang. Kalau bie berhenti dari menjadi seorang psikopat, esok juga musuh-musuhku datang menyerang ke mansion dan membunuh semua orang yang ada disini termasuk kita berdua."Ramil mengeluh.

Riak wajah Maria berubah takut.

"Pada pandangan orang, psikopat adalah jahat. Yang sebenarnya tidak. Mereka hanya menghukum atau membunuh orang yang mengganggu ketenteraman keluarganya dan juga apa saja yang berkaitan dengan dirinya. Malah mereka juga bertindak sebagai pelindung keluarganya dari musuh. Mereka sama seperti orang lain yang sangat sayangkan keluarga dan tidak mahu keluarga mereka berada dalam ancaman bahaya atau tercedera sikit pun walaupun sebesar zarah." Jelas Ramil panjang lebar.

"Sayang faham kan maksud bie? Jadi please...jangan pernah minta lagi untuk bie berhenti menjadi psikopat" Maria mengeluh berat. Akhirnya dia menganggukkan kepalanya. Seberat apa pun, dia harus terima kenyataan bahawa bakal suaminya ini bukan sekadar CEO terkenal, tapi juga seorang psikopat.

"Tapi..." Maria teragak-agak. Dia cuba mencari kata-kata terbaik yang menunjukkan betapa dia risaukan Ramil.
Ramil mengangkat kedua keningnya. Dia menanti bicara Maria yang seterusnya.

"Maria sebenarnya takut kalau bie tercedera" Maria menatap wajah Ramil, dia risau dan ambil berat pasal Ramil. Dia tak mahu kebelakangnya nanti, Ramil dipukul, ditembak atau apapun yang membuatnya cedera.

Ramil tersenyum membalas pandangan Maria. Dia memeluk bahu Maria erat.

"Sayang..jangan risau, ok. Orang-orang bie ramai. Yang dekat luar sana tu, bukan bie ambil saja-saja tau. Bie ambil orang-orang terlatih dalam penggunaan senjata api, juga berlawan semata-mata untuk menjaga keamanan mansion ni dari musuh."

"Vlad, William dan Ryno, tiga orang ini adalah orang kepercayaan bie. Kemana babe pergi, mereka akan ikut dan mereka akan menjaga keselamatan bie." Jelas Ramil cuba untuk menenangkan hati Maria yang risau akan keselamatan dirinya.

Maria merangkul erat tubuh Ramil. Dia sayangkan lelaki ini. Dia takut jika terjadi apa-apa perkara buruk ke depannya. Tapi, dalam masa yang sama, dia juga percaya kepada semua orang yang Ramil telah pertanggungjawabkan untuk menjaga Ramil, mansion dan juga dirinya.

"I love you, bie." Hanya itu yang terluah dari bibirnya sekarang ini.

"I love you more, sweetheart" balas Ramil seraya mengucup puncak kepala Maria.

Maria melepaskan pelukkan lalu bergerak turun dari katil.

"Sayang nak kemana?" Tanya Ramil risau. Maria menoleh memandang ke arah Ramil lalu tersenyum.

"Mandi" jawab Maria pendek.
Ramil menyeringai nakal.

"Nak ikut" Ramil tersengih. Maria hanya memutarkan bola matanya.

"Mandi je, jangan macam-macam" ugut Maria sambil menundingkan jari telunjuknya pada Ramil.

Ramil tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang rapi dan bersih. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Janji" Ramil mengangkat tangan kanannya seperti bersumpah.

Maria merangkul lengan Ramil lembut sambil melangkah ke kamar mandi.
Sampainya didalam sana, Ramil hanya memerhatikan gerak geri Maria yang sedang menanggalkan pakaiannya satu persatu.
Ramil menyeringai. Seorang lelaki bernama Ramil tidak akan pernah membiarkan tubuh seksi Maria yang menggoda ditayang padanya begitu sahaja tanpa disentuh. Itu tak akan berlaku.

Dia juga dengan pantas menanggalkan pakaiannya. Keduanya kini berada dalam keadaan naked.
Ramil terus menyambar Maria.

"Bie!!! Tadi dah janji tak mau macam-macam dengan Maria!!!" Jerit Maria manja. Ramil terkekeh ketawa.

Akhirnya Maria menyerah. Mereka bercinta saat dikamar mandi.

Bersambung...

Aku tidak ingin orang lain memiliki hatimu, cium bibirmu, atau berada di pelukanmu karena itu hanya tempatku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience