FARIZ ZHAFRI BIN DATO' HIRMAN
. Berumur 22 tahun
. 16 September 2000
. 180 cm
. Satu-satunya anak dalam keluarga
. Rakan sekelas Dayyan Nazeem di universiti
. Seorang yang mempunyai masalah disiplin
. Seorang yang keras kepala, degil dan juga memberontak.
. Membenci bapanya, Dato' Hirman kerana sikap bapanya yang suka pemarah dan suka berfoya-foya.
. Selalu menjadi mangsa pukulan bapanya ketika bapanya mabuk.
. Meskipun begitu, dia seorang yang sangat menghormati ibunya, Datin Farah.
. Hormat tingginya buat seorang insan bergelar ibu menjadikan dia seorang yang hormat akan wanita di luar sana.
. Sepupu kepada Afrena Nazirah.
AFRENA NAZIRAH BINTI MOHD. EZAD
. Berumur 18 tahun
. 9 Julai 2004
. 157 cm
. Seorang anak yatim piatu di Rumah Cahaya Ilham
. Seorang gadis yang baru menduduki peperiksaan SPM
. Seorang gadis yang ceria, peramah dan bijak.
. Menganggap Rihana Namira sebagai kakaknya.
. Menjadi salah seorang anggota keluarga Fariz apabila ibu Fariz merangkap ibu saudaranya mengambil dan menjaganya bagaikan anak sendiri.
. Sepupu kepada Fariz Zhafri.
DATIN MAWAR SANDRA BINTI DATO' JOHAN
. Berumur 48 tahun
. 31 Januari 1974
. 164 cm
. Seorang isteri kepada Dato' Johari Karl.
. Mempunyai seorang anak lelaki bernama Aayan Firdaus.
. Walaupun, dia hanya seorang suri rumah tetapi ada syarikat menelefonnya untuk membuat sesi temu bual di televisyen atau sesi foto gambar untuk dijadikan gambar muka depan majalah wanita.
. Merupakan rakan satu universiti Puan Aleeza Al-Jannah dan Rayhan Reza.
. Pernah suka akan Rayhan meskipun sudah beristeri.
DATO' JOHARI KARL BIN DATO' MEGAT KARL
. Berumur 51 tahun
. 22 Jun 1971
. 187 cm
. Seorang suami kepada Datin Mawar Sandra.
. Mempunyai seorang anak lelaki bernama Aayan Firdaus.
. Seorang CEO kepada syarikat keluarganya, JK Group.
. Seorang yang dingin dan tidak banyak cakap.
. Merupakan bekas seorang ketua dalam dunia kongsi gelap (mafia)
. Seorang yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa dengan keluarga.
. Seorang yang protective apabila keluarganya dalam bahaya.
Share this novel