Bab 2

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. Mata sembapnya hanya memerhati kelakuan lelaki awal 50-an mengangkat barang dan beg bagasinya dan diletakkan di sebelahnya. Bukan dia tidak mahu menolong tetapi lelaki tua itu sendiri yang menghalangnya daripada berbuat sedemikian. Jadi, dia hanya mampu melihat.

Senyum?

Entah.

"Sudah, cik." Lelaki tua itu tersenyum mesra sebelum dia melihat wajah sedih dan muram gadis ini. Seketika, baru dia teringat kejadian di rumah mewah tadi. Lidahnya tiba-tiba sahaja kelu untuk berbicara.

Wajah yang bagaikan tiada perasaan itu dipandang simpati sebelum dia duduk secara melutut di hadapan gadis itu. Dareena yang senyap dari tadi terus tergamam.

'Pakcik ni nak buat apa?'

"Sabar okay?" Wajahnya yang sudah berkedut sedikit dipandang. Perlahan-lahan air matanya kembali mengalir.

"Jangan menangis." Dareena sudah tidak tahan. Sepanjang perjalanan ke rumahnya, sedaya upaya dia untuk menahan tangisnya supaya tidak diketahui ibu dan adik lelakinya.

Pakcik itu memandang simpati. Jikalau di hadapan ini anak perempuannya, sudah pasti dia memeluk gadis ini bagi mengurangkan bebannya. Lagipun, dia yakin pasti gadis ini memerlukan seseorang ketika ini.

"Pakcik minta maaf. Pakcik tak mampu nak buat apa-apa." Dareena terus menggeleng. Takkan dia mahu menyalahkan pakcik yang baik dengannya? Lagipula, sudah terang lagi bersuluh siapa yang salah dalam hal ini.

"Pakcik. Pakcik tak salah. Saya yang patut minta maaf sebab pakcik nampak semua drama ni. Saya malu." Terang Dareena. Air matanya dikesat perlahan menggunakan hujung bajunya.

"Tak apa. Pakcik tak kisah. Pakcik sebenarnya kasihankan cik. Diduga dengan ujian seperti ini memang tak mudah. Sakit bila orang yang kita sayang bersama dengan orang lain." Dareena memandang ke arah matanya. Tidak tahu mengapa tetapi dia sudah senang dengan kehadirannya walaupun cuma seketika. Kata-katanya bagaikan dia pernah mengalami benda yang sama.

"Tunang pakcik pun kahwin lain ke dulu?" Dareena mahu menyalahkan dirinya sahaja bila soalan begitu keluar dari mulutnya sendiri.

"Tak. Kami tak bertunang pun. Kami pun tak pernah bercinta. Tapi kami menyesal sebab terlambat."

"Terlambat?"

"Terlambat untuk jatuh cinta."

Dareena tergamam. Anak mata lelaki tua itu jelas menggambarkan apa yang terjadi dalam hidup lalunya. Senyuman tua itu menampakkan lagi penipuannya untuk menipu perasaannya sendiri.

'Pakcik menyesal ke?' Dareena menahan soalan itu dari mulutnya lagi. Biarlah dia simpan dalam hatinya saja.

"Ada apa-apa lagi ke cik?" Dareena menggeleng. Perit untuk dia berpisah dengan pakcik ini walaupun dia tahu mereka tiada apa-apa hubungan. Cuma satu sahaja dia berharap semoga dia dipertemukan lagi dengan pakcik di hadapannya ini.

Lambaian itu dibalas dengan senyuman terpaksa. Tidak mahu lihat seperti sombong pula jika dia tidak senyum walaupun sekejap. Lagipula, pakcik tadi orang yang baik.

Raut wajahnya kelihatan tenang walaupun sudah terlihat sedikit kedutan. Dareena menarik nafasnya dalam sebelum mula mendongak melihat langit. Awan yang bergerak perlahan itu dipandang bagi menghilangkan rasa sedih dalam hatinya.

'Papa, I miss you.'

********************

Bunyi ketukan di pintu semakin kuat. Kelihatan seorang wanita lewat 40-an berlari anak ke pintu utama rumah mereka. Kerja di dapur terpaksa ditangguh sebentar dek ketukan pintu yang menyesakkan fikirannya dari tadi.

'Siapa pula ni? Aku nak masak pun tak senang la.'

Baru sahaja dia sampai ke ruang depan, dia terhenti. Segala omelannya tadi ditarik balik apabila melihat tubuh seseorang yang sangat dirinduinya.

"Dareena dah pulang puan!" Pembantu yang bernama Yuni memberitahu berita gembira tersebut dengan perasaan teruja. Manakan tidak, anak majikannya ini sudah berbulan tidak pulang. Kali terakhir dia pulang ke Malaysia sewaktu raya haji tahun lepas. Kini, dia sudah pulang dengan segulung ijazah di tangannya.

"Ma..." Dareena memandang Puan Aleeza dengan senyuman lebar yang terhias cantik di wajahnya.

"Dareena." Puan Aleeza laju memeluk anak gadisnya erat. Sungguh dia rindukan Dareena. Kini, dia sudah tidak perlu menanggung rindu lagi apabila melihat Dareena di sini.

Dareena yang berada dalam dakapan sang ibu terasa bagaikan di syurga. Perasaan tenang serta-merta mengambil alih emosinya saat ini. Peristiwa perit tadi seolah-olah tidak wujud dalam memorinya.

Benarlah orang kata. Pelukan seorang ibu sangat ajaib buat anak-anaknya.

"Jom! Dareena angkat beg naik atas. Lepastu, turun makan." pesan Puan Aleeza yang tidak lekang juga dengan senyumannya.

"Eh tak apa Dareena. Biar Kak Yuni yang bawa ye?" Dareena terus menggeleng sambil memegang beg bagasinya.

"Tak apa Kak Yuni. Dareena boleh bawa sendiri." Kak Yuni memandang Puan Aleeza dengan pandangan 'tak apa ke puan?'

"Biarkan dia Yuni. Mari! Tolong saya masak." Puan Aleeza membalas. Serentak dengan arahan itu, pantas Yuni mengangguk dan segera berlalu ke dapur meninggalkan mereka.

Dareena yang tidak tahu berbuat apa lagi, pantas menarik semua begnya menuju ke tingkat atas di mana biliknya berada.

"Dareena okay?" Jantungnya berdebar. Dareena memandang belakang tepat ke arah wajah ibunya.

"Apa?"

"Dareena okay?" Soalan itu diaju lagi. Dareena yang tidak mahu disoal terlalu banyak terus sahaja senyum dan mengiyakan soalan ibunya.

"Dareena okay ma. Kenapa mama tanya?" Puan Aleeza berjalan menghampiri Dareena yang berdiri berhampiran tangga. Anak mata anak gadisnya direnung lama.

Dareena yang sedari tadi memandang anak mata ibunya mula tidak selesa. Cepat-cepat dia mengambil begnya dan berjalan naik menuju ke biliknya.

"Mama tahu Dareena tak okay. Jangan tipu." Terus kakinya terasa kejung. Tubunya berdiri statik di tangga.

Walaupun nada Puan Aleeza tenang tetapi tetap meresahkan hatinya. Ya. Seorang ibu mempunyai naluri yang kuat terhadap anaknya. Dan Dareena tahu itu.

Dia menghembus nafasnya dan teruskan langkahnya menuju ke bilik. Masuk sahaja ke biliknya, dia meletakkan kesemua begnya di tepi dinding dan terus duduk di atas katil bersaiz queen miliknya.

Tidak dapat menahan lagi, dia terus menangis. Melepaskan semua perasaannya di bilik. Marah, sedih, kecewa dan semuanya!

Kejadian di rumah tunangnya betul-betul buatkan hatinya remuk. Bertahun dia setia kepada lelaki itu tetapi kenapa dengan cara begini dia dibalas? Seorang Dareena Rumaysa tidak kuat apabila melibatkan perasaan. Kerana dia takut kehilangan. Cukuplah dia sudah kehilangan bapanya 8 tahun lepas. Dia tidak sanggup kehilangan lagi seorang lelaki yang bertakhta di hatinya.

'Ya Allah! Kuatkan aku!'

Sayang pakcik grab ⊂((・▽・))⊃ Love baca cara dia tenangkan Dareena <3 Done bab 2 ✓ I'm so sorry for the very late update :( Kinda busy with my assignment :') I'll try my best to update earlier after this <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience