"And in the middle of my chaos, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Air peluh yang menitik dikesat kasar menggunakan tuala yang disangkut pada bahu. Latihan hoki yang memakan masa hampir ke waktu maghrib betul-betul memenatkan harinya. Tapi adakan daya, dia tetap perlu berlatih memandangkan hari pertandingan semakin tiba.
"Dayyan. Baru balik?" Terus tersentak lelaki awal 20-an itu apabila ditanya secara mengejut. Sudah la muncul tiba-tiba dari sebelahnya.
Lelaki tua yang sudah berjanggut panjang itu hanya tersenyum lebar. Tubuhnya ditegakkan sebagai tanda hormat memandangkan ini anak majikannya.
"Ha'ah, Pak Wahab. Jangan buat macam tu lagi. Terkejut." Pak Wahab tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Terhibur melihat riak wajah Dayyan yang sudah masam mencuka. Mungkin dia penat dan tidak mahu bergurau.
"Yalah. Pak Wahab tak buat lagi." Dayyan mengangguk penat dan terus berlalu meninggalkan Pak Wahab.
"Dayyan."
"Ya, Pak Wahab. Ada apa lagi?" Soal Dayyan. Riak wajahnya jelas kelihatan yang dia malas mahu melayan Pak Wahab yang kadang-kala suka mengusiknya.
"Tak ada. Cuma ada kejutan buat Dayyan." Terus keningnya dinaikkan. Walaupun penat tetapi tetap juga dia tertarik.
"Suprise?"
"Ya. Naiklah atas. Kejutan tu ada kat atas." ujar Pak Wahab yang tidak lekang dengan senyumannya dari tadi.
Dayyan yang malas mahu berlengah, terus sahaja dia naik ke tingkat atas. Rumahnya yang mempunyai 3 tingkat ini menyukarkannya untuk mencari kejutan yang dimaksudkan Pak Wahab tadi. Tambah-tambah lagi dengan keluasan rumah ini. Pendek kata bagaikan rumah agam.
Dia naik ke tingkat satu di mana di tingkat ini hanya mempunyai biliknya, ibunya dan kakaknya. Termasuk juga 2 bilik air dan 1 bilik rehat ataupun dikatakan sebagai bilik bacaan.
Di tingkat ini, hanya sepi melanda suasana. Matanya meliar mencari 'suprise' yang dimaksudkan.
'Dalam bilik aku kot?'
Dayyan melangkah masuk ke biliknya sebelum dia menyedari sesuatu. Matanya perlahan-lahan memandang ke sudut ruang tingkat 1 itu iaitu bilik kakaknya. Dia perasan sesuatu. Pintu bilik itu terbuka separuh. Setahunya pintu bilik itu ditutup rapat sejak akaknya itu belajar di luar negara. Sekarang ini, apa yang dia lihat? Atau lebih tepat, betul ke apa yang dia fikirkan sekarang?
Dayyan berjalan dengan perlahan sambil anak matanya menumpu sepenuhnya pada bilik akaknya itu. Hampir sahaja di pintu bilik, dia menjengukkan sedikit kepalanya ingin melihat seseorang jika benar firasatnya itu betul.
"Kau buat apa ni?"
"AARGGHH!!" sekali lagi dia dikejutkan.
"Hoi! Tak payah la sampai menjerit. Nampak hantu ke tadi?" marah seseorang dari dalam bilik. Seperti mengenali suara itu, cepat sahaja Dayyan menoleh. Matanya terus membulat melihat gerangan yang sudah berbulan tidak bersua.
"Kak! Kau dah balik!" Dengan pantas Dayyan datang memeluk satu-satunya akak yang dia ada.
"Woi! Jangan peluk la! Kau dah la berpeluh." marah Dareena sambil cuba meleraikan pelukan Dayyan. Sudah la dia baru habis mandi. Tak pasal-pasal kena mandi balik.
Dayyan terus tersengih. Lupa dia baru sahaja menamatkan latihan petang tadi. Badannya dibau.
'Ok. Aku kena mandi. Patutlah akak mengamuk.'
"Kak! Kau tak cakap pun kau dah balik." Dayyan membuat muka kasihannya. Sudah lama dia tidak bermanja dengan Dareena, jadi tidak salah, bukan?
"Biarlah. Suka hati aku la nak bagitahu ke tak. Mengada la kau ni." Ditumbuk perlahan bahu Dayyan. Katilnya itu dihampiri sebelum berbaring di atasnya. Dayyan memuncung sedikit sebelum duduk di sofa empuk bersebelahan katil.
"Kau ni tak baik tau. At least, boleh la aku dengan mama ambil kau dekat airport ke? Tak pun buat suprise ke." Teringat pula Dayyan pada suprise yang dikatakan Pak Wahab tadi. Bila difikirkan balik, mungkin maksud Pak Wahab kejutan tu sebenarnya akaknya sendiri, Dareena.
Nafas ditarik sebelum dihembus. Badannya ditegakkan semula. Wajah Dayyan yang semakin gelap itu dipandang. Mungkin sahaja kerana latihannya tadi.
"Kau tak pakai sunscreen ke?" Soal Dareena agak tegas. Tidak kisah jika Dayyan mahu kata dia tukar topik.
"Hari ni je. Tak sangka pula burn teruk." Dayyan mempertahankan dirinya. Lagipula, betul apa yang dia cakap.
"Aku dah kata kan. Jangan skip sunscreen. Nak-nak kau tengah ada latihan sekarang ni. Tengok! Apa jadi." Suaranya dinaikkan tanda dia tidak main-main dengan kata-katanya tadi.
"Yela. Yela. Tak skip dah lepas ni. Tak payah la marah. Tahu la muka kau cantik." Terselit nada sedih.
Tidak dinafikan Dayyan bahawa Dareena seorang yang sangat cantik. Kulitnya mulus tanpa sebarang jerawat dan jeragat. Manakan tidak kalau setiap hari dia membuat skin care bermula dari zaman remajanya. Actually, memang kena dan wajib buat untuk dapatkan kulit yang cantik.
Dareena memutarkan anak matanya.
'Dah mula dah.'
"Tapi kan kak."
"Apa?"
"Kau baru lepas menangis ke?" Dareena tersentak. Suasana diam dan sepi buat beberapa saat.
"Kak." Seru Dayyan. Takut lihat anak mata Dareena asyik tertumpu padanya.
"Tak ada apalah. Tak penting pun." Dareena mengelak daripada menjawab soalan yang berkait dengan bekas tunangnya itu. Sakit hati. Kejadian di rumah tunangnya itu sekali lagi bermain dalam fikirannya.
'Not again.'
"Yalah tu tak penting. Setahu aku lah, kau tak menangis kalau benda tu tak penting. Sekarang ni, kau sendiri cakap benda tu tak penting tapi kenapa kau menangis? Benda penting la kan." Balas Dayyan dengan hujah logiknya.
Dareena mahu sahaja memutar waktu tadi. Menyesal kerana bertanyakan soalan seperti itu. Sejak bila pula adiknya ini cekap dan pantas?
"Cerita jelah." Badannya didekatkan menghampiri Dareena yang sedang duduk secara bersila.
"Aayan." Segaris nama itu akhirnya terluah juga dari bibirnya.
"Kau pergi rumah dia ke?" Dareena mengangguk. Buat seketika dia tersedar sesuatu. Wajah Dayyan dipandang lama.
"Apa?"
"Kau tahu pasal ni kan?" Seperti yang dijangka, riak wajah Dayyan seakan tergamam. Dia boleh baca.
"Tahu apa?" Sebolehnya Dayyan ingin mengelak tetapi dia tahu sudah terlambat untuk selamatkan dirinya.
"Explain!" Dayyan menghembus nafasnya. Tubuh tingginya disandarkan pada sofa empuk itu.
"Aayan datang rumah 3 bulan lepas kau pergi."
"Tahun lepas?" Dayyan mengangguk.
'Nampaknya, baru lagi. Kira-kira bulan 10 tahun lepas.'
Apabila difikirkan balik, waktu itu jugalah sikap Aayan bagaikan acuh tak acuh sahaja dengannya.
"Dia datang dengan cara baik nak putuskan pertunangan ni." Terus berderai hati Dareena apabila mendengar ayat itu. Maknanya, baru lagi Aayan mahu putuskan pertunangan. Tetapi kenapa secepat itu?
"Aku dengan mama tak tahu nak cakap apa. Bila tanya dia kenapa nak putus, dia diam. Dia tak nak cakap." Ujar Dayyan lagi. Dan sekali lagi, hati Dareena hancur. Ayat yang baru sahaja keluar dari mulut Dayyan seolah-olah Aayan ada simpan rahsia besar. Tidak tahu apa yang pasti benda ataupun rahsia itu betul-betul dan musnahkan kepercayaan dia buat Aayan.
"Korang terima keputusan dia?" Soal Dareena pula. Suaranya sudah mula kendur. Bila-bila masa sahaja air matanya akan turun buat berpuluh kali hari ini sahaja.
"Mama terima kalau kau pun terima."
"What?" Terus matanya melekat pada Dayyan dengan riak beribu pertanyaan.
'Terima apa ni?'
"Eh? Apa maksud kau ni?" Dayyan naik hairan. Takkan lah Dareena baru tahu.
"Tak sekarang ni. Aku yang patut tanya. Apa maksud kau ni? Terima apa? Aku balik sini dengan tak tahu apa-apa. Tiba-tiba je aku nampak dengan kepala aku sendiri dia nikah. Depan mata aku. Sakit!" Dadanya ditepuk berkali-kali. Air matanya sudah mula menuruni pipinya. Benci!
"WHAT?! Are you kidding me? Dia sendiri cakap yang kau terima keputusan dia." Sekali lagi, Dareena bagaikan diserang sakit jantung. Hatinya mula sakit. Nafasnya mula tidak teratur.
'Kenapa kau perlu tipu aku?'
'Apa salah aku?'
Air matanya mula mencurah-curah keluar. Sakitnya lebih sakit dari kejadian di rumah bekas tunangnya. Beribu persoalan yang tertimbul di benak fikirannya saat ini. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
"AARRRGGGHHHH!!!" Raung Dareena. Dayyan hanya memandang simpati ke arah Dareena yang sudah lencun dengan air matanya.
Sumpah dia tidak tahu mengenai itu. Jikalau tidak, sudah tentu dia bantah. Keadaan Dareena membuatkan hatinya turut sakit. Tangannya dikepalkan menjadi penumbuk. Mahu sahaja dia menumbuk muka Aayan bagi mendapatkan pembelaan kakaknya. Dia tidak kira kalau sampai koma sekalipun!
You hurt my family, you done!
Done bab 3 ✓ Stay tuned! Thank you <3
Share this novel