Bab 6

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .
Dareena membuka matanya perlahan. Sakit di kepala terasa perit. Dia terus memegang kepalanya sambil memerhati sekeliling.

"Eh? Aku kat rumah?" Biliknya itu dipandang tidak percaya. Setahunya tadi dia menangis kat tangga kecemasan hotel dan dia sedar dia tertidur di situ. Tetapi, macam mana...

Pantas dia bangun dari pembaringannya. Jam yang tergantung di dinding biliknya dipandang.

'4:00 petang?!'

Dareena segera bergegas masuk ke tandas dan bersiap untuk menunaikan solat zohor. Perihal dia tiba-tiba terjaga di bilik tidurnya difikirkan kemudian.

Usai sahaja solat zohor, Dareena duduk tersandar di tepi katil. Dengan berbaki 15 minit sebelum masuk asar, dia duduk memikirkan perihal tadi. Tetapi, semuanya menemui jalan buntu.

Tidak mahu berlengah, Dareena terus turun ke bawah dengan memakai telekungnya. Pintu rumah ditarik dan mula mencari seseorang. Kesemua pengawal dan pembantu lelaki berada di luar rumah memandangkan di rumah ini majikannya perempuan melainkan mereka dipanggil untuk masuk. Apabila terlihat kelibat seseorang, pantas Dareena mengorak langkah.

"Pak Wahab." Panggil Dareena. Pak Wahab yang sedang berborak dengan pekebun rumah itu terus menoleh.

"Dareena." Pak Wahab segera menampilkan dirinya.

"Ada apa, Dareena?" Soal Pak Wahab. Wajah Dareena yang agak penat itu dipandang risau.

"Saya--"

"Dareena penat ke? Rasa nak pengsan lagi?" Ujar Pak Wahab. Dareena menggeleng. Menafikan apa yang dikatakan Pak Wahab.

'Jap! Pengsan?'

Riak risau Pak Wahab itu mengundang rasa curiga dalam hati Dareena.

"Dareena pengsan ke tadi?" Soal Dareena. Pak Wahab mengangguk laju. Dareena hairan. Bukankah tadi dia hanya tertidur?

"Apa yang jadi tadi Pak Wahab?" Dareena terus menyoal memandangkan Pak Wahab merupakan pemandu keluarganya. Dia pergi ke majlis tadipun dengan Pak Wahab. Jadi, Pak Wahab mesti tahu sesuatu.

"Dareena betul-betul tak ingat apa jadi ke?" Soal Pak Wahab. Bukan niat dia ingin mengubah topik tetapi manalah tahu jika Dareena mula teringat sesuatu.

"Tak. Saya tak ingat. Lagipun Pak Wahab, saya tertidur. Bukan pengsan." Ujar Dareena. Pak Wahab mengerutkan dahinya.

"Habistu? Dareena nak kata Pak Wahab dengan budak tu menipu la ni?" Balas Pak Wahab. Dareena menggaru kepalanya serba salah sebelum tersedar sesuatu.

"Apa Pak Wahab kata tadi?" Dia yakin dia tidak salah dengar.

"Apa?"

"Pak Wahab dengan siapa? Budak?" Pak Wahab berfikir lama sebelum dia mengiyakan kata-kata Dareena.

"Haa...yelah budak. Tapi itu bagi Pak Wahab. Bagi Dareena yang tu bukan budak tetapi lelaki."

Ternaik sebelah kening Dareena mendengar. Lelaki? Maknanya budak yang dimaksudkan Pak Wahab tu lelaki. Sebaya dengannya?

"Mujur dia nampak Dareena kat situ. Kalau nak harapkan Pak Wahab, sampai sekarang Dareena terpengsan kat situ agaknya." Pak Wahab memulakan ceritanya.

"Lepastu apa jadi?" Dareena mula menggesa Pak Wahab.

"Tak ada apa pun. Cuma dia bawa Dareena keluar dari hotel tu. Nampak la juga muka dia macam cemas. Pak Wahab apa lagi. Nampak je Dareena macam tu, terus Pak Wahab panggil budak tu. Suruh bawa Dareena ke sini." Terang Pak Wahab dengan muka risaunya.

Dareena mengerutkan dahinya. Kenapa dia tidak boleh ingat apa yang jadi? Atau memang betul dia pengsan?

Kepalanya yang masih terasa sakit itu dipegang. Tidak mungkin Pak Wahab ingin menipunya pula. Dareena menghembus nafasnya. Mungkin memang benar dia pengsan kerana dia sendiri tidak ingat apa yang terjadi.

"Mungkin Dareena penat sangat. Asyik sangat menangis 2 3 hari ni. Mungkin sebab tu Dareena pengsan?" Pak Wahab mengeluarkan hujah logiknya.

Dareena mengangguk. Lagipun, ada betul juga kata Pak Wahab. Semenjak kejadian tu, dia terlalu banyak menangis dan melayan perasaannya. Mungkin sebab itu dia pengsan.

"Cuma Pak Wahab pelik tengok budak tu." Dareena yang mendengar naik hairan.

"Apa yang pelik?"

"Pakaiannya biasa biasa sahaja. Tak mewah macam orang lain."

Dareena memandang Pak Wahab. Takkan lah. Setahunya, semua tetamu di situ hanyalah dalam kalangan orang berada. Dan sudah tentu, semuanya mestilah menjaga penampilan sama ada dari sudut pakaian, kasut, muka, rambut dan sebagainya.

Tetapi, bila dengar cerita Pak Wahab, dia mula curiga. Takkan lah lelaki itu tetamu di situ. Mungkin saja lelaki itu salah tempat? Dareena membuat andaiannya.

"Itu je ke Pak Wahab?"

Pak Wahab menggaru kepalanya sebelum mengangguk. Rasanya itu sahaja. Tiada benda pelik terjadi.

"Kalau la Dareena boleh jumpa dia lagi, Dareena nak cakap terima kasih sebab tolong." Ucap Dareena sambil tersenyum kelat. Berharap dia boleh ucap terima kasih buat lelaki itu yang sudi menolongnya. Zaman sekarang, susah hendak percayakan seseorang.

Buktinya?

Dah nampak pun tadi.

Tetapi bila teringatkan cerita Pak Wahab, tiba-tiba sahaja dia rasa terharu. Ada juga manusia yang baik hati. Tetapi, kita masih tidak tahu niat mereka kan?

"Dareena masuk dulu."

"Jap!" Langkahnya berhenti. Tubuhnya dipalingkan semula menghadap Pak Wahab.

"Rasanya tadi ada orang panggil nama dia." Wajah Pak Wahab berkerut cuba mengingati segaris nama itu. Janggut panjangnya diusap.

Dareena setia mendengar. Manalah tahu, jika Pak Wahab ingat, dia boleh ucapkan terima kasih buat lelaki itu. Walaupun nampak remeh, tetapi tidak bagi Dareena. Hatinya sedikit tersentuh dengan perbuatan lelaki itu. Mungkin kerana dia sudah tidak percayakan mana-mana orang lagi selain kenalan rapatnya dan apabila lelaki itu membantunya seolah-olah ada sinaran baru yang sedang menanti dirinya.

"Haa!" Pak Wahab terjerit sedikit membuatkan Dareena tersentak.

"Nama dia..."

********************

Pemandangan luar bilik hotel itu ditenung. Walaupun cantik dengan awan bergerak perlahan dan menutup sedikit sinaran matahari itu, tetap tidak menarik perhatiannya itu menikmati pemandangan. Jiwanya terasa kosong.

"Rihana."

Rihana memandang tepi kelibat Aayan yang mula menapak masuk dan berdiri di sebelahnya.

"Kenapa berdiri kat sini?" Soal Aayan. Wajah Rihana yang kelihatan sembap itu menggugat rasa risau dalam hatinya.

Sewaktu ingin masuk ke dalam bilik hotel, dia boleh dengar dengan jelas tangisan isterinya dalam bilik air. Dengan rasa berat, Aayan melangkah keluar membiarkan isterinya itu bersendirian. Dia tahu pasti Rihana perlukan masa.

"Saja. Cuaca hari ni cantik." Rihana tersenyum sedikit sebelum senyumannya kembali mati. Otaknya asyik terbayangkan wajah Dareena. Penuh dengan kecewa, sedih, marah dan semuanya. Dan dia, tidak mampu berbuat apa-apa.

"Hey." Aayan memegang bahu Rihana. Mata cantik isterinya itu dicari.

"Look at me." Rihana memandang pandangan redup Aayan. Air matanya perlahan menitis. Bahunya mula terhinjut.

Aayan yang tidak cakap banyak terus menarik tubuh Rihana. Belakang isterinya diusap perlahan. Dia biarkan Rihana melepaskan semuanya hari ini.

Rihana mendaratkan dahinya pada dada Aayan. Bibirnya bergetar. Tangannya erat memegang baju lelaki itu.

"It's all my fault." Kata Rihana perlahan tetapi masih boleh didengari Aayan. Aayan terus melepaskan pelukan dan memegang kedua bahu Rihana.

"No. Don't say that." Pujuk Aayan.

"AAAAAARRRGGHHHH!! IT'S ALL MY FAULT! Semua ni salah akuuu!!" Raung Rihana. Semua ni salah dia. Kalau dia betul-betul fikir Dareena sahabat baiknya, dia tidak akan sama sekali untuk sakitkan hati Dareena. Kata-kata Dareena bermain-main dalam fikirannya.

"Hey! Listen to me. It's not your fault." Rasa kasihan tumpah buat isterinya. Dia tidak boleh biarkan Rihana menyalahkan dirinya sendiri.

"Kalau aku tak terima lamaran kau, semua ni takkan jadi." Balas Rihana. Tangisannya makin kuat. Air matanya laju turun membasahi pipinya.

"Rihana! Stop blaming yourself!" Aayan tidak mengalah. Air mata isterinya diusap.

Rihana hanya membiarkan Aayan menyapu air matanya yang bagaikan air terjun itu. Tidak henti air matanya keluar sejak tadi. Wajah Aayan yang risau itu ditatap.

'Aku dah ragut kebahagiaan kau juga, Aayan.'

'Semua ni salah aku.'

'Kalau aku tak kahwin dengan kau, semua ni takkan jadi.'

Semua tuduhan dan salah dilepaskan buat dirinya. Ya! Semuanya salah dia!

Aayan yang melihat Rihana yang seperti tiada penghujung itu terus memeluknya. Kepala Rihana dirapatkan pada bahunya. Tangan kanannya melingkar pada belakang bahu Rihana dan mengusapnya lembut. Berharap isterinya semakin tenang.

Rihana yang berada dalam dakapan Aayan semakin lama semakin tenang. Hanya esakan kecil saja kedengaran.

'Dareena, I'm truly sorry.'

Peristiwa tadi kembali mengimbas. Rihana memejam matanya rapat. Dia sudah agak bahawa Dareena akan datang ke majlisnya apabila melihat banyak panggilan dari nombor Dareena masuk. Dan dia juga sudah agak ini yang akan terjadi. Dia hanya mampu untuk terima dan reda dengan apa yang jadi.

Matanya kembali dibuka. Seorang lelaki yang berada di majlisnya tadi juga membuatkan dirinya serba salah. Dia juga tidak tahu mengapa dia menjemput lelaki itu. Tatapan lelaki itu juga turut kecewa.

'Maafkan aku.'

If you guys notice that this day is a Rihana's birthday which is on 8 July!! *kalau tak ingat boleh tengok kat bab watak bahagian 1 ;) Happy birthday to you dear, Rihana Namira <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience