Bab 16

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .

"Awak perempuan tu!" Riyadh menuding ke arah Dareena sambil tersenyum lebar.

Dareena masih dalam dunianya. Antara terkejut dan realiti.

"Hello?" Riyadh melambaikan tangannya di depan wajah Dareena.

"I'm sorry." Ucap Dareena sebelum dia mula duduk semula.

Dareena mengambil nafasnya. Tak mungkin lelaki ini adalah orang yang sama. Tapi, dia yakin dia tidak silap. Dia kenal wajah itu!

"Saya tak tahu kalau awak ingat ataupun tidak, tapi saya ada waktu majlis tu." Riyadh memulakan perbualan.

Dareena menyedarkan diri dia sebelum wajah lelaki itu dipandang.

"Saya nak jumpa awak lepas ni."

Riyadh tercengang.

"Jumpa?"

"Saya tunggu lepas awak habis kerja." Balas Dareena seraya bangun dan keluar dari restoran tersebut.

"Sekejap!" Riyadh menahan.

"Aku habis pukul 6 petang." Jawab Riyadh. Wajah jelita Dareena dilihat.

Dareena mengangguk seraya keluar dari restoran tersebut. Riyadh masih berdiri di situ sehingga figura gadis tadi menghilang di sebalik orang yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Tanpa sedar, Riyadh tersenyum sendiri.

'She so gorgeous.'

********************

Riyadh menolak pintu belakang dapur tersebut dan berjalan anak ke motor kesayangannya. Ariff yang juga baru mendapatkan motornya berpaling ke arah Riyadh.

"Woi!"

"Benda?" Riyadh yang baru mencapai helmetnya pantas memandang Ariff.

"Siapa perempuan tu?"

Riyadh meletakkan helmetnya di atas tempat duduk. Pasti perempuan yang dimaksudkan Ariff adalah gadis tadi. Tapi, dari mana dia dapat tahu?

"Ohhh. Tak penting pun. Kau tahu dari mana?" Soal Riyadh.

"Tak adalah. Aku baru lepas keluar tandas, aku dengar orang cakap pasal kau kat dapur." Balas Ariff. Riyadh berdiri tegak mendengar ayat ditutur Ariff.

"Kau dengar apa?"

"Aku dengar kau berborak dengan salah seorang pelanggan kita. Tapi, perempuan tu lawa gila!" Bersungguh Ariff bercerita.

"Kau tak pernah jumpa dia, kau dah kata lawa." Balas Riyadh sambil menggeleng kecil. Serta-merta ingatannya terimbas ke pertemuan tadi.

Wajah cantik gadis tadi betul-betul membuatkan jiwanya tak keruan.

"Ya tak ya juga." Ariff menghela nafasnya.

"Kau tak nak balik ke?" Soal Riyadh.

"Ya. Aku nak balik la ni." Balas Ariff. Enjin dihidupkan sebelum motornya perlahan-lahan diundurkan ke belakang.

"Aku balik dulu. Bai!" Ariff mengangkat tangannya sebelum dia bergerak pergi meninggalkan Riyadh.

Riyadh yang melihat pemergian Ariff sebentar tadi pantas beredar dari situ. Kakinya melangkah hingga ke depan pintu masuk restoran. Matanya memandang kiri dan kanan mencari kelibat gadis tadi.

"Cari aku?"

Riyadh pantas menoleh ke belakang. Tubuh tinggi gadis itu dipandang.

"Jom. Ada benda aku nak cakap." Dareena bersuara lantas berlalu ke arah keretanya.

"Aku-kau?" Riyadh hairan dengan panggilan yang digunakan gadis tadi. Seingatnya, gadis tadi menggunkaan 'saya-awak' untuk berbual dengannya.

Walaupun begitu, kaki panjangnya tetap mengekori langkah Dareena. Pintu sebelah penumpang dibuka.

Masuk sahaja ke dalam kereta gadis itu, Riyadh terus duduk menegak. Keadaan kereta gadis itu tampak sangatlah mewah, kemas dan tersusun. Kereta Range Rover berwarna putih itu diteliti dalam diam.

Gadis di sebelah dipandang sipi.

Dareena yang baru hendak menukar gear terus berpaling ke tepi apabila dia merasakan dirinya diperhati lelaki itu.

Riyadh pantas memandang ke arah lain apabila gadis itu menyedari tindak tanduknya.

Kafe hipster yang tertulis 'Ours' itu menjadi tempat mereka pada petang itu. Usai sahaja membuat pesanan, Dareena memulakan perbualan.

"First of all, I want to say thank you." Ucap Dareena memandang wajah lelaki itu.

Riyadh tersenyum. Nampaknya, gadis ini tidak lupakan kebaikannya.

"Welcome. My pleasure." Balas Riyadh yang masih dengan senyumannya.

"Nama saya Emir Riyadh." Riyadh perkenalkan diri. Dareena mengangguk walaupun dia sudah tahu akan nama lelaki itu.

"Aku Dareena Rumaysa. Just call Dareena." Dareena pula memperkenalkan dirinya sambil ingin melihat reaksi lelaki itu.

"Dareena?" Riyadh mengerutkan wajahnya. Segaris nama itu cuba dicari dalam ingatannya. Dia pernah dengar nama tu.

"Tak ingat?" Dareena merenung ke mata Riyadh yang masih cuba mengingati dari mana dia mengenal sebaris nama itu.

"Kenal Rihana Namira?" Soal Dareena. Riyadh terkedu. Pandangannya dikalihkan memandang Dareena. Sekarang, dia sudah ingat!

"Kau kawan Rihana, kan?" Balas Riyadh. Dia sudah ingat ketika mana Rihana pernah menyatakan dia mempunyai seorang kawan baik. Kawan baik Rihana itu, Dareena?

"Dan kau teman lelaki Rihana." Dareena menyambung. Rihana pernah menunjukkan gambar teman lelakinya 2 tahun lepas melalui aplikasi Whatsapp. Tetapi, Rihana tidak pernah menyebut akan nama lelaki itu.

Riyadh terus menyandarkan tubuhnya. Pandangannya dikalihkan ke tepi sambil cuba mencari nafas.

Kebetulan apakah ini?!

"Riyadh."

Riyadh memandang gadis itu hairan.

"Riyadh?" Keningnya bertaut. Gadis itu memanggil nama belakangnya, bukan?

"Kau masih sayangkan Rihana?" Soal Dareena tanpa menjawab soalan Riyadh.

Riyadh sekali lagi terkedu. Lidahnya tiba-tiba menjadi kelu untuk berbicara. Tadi Ariff sekarang Dareena yang bertanyakan soalan yang sama.

Dareena memandang sahaja kelakuan Riyadh yang seperti tergamam.

"Aku..."

"Kau nak Rihana balik?"

Riyadh terus mendongak memandang wajah Dareena yang seperti tiada perasaan mengutarakan soalan sebegitu. Rihana isteri orang!

"What do you mean? She is someone's wife." Balas Riyadh sambil cuba mengingatkan Dareena mengenai niatnya itu. Adakah gadis ini mahu...

"Then? She married to my fiance." Balas Dareena sambil berpeluk tubuh. Sakit pula hatinya apabila teringat mengenai hal itu.

"Your fiance? Suami Rihana tunang kau?" Riyadh sekali lagi terkedu. Biar betul? Rihana yang dia kenal tak akan sanggup berbuat hal begini.

"Yes. Both of them sama-sama khianat aku. Dan kau." Dareena memandang terus ke hadapan. Riyadh menundukkan pandangannya.

Rihana khianat akan cinta tulusnya. Tapi, dengan cara begini?

"Kalau aku kata aku akan dapatkan Rihana semula untuk kau, kau akan setuju kan?" Dareena mengutarakan pendapatnya.

"Kalau masih ada jodoh antara aku dan Rihana, aku akan terima." Riyadh menjawab walaupun dia sendiri rasa bersalah. Betulkah Dareena mahu merampas balik tunangnya?

"Tapi, aku tak setuju dengan cara kau." Sambung Riyadh. Nadanya cuba ditegaskan.

Dareena menaikkan sebelah keningnya sebelum dia tergelak kecil.

"Why? Cara aku terlalu kasar?" Dareena tersenyum kecil.

"No. Ini salah. Kita tak patut porak perandakan rumah tangga diorang." Balas Riyadh. Dia perlu perbetulkan niat gadis itu.

"Hmm...salah. Betul. Memang salah. Tapi, cara mereka tu betul ke? Senyap-senyap kahwin tanpa pengetahuan aku!" Balas Dareena sambil menatap tajam ke arah Riyadh.

"Kau tak tahu apa rasanya bila kau sayangkan seseorang dan sesenang itu aja orang itu kahwin dengan orang lain tanpa berbincang dulu! Hati aku sakit tahu tak! Kawan tak kawan ini semua bullsh*t!" Dareena tanpa sedar melepaskan amarahnya kepada Riyadh.

Riyadh menatap wajah Dareena seraya dia juga turut mengangguk. Walaupun Rihana memutuskan perhubungan ini, tetapi gadis itu berbincang secara baik dengannya. Berbeza dengan gadis di hadapannya.

"I'm sorry." Ucap Riyadh lembut dan perlahan. Dareena mengambil nafasnya. Tingkap kafe tersebut dilihat.

Suasana senyap antara mereka sehingga pelayan datang untuk menghantar minuman dan 2 potong kek.

"I will make sure that I will get what I want." Balas Dareena perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Riyadh yang duduk berhadapannya.

Riyadh menghela nafasnya. Nampaknya Dareena betul-betul tekad.

"Fine. Aku setuju." Riyadh menatap wajah Dareena yang masih menghadap ke arah tingkap kafe.

Dareena menaikkan keningnya sebelum pandangannya terhala ke lelaki itu. Senyumannya disengetkan sebelum sepotong kek itu diambil.

Riyadh juga turut mengambil sepotong kek dan memakannya. Pandangannya tetap pada gadis itu.

Setuju?

Betul dia setuju.

Tetapi, bukan bersetuju dengan rancangan Dareena. Walhal, dia hanya bersetuju untuk menghalang Dareena daripada menjayakan rancangannya.

'I'm sorry but this is the best for us.'

Dont worry guys Riyadh setuju hanya sebab nak halang Dareena (⁠◠⁠‿⁠◕⁠) Stay tuned ✓

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience