Bab 19

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .

"Awak nak pergi kerja dah?" Soal Rihana sambil anak matanya mengekori langkah Aayan yang sedang menuju ke pintu utama.

"Haah." Aayan membalas. Kasut kilat hitam diambil dan dipakai.

Rihana hanya memerhati suaminya. Berbaju kot hitam. Rambut disikat rapi ala-ala artis korea. Wajahnya yang sempurna tanpa cacat cela ditatap. Dari atas sampai bawah semuanya sempurna di mata Rihana. Tanpa sedar, dia tersenyum sendiri.

Aayan yang baru siap memakai kasut terus berdiri tegak menghadap Rihana. Sepantas kilat, Rihana terus melarikan anak matanya.

"Jaga diri. Saya mungkin balik lewat." Pesan Aayan. Rihana mengangguk. Sudah 2 minggu mereka berpindah ke rumah agam milik suaminya. Mungkin Aayan berpesan begitu kerana bimbang akan keselamatan Rihana yang duduk bersendirian.

"Okay." Rihana senyum. Tangan kanannya teragak-agak mahu naik untuk menyalami tangan Aayan.

Aayan yang perasan akan perbuatan Rihana terus mencapai tangan isterinya. Rihana pantas terkedu.

"Tak nak salam?"

Rihana pantas tunduk dan menyalami tangan Aayan. Hatinya berdegup kencang saat itu. Rasa hangat saat tangan mereka bersentuhan membuatkan hati Rihana tenang. Dia rasa sesuatu yang indah.

"Saya pergi dulu." Pinta Aayan dan terus ke kereta mewahnya. Pemandu tersebut menunduk hormat sebelum membukakan pintu untuk majikannya.

Tangan kanannya dipandang dan perlahan-lahan digenggam. Aayan hanya memandang tanpa riak. Sejak perkahwinannya bersama Rihana, dia perasan isterinya itu selalu memandangnya. Kadang-kala tergagap apabila bercakap dengannya.

'Rihana suka aku ke?'

Pemandangan luar tingkap kereta itu dilihat. Seperti biasa, kesesakan lalu lintas di awal pagi ditenung.

Jika benar Rihana sukakan dia, kenapa gadis itu tidak berterus terang dari awal?

"Awak masih sayangkan Dareena?"

Soalan Rihana malam itu selalu menganggu harinya. Bayangan Dareena sukar untuk dilupakan. Senyuman dia. Wajah cantik jelitanya. Sikapnya.

Dia menghembus nafasnya. Dia sendiri juga bingung.

"Tuan Aayan?"

"Ya?"

"Datin mahu berjumpa tuan." Aayan menaikkan sebelah keningnya.

'Mama?'

********************

Makanan mewah di atas meja dibiarkan. Walaupun tampak sedap dan menyelerakan namun ia tidak menarik perhatian Aayan untuk menjamunya. Wajah cantik seorang wanita yang sudah berumur dipandang dengan senyuman di bibirnya.

"Kenapa mama tiba-tiba nak jumpa Aayan?"

Datin Mawar memberikan senyuman manis buat anak lelakinya. Kedatangannya ke sini tiada apa makna. Saja niatnya hanya untuk menanyakan khabar.

"Saja. Sejak Aayan dan Rihana tinggal kat rumah baru, mama sunyi. Kebetulan hari ni mama rasa nak keluar, itu yang ajak Aayan." Balas Datin Mawar.

Aayan mengangguk dan tersengih.

"Ingatkan apalah tadi."

"Kenapa?" Soal Datin Mawar. Kerisauan yang tampak jelas di wajah lelaki muda ini ditatap.

"Tak ada apa."

Aayan membalas. Gelas tinggi diambil dan dibawa ke mulutnya untuk diminum. Suasana sepi antara mereka. Suara orang berborak hanya kedengaran di telinga.

"Aayan ingat mama akan tanya pasal cucu ke?"

Laju anak matanya naik menatap sepasang mata wanita itu. Datin Mawar tersenyum sebelum gelas tinggi dibawa mendekatinya.

"Jangan risau. Aayan ingat mama macam datin yang lain?" Datin Mawar tertawa kecil. Lucu pula apabila yang difikirkan Aayan mengenai soal itu.

Aayan naik malu. Dia merasa hangat di kedua belah pipinya.

"Anak tu rezeki. Jikalau ada, adalah. Yang penting berdoa." Pesan Datin Mawar. Aayan mengangguk.

Sejak tadi, wajah wanita tua yang dihormatinya ini, penuh dengan senyuman. Membuatkan wanita itu tampak cantik. Cantik sangat. Persis...

Aayan tersedar. Dia tidak seharusnya memikirkan mengenai bekas tunangnya itu.

"Mama nak tanya."

"Apa dia ma?"

"Aayan dan Rihana tak bergaduh kan?"

Genggaman pada gelas tinggi semakin longgar. Anak matanya perlahan memandang ke bawah. Dengan berhati-hati, Aayan meletakkan gelas tinggi itu di atas meja. Badannya disandarkan.

"Tak."

Datin Mawar menghembus nafasnya. Dia sudah agak. Walaupun Aayan menjawab 'tidak', pasti jawapan itu sebaliknya.

"Lupakan Dareena. Mulakan hidup yang baru." Pesan Datin Mawar lembut. Dia yakin anaknya susah mahu lupakan Dareena.

Aayan hanya diam. Betul kata mamanya, dia perlu lupakan Dareena. Kalau boleh, buang jauh-jauh nama itu dari hidupnya.

Usai sahaja menjamu selera pada tengahari itu, Datin Mawar meminta diri untuk pulang. Tinggal Aayan keseorangan di situ. Bait-bait perbualan tadi diimbas kembali.

"Lupakan Dareena. Mulakan hidup yang baru."

Aayan menghela nafasnya. Dia kemudian bangun untuk beredar dari situ. Baru sahaja dia ingin memulakan langkah, dia terlanggar badan seseorang

"I'm sorry miss." Tangan Aayan pantas naik memaut bahu wanita itu supaya bangun.

"It's okay."

Matanya membulat. Tangannya yang memaut bahu wanita itu perlahan-lahan jatuh. Kata-katanya tidak mahu keluar apabila memandang seraut wajah cantik jelita itu.

"Dareena."

Dareena merengus. Terus pandangan benci diberikan buat lelaki itu.

"Tepi. Aku boleh jalan sendiri." Dareena berjalan perlahan. Kakinya cuba diseimbangkan kembali gara-gara perlanggaran tadi.

"Aku boleh tolong." Balas Aayan. Tangannya berura-ura mahu membantu Dareena. Dengan pantas, Dareena menepis tangan lelaki itu.

"Jangan berlagak baik."

Aayan memerhati Dareena yang berjalan keluar dari restoran. Tidak tahu mengapa, tapi dia berasa kasihan melihat wanita itu. Mungkin saja kerana dia yang melanggar Dareena. Jadi, rasa kasihan tumpah buat wanita itu.

Matanya ditumpukan ke bawah apabila melihat satu barang wanita di situ. Lipstick yang berjenama 'Victoria Secret' itu diambil. Serta-merta dia memandang ke luar restoran ingin mencari kelibat Dareena. Namun, hampa apabila wanita itu sudah hilang dari pandangan matanya.

Lipstick itu terus disimpan ke dalam poket kot yang dipakainya. Mahu mencari Dareena sudah terlambat. Waktu lunch hour sudah hampir tamat. Nampaknya, dia akan pulangkan lipstick ini kepada Dareena di lain hari.

Manakala di dalam kereta mewah Range Rover, Dareena memerhati tindak tanduk Aayan. Lipstick yang sengaja dijatuhkan sewaktu perlanggaran tadi merupakan langkah awal rancangannya.

Dareena mengukir senyuman sinis apabila melihat Aayan mengambil dan memasukkan lipstick tersebut ke dalam kot kerjanya.

"Done."

*******************

Kafe 'Ours' menjadi tempat pertemuan mereka pada petang itu. Tetapi kali ini, mereka tidak memesan apa-apa.

"Aku dah start plan awal aku." Terang Dareena tanpa berdalih.

Riyadh terkedu. Dia tidak salah dengar, bukan?

"Dah mula?"

Dareena senyum lebar. Meng'iya'kan soalan Riyadh.

Riyadh mati kata. Tidak sangka pula Dareena bertindak secepat ini. Jikalau begitu, dia juga harus bertindak pantas. Dia tidak mahu rumah tangga Rihana hancur.

"Jadi, apa plan seterusnya?" Soal Riyadh. Wajahnya diseriuskan.

"Tunggu."

"Tunggu?"

Sekali lagi, Dareena mengangguk. Tingkap kafe dipandang dengan hati yang senang. Dia yakin tidak lama lagi pasti akan terjadi sesuatu pada hubungan suami isteri itu.

Riyadh memerhati Dareena. Dalam kepalanya, ligat memikirkan cara untuk mengelakkan syak wasangka suami isteri itu.

"Kau buat apa?"

Dareena kembali memandang Riyadh yang duduk berdepan dengannya. Senyumannya tidak lekang dari bibir yang dioles lipstick nude itu.

"Kenapa nak tahu?"

Riyadh meneguk liurnya. Wajah Dareena betul-betul buat hatinya berdegup pantas.

"Tak adalah. Kan kita dah deal nak hancurkan rumah tangga mereka." Balas Riyadh dengan nadanya yang sedikit getar.

Dareena tergelak kecil. Lucu pula melihat wajah Riyadh. Ditambah pula dengan suaranya yang getar.

Manakala, Riyadh pula sudah naik hairan. Seingatnya, dia tidak buat lawak.

"Tak ada apa. Muka kau kelakar. Comel." Balas Dareena spontan tanpa sedar ayat terakhir yang dikeluarkan. Dareena kembali gelak.

Dia merasakan pipinya mula memanas. Anak mata Riyadh asyik tertumpu pada wajah yang penuh dengan senyuman dan gelak tawa. Giginya yang putih dan tersusun cantik menambahkan kecantikan yang ada pada wanita jelita ini.

Tanpa sedar, Riyadh juga turut tersenyum. Melihat Dareena yang tertawa membuatkan hatinya turut geli dan gembira. Seperti sesuatu yang indah.

"Dia gelak pun comel."

"Cantiknya perempuan tu."

"Baru nak marah tapi bila tengok perempuan tu yang ketawa tiba-tiba pula sejuk hati."

"Untungnya siapa dapat dia."

"Dia dah ada boyfriend tak?"

"Siapa lelaki tu?"

"Tu boyfriend dia ke?"

"Macam selekeh je. Hahahahaha."

Senyuman Riyadh memudar apabila mendengar sayup-sayup perbualan pelanggan kafe ini. Mereka betul. Dia perlu sedar dia dengan siapa. Dareena tidak setanding dirinya yang miskin dan selekeh.

"Sorry. Kelakar pula." Dareena tersenyum.

"Tak apa."

"Oh ya. Aku just 'terjatuhkan' lipstick tu je. Aayan ambil. Not a big deal sangat pun." Dareena membalas.

'Not a big deal? Serius Dareena?'

Memang nampak simple tetapi dengan lipstick tu sahaja boleh mencetuskan peperangan mulut. Jika ego, memang boleh ke arah yang lebih buruk.

"So, kau tunggu je arahan dari aku."

Riyadh mengangguk. Seeloknya, buat masa sekarang dia perlu mendengar arahan Dareena. Dia juga yakin bahawa Rihana tidak akan menuduh tanpa bukti jika lipstick itu sampai ke tangannya.

"Aku balik dulu. Nak maghrib." Pinta Riyadh sebelum dia bergegas keluar dari kafe tersebut. Bukan dia mahu bersikap kurang ajar tetapi dari tadi dia mendengar perbualan meja sebelah mengenai dirinya.

"Tengok tu. Tak setanding langsung."

"Yela. Perempuan tu better cari yang lebih baik dari lelaki selekeh macam tu."

"Kan. Aku boleh bau busuk tu datang dari dia."

"Poor her."

"Hahahahahahaha."

Cukup. Dia tidak mahu dengar.

Dareena memandang Riyadh yang keluar dari kafe ini dengan tergesa. Senyuman yang dipamerkan sejak pertemuan tadi mula memudar. Anak matanya tajam memandang ke meja sebelah di mana duduknya 2 orang wanita yang sebaya dengannya.

Sebenarnya, Dareena juga turut dengar perbualan mereka. Dia risau jika Riyadh terdengar. Kerana itu, dia gelak dengan agak kuat bagi menutup ayat-ayat keji yang dituturkan mereka daripada sampai ke telinga Riyadh.

"Haih. Korang menguji kesabaran aku lah." Kata Dareena perlahan. Tubuhnya dibawa ke kaunter. Penjaga kaunter di situ mempamerkan senyumannya.

"Ya, cik?"

"Saya nak tanya mereka berdua tu ada order apa-apa ke?" Soal Dareena. Penjaga kaunter tersebut mengangkat keningnya.

"Jangan salah faham. Mereka berdua tu kawan saya."

"Ohhh. Saya ingat cik nak buat apalah tadi." Penjaga kaunter tersebut tertawa.

"Mereka ada order 2 latte." Beritahunya. Kebetulan pula, 2 cawan latte siap dihidang di atas kaunter tersebut.

"Biar saya hantar ya?" Dareena tersenyum manis. Penjaga kaunter tersebut terpegun melihat senyuman manis wanita ini. Laju sahaja dia menganggukkan kepalanya.

Dareena tersenyum sebelum mengambil 2 cawan latte tadi. Cawan tersebut dibawanya ke sudut tepi kafe di mana tiada sesiapa di situ. Dia juga memastikan tiada sesiapa yang melihatnya di situ. Satu botol kecil dibawa keluar dari beg sandangnya. Terus dia memasukkan cecair itu ke dalam 2 cawan latte.

Usai sahaja, Dareena meneruskan langkahnya yang semakin dekat dengan meja tersebut. Senyumannya juga semakin hilang. Matanya hanya tertumpu buat 2 gadis yang tertawa sesama sendiri.

"There is your latte." Dareena meletakkan 2 cawan latte di atas meja. 2 wanita itu terkejut kerana yang menghantarnya bukan pelayan tetapi wanita cantik di meja sebelah tadi.

"Eh--Thank you." Ucap mereka berdua sambil tersenyum. Matanya asyik melekat pada wajah Dareena.

"Hadiah dari saya. Tak perlu bayar okay?" Dareena membalas dengan senyuman yang menghiasi wajahnya.

"Kenapa tiba-tiba?" Soal salah seorang dari mereka.

"Saja. Kadang-kala kita perlu tutup mulut-mulut jahat dengan air yang sedap. Baru dia senyap kan?"

Kedua wanita itu terpinga.

Dareena terus berlalu meninggalkan mereka berdua tanpa kata. Senyuman terus disiniskan. Cecair mabuk yang selalu dibawa ke mana-mana sentiasa berkesan.

'Sorry kalau korang viral sebab tak betul.'

Saya ada update bab 18 beberapa hari lepas. Sesiapa tak baca lagi boleh baca :) Bagitau sebab noti tak masuk bila update bab 18 •́⁠ ⁠ ⁠‿⁠ ⁠,⁠•̀ dont know la kenapa(⁠*⁠﹏⁠*⁠;⁠) Btw kesian Riyadh : '( kalau la dia tahu yang Dareena dah settlekan untuk dia (⁠≧⁠▽⁠≦⁠) Stay tuned✓

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience