Bab 4

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .
Matanya dikerdipkan beberapa kali setelah lama merenung siling bilik. Cahaya matahari yang terpancar dari luar tingkap biliknya menambahkan lagi sakit di matanya. Matanya yang mula berair itu dikesat lembut.

Usai saja solat subuh, dia terus bermain dengan i-phone. Semua media sosial sudah dia lihat dan menambahkan lagi sakit dan rasa sedih dalam hatinya. Semua media sosial memaparkan berita mengenai majlis akad nikah anak kepada CEO syarikat JK. Dengan rasa sebal dan sakit hati, terus i-phone itu diletak kasar.

Perbualan bersama Dayyan semalam terngiang-ngiang di benak fikirannya.

"Dia datang dengan cara baik nak putuskan pertunangan ni."

"Aku dengan mama tak tahu nak cakap apa. Bila tanya dia kenapa nak putus, dia diam. Dia tak nak cakap."

"Mama terima kalau kau pun terima."

Dia memejam matanya rapat. Cuba untuk tenangkan kembali hatinya. Tetapi semakin dia ingin lupa, semakin kuat perasaannya untuk tahu perkara sebenar!

'Kenapa Aayan berubah seperti itu?'

'Apa yang merubah fikiran dia?'

Yang paling penting sekali...

'Siapa pengantin perempuan tu?'

Dareena bangun dan terus duduk bersila. I-phone yang sudah dicampak ke tepi tadi diambil semula dan mula mendail nombor seseorang.

"Kenapa tak angkat? Sibuk sangat ke?"

Nombor Rihana dipandang lama sebelum mengeluh kuat. Mungkin Rihana sibuk dengan perkahwinan Aayan atau lebih tepat lagi abang angkatnya.

Matanya memerhati ke segenap biliknya untuk mencari sesuatu. Tiba-tiba sahaja pandangannya dikalihkan ke satu ruang khas di mana di situ terletaknya semua pakaian, kasut, alat mekap, beg tangan dan barang kemas.

Dia menarik senyuman sinis.

********************

JK Star Hotel And Residence

Dareena memandang tajam hotel mewah 5 bintang milik Dato' Johari Karl ini. Jika diikutkan hatinya, malas dia mahu bersemuka dengan bekas tunangnya. Tetapi, dia perlukan jawapan dari mulut lelaki itu sendiri.

Namun, ada satu perkara yang ditakutinya jika berdepan dengan bekas tunangnya.

'Jangan menangis Dareena!'

'Tahan air mata kau!

'Jangan sampai dia ingat kau perempuan lemah!'

Kata-kata semangat diucapkan dalam hati. Betul! Dia tak boleh nampak lemah! Dia perlu tunjukkan sifat sebenarnya!

Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan. Dia menutup matanya sebelum dibuka dengan semangat yang baru. Sesaat kemudian, dia melangkah masuk dengan gah. Cermin mata hitamnya dipakai. Dress labuh bewarna ungu hitam paras buku lali terletak cantik di badannya dipadan pula dengan tudung shawl dengan warna yang sama. Kasut tumit tinggi 2 inchi itu kedengaran di seluruh lobi hotel tersebut membuatkan semua tetamu dan penduduk di situ menoleh memandangnya.

"Cantiknya!"

"Untungnya jadi dia."

"Dia pakai skincare apa eh?"

"Agak-agak dia single tak?"

Dareena terus melangkah sehingga ke hadapan lif. Butang ke tingkat atas ditekan. Tidak sampai 5 saat, pintu lif terbuka. Semua penumpang di situ seolah-olah terpegun dengannya membuatkan mereka terus berganjak dan memberikan laluan buat Dareena.

Dareena hanya membiarkan. Lagipun, bagus juga. Tidak payah lah untuk dia bersempit dengan penumpang dalam lif ni.

Ting!

Dareena terus melangkah keluar. Pintu gerbang yang terbuka luas dan sedang dijaga oleh 2 orang pengawal berbadan sasa itu dihampiri sebelum dia berhenti. Dadanya mula berdebar apabila melihat tetamu-tetamu yang hadir memberikan kad kepada pengawal-pengawal tersebut.

"Sh*t."

Kad jemputan! Macam mana dia boleh lupa pasal tu? Matanya memandang sorang-sorang tetamu yang hadir. Semuanya menunjukkan kad jemputan mereka sebelum mereka dibenarkan untuk masuk.

"Apa nak buat ni?" Dareena memandang sekeliling. Memikirkan cara supaya dia boleh masuk ke dalam dewan tersebut tanpa ditangkap oleh pengawal.

Dia mesti masuk! Dia tak boleh biarkan rancangannya gagal hari ini.

"Adoiii!!" Jerit seseorang. Dareena mengusap bahunya lembut.

"Hey! Lain kali tengok orang la!" jerit gadis berambut perang itu dengan riak wajah yang bengis.

Dareena memandang hairan. Bukan dia tidak nampak tadi bahawa gadis itu yang melanggar bahunya, bukan dia!

"Excuse me?" Rasa marahnya mula hadir. Wajah gadis itu dipandang atas bawah. Siapa yang langgar siapa ni?

"Kau dengar aku cakap tadi kan?" Gadis itu memandang Dareena dengan sinis sebelum beredar meninggalkan Dareena yang sudah merah padam.

Giginya diketap. Jika diikutkan perasaanya, sudah tentu pipi gadis tadi menjadi mangsa. Akibat terlalu marah, dia menghentak sedikit kasut tumit tingginya.

"Pap!" Dareena terus memandang bawah. Lebih tepat lagi ke arah bawah tapak kasut tingginya. Alangkah terkejutnya Dareena apabila melihat satu sampul surat di situ. Tidak cakap banyak, terus dia ambil dan buka.

Sekali lagi, Dareena terkejut tetapi campur dengan perasaan gembira. Kad jemputan itu ditelek depan belakang bagi memastikan itu kad jemputan majlis ini.

Sah! Ini memang kad jemputan itu. Tetapi sekejap?

"Rihana?" Sebaris nama itu membuatkan dia terpaku.

Ini bukan Rihana yang dia kenal, bukan? Tolonglah bukan! Nama yang tertera sebagai pengantin itu dilihat berkali-kali.

Tiba-tiba sahaja hatinya bagaikan panas. Dia terus melangkah dengan memegang kad itu menuju ke pintu masuk majlis. Dia perlu dan mesti masuk! Kalau pengawal itu halang juga, terpaksa dia gunakan cara kasar.

Kad itu dibagi dan dengan tiba-tiba sahaja dia diserang. Orang di sebelahnya dipandang tajam. Orang ada hal penting ni, boleh pula orang main sergah-sergah macam ni?!

"Woi! Tu kad aku kan?" Dareena menjelingkan matanya. Gadis berambut perang tadi ditahan oleh pengawal di situ.

"Cik! Jangan buat hal kat sini."

"Saya buat hal apa bendanya?! Tu memang kad saya! Dia curi. Saya memang bawa tadi." Gadis itu sedaya-upaya untuk berterus terang. Pengawal itu terus memandang Dareena.

"Excuse me? Ini memang kad saya. Awak jangan nak tuduh." Balas Dareena.

'Oh? Kad kau ke? Pft--padan muka. Kurang ajar lagi.' Sambung Dareena dalam hatinya.

Gadis perang itu nampak seperti bengang. Manakan tidak, dia yakin dia sudah bawa dari rumah lagi. Sampai-sampai saja tak akan boleh hilang macam tu je? Melainkan ianya jatuh dari beg tangannya dan itu mengingatkan dia pada kejadian dia terlanggar Dareena tadi.

"Kau jangan nak tipu aku la!" Gadis itu sudah menjerit-jerit. Pengawal itu terus mengheretnya keluar dari situ. Tetamu di situ semua memandang dan berbisik sesama sendiri.

"Apa pandang-pandang! Woi! Lepaskan aku lah! Patutnya kau tangkap perempuan tu!" Pengawal itu mengendahkannya dan terus mengheret gadis itu jauh.

"Cik, boleh masuk ya." Dareena hanya tersenyum kecil dan terus masuk ke dalam dewan yang dihias mewah. Menampakkan ciri-ciri anak seorang ahli perniagaan terkenal.

Tapi bagi Dareena, dia tiada masa untuk semua itu. Matanya meliar mencari pasangan pengantin. Dekat pelamin tiada. Dekat meja beradab tiada. Dekat meja tetamu pun tiada!

"Hish! Mana kau ni?" Soal Dareena sendiri. Dadanya menahan marah.

I-phone diambil dan terus mencari nombor Rihana. Sesaat dia tersedar.

'Betul ke, kau pengantin perempuan tu?'

Skrin itu hanya dipandang tanpa riak. Betul ke?

"Hai!" Dareena menoleh. Seorang lelaki tua dalam lingkungan awal 50-an itu menyapa Dareena dengan mesra.

Dareena sudah menjulingkan matanya ke atas. Macam la dia tidak kenal siapa orang tua di hadapannya ini.

Dato' Hirman merupakan seorang pengarah studio terkenal di tanah air itu. Sikapnya dipuji orang kerana seorang yang peramah dan mudah untuk tersenyum.

Tetapi sayang sekali, Dareena tidak akan terpedaya. Dia pernah nampak dan dengar bahawa Dato' itu suka bertukar perempuan meskipun isterinya merupakan seorang yang cantik dan selalu setia di sisinya. Dia juga ada dengar kesemua mangsanya diberikan wang ringgit meskipun perempuan itu tidak rela. Jika tidak, nyawa mereka dalam bahaya. Sungguh tidak berhati perut!

Dato' Hirman yang tersengih seperti kerang busuk itu membuatkan tekak Dareena geli. Pantang nampak perempuan dahi licin!

"Sorang je?" Dareena memandang ke tempat lain. Namun begitu, Dato' Hirman tetap mengekori ke mana wajah Dareena dipalingkan. Dareena bertambah sebal.

'Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu!'

Dari wajah masam mencuka, terus Dareena tersenyum manis dan manja memandang wajah Dato' Hirman.

"Dato'." Panggil Dareena manja. Dato' Hirman yang sudah tersenyum lebar itu segera berdehem perlahan.

"Maaf ganggu Dato'. Tapi, boleh tak saya nak tanya?"

"Eh? Apa pula tak boleh? Boleh. Apa sahaja untuk gadis cantik jelita macam kamu ni." jawabnya seraya tersengih.

"Dato' tahu kat mana pengantin? Saya dari tadi berdiri kat sini sampai sakit kaki saya ni." Dareena terus menyoal sambil mengambil simpati daripada pengarah studio itu.

"Ala...kesiannya dia. Kalau cik nak tahu, pengantin tak ada kat dalam dewan. Diorang ada dekat rooftop hotel ni. Photoshoot mungkin." jawabnya seraya matanya meliar memandang wajah cantik Dareena.

"Ohhh yeke? Terima kasih banyak Dato'." Ucap Dareena sambil tersenyum sebelum mula beredar dari situ. Meluat aku!

"Eh! Sekejap!" Tangan tua itu menahan lengan Dareena yang berlapikkan dressnya.

'Apa lagi kau nak orang tua!'

"Ada apa ya, Dato'?" Meskipun begitu, Dareena mengukir senyuman palsu. Dato' Hirman tersengih sebelum dia mula berjalan mendekati Dareena. Dareena yang mula perasan tindak tanduk lelaki tua itu pantas dia juga turut sama ke belakang.

"I rasa I suka you la." Terus bertukar panggilan yang digunakan. Dareena tetap tersenyum walaupun dalam hati terasa dia ingin menyepak lelaki tua ini.

"Apa kata kalau kita..." Kata-kata Dato' Hirman terhenti di situ sambil melihat ke segenap wajah Dareena. Dareena sudah naik angin. Beraninya kau!

'Kau fikir aku tak tahu kau nak cakap apa?'

Dengus Dareena dalam hati. Sementara Dato' Hirman leka memerhati wajahnya, Dareena ligat memikirkan cara untuk lepaskan diri dari cengkaman Dato' tak guna ini. Segenap dewan itu diperhati sebelum ideanya mula muncul.

'Kau cabar aku kan!'

Dareena terus tertawa kecil membuatkan Dato' Hirman tersedar dari dunianya.

"Dato' Hirman." Nama itu dipanggil manja. Kepalanya didekatkan sehingga ke tepi telinga Dato' Hirman. Dato' Hirman pula hanya membiarkan perbuatan gadis cantik ini padanya. Lagi dia suka!

"Saya faham maksud Dato'. Dato' tak perlu lah nak tenung saya lama-lama kalau Dato' boleh dapat sekejap lagi." Dato' Hirman meneguk liur. Dareena pula sudah tersenyum sinis.

"Jangan lupa tempah bilik untuk kita ya? I'm waiting for you." Sekilas Dareena meniup sedikit ke telinga Dato' Hirman sebelum dia mula berdiri tegak.

Dato' Hirman pula sudah tersenyum penuh makna. Tidak sangka, gadis cantik di depannya kini akan menjadi miliknya sekejap lagi.

"Okay. Nanti you pergi je kat receptionist tanya nombor bilik kita." Dato' Hirman mengenyit mata sebelahnya sebelum dia mula beredar.

Dareena yang dari tadi mengukirkan senyuman palsunya terus berubah riak. Berbakul sumpahan dan makian diberikan buat lelaki tua tak sedar diri itu.

Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. Rancangannya terpaksa tunda gara-gara Dato' miang tadi. Langkahnya terus dihala ke tepi dewan dan bersandar pada dinding di situ.

Dareena memandang gadis berpakaian singkat paras paha yang turut menyandarkan tubuhnya di situ. Seketika, dia tergelak sinis membuatkan gadis itu memandangnya hairan.

"Dah kenapa?" Bisiknya perlahan.

"You nak duit?" Dareena tidak berdalih. Senyuman sinisnya dipamerkan.

Gadis yang naik hairan itu mula tersenyum sinis juga melihat dan mendengar apa yang diperkatakan Dareena. Well! Siapa yang tak nak duit?

"You nak I buat apa?" Gadis itu terus menunjukkan minatnya. Gelas kaca yang dipegang dia sandarkan pada pipinya.

"Play victim."

Gadis itu mula hairan. Play victim?

"Tunggu dan ikut arahan I." Arah Dareena dengan tegas. Gadis itu hanya menurut.

Dareena terus mendail nombor telefon seseorang.

"Ya, cik Dareena."

"Aku ada kerja untuk kau." Ujarnya sambil memandang gadis itu dengan penuh makna.

'Well, Dato' Hirman. Say goodbye to your job.'

Finally, siap pun bab 4 Stay tuned!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience