Bab 22

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .

Dua gelas tinggi diletakkan di atas meja pelanggan sambil senyuman dihadiahkan buat dua pelanggan wanita yang elegan di hadapannya. Walaupun sudah mencecah 40, namun kecantikan mereka terserlah.

"Jemput minum" Senyum gadis itu sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat buat kedua wanita itu.

Puan Aleeza Al-Jannah. Pemilik butik pakaian yang baru menempah nama di dunia fesyen. Seorang wanita yang hebat kerana memiliki butik tersendiri di bawah namanya. Jannah's Magic Fashion. Kini, butiknya menjadi buah mulut masyarakat sekarang terutama dalam kalangan remaja. Semua hasil rekaan sangat teliti dan minimalis.

Datin Mawar Sandra. Seorang isteri kepada jutawan terkenal di Malaysia. Walaupun, dia hanya seorang suri rumah tetapi kadang-kala ada juga syarikat menelefonnya untuk membuat sesi temu bual di televisyen atau sesi foto gambar untuk dijadikan gambar muka depan majalah wanita.

Kedua-dua wanita ini merupakan antara wanita yang dihormati dan disegani. Rugi jika restoran ini mengsia-siakan peluang yang ada. Gadis pelayan itu berlalu pergi.

Mata-mata yang memandang dibiarkan sahaja. Datin Mawar tersenyum sebelum dia memulakan bicara.

"Sihat?"

Puan Aleeza menarik senyuman paksa.

"Ada apa ya?" Soalan berbalas soalan.

Datin Mawar tersenyum kelat. Posisi badannya diperbetulkan.

"Saya minta maaf."

"Awak tak buat salah."

"Saya minta maaf bagi pihak anak saya, Aayan." Datin Mawar melembutkan sedikit suaranya. Dia satu keluarga seharusnya meminta maaf dari awal lagi gara-gara kes perkahwinan itu.

Puan Aleeza berdehem perlahan. Gelas tinggi yang diisi air peach lemon itu dibiar tanpa disentuh.

"Saya dah kata awak tak buat salah. Anak awak, Aayan yang sepatutnya datang minta maaf pada anak saya, Dareena." Balas Puan Aleeza tenang. Rasa amarahnya cuba dikawal.

"Saya akan pastikan Aayan datang minta maaf. Bukan saja minta maaf tetapi melutut tunduk depan awak sekeluarga." Datin Mawar membalas.

'Memang patut pun!'

Jelingan tajam diberi buat Datin Mawar tanpa disedari. Puan Aleeza tidak membalas. Gelas tinggi dicapai dan disedut air sejuk itu.

"Aleeza." Puan Aleeza terhenti. Matanya memandang wajah putih bersih Datin Mawar. Giginya diketap.

"Jangan panggil nama saya lagi."

Datin Mawar tersenyum tawar.

"Tadi saya ada melawat kubur arwah Rayhan."

Puan Aleeza terus mengangkat muka.

"Maaf tak bagitahu. Tapi, saya rindu zaman kita belajar dulu." Balas Datin Mawar. Anak matanya dilarikan memandang tepi. Mengingat kembali zaman belajarnya di universiti.

Sebenarnya, Aleeza dan arwah Rayhan merupakan rakannya di universiti dahulu. Study, makan dan buat assignment sama-sama.

"Awak ingat tak masa kita-"

"Saya tak izinkan awak melawat kubur Rayhan lagi, Mawar." Tegas Puan Aleeza bersuara. Datin Mawar terdiam.

"Dengar sini Mawar. Keluarga saya dah malu bila anak awak, Aayan buat hal kahwin dengan perempuan lain. Saya cuma harap awak tak menambah malu saya kalau-kalau saya ada tersimbah air ke muka awak. Pasal Aayan, saya nak dia datang minta maaf melutut depan saya, Dareena dan Dayyan. Especially Dareena."

"Aleeza-"

"Saya harap lepas tu kita dah tiada hubungan dah. Jangan risau, lepas Aayan minta maaf baru boleh saya maafkan awak satu keluarga. Sekarang ni, saya meluat tengok muka awak semua." Balas Puan Aleeza agak tajam. Dia berdiri dan mula untuk beredar.

"Dan please jangan lawat kubur arwah suami saya lagi. Saya tak suka. Walaupun awak pergi hanya sekadar kawan tapi saya tahu Mawar..." Puan Aleeza memusingkan tubuhnya menghadap Datin Mawar yang setia memandangnya.

"Saya tahu awak masih sukakan Rayhan."

Datin Mawar terdiam dan hanya menghantar pemergian Puan Aleeza dengan pandangan. Bibirnya terketar apabila teringatkan mengenai Rayhan.

********************

Anak mata gelap itu hanya memandang lipstick di atas telapak tangan yang dihulurkan. Nafas cuba dikawal. Dia tidak mahu rancangan kali ini gagal.

"Thanks." Ucap Dareena satu nada sambil mengambil lipstick itu.

Aayan mengangguk. Pandangan dikalihkan memandang suasana mall pada jam 9 malam ini. Walaupun hari minggu namun pengunjung tetap penuh memeriahkan mall yang boleh dikatakan famous ini.

Ayat cuba disusun di dalam kepala otaknya. Dia bersungguh mahu memperbaiki kembali hubungannya dengan Dareena walaupun dia sudah berkahwin.

"I nak balik." Dareena terus beredar. Aayan pantas menahan lengan baju dress Dareena.

"Kejap."

Dareena memeluk tubuh apabila Aayan kelihatan seperti membisu.

"You nak cakap apa? Kalau tak ada apa, I nak balik."

"Wait. I sebenarnya..."

Keningnya diangkat. Menanti ayat yang dikeluarkan dari bibir Aayan.

"I tak suka kita macam ni." Aayan bersuara.

Sesaat kemudian, Dareena tergelak kecil. Mulutnya ditutup dengan belakang tangannya.

'Apa? Tak suka?'

"Then? You nak buat apa? Minta maaf? Or..." Dareena mula merapat menghampiri Aayan sambil tersenyum.

Aayan tidak berganjak malah anak matanya tetap terus memandang Dareena.

"I nak minta maaf." Ucap Aayan. Anak mata lelaki itu setia memandang ke anak mata Dareena.

Senyuman Dareena terus memudar. Anak matanya dialihkan. Tubuhnya dijauhkan.

"Look. Bila fikir balik, kita dua salah. You, curang belakang I. I pula bila fikir yang you curang, I terus terima perkahwinan tu." Balas Aayan.

Dareena mengetap giginya. Dadanya turun naik.

"Can you just stop saying that I curang belakang you?! Siapa sebar fitnah yang kata I curang you?! Siapa?! Rihana?!"

"Don't mention my wife, Dareena." Tegas Aayan bersuara. Jarinya dituding ke wajah Dareena.

Dareena tersenyum sinis.

"Why? Ke memang betul Rihana yang fitnah I?"

"No! Bukan Rihana!"

Pengunjung yang lalu-lalang di situ mula memerhatikan mereka. Ada yang mula berbisik.

"Look Dareena. I sebenarnya memang niat nak minta maaf pada you. I ikhlas. I sedar yang I patut percayakan you." Nada Aayan mula perlahan dan lembut.

Dareena memandang ke bawah.

"Tapi you tak buat. You tak percayakan I. You tak percayakan tunang you. Hati I sakit bila you kahwin dengan kawan baik I sendiri pada hari pertama I balik Malaysia lepas I sambung belajar. Hati I lebih sakit bila you kata I curang belakang you." Anak mata Dareena mula naik memandang anak mata Aayan. Air matanya mula bergenang.

"I tak curang belakang you, Aayan. I masih sayang dan cintakan you. Even sampai sekarang."

Aayan tergamam. Anak mata Dareena mula membundar.

"I-"

"Aayan?"

Aayan dan Dareena serentak memandang ke pemilik suara itu. Seorang wanita yang memakai blouse kuning cair dipadankan dengan seluar slack berwarna putih itu berdiri memandang mereka. Di sebelahnya, turut ada seorang lelaki.

Aayan memandang pelik. Seperti dia pernah melihat lelaki itu.

"Rihana. Awak buat apa kat sini?"

Rihana tidak memandang Aayan malah memandang Dareena yang berdiri di samping suaminya. Debaran di dadanya cuba dikawal.

Dia dengar semuanya. Dia dengar pengakuan Dareena tadi. Dia cemburu.

'Heh? Kau nak cemburu, Rihana? Kau lupa siapa rampas siapa?'

Rihana meneguk liurnya. Dia harus sedar siapa dia.

"Kau siapa?" Soal Aayan.

Riyadh mengawal riak wajahnya. Rancangan dah mula ke?

Wajah Dareena yang seperti mengelamun itu dilihat. Anak mata itu dicari namun dia hanya melihat raut wajah yang muram.

"Aku-"

"Dia kawan saya, Aayan." Balas Rihana yang terus memotong percakapan Riyadh.

"Kawan? Dia pelayan tu kan?" Anak mata Aayan tajam memandang Riyadh yang hanya berlagak tenang.

Rihana menghembus nafasnya. Tangan Aayan diraih dan dibawa pergi.

"Jom balik."

Riyadh hanya memerhati pemergian mereka berdua.

Kakinya melangkah menghampiri Dareena yang masih di situ. Wajahnya diteleng dan ditundukkan ingin melihat raut wajah jelita itu. Seperti tadi, wajah itu muram.

"Dareena." Panggil Riyadh lembut.

Dareena berkelip sesaat sebelum wajahnya naik memandang Riyadh. Wajah lelaki itu tampak risau.

"Awak okay?" Soal Riyadh sambil tangannya membuat simbol 'okay'.

Dareena mengangguk dan tersenyum kecil.

"Thank you buat diorang ada salah faham."

Riyadh senyum segaris apabila itu yang ditanya Dareena. Orang punya risau kat dia.

"Actually kalau awak dengar tadi, saya tak bersuara pun. Tiba-tiba dah ada salah faham." Riyadh mengingat kembali mengenai kejadian tadi.

Dareena tergelak kecil. Raut wajah Riyadh yang seperti orang bingung membuatkan hatinya tercuit kelucuan.

"Haih. Peliklah awak ni Dareena. Tadi, bukan main murung je. Ni tiba-tiba awak gelak." Sekali lagi Riyadh bingung. Dareena menahan ketawanya.

"Tak ada apa. Sometimes, saya tengok awak ni comel la Riyadh." Balas Dareena sambil berlalu pergi.

Riyadh terdiam. Kepalanya dipusingkan memandang belakang Dareena yang tidak jauh darinya.

'Comel?'

2 kali Dareena memanggilnya comel. Riyadh berdehem. Pipinya digosok lalu mengikut Dareena.

"By the way, tadi kenapa awak nampak sedih?" Soal Riyadh apabila sudah berjalan di samping gadis ini. Kakinya dilihat dan cuba berjalan seiring dengan kaki milik gadis di sebelahnya.

"Tak ada apa." Dareena membalas.

"Actually, sorry. Saya terdengar perbualan awak dengan Aayan. Saya juga ada dengar pasal-"

"Pengakuan saya?" Dareena memotong.

"Kenapa tanya saya sedih kalau awak tahu sebabnya?" Soal Dareena.

"Sebab saya tahu awak tak nak cerita." Balas Riyadh.

Mereka berdua berhenti berjalan. Riyadh tersenyum.

"Cinta itu tak salah Dareena. Cuma dia bergantung kepada siapa awak nak lafazkan perasaan cinta tu. Perasaan cinta awak buat Aayan salah kerana dia sudah berkahwin."

Dareena tidak membalas. Anak matanya memandang Riyadh yang masih dengan senyumannya. Senyumannya nampak manis.

"Tahu. Saya tahu ianya salah. Tapi, perbuatannya pun salah. Sebab tu saya nak balas balik apa yang diorang dah buat pada saya." Balas Dareena lalu berjalan pergi.

Riyadh memerhati Dareena yang berlalu pergi. Kenapa susah Dareena nak terima takdir ni?

Baru sahaja dia mahu berjalan, dia terpandang satu kedai yang tidak jauh dari tempat berdirinya. Satu idea muncul.

Dareena yang sudah sampai ke pintu keluar mall pantas pergi ke kaunter pengawal di situ.

"Kereta saya."

Pengawal di situ mengangguk dan terus mendapatkan kereta Range Rover seusai Dareena memberitahu plat kereta dan memberikan kunci keretanya.

"Awak balik naik apa?"

Dareena hairan apabila tiada sahutan dari lelaki itu. Ditoleh ke belakang. Tiada kelibat Riyadh.

"Dah balik kut." Omel Dareena perlahan. Sambil menunggu keretanya, hujan renyai mula turun. Ramai pengunjung berdiri di bawah bangunan mall ini untuk melindungi dirinya.

Dareena mula tidak sedap hati. Kebiasaannya, Riyadh pergi dan balik menaiki motornya.

'Macam mana kalau?'

Dareena menggeleng. Kenapa dia harus teringat lelaki itu?

Bunyi petir menyambar menyentakkan hatinya dan pengunjung di situ. Dareena mula tidak senang duduk.

Kereta Range Rover miliknya yang baru diparkir di depannya dilihat. Beg tangannya diletak di atas kepalanya. Pintu bahagian pemandu basah terkena air hujan. Jadi, dia harus berpusing keliling keretanya untuk ke pintu pemandu.

Baru sahaja dia mahu berjalan, terasa ada bayang di atasnya. Kakinya terasa bagaikan digam. Kepalanya diangkat melihat ke atas. Payung berwarna hitam itu dipandang sebelum anak matanya perlahan-lahan turun sehingga ke pemegang payung di mana ada tangan yang setia memegang untuk memastikan payung tetap utuh melindunginya. Dari tangan sehingga ke tubuh tinggi yang berdiri di belakangnya.

Wajah lelaki itu dipandang. Kelihatan rambutnya sedikit basah membuatkan lelaki ini nampak lain. Anak matanya bersabung dengan anak mata lelaki itu. Lama. Dareena terasa seperti dia berada dengan dunianya bersama lelaki ini. Bunyi rintik hujan terdengar seperti melodi indah.

"Dareena."

"Dareena."

"Dareena!" Dareena tersedar dari lamunannya. Anak matanya terus dikalihkan.

'Apa yang aku buat tadi?'

"Cepat masuk kereta. Nanti makin basah." Riyadh terus memayungi Dareena sehingga ke pintu bahagian pemandu.

"Masuk sekali." Dareena memberikan arahan seraya menutup pintunya.

Pintu di sebelah yang baru ditutup dipandang. Riyadh meletakkan payung yang sudah basah di bawah seat kereta.

"Wait. Awak beli aiskrim?" Soal Dareena. Dua kon aiskrim coklat yang ditaburi dengan kacang dan sprinkle berwarna warni itu dipandang.

Riyadh tersenyum. Satu kon aisrim diberi kepada Dareena. Dareena hanya memandang hairan.

"Nah! Satu kon aiskrim untuk awak."

"Tapi kenapa?" Ingin juga Dareena tahu sebabnya.

"Orang kata kalau perempuan sedih, bagi dia sesuatu yang manis. Nah!" Kon aiskrim itu dihulur.

Dareena menyembunyikan senyumannya. Dia terharu dengan sikap baik Riyadh. Comel!

"Thank you but seriously?" Dareena akhirnya tergelak.

Riyadh mempamerkan wajah blurnya.

"Apa?"

"Saya bawa kereta. Macam mana saya nak makan aiskrim kalau saya bawa kereta?" Jawapan Dareena membuatkan Riyadh tersedar.

"Ouh."

********************

"Rihana lepas!" Pegangan dilepaskan. Nafasnya turun naik apabila Rihana menarik tangannya agak kasar.

"Aayan. Sorry. Sakit ke? Kuat sangat ke saya tarik?" Soal Rihana. Anak matanya tidak lepas dari memandang tangan suaminya.

"Apa masalah awak?"

Rihana hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu kenapa dia mendapat keberanian untuk menarik tangan Aayan untuk pergi dari situ. Mungkin sahaja kerana dia tidak betah berada lama apabila bersama Dareena.

"Kenapa awak selalu diam, Rihana? Tadi, betul ke lelaki tadi kawan awak je? Saya tak rasa dia hanya sekadar kawan." Soal Aayan. Lelaki bersama isterinya sebentar tadi membuatkan hatinya sedikit gusar.

Rihana masih diam. Perlukah dia membuka kisah silamnya dulu?

"Rihana! Saya tanya awak!" Tangan isterinya dipegang.

"Saya yang patut tanya awak, Aayan. Apa awak buat dengan Dareena kat sini?" Rihana tidak mahu mengalah. Lagipula, dia ada hak untuk bertanya dengan siapa suaminya berdua dengan perempuan lain.

Aayan melepaskan keluhan berat. Kenapa Rihana selalu merumitkan benda yang senang?

Hati Rihana bertambah sakit apabila mendengar keluhan suaminya. Bertambah benci ke suaminya kepada dia? Bibirnya bergetar.

"Dengar sini, Rihana. Okay, fine. Saya cerita." Balas Aayan. Dalam hal ni, dia perlu mengalah. Mungkin saja Rihana bertindak dan menyoal tanpa berfikir terlebih dahulu kerana terserempak dengan Dareena.

"Saya pulangkan barang dia. Itu je."

Rihana naik memandang Aayan. Cuba untuk mencari kejujuran dalam anak mata gelap itu.

"Lepastu, ada la sikit saya cakap dengan dia pasal-"

"Pasal apa?" Rihana memotong laju. Matanya membulat ingin tahu.

"Actually, saya cuba nak baiki balik hubungan dengan dia. Saya tak nak gaduh."

Rihana tergamam. Baiki balik hubungan?

'Kalau awak tahu Dareena tengah rancang nak rampas awak balik.'

'Tapi, kenapa kau nak marah pula, Rihana? Bukan kau sendiri yang naikkan amarah Dareena supaya dia hancurkan rumah tangga kau?'
Fikirannya mula bercelaru. Memang betul dia yang menaikkan sendiri amarah Dareena supaya ganggu rumah tangganya. Tetapi, dengan korbankan cintanya pada Aayan?

Kepalanya mula menunduk. Dia sendiri bingung. Selamatkan perkahwinannya atau--

'Dia.' 'Dia' punca semuanya! 'Dia' penyebab semuanya terjadi!

"Rihana?" Aayan naik memegang bahunya apabila Rihana yang dari tadi hanya diam.

Rihana tersenyum sebelum tangannya naik menyentuh tangan kasar Aayan. Dia tidak boleh nampak lemah.

"Thank you sebab berterus-terang. Jom balik." Ajak Rihana. Tangannya tidak lepas dari memegang tangan suaminya. Aayan yang pelik dengan sikap Rihana hanya membiarkan.

'Sebabkan 'kau', hubungan aku dengan suami aku jadi macam ni. Sebabkan 'kau' juga, aku dengan kawan baik aku sendiri dah macam orang asing.'

'Baik! Kita tengok siapa yang kalah. Permainan sebenar bermula.'

Abaikan typo =\ Fuh words untuk bab ni cecah 2K ♪⁠~⁠(⁠´⁠ε⁠`⁠ ⁠) Done for this chapter ✓ Enjoy <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience