"And in the middle of my chaos, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rumah Cahaya Ilham
Pondok kayu yang menempatkan di hadapan rumah anak yatim itu benar-benar menyamankan. Angin sepoi-sepoi bahasa itu membuatkan dirinya tenang. Jauh dari masalah.
"Kak Rihana." Sapa seorang gadis berumur 18 tahun itu.
Rihana tersenyum sebelum dia menepuk tempat di sebelahnya. Menyuruh gadis itu duduk bersebelahannya.
"Duduklah Afera." Gadis bernama Afera hanya tersenyum. Tempat di sebelah Rihana diambil.
"Afera buat apa sekarang ni?" Soal Rihana ingin memecahkan kesunyian antara mereka.
"Afera tunggu result SPM." Balas Afera. Debarannya kian terasa apabila result SPM akan diumumkan kira-kira sebulan dari sekarang.
"In syaa Allah. Kak Rihana yakin Afera dapat result yang cemerlang. Afera kan budak bijak?" Rihana membalas sambil tersenyum.
Afera salah seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Kanak-kanak lain di rumah anak yatim ini selalu menyuruh Afera untuk mengajarnya jika mereka tidak faham akan satu-satu perkara. Kerana itu Rihana yakin Afera mampu untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan masuk universiti yang bagus.
"In syaa Allah. Amin." Afera terus mengangkat tangan dan menyapu ke wajahnya seperti sedang berdoa. Rihana tersenyum melihat kelakuan Afera.
"Kak Rihana."
"Ya?"
"Macam mana dengan keluarga baru Kak Rihana?" Soal Afera. Rihana terdiam sebelum pandangannya dikalihkan ke arah lain.
"Macam tulah."
Afera mengembungkan sebelah pipinya tanda tidak puas hati. Bahu kiri Rihana ditolak perlahan.
"Betul-betul la kak." Pinta Afera.
"Betul-betul la ni." Rihana tertawa kecil. Saja ingin menguji Afera yang kadang-kala cepat terasa.
Afera memasamkan wajahnya dan memalingkan muka ke arah lain.
"Afera." Panggil Rihana.
"Tak nak. Afera tak nak dengar."
"Jangan lah macam tu. Kak Rihana saja je tadi." Rihana tersenyum seraya cuba memujuk gadis itu.
"Kak Rihana nak tahu tak? Afera teringin sangat masa keputusan diumumkan nanti, parents angkat Afera akan datang dan ucap tahniah kat Afera." Luah Afera.
Rihana terdiam. Tangannya yang mahu menyentuh bahu gadis itu terhenti.
Keluarga. Semua orang menginginkan keluarga yang sempurna terutama anak-anak yatim sepertinya. Dikasihi dan dijaga dengan sepenuh kasih sayang daripada orang yang kita gelar sebagai ibubapa.
Afera menahan air matanya dari jatuh. Fikirannya terimbas sewaktu dia masih berusia 7 tahun. Ibunya meninggal kerana kanser hati yang sudah mencapai stage yang terakhir. Bapanya yang mempunyai penyakit serangan jantung juga turut meninggal apabila doktor mengkhabarkan bahawa isterinya sudah tiada. Kini, Afera keseorangan tanpa ibu bapa. Tambahan pula, dia tiada adik-beradik. Ayah dan mak saudaranya yang menghantar Afera ke sini dengan alasan tiada siapa yang mahu menjaga kebajikan Afera.
"Tapi, Kak Rihana jangan risau. Afera kuat. Setakat tiada siapa ucapkan tahniah kat Afera apalah sangat." Balas Afera. Rihana memandang Afera yang tersenyum. Dia tahu gadis itu pasti sedih. Dia tahu impian Afera adalah untuk mendapat keluarga yang sempurna sama sepertinya dahulu.
"Nanti Kak Rihana datang waktu keputusan umum nanti, ya?" Balas Rihana sambil tersenyum. Bahu gadis itu ditepuk perlahan. Cuba memberikan semangat.
"Thank you kak!" Afera tersenyum lebar. Dia terharu walaupun Kak Rihana sudah mempunyai keluarga, dia masih prihatin akan anak-anak yatim di sini.
Rihana mengambil nafas dan menghembusnya dengan tenang. Segala masalah dan kekacauan ditolak ke tepi.
"Kak Rihana. 2 minggu lepas ada orang datang bagi duit kat umi." Rihana membuka matanya dan memandang Afera di sebelah.
"Umi terima ke?" Soal Rihana. Umi merupakan pengetua di Rumah Cahaya Ilham tempat tinggalnya dahulu.
"Afera tak pasti. Tapi, Fera nampak umi letak duit tu kat dalam laci kat pejabat dia." Balas Afera sebelum dia menyambung.
"Duit tu dari 'dia' ke?" Soal Afera agak perlahan. Segala masalah Rihana dia tahu kerana Rihana sendiri yang ceritakan kepadanya.
Soal 'dia', Afera kurang tahu. Dia hanya tahu mengenai Rihana dipaksa untuk bernikah dan sebagai habuan dia akan diberikan duit.
"Ya." Rihana menunduk. Dia malu dengan Afera dan umi kerana dia terima duit tersebut.
"Tapi, Afera betul-betul tak percaya yang Kak Rihana sanggup terima duit tu. Terima pernikahan tu. Bukan suami Kak Rihana tunang Kak Dareena ke?" Afera menyoal. Dia percayakan Kak Rihana tidak akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang.
"Ke Kak Rihana kena ugut?" Sambung Afera lagi. Rihana tersentak.
"Tak adalah. Kak Rihana memang nak duit tu. Lagipun, boleh belanja korang semua kan?" Rihana membalas sambil tersenyum. Walhal, dalam hati, Rihana berharap Afera tidak syak sesuatu.
Afera hanya memandang kelakuan Rihana. Pelik.
"Kalau kak suka sangat ke duit tu pun, takkan sampai sanggup caras tunang kawan baik sendiri kan?" Jawab Afera tenang. Matanya memandang tepat ke anak mata Rihana.
Rihana terdiam. Lama dia menyepi. Dia tiada jawapan untuk itu.
Afera mengangguk sebelum dia mula bangun. Rihana hanya memerhati tindak tanduk Afera.
"Jom lah. Masuk dalam." Ajak Afera.
"Tak apalah. Kak Rihana nak duduk sini je." Rihana terus duduk sambil memeluk kedua belah lututnya.
Afera hanya melihat. Raut wajah Rihana jelas menunjukkan dia ada masalah. Mengenai kenyataan Rihana tadi, dia yakin pasti ada sesuatu yang tidak kena. Sesi perkenalan dia bersama Kak Rihana yang sudah bertahun di rumah anak yatim ini cukup buat Afera kenal akan Kak Rihana luar dan dalam.
********************
Dareena menolak pintu kaca yang menempatkan beberapa model baru yang sedang berlatih untuk sesi pertunjukan fesyen yang akan datang 2 bulan lagi. Langkahnya diteruskan sehingga ke loker dan menyimpan beg sandangnya ke dalam.
"Dareena." Seorang wanita lingkungan umur 30-an itu tersenyum manis memandang Dareena yang merupakan anak kepada pemilik syarikat fesyen ini.
"Saya Puan Wida. Pengurus untuk bahagian modelling. Mari saya kenalkan kepada rakan model yang lain." Puan Wida berkata sambil tersenyum manis.
Dareena hanya mengikut langkah pengurus itu sambil tersenyum. Walhal dalam hati mahu saja dia membentak.
/// 5 hari sebelum ///
Dareena masuk ke pejabat Puan Aleeza atas arahan mamanya itu sendiri. Risau juga dia tatkala mamanya menyuruh untuk dia masuk ke pejabatnya waktu begini.
'Mesti pasal kerja.'
"Duduk." Arah Puan Aleeza yang duduk di kerusi empuknya. Tangannya dihala ke kerusi berhadapannya menyuruh anak perempuannya duduk di situ.
"Kenapa mama panggil?" Soal Dareena.
Puan Aleeza mengambil fail di laci meja. Satu resume dikeluarkan. Dareena hanya memerhati mamanya yang mengeluarkan resume miliknya itu.
"Mengikut apa yang ada pada resume ni, Dareena layak dapat kerja di sini." Kata Puan Aleeza sambil melihat resume anaknya itu.
Dareena menyembunyikan senyumnya. Dia sudah agak dia diterima masuk ke syarikat mamanya. Pertama kerana kelayakannya dalam dunia fesyen sewaktu mengambil sijil ijazah sarjana muda di luar negara. Kedua, kerana dia anak Puan Aleeza. Bonus!
"Tapi..."
Dareena terus mematikan senyumannya. Matanya memandang Puan Aleeza yang baru menutup fail resumenya.
"Bahagian designer tak ada tempat. Penuh."
Dareena membuntangkan matanya. Tak mungkin! Dia mahu sangat menjadi pereka fesyen seperti mamanya.
Tapi apa ni?!
"Penuh?!"
Puan Aleeza hanya mengangguk. Dareena memandang dengan riak wajah tidak percaya.
"Ma. It's not funny."
"Mama ada cakap kelakar ke?"
Dareena terus bangun. Tubuhnya dibawa berhadapan dengan mamanya.
"Ma. I'm begging you. Dareena nak sangat kerja bawah bahagian designer. Please. Dareena akan pastikan Dareena akan keluarkan idea yang bernas untuk reka baju untuk event yang akan datang. Dareena--"
"Stop!" Tangan kanan Puan Aleeza ditegakkan menyuruh Dareena untuk berhenti bercakap. Dareena terus mengunci mulutnya.
"Okay kalau Dareena kata begitu. Mama ada satu idea yang bernas." Puan Aleeza terus bangun dan berjalan sehingga ke tengah pejabatnya.
"Apa dia ma?" Dareena menyoal.
"Mengikut kepada kelayakan Dareena juga, dan disebabkan bahagian designer sudah penuh, mama akan tempatkan Dareena kat bahagian lain." Terang Puan Aleeza. Tangannya dimasukkan ke dalam poket blazernya.
Dareena menaikkan sebelah keningnya. Mulutnya hendak berkata sesuatu tetapi pantas dicantas oleh Puan Aleeza.
"Bahagian modelling."
Terus membulat kedua mata Dareena mendengarnya.
"Model?!"
"Ya. Kenapa? Tak suka?"
"Bukan. Tapi--"
"Dareena sesuai apa untuk jadi model. Tinggi. Muka simetri. Badan tegak. Kadang-kala mama perasan Dareena pun berjalan macam model." Terang Puan Aleeza sambil tersenyum manis. Dareena pula sudah membulatkan matanya. Bukan ini yang dia mahu!
"Ma!"
"Take it or leave it. Mama tak ada masa nak layan perangai mengada Dareena. Dareena patut bersyukur yang mama masih bagi kerja model tu." Balas Puan Aleeza.
Dareena mendengus kecil. Impiannya musnah.
"Take it or leave it." Ujar Puan Aleeza sebelum dia berjalan keluar dari pejabatnya meninggalkan Dareena yang berdiri kaku di sebelah meja kerjanya.
/// waktu sekarang ///
"Baik semua. Saya perkenalkan. Ini Dareena Rumaysa. Pelatih model untuk event yang akan datang. Tolong bagi tunjuk ajar." Puan Wida memperkenalkan Dareena kepada semua modelnya.
Dareena senyum sehingga menampakkan baris giginya yang cantik. Kesemua model terpaku melihat wajah cantik pelatih model ini.
"Cantiknya."
"Kulit dia mulusnya."
"So lucky to have her as partner."
Dareena memandang satu-satu model di situ yang memuji kecantikannya.
"Tolong bagi tunjuk ajar." Kata Dareena sambil menundukkan sedikit badannya ala-ala adat korea dan jepun.
Model yang lain hanya tersenyum manis dan lebar. Puan Wida di sebelah menggeleng kepalanya apabila melihat anak buah modelnya semua sudah terpegun.
"Sudah! Teruskan berlatih!" Arah Puan Wida tegas. Serentak itu, kesemua model tadi sambung untuk berlatih.
"Harap Dareena dapat selesakan diri di sini. Semua model di sini baru lagi. Banyak lagi mereka perlu belajar." Ujar Puan Wida sambil senyum sebelum dia berjalan ke arah model-model yang sedang berlatih.
"Nak tak nak kena lah selesakan." Dareena berkata sendiri sebelum menghampiri mereka untuk sesi latihan.
Saya tak tahu wujud ataupun tak bahagian designer dan modelling dalam sesebuah syarikat. Tapi, please don't take serious. Ini hanya rekaan semata mata (≧▽≦) Stay tuned ✓
Share this novel