"And in the middle of my chaos, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aayan memandang tidak puas hati kepada Rihana yang sedang duduk di meja soleknya. Rihana yang sedar akan renungan itu hanya membiarkan. Tangannya sibuk mencapai losyen dan disapukan pada lengannya.
"Masih tak nak cerita?" Soal Aayan kemudian duduk di birai katil.
Rihana hanya diam. Tangannya sibuk membuat benda lain tetapi otaknya ligat memikirkan ayat yang sesuai untuk diberitahu kepada Aayan. Takkan dia mahu cakap tadi Dareena yang mencekiknya?
"Rihana. I'm talking to you." Aayan mula menguatkan sedikit nada suaranya menandakan dia betul-betul serius. Penat asyik melihat Rihana yang seakan mahu mengelak dari pertanyaannya.
Soalan mudah sahaja.
Apa jadi kat restoran tadi?
Takkan itupun Rihana tak mahu jawab? Ataupun Rihana menyembunyikan sesuatu daripadanya?
Serta-merta Aayan teringat kejadian sewaktu pelayan itu sendiri yang menolong Rihana membuat pesanan.
Rihana mengambil nafasnya seraya cuba mengukirkan senyuman. Tubuhnya dipalingkan ke belakang menghadap suaminya.
"Saya terjatuh aja."
"Terjatuh?"
Rihana mengangguk. Aayan kemudian bangun dan terus melangkah menghampiri Rihana yang masih lagi duduk di kerusi meja soleknya. Tangannya dimasukkan ke poket seluar tidurnya.
"Sure?"
Rihana meneguk liurnya sebelum dia mengangguk buat kali kedua. Dia perlu membuat Aayan yakin.
Aayan yang masih tidak puas hati dengan jawapan Rihana mula meletakkan kedua belah tangannya di meja solek di belakang Rihana. Kini, Rihana dikepung oleh Aayan. Badannya serta-merta duduk secara tegak apabila wajah suaminya itu mula mendekat.
"Still tak nak beritahu?"
Rihana mula terpana melihat wajah Aayan yang serius itu tetapi di mata Rihana, Aayan tampak begitu lain tambah pula dengan suara garaunya dan renungan tajamnya.
Aayan mengerutkan dahinya apabila Rihana masih tidak menjawab dan apabila diperhati lebih, Rihana seolah-olah termenung tepat ke arah matanya. Aayan mula tidak selesa dengan renungan itu.
Baru sahaja Aayan ingin beredar, pantas Rihana mencengkam lembut lengan suaminya.
"Awak masih sayangkan Dareena?" Soal Rihana sambil menatap mata lelaki itu lembut.
Aayan diam apabila disajikan dengan soalan begitu. Dareena? Sudah lama dia tidak mendengar khabar gadis itu.
Lengannya yang masih dicengkam itu dilepaskan perlahan.
"Dah lewat. Tidurlah." Aayan terus ke katil dan membaringkan tubuhnya di situ membelakangkan Rihana yang masih duduk di kerusi meja soleknya.
Rihana memerhati belakang tubuh Aayan. Dia sudah agak akan jawapan itu. Biarpun Aayan hanya diam dan tidak mahu menjawab, dia tahu apa yang ingin diperkatakan suaminya tadi.
'Awak masih sayangkan dia kan?'
Rihana memejamkan matanya sambil cuba menahan hatinya dari rasa sedih dan kecewa. Ikatan perkahwinan ini dia tidak tahu berkekalan ataupun tidak. Perkahwinan ini sekadar mainan sahaja buatnya. Terima perkahwinan ini dan dapat duit?
Rihana merasakan jijik dengan dirinya sendiri kerana mudah tertipu dengan duit. Dan dia.
Dia punca semua ni. Rihana tahu. Rihana tahu dia yang rancang semua ini. Dia yang mengatakan bahawa Dareena ada scandal di luar negara sewaktu sahabatnya itu masih belajar. Aayan yang tidak tahu apa-apa terus merasa terkilan terhadap Dareena yang kononnya ada scandal itu.
Sejujurnya, dia tidak mahu perkahwinan ini tetapi dia juga diugut untuk terima. Dan sebagai habuan dia akan mendapat duit yang mampu menanggung perbelanjaan anak-anak yatim tempat dia duduk dahulu.
'Dareena. I'm truly sorry. Aku dah rampas apa yang bakal jadi milik kau.'
Rihana merasa bersalah yang teramat. Jika bukan kerana dia, semua ini takkan terjadi. Lehernya disentuh dan terus kejadian di restoran tadi terngiang di fikirannya.
"Kau cabar aku ke?!! Kau dengar sini baik-baik! Mulai saat ni, aku akan rebut Aayan dari kau!"
Rihana meneguk liurnya. Jujur, dia mengharapkan Dareena untuk menolongnya keluar dari perangkap 'dia'. Tapi, dengan mengorbankan cintanya kepada Aayan?
Rihana tersenyum serentak dengan itu air matanya mula turun setitis. Belakang Aayan dipandang.
Ya. Dia cintakan Aayan dari dulu lagi. Sejak kali pertama dia menjadi adik angkat kepada lelaki itu.
Tetapi di hati lelaki itu hanya ada Dareena. Dia tidak boleh menolak takdir tersebut.
Dan jika benar Dareena takdir bagi suaminya suatu hari nanti, dia akan terima dengan hati terbuka meskipun sakit.
********************
BAM!
Dayyan yang baru sahaja baring di katilnya terus tersentak kuat apabila kedengaran pintu tertutup dengan kuat.
"Pahal tu?" Dayyan menyoal. Tubuhnya dibangunkan dan terus berjalan ke pintu biliknya. Suasana di luar ruangan tingkat 1 itu dilihat.
"Benda apa tadi?" Dayyan teruskan berjalan sehingga ke tangga. Namun, masih tiada apa yang meragukan.
"Dayyan."
Dayyan terus menoleh ke arah Puan Aleeza yang berdiri tidak jauh darinya. Wajah mamanya itu tampak risau.
"Mama. Kenapa?" Puan Aleeza hanya diam sambil memandang ke arah Dayyan. Matanya tampak sungguh risau. Dayyan mula hairan.
"AAAARRRRGGGHHHH!!!"
Dayyan terkejut besar apabila mendengar suara perempuan menjerit kuat. Matanya terus terarah ke bilik Dareena.
"Kenapa--"
"Mama risau." Pintas Puan Aleeza. Dayyan mengerutkan wajahnya.
"Tadi Dareena balik muka dia merah sangat. Dia hentak kaki naik ke bilik. Kak Yuni bagitahu tadi Dareena mengamuk bila Kak Yuni tak sengaja terlanggar bahu dia." Cerita Puan Aleeza dengan riak wajah cemas. Anaknya, Dareena walaupun rupanya yang garang dan tegas tetapi dia tidak akan marah seseorang hanya kerana benda remeh. Dia kenal anak sulungnya itu. Pasti ada sesuatu yang terjadi.
Dayyan memandang pintu bilik Dareena. Dia boleh dengar teriakan dan amukan suara kakaknya itu dari dalam bilik. Tidak lama kemudian, kedengaran pula bunyi barang-barang yang dijatuh dan dipecahkan.
"Kakak."
"Ya Allah, Dareena!"
Puan Aleeza terus mengetuk pintu bilik Dareena bertalu-talu. Dia cuba mengeluarkan kudratnya untuk memulas tombol pintu yang telah dikunci. Puan Aleeza tidak henti-henti menangis. Tangannya terus menerus mengetuk kuat pintu bilik itu mengharap Dareena untuk membukanya.
"PERGI MAMA! JANGAN KACAU DAREENA!" Dareena menjerit dari dalam. Rambutnya dikusutkan apabila memikirkan soal tadi.
Puan Aleeza menggeleng. Dia tidak akan berputus asa sampai dia berjumpa dengan anaknya.
Dayyan yang memerhati dari tadi terus membuka langkahnya. Pintu bilik itu ditendang. Namun, masih juga tidak mahu tercabut.
"Lagi Dayyan! Cepat!" Gesa Puan Aleeza.
Dayyan terus menendang lagi dan lagi. Namun, hasilnya tetap sama. Dia mengambil nafas dengan berat. Wajah mamanya dilihat.
"Dayyan. Kakak-- Macam mana kalau dia cederakan diri dia? Kita kena masuk Dayyan. Mesti. Kita kena tolong dia, Dayyan!" Puan Aleeza merayu seraya menangis. Pintu bilik Dareena terus diketuk kuat.
Dayyan mengambil nafasnya. Matanya dipejam. Kata-kata Puan Aleeza tadi betul-betul menyemarakkan rasa di dadanya.
Matanya dicelik kembali. Dayyan segera berlari ke biliknya dan mencapai kayu hoki kesukaannya. Digenggam erat kayu tersebut dan keluar dari biliknya. Pintu bilik Dareena dihampiri.
"Tepi ma." Dengan sekali arahan, Puan Aleeza berganjak ke tepi apabila melihat Dayyan datang dengan kayu hokinya. Dengan segala tenaganya dia menghayunkan kayu hoki tersebut tepat ke tombol pintu bilik.
PLAK!
"Dareena!" Puan Aleeza terus meluru masuk ke bilik anak sulungnya.
Keadaan bilik tersebut sangat-sangat bersepah. Barang make-up bertaburan. Sarung cadar dicabut. Cermin serta pasu bunga pecah berderai di atas lantai. Gambar yang tergantung semuanya senget.
Puan Aleeza mengucap di dalam hatinya. Sekarang dia betul-betul risau akan keadaan Dareena.
"Ma. Sana." Dayyan menunjuk ke arah balkoni. Dia yakin Dareena di situ memandangkan langsir di pintu balkoni tersebut terbang bagai ditiup angin luar.
Puan Aleeza pantas berjalan ke balkoni. Langsir ditolak seraya pintu sliding tersebut dibuka.
"Dareena." Panggil Puan Aleeza lembut apabila dia melihat Dareena yang duduk memeluk lutut di bawah meja kayu.
"Dareena sayang. Mama ni." Puan Aleeza tidak mahu mengalah. Tangannya bergerak perlahan naik menyentuh lengan anaknya. Dayyan pula memerhati sambil menyandarkan tubuhnya pada pagar balkoni tersebut.
"Jangan kacau Dareena. Please. Dareena nak sendiri." Balas Dareena perlahan dan lemah. Anak matanya sayu memandang wajah Puan Aleeza.
Puan Aleeza yang tidak dapat menahan air matanya terus menarik Dareena keluar dan memeluk anak sulungnya. Dareena tersentak.
"Ma."
"Mama merayu. Walau apa pun yang jadi, tolong jangan begini. Mama tak sanggup Dareena jadi macam ni. Please, anything happen, you still have me. You still have Dayyan. Please. I'm begging you." Balas Puan Aleeza bersama esakan kecilnya.
Dareena yang masih terkebil-kebil itu membalas pelukan mamanya. Ditepuk perlahan belakang Puan Aleeza. Dia tahu dia bersalah kerana membuatkan keluarganya susah hati.
"Kenapa kau jadi macam ni?" Soal Dayyan apabila dia merasakan kakaknya itu seperti sudah tenang.
Dareena dan Puan Aleeza memandang sesama sendiri sebelum Dareena mendengus. Dareena pantas berdiri sebelum berjalan masuk ke biliknya. Puan Aleeza dan Dayyan hanya mengikut dari belakang.
"Keluar la. Dareena nak kemas bilik." Arah Dareena. Cadar dan bantal yang bersepah dicapai dan diletakkan di atas katil.
"Pasal Rihana ke?" Dayyan menyoal kembali. Dia yakin pasti Rihana punca kenapa kakaknya begini.
Dareena diam sebelum mula mengemas apa yang patut.
"Dareena. Betul ke?" Puan Aleeza pula menyoal.
"Betul." Dareena membalas tanpa memandang wajah mereka berdua.
"Apa lagi Rihana nak? Dia dah rampas tunang kau. Apa lagi yang dia tak puas hati." Balas Dayyan tidak puas hati. Sejak kali pertama Rihana bernikah dengan Aayan, saat itu jua dia turut membenci akan Rihana. Seolah-olah kebencian Dareena turun kepadanya. Tapi, dia yakin kakaknya itu jauh lebih benci berbanding dirinya.
'Perlu ke aku beritahu?' Dareena memandang wajah mereka berdua. Wajah mamanya yang mengharap untuk dia meneruskan bicara dan wajah adiknya yang menyiarkan reaksi tidak puas hati.
"Dareena pandai uruskan hal ni. Jangan risau." Ujar Dareena. Buat masa sekarang, elok jika mama dan adiknya tidak tahu akan niat Rihana terhadapnya.
"Tapi Dareena..."
"Ma. Dareena minta kali ini saja. Biar Dareena yang settle masalah Dareena." Pinta Dareena.
"Betul tu ma. Kakak dah besar. Dia tahu beza yang baik dan buruk." Dayyan menyambung. Dia percaya kakaknya tidak akan berbuat benda yang bukan-bukan.
"Okay kalau Dareena cakap macam tu. Tapi, mama minta satu dari Dareena." Balas Puan Aleeza.
Dareeena berdiam diri sambil matanya terarah ke wajah bersih mamanya.
"Walau apa pun jadi dalam hidup Dareena, tolong jangan sampai berdendam."
Dareena terdiam.
"Mama tahu Dareena sekarang ada masalah dengan Rihana dan Aayan. Tapi, tolong jangan sampai berdendam. Bahaya. You'll never know what will happen in the future if you take revenge." Puan Aleeza memandang tepat ke arah Dareena.
Dareena mengangguk perlahan seraya tersenyum kecil.
"I know."
Puan Aleeza turut tersenyum sebelum memanggil Kak Yuni untuk datang dan mengemas bilik anaknya.
"Eh? Tak apa ma. Biar Dareena kemas." Dareena membalas. Kelihatan Kak Yuni bersama 2 orang lagi pembantu rumah masuk ke dalam dan mengemas apa yang patut.
"Jangan arah mama. I don't want you to get hurt." Balas Puan Aleeza seraya keluar dari bilik tersebut.
Dareena hanya memandang Kak Yuni mengemas kaca yang bersepah di atas lantai.
"Aku masuk bilik dulu." Dayyan terus melangkah keluar sebelum sempat dihalang oleh Dareena.
"Kenapa?"
"Berapa harga kayu hoki kau tu?"
Dayyan memandang kayu hoki yang sudah retak sedikit di hujungnya.
"Tak payah ganti la. Lagipun, kayu hoki ni dah lama." Balas Dayyan.
"Kalau arwah papa tengok ni mesti dia kecewa kau tak jaga dengan baik."
Kayu hoki digenggam erat. Kayu hoki ini hadiah terakhir arwah papa buatnya. Sememangnya dia akan jaga sehingga akhir hayat.
"Arwah papa tak kecewa rasanya sebab aku guna untuk benda yang betul." Dayyan memandang Dareena sambil menghulurkan kayu hoki tersebut kepadanya.
"Benda betul?"
"Yep. Aku bersyukur kau tak apa-apa."
Dareena menunduk sedikit sebelum mengambil kayu hoki tersebut. Memang nampak garisan halus pada bahagian pemukul.
"Don't worry. Aku pastikan kayu hoki ni nampak macam baru." Dareena tersenyum.
Dayyan mengangguk sebelum berjalan masuk ke biliknya.
Kayu hoki dipandang sebelum dia mula teringat kata-kata mamanya tadi.
"You'll never know what will happen in the future if you take revenge."
Dareena mengenggam kuat kayu hoki tersebut.
'Maaf ma. Dareena dah terlanjur kata. Perbuatan Rihana pada Dareena melampau. Bukan saja dia dah rampas Aayan dari Dareena tapi dia juga sanggup terima duit untuk kahwin dengan tunang Dareena, ma.'
"Kau cabar aku ke?!! Kau dengar sini baik-baik! Mulai saat ni, aku akan rebut Aayan dari kau!"
Dareena tersenyum sinis. Hatinya berkobar mahu membalas perbuatan Rihana.
'You just wait and see, Rihana.'
Yes! Finally siap pun selepas sebulan lebih tak update : ') Stay tuned ✓
Share this novel