Bab 23

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .

Dayyan menjamah roti bakar beserta air teh o panas sebagai sarapan paginya ketika itu. Di meja makan tersebut, hanya ada dia. Puan Aleeza dan Dareena masih bersiap di dalam bilik untuk ke tempat kerja. Jadi, dia hanya menikmati sarapan paginya sendirian. Jam di dinding dilihat.

8.37 pagi.

Roti dihabiskan segera. Kelasnya bermula jam 9 pagi hari ini.

Habis sahaja bersarapan, dia terus meninggalkan pinggan yang dipenuhi habuk roti bersama secawan teh o yang sudah dihabiskan di atas meja. Dapat dia lihat melalui ekor mata, seorang pembantu rumah wanita berusia mengemas apa yang ditinggalkannya.

Sampai sahaja di ruang tamu, dia terserempak dengan Puan Aleeza yang baru sahaja menuruni anak tangga. Kelihatan mamanya itu seperti tergesa-gesa.

"Dayyan. Dah sarapan?" Meskipun kelihatan sibuk, namun Puan Aleeza tetap menyoal anak bongsunya.

"Dah ma." Balas Dayyan sebelum kejadian malam semalam terimbas. Wajah mamanya dipandang.

'Mama macam sibuk.'

Puan Aleeza yang baru memakai stoking dan mengemas beg galasnya mula berdiri. Tubuh Dayyan yang masih tercegat di hadapannya dipandang. Raut wajah anak lelakinya kelihatan gelisah.

"Dayyan? Kenapa?"

Dayyan sedikit tersentak. Tidak sedar dia termengelamun.

"Dayyan?" Seru Puan Aleeza lagi.

"Ma. Dayyan ada nak bagitahu sesuatu." Mata Dayyan sempat memandang ke arah tangga takut-takut kakaknya sudah turun.

"Malam tadi, Dayyan ada nampak kereta kat tepi hujung rumah kita."

Kening Puan Aleeza ternaik.

"Maksud Dayyan? Mungkin tu kereta jiran." Puan Aleeza membetulkan syak wasangka Dayyan.

"Dayyan tak rasa tu kereta jiran ma. Sebenarnya, sejak 2 malam ni Dayyan asyik ternampak kereta yang sama, parking di tempat yang sama. Kalau nak kata kereta jiran, kenapa perlu parking kat area rumah kita? Kenapa tak parking kat rumah dia saja? Lagi satu mama, rumah kita dengan rumah jiran sebelah pun bukannya dekat macam rumah teres." Dayyan membalas panjang dan logik.

Puan Aleeza terdiam. Ada betulnya apa yang diberitahu Dayyan. Kawasan perumahan ini bukan kawasan rumah teres. Ianya kawasan rumah-rumah elit yang hanya didiami oleh orang kenamaan.

"Mama rasa orang dalam kereta tu perhatikan kita ke?" Soalan Dayyan membuatkan Puan Aleeza menoleh memandangnya.

'Perhatikan kita?'

Mata Puan Aleeza serta-merta membesar. Perbualan bersama arwah suaminya terngiang.

"Ada kereta kat luar abang."

"Rasa macam kita diperhatikan."

"Betul ke tiada apa?"

"Saya risau."

"Macam mana kalau orang tu nak apa-apakan keluarga kita?"

"Saya cuma risaukan abang, Dareena dan Dayyan."

"Abang jangan balik lewat sangat."

Nafas Puan Aleeza seperti tersekat. Deja vu. Situasi ini sama seperti situasi malam arwah suaminya kemalangan.

'Kebetulan?'

'Atau...'

"Mama, Dareena dah siap."

Puan Aleeza tersentak. Nafasnya diambil semula. Riak wajahnya cuba dikawal.

"Jom sarapan." Puan Aleeza tersenyum. Dareena mengangguk sebelum berlalu ke dapur di mana sarapan sudah terhidang.

Puan Aleeza menoleh semula ke arah Dayyan yang masih setia di sampingnya.

"Dayyan jangan risau. Mama akan buat sesuatu." Balas Puan Aleeza tenang. Senyuman diberi buat satu-satu anak lelakinya.

Dayyan mengangguk. Tangan mamanya dicapai dan dicium.

********************

Kelas yang akan bermula lagi 3 minit itu, Dayyan berlari pantas. Bukan dia tidak tahu pensyarah untuk subjek sekejap lagi sangat-sangat mementingkan disiplin. Jadi, kehadiran awal ke kelas memang dititikberatkan di dalam kelasnya.

Pintu kelas yang hampir tiba itu dipandang dengan nafas yang laju. Mana tidak, lepas sahaja dia parking motornya, laju kakinya memecut untuk masuk ke kelas. Mata-mata yang memandang dibiarkan sahaja.

Dalam 10 langkah lagi mahu sampai, tiba-tiba sahaja ada seseorang merempuhnya dari tepi. Terus tubuh Dayyan terjatuh.

"Aduh!" Tubuhnya cepat-cepat dibangunkan walaupun terasa sengal akibat perlanggaran tadi.

"Lain kali nak lari tu pandang kiri kanan." Balasan yang kedengaran sinis itu menyentakkan Dayyan yang baru sahaja berdiri.

"Excuse me?" Dayyan membalas sambil anak matanya tajam memerhati seorang lelaki seusianya yang sedang mengurut bahunya akibat terlanggar dengan Dayyan.

"Kau dengar aku cakap apa kan?"

Dayyan tergelak sinis. Dia dapat rasakan anak matanya sedang berapi sekarang ini memandang susuk tubuh lelaki itu.

"Fariz!"

Tubuh lelaki itu terhenti sebelum memandangnya atas bawah.

Dayyan baru teringat. Lelaki ini. Fariz. Atau nama sebenarnya Fariz Zhafri bin Dato' Hirman. Satu-satunya anak lelaki Dato' Hirman yang ditangkap gara-gara kes gelapkan duit studio.

Tiba-tiba dia hairan. Sudah lama dia tidak melihat muka Fariz di dalam kelas. Walaupun Dayyan seorang atlet sukan hoki peringkat universiti, dia tetap juga hadir ke kelas. Manakala Fariz walaupun tidak melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti universiti, tetap juga dia ponteng. Masalah disiplin.

"Pahal kau?" Marah Fariz. Riak wajahnya ditayang menyampah melihat Dayyan di situ. Bukan dia tidak kenal pelajar contoh itu.

"Pahal kau cakap? Kau selamba langgar aku then, satu habuk maaf pun tiada?" Dayyan membalas geram. Tubuhya juga sudah didekatkan menghampiri Fariz.

"Bising ah kau ni. Aku dah lambat pergi kelas kau tahu tak? Kalau prof-"

Tiba-tiba sahaja pintu kelas mereka yang terbuka luas itu terus tertutup rapat. Dayyan dan Fariz sama-sama memandang.

Dayyan yang tidak cakap banyak, laju berlari ke pintu kelas sebelum membuka pintu tersebut. Terpampang semua pelajar yang kini memerhatikannya.

Mata Dayyan lirik ke arah professor yang berkemeja itu. Matanya tajam memerhatikan Dayyan yang baru tiba di pintu kelas.

"Prof." Bibir Dayyan bergetar. Sah lepas ni dia kena denda.

"Dayyan. Tak pernah-pernah lagi lewat ke kelas saya. Hari ini kenapa tiba-tiba pula lewat?" Soal pensyarah tersebut. Belum sempat Dayyan membalas, pensyarah itu terus memotong apabila terlihat kelibat Fariz yang baru muncul.

"Ha! Fariz! Saya baru nampak batang hidung kamu harini! Kamu ni selalu tak datang kelas! Apa nak jadi dengan kamu ni?! Nak jadi macam bapak kamu ke?!" Marah pensyarah itu di hadapan.

Fariz hanya diam. Anak matanya hanya memandang bawah.

"Dayyan, kamu boleh duduk. Kamu Fariz! Berdiri di situ sampai kelas saya habis!" Arah pensyarah tersebut dengan nada marah. Semua pelajar hanya diam menikus. Semua mula mengeluarkan alat tulis, tablet, laptop atau apa yang sepatutnya untuk dicatat pada hari ini.

Dayyan hanya berdiri di situ. Fariz mengeluh nafas lemah sebelum dia mengeluarkan tabletnya dari dalam beg galasnya. Dinding di belakang disandar tanpa duduk.

"Dayyan. Kenapa tak nak duduk?" Soal pensyarah tersebut. Nadanya mula kendur.

"Prof. Saya pun nak berdiri di sini juga."

Pensyarah tersebut naik hairan. Pelajar di situ mula berbisik. Fariz di sebelah hanya membiarkan.

"Kenapa pula?"

"Saya pun lewat prof harini. Biar saya didenda." Balas Dayyan. Tabletnya juga dibawa keluar sebelum tubuhnya juga dibawa menyandar ke dinding tanpa duduk.

Pensyarah tersebut hanya mengangguk. Skrin besar di hadapan dipandang semula. Sesi pembelajaran bermula.

Fariz memandang tepi mata sahaja melihat Dayyan yang seperti fokus ke arah slide yang dibentangkan. Hatinya tidak semena-mena bagaikan mahu terbakar. Melihat sikap Dayyan yang sanggup didenda bersama dengannya membuatkan dia seperti sebab semua ini terjadi. Menjadikan Dayyan tampak seperti hero pada mata pensyarah dan pelajar-pelajar yang lain.

Tumpuannya sudah hilang. Ini sebabnya dia malas mahu datang ke kelas. Bukan dia boleh fokus pun. Seperti semester sebelum ini, dia sangat jarang untuk hadir ke kelas. Dia hanya hadir jika waktu pembentangan ahli kumpulan atau untuk menjawab peperiksaan sahaja. Dia tidak peduli dengan amukan dan jelingan pensyarah-pensyarah terhadapnya.

Meskipun begitu, dia tidak kisah. Bapanya, Dato' Hirman yang menguruskan segala masalah disiplinnya. Dengan cara apa? Macam biasa. Selesaikan dengan duit. Kerana itu dia boleh lulus semua subjek semester-semester sebelum ini.

Tetapi, semuanya berakhir apabila bapanya ditangkap. Semua orang sudah memandang serong terhadap keluarganya. Hendak-hendak lagi apabila dia selalu dikaitkan dengan masalah disiplin. Jadi, dia perlu mula semula.

Terngiang kata-kata ibunya, Datin Farah.

"Fariz. Ibu harapkan Fariz bersihkan semula nama keluarga kita. You are the only child in the family. Sejak daddy kamu buat hal, kepercayaan ibu pada dia sudah tiada. Ibu dah hilang daddy kamu, ibu tak nak hilang satu-satunya anak yang ibu ada. Jadi, ibu mohon. Fariz jadi budak baik ya sayang. Kita mulakan hidup kita yang baru tanpa daddy."

Fariz mengambil nafas. Kata-kata Datin Farah betul. Dia dan ibunya perlu memulakan hidup yang baru setelah bapanya mencalarkan nama keluarganya di mata orang.

Ting!

I-phone berbunyi menandakan ada notifikasi masuk. Dilihat di ruang Whatsapp, tertera nama ibunya di chat paling atas.

'Fariz. Anak saudara ibu dah sampai. Nanti berkenalan dengan dia.'

Fariz tidak membalas lantas i-phone disimpan kembali. Dia tahu mengenai anak saudara ibunya merangkap sepupunya sudah balik ke rumah keluarganya. Dia tidak tahu banyak mengenai sepupunya itu. Dia hanya tahu yang ibunya, Datin Farah meletakkan sepupunya itu di pusat anak yatim memandangkan adik kepada ibunya merangkap ibu kepada sepupunya telah meninggal. Jadi, Datin Farah satu-satunya keluarga yang dia ada.

********************

"Assalamualaikum!"

Fariz melangkah masuk ke dalam rumahnya. Beg laptopnya diletakkan di tepi sofa seraya kakinya melangkah menuju ke dapur. Semakin menghampiri dapur, semakin kuat suara orang sedang berbual.

"Ibu." Panggil Fariz di muka pintu dapur. Dia berjalan lagi sehingga sampai di meja makan yang sudah terhidang dengan makanan tengahari mereka.

"Fariz dah balik?" Datin Farah keluar dari bahagian dapur. Fariz menghampiri lalu tangan ibunya dikucup.

"Baru je bu. Banyaknya ibu masak. Kita makan dua je." Fariz menyoal. Makanan-makanan di atas meja dipandang.

"Saja. Lagipun, bukan ibu je yang masak." Balas Datin Farah lembut.

Fariz memandang hairan sebelum terlihat kelibat seorang gadis yang baru keluar dari dapur sambil membawa jug berisi bandung ais.

"Fariz. Ini lah sepupu kamu, Afrena nama dia."

Afrena tersenyum sebelum dia memperkenalkan dirinya di hadapan lelaki ini.

"Hai abang Fariz. Saya Afrena." Afrena melebarkan lagi senyumannya.

Datin Farah awal-awal lagi sudah cerita mengenai satu-satu sepupunya itu. Melihat Fariz 4 tahun lagi tua darinya membuatkan Afrena memanggilnya dengan abang di depan.

Fariz tidak beriak malah kerusi makan ditarik. Perutnya sudah berbunyi dari tadi. Datin Farah menggeleng melihat perangai anak terunanya.

"Jom Afrena. Kita makan sekali?" Ajak Datin Farah.

Afrena tersenyum kelat. Anak matanya hanya memerhati Fariz yang sudah mencedok lauk ke dalam pinggannya.

'Lapar sangat tu.'

Done for this chapter ✓ Stay tuned ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience