"And in the middle of my chaos, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
4 Januari 2013
Jumaat
Sekolah Menengah Tinggi Atas Engku Ros
Langkahnya dituju menghampiri stor sukan sekolah barunya. Suasana pagi yang nyaman itu menggerakkan hatinya untuk berjalan di sekitar sekolah. Lagipula, dia masih baru di situ. Kesempatan ini diambil untuk meneroka sekolah yang dianggap antara sekolah swasta yang terbaik di Malaysia.
Stor sukan yang sebesar sebiji rumah itu dipandang teruja. Tidak pernah lagi dia melihat stor sukan sebesar itu. Padang yang terbentang luas juga menarik perhatiannya. Luas. Rumput juga dipotong rapi. Di sebelahnya terdapat court untuk sukan seperti bola keranjang, badminton, squash dan banyak lagi.
"Bapak besar." Katanya sendiri.
Setelah meneliti dan berpuas hati, dia terus beredar memandangkan jam di tangan kirinya menunjukkan pukul 7:56 pagi. Dia ingin meneroka ke tempat lain. Sesi pembelajaran di sekolah itu bermula 8:30 pagi. Jadi, dia punya banyak waktu untuk menghadam sekolah barunya.
"Woi! Budak baru." Rihana menoleh. 4 orang pelajar perempuan itu berjalan mendekatinya.
Rihana tersenyum. Dia kenal mereka. Mereka merupakan pelajar dari kelasnya. Kawan sekelas.
"Ya? Kenapa?" Rihana menyoal. Pelik juga tiba-tiba sahaja mereka mencarinya di sini. Seolah-olah mereka memerhatikannya dari tadi memandangkan kelas mereka dari padang ini agak jauh.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Tina. Rambut tocangnya digulungkan menggunakan jari telunjuknya.
"Ronda." Rihana menjawab sepatah. Keadaan di situ diperhati dalam diam. Kedudukan mereka seolah-olah dia sedang dikepung oleh mereka berempat. Seorang depan. Dua orang berdiri di kiri dan kanannya. Seorang lagi di belakangnya.
"Nak ronda? Kenapa tak tunggu kitorang? Kitorang boleh bawa kau." Jawapan itu kedengaran biasa-biasa sahaja tetapi tidak bagi Rihana. Tidak tahu mengapa tapi pelik. Seperti ada yang tidak kena.
"Tak apa. Aku boleh pergi sendiri." Balas Rihana dan terus mengambil langkah tetapi belum sempat dia ingin beredar dari situ, lengannya dicengkam.
"Apa ni?" Soal Rihana agak kasar. Lengannya direntap semula. Wajah mereka berempat dipandang bersilih ganti.
"Woah! Jangan pergi dulu." Gadis berambut lurus bernama Yuri itu membalas sebelum mula berdiri menghalang laluan Rihana. Dipandang gadis itu atas bawah.
"Kitorang ada tugas untuk kau." Rihana menoleh ke kirinya. Jen. Gadis berambut pendek paras bahu itu memandangnya sinis. Pandangan Jen terus beralih ke arah seorang lagi ahli kumpulannya yang berdiri di belakang Rihana sejak tadi.
Rihana memandangnya terus. Gadis berambut panjang ikal mayang itu diam dari tadi memandang ke arah rakan-rakannya yang sedang 'buat kerja'. Langkahnya dipanjangkan menghampiri Rihana.
Tangannya dipetik dan Tina terus memberikan beg galas ke arahnya. Pandangannya dikalihkan memandang Jen. Jen yang faham dengan isyarat mata itu terus merampas beg yang disandang Rihana.
"Woi! Apa ni?!" Belum sempat Rihana ingin mendapatkan begnya semula, Yuri terus bertindak. Tangan Rihana dipusingkan ke belakang dan dipegang kemas.
"Lepaskan akulah!" Jerit Rihana.
"Diam!" Satu suara itu terus mengalihkan perhatian Rihana. Gadis berambut ikal mayang itu memandangnya sinis. Nessa.
Nessa terus membuka zip. Barang-barang itu dibawa keluar dan terus disumbat ke dalam beg milik Rihana.
Rihana yang melihat terus terbuntang matanya. Dia terus meronta kuat.
"Lepaskan akulah! Aku tak nak bersubahat dengan korang!"
"Hey diamlah!!" Nessa menengking. Rihana yang dijaga oleh Yuri itu dipandang tajam. Beg milik Rihana diangkat tinggi.
"Aku nak kau simpan barang kitorang."
"Pahal pulak? Berani bawa beranilah tanggung!" Rihana tidak putus asa. Tangannya yang dipegang kemas itu cuba dileraikan.
Nessa memandangnya tajam. Tudung Rihana ditarik kasar bagi membolehkan wajah Rihana dongak menghadapnya.
"Aku kalau boleh tak nak gaduh pagi pagi macam ni. Lagipun, kau budak baru. Kitorang kenalah layan kau seeloknya." Tudung Rihana dilepaskan kasar. Habis anak rambutnya terkeluar.
"Simpan barang ni sebagai tanda 'welcome' dari kitorang." Nessa memandang Rihana sinis. Yuri, Tina dan Jen sudah tergelak jahat.
"Aku tak nak lah! Pahal korang buli aku ni? Aku tak buat salah pun kat korang! Jangan sampai aku report ni kat cikgu!" Balas Rihana dengan marah. Kesabarannya kian tipis. Rontaannya semakin kuat.
'Kuat juga minah ni pegang tangan aku!'
"Heh! Dengar tak dia cakap apa? Report? Takutnya! Weh, Yuri! Nak buat apa ni? Budak baru ni nak report kitalah." Habis sahaja Tina mengajuk, semua di situ tergelak. Jen menunjal kepala Rihana.
"Report? Fikir kitorang takut dengan kau?" Jen terus menolak pipi Rihana kuat. Rihana terteleng ke kiri. Hatinya semakin sakit mendengar cemuhan dan ajukan mereka. Kenapa dia dibuli? Dia tak buat salah!
Sekali pembuli, selamanya pembuli!
"Kau jangan nak bantah arahan kitorang! Kalau kau nak tahu budak baru, tak ada siapa pun yang berani lawan kitorang." Balas Nessa dengan riak bangga.
Rihana menggeletar. Wajah mereka dipandang. Tak mungkin tiada siapa yang mampu lawan mereka. Tahun yang sepatutnya menjadi tahun yang menggembirakan bertukar duka. Teringatkan wajah ibu angkatnya yang bersemangat menyuruhnya untuk bersekolah di sini terngiang di fikirannya.
"Belajar rajin-rajin, okay?"
Riak ketakutan itu terus berubah di wajah Rihana. Matanya perlahan-lahan memandang mereka dengan menarik sedikit senyuman di tepi bibirnya. Nessa, Yuri, Jen dan Tina memandang hairan.
"Jadikan aku orang pertama lawan kau." Serentak itu dahinya terus dihentak kuat ke dahi Nessa. Yuri, Jen dan Tina sudah terkejut besar.
"Kurang ajar kau!" Pipi Rihana terus ditampar kuat. Dahinya disentuh. Mujur tiada darah yang mengalir.
Pipinya yang sudah kemerahan itu dibiarkan saja. Wajahnya terus mempamerkan riak sinis.
'Aku takkan kalah dengan kau! Dasar pembuli!'
Nessa mengetap bibirnya. Wajah sinis Rihana dipandang dengan hati yang bengkak. Kurang ajar!
"Kau nak cabar aku? Marilah! Fikir aku takut dengan kau ke?!" Nessa menengking. Tubuh langsingnya terus didekatkan mendekati Rihana. Penumbuk dikepalkan. Rihana memandang tajam Nessa. Dia tidak takut!
BUK!
Semua ternganga. Nessa memegang belakang kepalanya apabila ada satu benda tiba-tiba sahaja mendarat di belakang kepalanya. Dia menoleh. Ada satu lagi beg galas di lantai simen itu.
"Siapa yang baling beg ni kat aku ha?!"
Rihana memerhati riak wajah setiap orang di situ. Kenapa semua nampak terkejut? Pandangannya dikalihkan memandang depan.
"Kau." Nessa memandang tajam.
Seorang gadis tinggi bak model itu dipandang. Wajah gadis itu bersahaja. Seolah-olah gadis itu langsung tidak takut dengan mereka berempat.
'Siapa dia?'
"Lepaskan dia." Yuri terus melepaskan Rihana. Rihana menggosok kedua tangannya. Matanya bersabung dengan mata cantik gadis itu.
'Semudah itu dia lepaskan aku? Siapa dia ni?'
Yuri menundukkan sedikit wajahnya apabila melihat pandangan tajam Nessa. Dia tahu dia buat salah melepaskan Rihana sesuka hati, tetapi...
Wajah tegang gadis itu dipandang takut.
Gadis itu terus merampas beg galas yang dipegang Nessa sejak tadi. Barang-barang itu dibawa keluar dan dicampak ke lantai simen begitu sahaja. Habis barang make-up pecah dan bertaburan sana sini.
"Barang make-up aku!" Nessa terus menunduk ingin mendapatkan barangnya semula. Namun, semuanya sudah pecah.
Dia terus menggenggam tangannya. Wajah selamba gadis itu dipandang penuh benci.
"Pahal kau cari pasal dengan aku!" Tubuh gadis itu ditolak kasar. Giginya diketap menahan marah yang sudah menyelubungi dirinya.
"Aku cari pasal ke kau yang cari pasal?" Gadis itu hanya membiarkan Nessa dan terus mendekati Rihana. Beg Rihana dipulangkan.
"T--thanks." Ucap Rihana. Dia mencarik senyuman ke arah gadis itu.
"Dareena!"
Dareena menoleh kembali memandang wajah merah Nessa. Seperti biasa, dia hanya menayangkan riak selamba.
"Aku nak kau ganti balik make-up aku!" Baru sahaja Nessa ingin menyerang Dareena, Jen yang berdiri di sebelahnya menahan. Kepala Jen menggeleng menyuruh Nessa jangan melawan.
Nessa merentap lengannya. Dia peduli apa? Dia sudah hilang sabar dengan Dareena. Nessa terus mendekati Dareena dan melayangkan satu tumbukan ke wajah cantik itu. Namun, Dareena bertindak pantas. Dia terus menepis tangan Nessa kuat dan menolaknya tubuhnya ke dinding stor sukan itu.
Tina, Jen dan Yuri sudah meneguk liur melihat mereka. Rihana pula sudah ternganga melihat adegan tadi. Gadis itu sungguh pantas!
Nessa yang tidak mahu mengalah, terus menolak tubuh Dareena sekuat hatinya. Melihat Dareena yang sedikit terleka, terus dia menghayunkan satu lagi tumbukan ke wajah Dareena. Tetapi sekali lagi, Dareena bertindak pantas. Tangan Nessa yang menggenggam penumbuk itu ditangkap dan dipusingkan ke belakang. Serentak dengan itu, Dareena menyepak kaki Nessa kuat menyebabkan Nessa terus jatuh terbaring.
Rihana memandang dengan riak wajah tidak percaya.
"Lepaskan akulah!" Jerit Nessa. Dareena yang duduk di atas belakang Nessa tergelak kecil.
"Lepastu apa? Kau buli lagi?" Balas Dareena. Nessa mendengus kasar.
"Dareena. Lepaskan Nessa. Kami takkan buat lagi." Kata-kata Tina mendapat anggukan Yuri dan Jen. Wajah mereka menunduk.
"Ye ye je. Esok buat balik."
"Lepaskan akulah!" Nessa terus meronta. Dareena menjeling mereka. Nessa dipandang dan dia terus berdiri melepaskan Nessa.
Nessa memandang tajam Dareena dan terus beredar meninggalkan yang lain. Jen, Yuri dan Tina terus mengekori Nessa yang sudah berlari jauh.
Rihana memandang wajah tepi gadis itu. Perlahan kakinya melangkah mendekati.
"Thanks." Ucap Rihana sambil tersenyum. Beg galasnya disandang semula.
Dareena memandang gadis itu sebelum mengutip satu buku teks yang tercicir sewaktu pergelutan tadi. Kulit belakang buku teks itu dibuka.
"Rihana Namira."
Rihana tersenyum apabila gadis itu membacakan namanya di buku teks kimia tingkatan 4 itu.
"Saya Rihana."
Dareena memandang Rihana atas bawah. Buku teks itu diberikan semula ke pemilik asal.
"Nah!" Rihana menyambut. Tubuh belakang gadis itu dipandang sebelum dia berlari anak ingin mendapatkannya.
"Awak siapa?" Rihana terus menyaingi langkah gadis itu.
"Kenapa nak tahu?" Soal Dareena. Rihana gelak bagi menutup suasana janggal antara mereka.
'Kenapa dia ni garang semacam je?'
"Err...bukan macam tu. Saya nak berterima kasih." Rihana memandang wajah gadis itu dengan bersungguh. Gadis itu sudah menolongnya, takkan dia hanya duduk diam.
"Kau budak kelas sains tulen kan?" Rihana mengangguk.
"Jom. Sekali." Ajak Dareena. Rihana terpinga sebentar sebelum mula mengikut gadis itu ke kelas mereka.
"Nama awak..." Soalan Rihana tergantung. Kenapa payah sangat dia nak tanya? Dareena berhenti melangkah.
"Dareena." Jawabnya perlahan.
"Apa?"
"Aku Dareena. Dareena Rumaysa." Dareena tersenyum kecil. Rihana terpaku melihat senyuman cantik manis Dareena. Cantiknya!
"By the way, kau duduk sebelah aku kan?" Soalan Dareena membuatkan Rihana tersentak.
"Rasanya ini first time kita berjumpa. Mana awak tahu saya duduk sebelah awak? Lagipun, sebelah saya tu kosong." Balas Rihana. Sejak dari hari pertama sekolah, tempat duduk di sebelahnya memang kosong. Tu tempat dia ke?
"Aku duduk di situ." Jawab Dareena sebelum mula sambung langkahnya ke kelas.
"Eh? Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni? Awak pergi mana? Ke awak pont--"
"Woi!" Rihana terdiam. Bibirnya dikatup rapat. Sedar keterlanjurannya dalam berbicara. Ada ke patut dia tuduh Dareena ponteng?
"Kau nampak aku buat macam tu kat Nessa terus kau cop aku budak bermasalah ke?"
"Er...bukan...saya..." Rihana mula panik.
"Aku demam. Baru hari ni masuk sekolah." Dareena menjawab malas.
Rihana menghela nafasnya. Bersalah menuduh gadis ini yang bukan-bukan.
"Sorry."
"Hmm." Dareena kembali melangkah. Rihana mengikut. Suasana sepi seketika sehingga masuk ke bangunan kelasnya.
Semua pelajar di situ rata-rata memandang ke arah mereka. Rihana mula tidak selesa. Kenapa pandang? Adakah kerana dia pelajar baru di situ? Tetapi baru 3 hari dia di sini takkanlah dia masih lagi menjadi perhatian?
Sepasang mata Rihana menoleh ke belakang tubuh Dareena.
Apakah mungkin...
*Nama sekolah hanya rekaan semata-mata Stay tuned (≧▽≦)
Share this novel