Bab 10

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .
Rihana memerhatikan suasana di meja makan itu dalam diam. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu yang berlaga di atas pinggan masing-masing. Dia yang sememangnya sudah tahu akan hal itu hanya menyepi. Keluarga Aayan memang akan diam menikmati makanan tanpa sebarang bunyi bentuk komunikasi melainkan hal yang mustahak. Tetapi tidak disangka pula Rihana, malam pertamanya di rumah keluarga Aayan selepas bergelar isterinya turut mengamalkan situasi ini.

Makanan di atas pinggan kaca itu dikuis. Aayan yang duduk di sebelah menyedari tingkah isterinya. Pantas dia memegang paha Rihana bagi menyedarkan gadis itu dari lamunannya.

Rihana tersentak. Tangan kekar suaminya dipandang. Tidak semena-mena, pipinya mula memerah menahan malu. Cepat-cepat dia habiskan sisa makanannya.

Aayan naik hairan apabila melihat Rihana tiba-tiba sahaja naik gelabah. Tangannya yang berada di paha gadis itu ditarik kembali.

Usai sahaja makan malam, Rihana terus menolong. Kain basah diambil dan terus dilap sampai bersih. Pinggan mangkuk yang kotor di singki laju sahaja dia cuci. Pembantu di situ hanya mampu melihat. Sudah banyak kali dia menegah, tapi Rihana masih dengan jawapannya.

"Tak apa, Mak Wan. Biar Rihana tolong ya?"

Mak Wan tersenyum. Suka dan senang betul Mak Wan dengan sikap Rihana yang suka menolong. Kadang-kala kerjanya siap awal gara-gara gadis itu.

Baru sahaja dia ingin beredar, tubuh majikannya berdiri betul-betul di belakangnya. Pantas dadanya diurut. Terkejut.

"Dato'." Sapa Mak Wan.

Dato' Johari Karl hanya mengendahkan Mak Wan. Matanya ralit memerhati menantunya yang tangkas membuat kerja.

"Dato' nak apa-apa ke?" Soal Mak Wan. Dato' Johari Karl menggeleng tanpa memandang ke wajah Mak Wan.

Mak Wan terus beredar. Terdetik di hatinya, kenapa Dato' ralit memerhatikan Rihana?

Rihana terus mengelap tangannya apabila semua kerja di dapur telah selesai. Dia sedikit tersentak apabila terlihat Dato' Johari Karl yang berdiri sambil memeluk tubuh di muka pintu dapur.

"Daddy nak apa-apa ke? Nak air?" Soal Rihana. Wajah ayah mertuanya yang sedikit berkedut itu dipandang. Walaupun sudah menjangkau umur 50-an, tetapi Dato' Johari Karl sedikit pun tidak nampak seperti umurnya.

Raut wajahnya yang tegas dan menakutkan itu sedikit sebanyak menggerunkan hati Rihana. Tetapi dia cuba beranikan dirinya. Lagipula, dia itu ayah mertuanya.

"Tak." Sepatah sahaja jawapan yang dikeluarkan bersama suaranya yang dalam dan garau.

"Err...kalau macam tu, Rihana naik dulu." Pinta Rihana sebelum berjalan melintasi Dato' Johari Karl.

"Daddy harap Rihana okay masuk dalam keluarga ni."

Kakinya terus berhenti. Wajah dan tubuhnya dipalingkan menghadap ayah mertuanya. Keningnya dinaikkan sebelah.

"Maksud daddy?"

Dato' Johari Karl mengukirkan senyuman senget sebelum berjalan menghampiri Rihana. Rihana yang menyedari hal itu terus mengundur.

"Dalam keluarga ni, daddy yang berkuasa. Tiada satu rahsia pun yang daddy tidak tahu." Balasnya dalam nada perlahan. Seolah-olah tidak mahu memberitahu orang lain mengenai perkara ini.

Rihana meneguk liurnya. Matanya dikalihkan memandang ke arah lain. Tidak mahu bersabung dengan mata tajam Dato' Johari Karl.

Aayan yang sedang berjalan menuju ke dapur terlihat mereka. Kedudukan Rihana dan ayahnya yang berdiri rapat itu sedikit sebanyak menggugat hatinya.

"Daddy buat apa ni?" Aayan terus datang dan berdiri antara isteri dan ayahnya.

"Hana okay?" Soal Aayan dengan nada risau. Rihana mengangguk perlahan. Terdetik dalam hatinya perasaan syukur kerana Aayan datang tepat pada masanya.

Dato' Johari Karl yang masih di situ, terus beredar meninggalkan mereka. Tetapi sempat dihalang oleh Aayan.

"Daddy cakap apa tadi?" Aayan berkata tegas. Melihatkan peristiwa tadi, membuatkan Aayan sedikit was-was kepada bapanya.

'Apa yang daddy kata pada Hana?'

Dato' Johari Karl tidak membalas sebaliknya terus beredar dari situ. Aayan dan Rihana dibiarkan begitu saja.

Aayan mendengus perlahan. Tubuh belakang bapanya dipandang tajam. Dari dulu lagi, dia tidak menyukai sikap bapanya. Bapanya yang selalu dengan kerja yang dia sendiri benci. Kerja dalam dunia gelap.

Rihana yang memerhati Aayan yang sedang menggenggam penumbuk itu dipandang. Cepat-cepat tangan suaminya dicapai dan diusap lembut. Tidak tahu dari mana dia mula mendapat keberanian untuk memegang tangan itu. Yang penting dia ingin menyalurkan ketenangan buat suaminya yang sedari tadi memandang ayah mertuanya tajam.

Aayan memandang tangan Rihana yang memegang erat tangannya. Wajah Rihana dipandang.

"Sorry." Tangannya dilepaskan.

Aayan pantas menahan. Tangan Rihana diraih kembali.

"Thanks. Sejuk sikit hati ni lepas Hana pegang tangan abang." Ucap Aayan sambil tersenyum.

Rihana sudah menahan malu. Hatinya mula berdegup kencang. Tak sangka Aayan akan meraih tangannya kembali. Tetapi, paling yang dia tidak sangka ialah Aayan bahasakan dirinya abang!

ABANG?!!

Rihana terasa bagaikan dia bersama Aayan di dunia lain. Penuh kegembiraan dan gelak ketawa. Rama-rama beterbangan sana-sini. Bunga-bunga menari-nari sambil mengeluarkan bau yang sungguh mekar. Udara bertiup sepoi-sepoi bahasa.

"Hana!"

Rihana tersentak. Matanya bulat memandang Aayan yang baru sahaja menjentik jari di hadapan wajahnya. Seketika dia tersedar ke alam realiti.

Melihatkan tangannya yang tidak berada dalam genggaman Aayan membuatkan dia sedikit keliru.

'Tadi tu hanya khayalan?'

"Mengelamun ke?" Soal Aayan pelik. Seolah-olah isterinya itu baru sedar dari mimpi.

"Tak. Tak. Kenapa-kenapa tadi? Maksud saya awak tanya apa tadi?" Soal Rihana gagap. Dia salahkan dirinya kerana mengelamun tadi. Ada ke patut mengelamun pasal Aayan bahasakan dirinya abang. Rihana mengutuk dirinya dalam hati.

"Tak ada apalah. Jom la masuk bilik. Dah lewat." Ajak Aayan sebelum melangkah. Sebenarnya niatnya hanya ingin menanyakan perihal bapanya tadi, tetapi apabila melihat Rihana yang seakan mengelamun terus dia batalkan niatnya itu.

Rihana mengangguk perlahan sambil memandang tubuh belakang Aayan dan terus mengikutinya naik ke bilik. Sejenak dia menghembus nafasnya.

'Tak mungkin dia cintakan aku.'

Bayangan Dareena terus terlakar di otaknya. Sahabatnya itu pasti sudah berada dan sentiasa ada dalam hati Aayan. Tiada sesiapa yang mampu mengambil tempat Dareena yang sangat rupawan. Walaupun dia sendiri sebagai isterinya.

Rihana terus berjalan sehingga terpandang satu tubuh yang berdiri di sebalik dinding di ruang tamu itu. Sepasang mata itu melirik sinis memandangnya. Senyuman penuh tanda makna itu dituju buat Rihana.

Rihana cepat-cepat melarikan pandangannya. Dia takut kalau-kalau orang itu mengapa-apakannya.

********************

Dareena menutup laptopnya kemudian merenggangkan tubuh badannya yang sudah sekian lama duduk di atas kerusi pusing. Resume yang sudah siap dipandang puas.

Dia terus bangun dan menuju ke katilnya. Tiba-tiba, Dareena tersepak sesuatu di bawah katil. Jari kakinya diurut sebelum menyalahkan dirinya kerana meletakkan kotak hadiah di situ.

"Letak situ lagi Dareena. Kan dah kena."

Dareena tunduk sebelum mula terdiam. Kotak hadiah itu dipandang dengan malas. Tertulis di atasnya...

Our memories together.

Tak lain tak bukan kotak ini mengandungi semua kenangannya sepanjang dia menjalinkan hubungan bersama Aayan. Ada patung beruang, surat-surat cinta, jam tangan, perfume dan ada juga alat make-up. Yang lain semua penuh dihiasi kelopak bunga dari pelbagai jenis.

Dareena menutup kotak hadiah itu agak kasar. Dia mahu lupakan semua kenangannya bersama lelaki itu. Kalau hendak buang kotak ini, dia sanggup buang asalkan dia tidak mahu ada kaitan lagi dengan bekas tunangnya itu. Dia perlu memulakan hidup baru.

Kotak itu dicampakkan agak kasar ke tepi dinding. Melihatkan waktu sudah masuk ke jam 10 malam membantutkan niatnya untuk buang.

"Esok jela aku buang."

Pintu dibuka dan terus berjalan keluar meninggalkan bilik. Sekarang bukan waktu untuk dia tidur. Kebiasaannya jam 12 ke atas baru dia masuk untuk tidur.

Dia berjalan naik ke tingkat atas. Di tingkat ini, hanya terdapat pejabat arwah papanya, 2 bilik air, bilik game dan 1 ruangan khas tempat mereka sekeluarga solat.

Pintu pejabat arwah papanya dibuka dan terus dia nyalakan lampu. Serta-merta tempat yang gelap itu berubah terang. Dareena memandang pejabat itu dengan rindu. Susunan dan kedudukan dalam pejabat ini masih sama dari dulu. Cuma orangnya yang sudah tiada.

Dareena terus berjalan sehingga sampai ke meja khas tempat arwah papanya duduk kerja di situ. Atas meja itu kosong dan hanya tinggal sebuah komputer yang Dareena yakin masih boleh dihidupkan. Walaupun sudah hampir 9 tahun bapanya telah pergi, namun pejabatnya tetap bersih. Pasti kerja mamanya yang membersihkan pejabat itu setiap minggu.

Laci meja itu ditarik saja sebelum terlihat satu gambar lama di atas timbunan kertas. Gambar perkahwinan mama dan papanya 28 tahun yang lalu. Dapat dia lihat wajah mereka tidak tersenyum walaupun di hari bahagia mereka.

Seketika Dareena tergelak kecil. Dia teringat kata-kata mamanya yang mengatakan sikap Dareena hampir sama dengan sikap bapanya. Manakala, sikap Dayyan hampir sama dengan sikap mama.

Wajah papanya diusap. Air matanya ditahan.

"I wish I could meet someone who is just like you."

Sikap papanya membuatkan dia tekad untuk cari lelaki seperti papa untuk dijadikan suami kelak. Dia fikir Aayan orangnya. Namun, mujur dia tidak berjodohan dengan lelaki itu. Baik sakit hati sekarang daripada nanti.

"Nama dia Emir."

Kata-kata Pak Wahab tempoh hari betandang ke fikirannya. Walaupun, wajah lelaki itu tidak pernah dia lihat tetapi mungkin segaris nama itu memudahkan Dareena untuk mencarinya walaupun kemungkinan besar untuk menemukan lelaki itu agak mustahil.

Kata Pak Wahab lagi tempoh hari bahawa dia hampir kena bawa dengan lelaki jahat. Lagi bertambah semangat Dareena untuk berjumpa dengan lelaki bernama Emir itu.

Gambar lama itu diletak kembali. Kakinya melangkah keluar dari pejabat itu apabila dia merasakan dia sudah berada lama. Tidak lupa untuk dia mematikan semula lampu.

"Dareena buat apa kat sini?"

Dareena terkejut sebelum memandang belakang melihat gerangan yang menegurnya tiba-tiba. Wajah mamanya menjadi tatapan.

"Mama, jangan terkejutkan Dareena."

Puan Aleeza buat tidak endah malah tersenyum melihat Dareena yang sudah memandangnya tidak puas hati.

"Dareena masuk bilik dulu." Dareena pantas berlalu.

Puan Aleeza memerhatikan Dareena yang sudah menuruni anak tangga. Pintu pejabat arwah suaminya dipandang sebelum memandang kembali ke arah tangga. Dia tersenyum kecil.

Finally, siap pun hahahah!! Btw, Zy ada letak cover baru tapi pecah :') Hmm tak taulah nak buat macam mana... Stay tuned for the next chapter ✓

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience