"And in the middle of my chaos, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kakinya melangkah menuruni anak tangga perlahan-lahan sambil matanya fokus pada skrin i-phone miliknya. Tiada apa sebenarnya yang mahu dilihat cuma dia bosan. Twitter, instagram, tiktok semuanya sudah dia masuk ulang beberapa kali.
Sudah 2 hari sejak kejadian di majlis perkahwinan tersebut, namun Dareena tetap begitu. Tiada apa yang mampu menarik perhatiannya sekarang. Fikirannya asyik terngiang benda yang sama. Dia menghembus nafasnya kasar.
'Tak ada ke benda yang aku boleh buat nak bagi lupa benda ni? Semak betul la!'
"Baru turun?"
Dareena menoleh memandang Dayyan yang sedang bersenang lenang di atas sofa di ruang tamu.
"Kau tak de kelas?" Soal Dareena. Sofa di situ dituju.
"Tak de." Balas Dayyan. Gula masam yang berada dalam balang itu dicapai dan terus dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Mama mana?"
"Butik."
Dareena memandang Dayyan yang sibuk dengan gula masamnya. Sebelah tangannya lagi memegang i-phone. Televisyen yang memaparkan movie Thailand itu dibiarkan terpasang. Dareena pantas mengambil 'remote control' di atas meja kopi itu.
"Hei kau ni la. Kalau tak nak tengok, jangan la pasang." Dareena terus mengalih rancangan. Dayyan mencebik.
"Biarlah. Sunyi tau rumah ni." Dayyan membalas.
Dareena hanya membiarkan. Sikap Dayyan memang begitu. Jika dia rasa sunyi, dia akan pasang sesuatu biar suasana tersebut tidak nampak sunyi lagi. Jarinya terus menekan-nekan butang di situ sehinggalah sampai ke rancangan berita tempatan. Jarinya terus berhenti.
"Dato' Hirman yang ditangkap curang bersama wanita lain tempoh hari sedang dalam tahanan apabila beliau disabitkan dengan kegiatan menggelapkan wang syarikat beliau."
Dareena memeluk tubuh. Tidak sangka pula Dareena, selain kes curang rupa-rupanya Dato' Hirman terlibat dengan kes lain. Menggelapkan duit syarikat? Sama sekali dia tidak tahu.
'Well, nasib kaulah Dato'. Biar rasa kau kat penjara tu.'
"Kau kenal ke?" Soal Dayyan tiba-tiba. Gula masamnya dibiarkan ke tepi.
"Entah. Aku pun tak kenal." Dalih Dareena.
"Tak adalah. Sebab kecoh pasal Dato' Hirman kat kolej aku." Dareena naik hairan.
"Ha?"
"Aku pun tak faham. Tapi apa yang aku tahu anak Dato' Hirman tu satu kolej dengan aku." Balas Dayyan. Fikirannya cuba mengingati nama dan wajah anak Dato' Hirman.
"Siapa?"
"Entah. Tak kenal." Gula masam itu diambil kembali.
Dareena memandang Dayyan yang asyik melayan dirinya sendiri. Jika anak Dato' Hirman tidak tahu Dareena punca bapanya masuk ke dalam penjara, semuanya akan okay.
Dareena bangun. Kaca televisyen yang memaparkan kes Dato' Hirman itu dibiarkan sahaja.
"Eh? Kau nak pergi mana?"
"Butik."
********************
Pintu kaca ditolak dan Dareena meneruskan perjalanannya sehingga ke pintu kayu yang memaparkan segaris nama yang cukup dikenali.
"Cik nak cari siapa?"
Dareena menoleh ke sisi. Seorang wanita berumur 30-an menarik senyuman manis ke arahnya. Dareena tersenyum malu. Lupa pula Dareena yang identitinya tidak diketahui oleh pekerja di butik milik ibunya.
"Saya nak cari..." Matanya dijelingkan ke arah pintu di sebelahnya. Wanita tersebut yang seakan memahami lirikan mata itu mula bersuara.
"Maaf cik tapi boleh saya tahu kalau cik ada buat sebarang temu janji dengan Madam Aleeza?"
Dareena menggeleng.
"Maaf cik. Saya tak benarkan cik berjumpa dengan madam. Tapi kalau cik nak juga, saya boleh aturkan." balasnya ramah. Dareena pula termangu sendiri.
'Takkan nak jumpa dengan ibu sendiri pun kena appointment??'
"Tapi saya..."
Kata-katanya terhenti. Dia menghembus nafasnya kasar.
"Maaf cik." ucapnya lagi. Dareena hanya memandang wanita itu yang sudah pun berlalu ke mejanya.
Dareena menjeling pintu kayu mewah itu sebelum menyedari tubuh seorang wanita berjalan menghampirinya.
"Madam."
Dareena hanya memandang sahaja kelakuan wanita tadi yang menyambut kehadiran Madam Aleeza atau dengan erti kata lain Puan Aleeza ibunya sendiri.
Puan Aleeza memandang hairan Dareena yang turut ada di pejabat butiknya. Biasa waktu pagi sebegini anak daranya hanya duduk di rumah.
"Kenapa Dareena kat sini?" Soal Puan Aleeza. Sepasang mata itu memandang wajah bersahaja Dareena.
"Maaf madam tapi cik ni tak ada appointment. Saya tak boleh benarkan."
"Hmm faham. Tak apa bagi je dia masuk, Lisa." balas Puan Aleeza seraya masuk ke dalam pejabatnya tanpa menunggu balasan dari setiausahanya, Lisa.
Dareena yang turut malas mahu mendengar balasan Lisa terus melangkah masuk. Lisa di situ dibiarkan sepi. Bibirnya terkatup.
'Haih. Apalah nasib aku.'
Dareena melangkah sehingga sampai ke tengah-tengah pejabat. Ruangan pejabat itu dilihat. Kepalanya dianggukkan. Cantik.
"Kenapa Dareena datang sini?" Soal Puan Aleeza. Kerusi empuk yang diletakkan di hadapan meja kerjanya dihampiri.
"Saja. Bosan." Balas Dareena acuh tak acuh. Matanya masih meliar memerhati pejabat ibunya. Dia tidak pernah menjejakkan kakinya di sini. Kali terakhir sewaktu dia masih di sekolah rendah. Itupun hanya sekali dua.
"Ma." Puan Aleeza mengangkatkan kepalanya memandang Dareena sebelum turun memandang skrin komputer yang baru sahaja dihidupkan.
"Dareena nak kerja." Balas Dareena. Kakinya melangkah menghampiri meja kerja Puan Aleeza.
"Kerja?" Jarinya terus terhenti dari menaip papan kekunci. Matanya naik memandang wajah Dareena yang agak serius.
"Okay boleh." Balas Puan Aleeza setelah mendiamkan diri buat seketika. Dareena pula tersenyum lebar.
"Tapi..."
Senyumannya terus mati.
'Dah agak.'
"Where is your resume?" Soalan daripada Puan Aleeza menghairankan Dareena.
"Resume?"
Puan Aleeza mengangguk sebelum tangan kanannya dihulur. Meminta resume yang dimaksudkan. Dareena termangu sendiri. Takkanlah mamanya serius?
"Hurry!"
"Mama. Apa ni?" Soal Dareena. Resume? Sebegini seriuskah mamanya?
"Huh? Seriously young woman? You came here to ask me for a job but you didn't have a resume to show me?" Puan Aleeza membalas tegas. Dareena sudah mengecilkan diri. Jika dia tahu, awal-awal lagi dia sudah bawa. Tapi, ibunya tak pernah sekali pun sebut pasal ni.
'Resume? I'm your daughter!'
Dareena hanya membalas dalam hati. Takut kalau menjawab, tidak pasal sahaja dia dihalau dari pejabat ibunya sendiri.
"Dareena...tak ada..." Balasnya dengan nada perlahan. Walaupun yang di hadapannya ibunya sendiri, tetapi sekali sudah keluar aura 'Madam Aleeza' dia sendiri kecut perut.
"What do you mean?"
"Err...tak ada. Dareena tak bawa." balasnya.
Puan Aleeza kemudian bangun dari duduknya. Tangan kanannya ditujukan ke pintu kayu pejabatnya. Dareena yang melihat sudah tercengang.
"Mama suruh Dareena keluar?" Balas Dareena tidak puas hati. Seketika dia terlupa dia sedang berhadapan dengan siapa.
"Excuse me?" Matanya tajam menikam wajah anak daranya.
"Maa...I'm serious. Dareena datang nak cari kerja kat sini. Kat butik mama. I want to be a fashion designer. I want to work under your order. You can't do this to me just because right now you are Madam Aleeza. You are my mom. Why can't you help me?" Balas Dareena sambil menatap mata mamanya. Dia sedang serius.
Puan Aleeza memeluk tubuh sebelum berjalan menghampiri Dareena.
"Because right now I'm the chief. Not your mother. You came here as the person who was looking for a job at my office. I can't let you get the job easily just because you are my daughter. Rules are always the rules. You can't ever change it." Puan Aleeza menatap mata Dareena serius.
Bukannya dia tidak mahu Dareena bekerja di butiknya, tetapi dia perlu berlaku adil. Walaupun Dareena anaknya dan mungkin suatu hari bakal mengambil alih butiknya, Dareena tetap perlu bermula dari bawah.
Dareena menundukkan sedikit wajahnya. Anak matanya dilarikan dari memandang ibunya.
"Sekarang Dareena balik. Nanti datang office mama, bawa resume." Arah Puan Aleeza. Dareena mengangguk sekali sebelum dia mula beredar meninggalkan pejabat itu.
Dareena terus berjalan sambil memikirkan kata-kata ibunya tadi. Dia akui kata-kata dari mulut ibunya betul. Mahu bekerja? Dia perlulah mengikut saluran yang betul sepertimana pekerja yang lain. Lagipula, dia tiada pengalaman.
'Haih mama! Tapi janganlah tegas sangat. Takut.'
********************
Mata tajam itu termenung jauh. Dadanya berombak laju apabila dirinya ditangkap oleh isterinya 2 hari yang lalu. Tetapi itu bukan masalahnya, dia masih di penjara ini gara-gara kes gelapkan wang syarikat studionya.
"Bos nak saya buat apa?" Soal Lim merangkap orang kanan Dato' Hirman.
"Cari siapa punca semua ni. Cari siapa perempuan yang ada dengan aku waktu tu. Paling penting..."
Lim setia mendengar.
"Cari siapa yang reportkan aku pasal kes gelapkan duit! Kurang ajar!" Dato' Hirman menghentak meja kayu di hadapannya.
Duit tu! Dia yakin tiada siapa tahu pasal dia gelapkan duit syarikat studionya tetapi...
'Siapa?'
"Lagi satu, panggilkan peguam aku. Suruh dia keluarkan aku cepat." Sambung Dato' Hirman lagi.
"Baik bos." Balas Lim.
Dato' Hirman bernafas laju. Mahu sahaja dia membunuh orang di sebalik semua ni. Isterinya yang sudah kecewa dengan perbuatannya dan anaknya yang sudah tidak menganggap dia sebagai ayah lagi. Dia sudah tidak kisah! Asalkan dia puas untuk menangkapnya.
'Alang-alang dah jahat buat apa berhenti?'
Bisik hatinya. Dia mengetap gigi.
"ABANG BUAT APA NIII??!!!!!"
Jeritan isterinya sewaktu tiba di bilik hotel yang sepatutnya menjadi rahsia terngiang. Disebabkan kes itu dia di sini.
Wajah gadis itu segar di ingatannya. Pakaian gadis itu juga masih terngiang. Baju dress paras paha. Sangat berbeza dengan gadis yang seharusnya menjadi 'hamba'nya waktu itu.
"Tetapi kenapa aku rasa muka dia macam pernah nampak?"
Lim yang mendiamkan diri dari tadi mengerutkan dahi. Siapa dia yang bosnya maksudkan?
Dato' Hirman memejamkan matanya. Wajah yang sangat bersih. Sepasang mata yang cantik. Hidung dan bibir yang sangat sempurna. Solekan yang tampak kemas. Baju dan tudung yang dikenakan mewah dan sesuai dipakai di tubuhnya.
Mengingatkan dia pada...
Sepasang mata itu terus terbuka apabila teringat sesuatu.
"Aleeza."
Share this novel