"And in the middle of my chaos, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Majlis besar-besaran yang dihadiri oleh tetamu kenamaan dilihat bersilih ganti. Semuanya sangat kemas dan elegant. Sepasang mata itu hanya berdiri tegak di samping suaminya yang sedang melayan tetamu di situ sempena meraikan hari ulang tahun yang ke-50 JK Group.
Aayan tampak begitu tampan ditambah pula dengan senyuman manisnya. Tangan dan mulut digerak seiring dengan topik perbualan mereka ketika itu.
"Congratulations!"
"Thank you, Mr."
Rihana di sebelah mempamirkan senyuman yang lebar setiap kali ada tetamu menghampiri mereka. Sebenarnya, dia sudah penat untuk asyik tersenyum.
"Oh, where's Dato' Karl?" Aayan terus menunjukkan arah ke hujung dewan megah hotel ini. Di situ, Dato' Johari Karl bersama dengan CEO hotel lain berbual di situ.
"Thanks."
Aayan menarik senyuman lebar. Beredar sahaja lelaki tadi, terus Aayan bergerak ke kerusi yang disediakan di dewan itu.
"Awak penat?" Soal Rihana yang masih berdiri.
Aayan menangguk. Badannya disandarkan di kerusi empuk yang disarung dengan kain emas putih. Mana tak penatnya, kalau dari petang tadi dia sudah bergegas ke sini untuk persiapan akhir sebelum majlis bermula pada jam 8 malam. Sudah la ini majlis ulang tahun ke-50 JK Group. Jadi, dia tidak boleh hanya sambil-lewa dalam menyediakan persiapan ini. Hendak-hendak lagi apabila semua pihak atasan hotel yang terkemuka di Malaysia dijemput untuk hadir.
"Sekejap. Saya ambil air." Rihana bersuara sebelum bergerak pergi meninggalkan Aayan di situ.
Aayan yang mahu menahan isterinya itu hanya melihat. Bukan apa tadi dia melihat Rihana juga seperti letih dan tak bermaya. Mengantuk pun ada.
Tubuh Rihana yang mahu mengambil gelas itu dipandang sebelum senyuman kecilnya terukir. Isterinya itu kelihatan cantik malam ini.
I-phone yang berbunyi lantas mematikan lamunannya. Nama seseorang tertera di situ.
Rihana yang baru sudah mengambil jus pantas berhenti. Kek brownies, pavlova dan pelbagai manisan dilihat.
"Ambil jela. Sayang tak ada orang makan."
Sedang Rihana ambil...
"Betul tu. Ambil je. Sayang kalau dibuang macam tu je."
Terus Rihana terkaku. Tangannya yang memegang penyepit terhenti. Matanya bergerak perlahan ke sisinya.
Tubuh itu berdiri tegak sambil mengambil strawberi dan memakannya perlahan.
Rihana meletakkan penyepit itu lalu i-phonenya dicapai sebelum dia mula 'record'. Matanya memandang kembali tubuh itu tidak mahu perbuatannya diketahui.
"Aik. Kenapa tak ambil?"
"Nak apa?" Rihana menyoal tegas. Dia tidak boleh tunjuk lemah.
Terdengar tawaan halus keluar dari bibir itu. Kakinya didekatkan menghampiri Rihana yang tegak memandangnya.
"Aku nak apa?" Matanya tajam memandang anak mata Rihana.
"Tak ada apa." Serta-merta tubuh itu dijarakkan semula. Pandangan juga sudah dikalihkan.
"Cuma..."
"Saja nak ingatkan kau perempuan. Aku dan anak buah aku ada di mana-mana. Sekali kau pecahkan rahsia antara kita..." Anak mata itu memandang sinis Rihana.
"Aku tak teragak-agak nak apa-apakan family kau."
Rihana mendengus marah. Jari telunjuknya naik menunjuk ke arah 'dia'.
"Kau jangan apa-apakan family aku." Dengan tegas dan halus, Rihana berkata.
"Depends pada perbuatan kau. Lagi satu, jangan ingat aku tak tahu siapa family kau walaupun kau memang tak ada family." Dengusan Rihana semakin kuat.
"Kejap. Siapa eh family kau. Of course, your husband, Aayan, your family-in-law, jangan ingat aku tak tahu siapa Afrena. And also, anak-anak yatim tempat kau dulu. Last but not least..." Gigi putihnya terlihat apabila dia mula mempamirkan senyuman jahatnya.
"Dareena."
Rihana terus menerpa ingin naik menampar pipi itu sebelum dia mula tersedar. Dia berada di majlis yang besar. Semua orang akan memerhatikannya jika dia berbuat sesuatu yang gila malam ini.
"Pandai kau pilih waktu nak attack aku kan?"
"Of course." Strawberi diambil dan dimakan lagi.
"Macam ini lah Rihana. Kau nak selamat. Kau pun nak family kau selamat. Why not ambil jalan mudah? Just shut up your mouth." Pesannya sebelum beredar dari situ.
Rihana menggigil. Tak boleh! 'Dia' tak boleh apa-apakan orang yang aku sayang!
I-phone dipandang.
'Dareena. Kau je yang boleh tolong aku.'
********************
Panggilan dimatikan. Satu keluhan berat terbit dari bibirnya. Baru sahaja tadi setiausahanya menelefon untuk memberitahu sesuatu.
/// 10 minit yang lalu ///
"Ya, Ed."
"Boss. Saya dah cari apa yang boss nak."
"Okay. Go on."
"Nama dia Emir Riyadh bin Umar Ridhuan. Berumur 26 tahun. Bekerja sebagai pelayan di Restoran Setia Maju and..."
"And?"
"Ermm...dia ex boyfriend isteri boss."
/// Waktu sekarang ///
"Ex boyfriend?" Matanya memandang Rihana yang berjalan ke arahnya dengan jus dan manisan.
"Nah. Air untuk awak. Saya ada bawa juga--" Terus Rihana terdiam apabila Aayan mula berdiri dan meninggalkannya sendirian di situ.
"Aayan?" Panggil Rihana sebelum dia mengorak langkah mengejar Aayan.
Sampai sahaja di luar dewan, laju tangan kecil Rihana menahan lengan sasa Aayan.
"Aayan, kenapa?"
Aayan memandang riak wajah itu kosong. Lengan isterinya dilepaskan perlahan.
"Saya nak tanya awak." Rihana meneguk liurnya.
'Ya Allah, apa lagi?'
"Apa hubungan awak dengan pelayan tu?"
Rihana terdiam. Anak matanya memandang ke arah lain.
"Jawab saya tanya." Aayan bersuara tegas.
Rihana menghembus nafasnya berat. Sudah sampai masanya.
"Sebenarnya,..."
"Dia tu ex boyfriend awak?"
Rihana naik memandang Aayan dengan riak terkejut.
"Macam mana awak--"
Aayan yang malas mahu mendengar dengan lebih lagi, pantas berlalu pergi. Rihana terus mengejar sehingga sampai ke luar hotel.
"Aayan!" Rihana memandang kiri dan kanan ingin mencari kelibat suaminya namun hampa apabila tiada seorang pun di sini. Hari pula sudah menginjak ke 11 malam. Angin malam mula meniup lembut membuatkan Rihana menggosok lengannya.
Hampir 10 minit dia berdiri di luar ini, tapi tiada tanda Aayan akan muncul.
"I'm sorry. Saya sepatutnya lebih jujur dengan awak." Omel Rihana perlahan. Tangga yang ada di situ dihampiri dan duduk. Penat mahu mencari Aayan. Jadi, dia hanya duduk di situ.
Tangannya digosok perlahan. Malam ini terasa sejuk dan dingin. Tangannya dilihat dan mula menggosok bagi menghangatkan tangannya yang sejuk.
Rihana mula terasa penat dan mengantuk. Penghadang tangga disebelah dipandang. Baru sahaja dia ingin menyandarkan kepalanya di situ, ada satu tangan kekar menyelimuti tubuhnya menggunakan kot hitam kilat.
Kepalanya ditoleh ke belakang apabila dia seperti mengenal tangan kekar tersebut.
"Aayan." Nama itu meniti di bibirnya. Rihana kembali berdiri.
"Jom balik. Dah lewat." Arah Aayan sebelum berlalu ke kereta mewahnya. Rihana yang tidak banyak cakap pantas mengikut.
Di dalam kereta, hanya sepi melanda suasana. Radio juga tidak dibuka.
Rihana memandang kedua tangannya yang berada di bawah kot hitam milik Aayan. Sesekali dia cuba menyusun ayat.
"Mama dengan daddy dah balik ke?" Soal Rihana. Ingin memecahkan suasana dingin antara mereka.
"Dah." Antara dengar tak dengar sahaja jawapan yang diberikan Aayan. Rihana menunduk.
"I'm sorry. Saya sepatutnya terus-terang dengan awak lebih awal." Luah Rihana.
Namun hanya sepi yang melanda. Tiada kata yang mahu diucap Aayan ketika itu. Rihana mengeluh perlahan.
"Aayan. I'm sorry." Ucap Rihana sambil mengalihkan tubuhnya menghadap lelaki itu. Namun, sekali lagi Aayan mengendahkan.
Lampu isyarat yang tiba-tiba merah mengejutkan Aayan dan serentak dengan itu, terus dia menekan brek secara mengejut.
Disebabkan itu juga, bahu kiri Rihana hampir terlanggar dashboard di depan. Mujur sahaja Aayan pantas. Tangan kirinya memegang erat lengan isterinya yang hampir berlanggar.
"Duduk elok-elok, please?" Arah Aayan dengan nada risau.
Rihana terus membetulkan duduknya. Suasana kembali sepi antara mereka. Matanya memandang ke arah cincin di jari manisnya dan diusap lembut cincin itu. Nafasnya diambil dan memandang ke depan.
"Aayan."
Aayan diam menyepi. Memberi laluan untuk isterinya berbicara ketika itu.
"Awak tahu tak? Dulu, saya pernah ada suka kat seorang lelaki ni. Kalau nak cerita pasal dia, sehari tak akan cukup."
Rihana menarik nafas.
"Saya tak tahu kenapa saya boleh sukakan dia tapi saya suka tengok senyuman dia, gelak tawa dia, perwatakan dia, cara dia sayangkan seseorang nampak lain kat mata saya. Dia sempurna pada saya. Tapi, walaupun dia dekat sangat dengan saya, hati dia jauh."
Aayan masih setia mendengar di sisi.
"Dia sukakan perempuan lain. Yang jauh lebih cantik, bijak, berkeyakinan dari saya. Lelaki sempurna berganding dengan perempuan cantik dan elegant buat saya sedar diri. Saya mampu tengok dari jauh dan doakan kebahagian mereka."
"Dan sekarang, saya rasa berdosa."
Aayan menoleh. Jelas kelihatan mata isterinya kaca dan bila-bila masa sahaja air mata itu boleh jatuh.
"Saya tak boleh buang perasaan sayang saya kat dia sampai saya sanggup bercinta dengan lelaki lain untuk lupakan dia. Saya perempuan tak guna."
Rihana mengelipkan matanya berkali-kali sebelum kedua matanya yang masih berkaca memandang ke arah Aayan yang sudah memandangnya.
"Dan saya masih suka, sayang dan cintakan lelaki tu..."
"Sampai saya dah jadi isteri dia yang sah."
Muka Aayan terus berubah. Matanya masih bertatapan dengan mata Rihana.
'Rihana sukakan aku dari dulu lagi?'
********************
Mata-mata semua memandang ke arah seseorang yang sedang berjalan dengan penuh gaya di atas karpet merah. Meskipun, dia baru lagi dalam latihan untuk menjadi model, tingkah dan azamnya tidak begitu. Semua orang di situ memuji dan mengaguminya.
"Oh my god! I love it!" Terpampang wajah gembira Puan Wida tatkala melihat Dareena yang seakan sudah bersedia.
Dareena hanya tersenyum lebar. Pujian sudah sebati dalam dirinya.
"Saya rasa awak tak perlukan latihan pun Dareena. Awak perfect!" Senyuman lebar tidak lekang dari wajah Puan Wida.
Dan banyak lagi pujian melambung Puan Wida untuk Dareena sehingga dia terasa senyuman yang diberikan hanya terpaksa dan palsu.
"Saya akan bagitau madam mengenai event kali ni."
Dareena menaikkan keningnya. Dia hanya mengikut Puan Wida menuju ke tingkat atas sehingga tiba di hadapan bilik mamanya.
"Madam! Madam!" Puan Wida menjerit suka tatkala dia dan Dareena memasuki bilik itu.
Puan Aleeza yang ketika itu baru sudah menamatkan panggilan terus menoleh terkejut.
"Wida. I terkejut tau." Puan Aleeza membalas. I-phone disimpan elok di dalam kotnya.
Seketika Puan Wida seperti baru tersedar dengan siapa dia berbicara. Terus dia membetulkan suaranya dan mengawal riak wajah.
Dareena di belakang hanya memerhati. Kalau mamanya dah tukar auranya, anaknya tak boleh nak tolong apa. Dia hanya memandang kosong ke arah Puan Aleeza.
"Maaf madam. Tetapi, saya ada berita yang gembira buat madam." Puan Wida mula menapak satu tapak ke hadapan.
"Go on."
"Dareena Rumaysa dah bersedia."
Puan Aleeza menaikkan keningnya dan wajah anaknya terus ditilik.
"What do you mean?"
"Fashion event hujung bulan ni. Dareena tersenarai madam." Nada Puan Wida semakin tinggi dan senyumannya tidak lekang.
Dareena menyembunyikan senyuman. Pasti mamanya bangga melihat potensi dirinya. Pasti mamanya...
"No."
Anak matanya terus naik memandang wajah Puan Aleeza. Riak wajah berubah.
"Ma-madam? No? Apa maksud madam?" Puan Wida juga tidak terkecuali. Terkejut bukan main dia apabila Puan Aleeza berkata begitu.
"Atau madam nak bukti? Saya ada bukti madam kalau madam tak percaya." Puan Wida pantas mengeluarkan telefon pintarnya sebelum perbuatannya itu dicantas oleh kata-kata majikannya.
"No need. I believe she a very talented and fast learner." Balas Puan Aleeza. Dareena hanya memerhati. Sungguh, dia tidak faham dengan apa yang sudah terjadi.
"But, she need to learn more."
Dareena berdecit sehinggakan Puan Aleeza dan Puan Wida memandangnya.
"Mama. I already work here for 1 month. I don't know what are you trying to say but please, make it clear."
"What are the point that you don't understand? I said that you need to lea-"
"Mama. You don't even there to watch and see me. Puan Wida did! She gives me motivation and support and you? Bilik latihan pun mama tak pernah jejak. And now, you want to say that I need to learn more?" Dareena membalas dengan semua rasa di dada.
Selama sebulan, Puan Aleeza tidak pernah bertanya hal kerjanya dan tidak pernah datang untuk melihat dia berlatih. Sebagai seorang anak, dia terkesan.
"Am I being too childish for you, mama?"
Puan Aleeza hanya menunduk sebelum dia mendengar pintu bilik dikuak. Tahulah dia bahawa Dareena sudah pergi dari biliknya.
Puan Wida yang masih setia di situ juga meminta izin untuk beredar. Puan Aleeza hanya mengangguk. Kini, dia bersendirian.
Puan Aleeza mengambil nafasnya dan berjalan ke tepi tingkap untuk mengambil pemandangan. Bangunan JK Studio yang terbina sergam indah itu dipandang tajam. Serta-merta perbualan bersama seseorang sesaat sebelum Dareena dan Puan Wida muncul mula terngiang.
/// 10 minit yang lalu ///
"Hello. Is this Puan Aleeza Al-Jannah? The founder of Jannah Magic Fashion?"
Puan Aleeza hanya mengiyakan. Kertas-kertas yang sudah siap ditanda tangan diletakkan di tepi.
"I am the new secretary of CEO JK Studio, Nina." Puan Aleeza terus terdiam. Pen diletakkan di tepi seraya dia mula bangun.
"If you want to say about the upcoming fashion event, I don't want to say about it. I want to cancel our agreement since Dato' Hirman get caught by the police."
Sebenarnya, butiknya sudah bertahun bekerjasama dengan syarikat studio JK kerana kualiti mereka mengambil gambar model-modelnya. Memang tidak dinafikan hasil kerjanya semua cantik. Tetapi semenjak kes itu, Puan Aleeza terus membatalkan perjanjian kerjasama mereka kerana dia tidak mahu butiknya terpalit sama dalam kes tersebut.
"About that, the contract can't be cancel. Board of directors all agreed that Puan Aleeza have to continue the contract." Balas Nina di hujung talian.
"What?!" Puan Aleeza mula mundar-mandir.
'Kenapa tiba-tiba semua ahli lembaga pengarah setuju? CEO tu dah masuk dalam kot.'
"I'm so sorry about that-"
"Who?"
Nina menaikkan keningnya.
"Can you explain-"
"Who is your new CEO, miss Nina?" Puan Aleeza mengawal nafas dan nadanya.
"Datin Mawar Sandra."
Puan Aleeza terus mematikan panggilan.
'Mawar?'
'I knew something bad happen when it's come to you.'
/// masa sekarang ///
Puan Aleeza menarik tirai. Sakit matanya apabila melihat bangunan itu.
"Am I being too childish for you, mama?"
Tubuh Puan Aleeza terus terhenti. Rasa amarahnya tadi terus lesap. Wajah penuh kecewa itu diingat kembali.
'Sorry sayang. I have to protect you.'
It's been a year since I publishedy last chapter(´°̥̥̥̥̥̥̥̥ω°̥̥̥̥̥̥̥̥`) hope you guys enjoy!
Share this novel