Bab 20

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .
Pintu rumah dibuka sejurus sahaja kasut kulit hitam kilatnya dibuka. Tubuhnya dibawa ke sofa di ruang tamu. Penatnya masih tidak hilang. Dari pagi sehingga jam 6 petang, kerjanya bertimbun. Mesyuarat berderet untuk minggu ini.

"Aayan. Baru balik?" Soal Rihana di hujung sofa. Bunyi pintu dibuka menggerakkan hatinya untuk melihat. Rupanya, hanya Aayan.

Aayan mengangguk kepenatan. Matanya ditutup sekejap bagi menghilangkan rasa penat.

Rihana memandang penuh simpati. Pasti suaminya itu terlalu penat. Lihat dari riak wajahnya sahaja sudah tahu.

"Awak dah makan? Kalau belum jom kita makan sekali." Ajak Rihana. Dalam hati, dia berdoa dan berharap bahawa Aayan akan menerima ajakannya.

Aayan membuka matanya. Wajah Rihana dipandang sebelum dia mula bersuara.

"Saya dah--"

Kata-kata yang hampir keluar dari bibirnya ditarik. Sebenarnya, dia sudah makan malam bersama pengarah-pengarah hotel lain sejurus sahaja habis mesyuarat. Tapi, apabila melihat wajah isterinya yang seperti berharap tiba-tiba sahaja dia mati kata. Atau lebih tepat, dia tidak sampai hati. Lagi-lagi apabila Rihana mengatakan dia mahu makan bersama dengannya.

Aayan menarik nafasnya sebelum dia mula berdiri. Kot kerjanya dibuka dan diletakkan di sisi sofa berhadapan Rihana yang masih menunggu jawapannya.

"Saya belum makan. Jom." Balas Aayan sambil tersenyum kecil. Tubuh isterinya dipusingkan dan menolak perlahan tubuh kecil itu terus ke dapur.

Rihana menyembunyikan senyumannya. Gembira? Pasti! Hanya Allah sahaja tahu betapa gembiranya dia saat ini.

"Sekejap! Saya nak ambil kot awak." Pinta Rihana. Tubuhnya dipalingkan mahu mengambil kot Aayan yang tersadai di sofa. Dia mahu membasuh kot tersebut memandangkan bilik 'laundry' bersebelahan sahaja dengan dapur.

Aayan pantas menahan. Isterinya pantas ditolak perlahan ke dapur.

"Nanti je ambil. Saya lapar." Pintas Aayan. Mujur sahaja dia teringat ada lipstick dalam kot kerjanya. Nanti apa kata isterinya jika dia ternampak lipstick yang bukan miliknya. Hendak-hendak lagi lipstick tersebut kepunyaan Dareena.

Rasa hairan singgah dalam dada Rihana. Namun, dia cuba lupakan rasa itu. Kasihan pula apabila melihat wajah suaminya yang menahan kelaparan jika dia membuat keputusan mahu membasuh kot kerja tersebut.

********************

Udara segar dihirup semahunya. Selepas berminggu di dalam penjara, dia akhirnya boleh bebas. Matanya memandang ke arah Lim yang setia di sisinya.

"Macam mana dengan studio aku waktu aku tiada?" Soal Dato' Hirman. Pihak pengurusan studionya pasti sedang huru-hara dengan berita kes penggelapan wang syarikat studionya.

"Mereka dah buat mesyuarat Dato'." Ujar Lim.

"Apa?!"

Lim menundukkan wajahnya. Gerun melihat wajah majikannnya tatkala riak marah menyingga.

"Siapa?"

"Apa?"

"Siapa?! Siapa jadi pengarah baru? Siapa gantikan aku?!" Tangan Dato' Hirman pantas menggenggam baju kemeja Lim. Amarahnya semakin menggunung.

"Dato' Johari Karl."

Dengar sahaja nama tersebut, Dato' Hirman pantas menolak kuat tubuh Lim sehingga terjatuh. Dadanya berombak kuat. Tak mungkin!

"Kenapa kau biarkan jantan tu takluk syarikat studio aku?!" Amuk Dato' Hirman.

Lim pantas melutut.

"Maafkan saya dato'. Mesyuarat tu dapat persetujuan penuh dari pengarah dan CEO syarikat lain. Saya tak dapat halang." Balas Lim. Wajahnya hanya tunduk dari tadi.

"Tapi dato', saya tak rasa Dato' Johari akan wakilkan diri dia menjadi pengarah syarikat studio dato'." Ujar Lim sambil menegakkan tubuhnya.

"Apa maksud kau ni?" Soal Dato' Hirman bengang.

"Dato' Johari Karl CEO JK Group. Syarikat studio dato' di bawah JK Group milik Dato' Johari. Saya tak rasa dia akan lantik diri dia menjadi pengarah studio kalau dia masih lagi CEO JK Group." Terang Lim berhati-hati.

Seketika dia terfikir. Ada betulnya kata-kata Lim. Kenapa pula Dato' Johari Karl mahu menjadi pengarah sedangkan jawatan yang dia sandang sekarang jauh lebih besar dan berpengaruh?

"Jadi, kau nak cakap Johari akan calonkan orang lain?" Soal Dato' Hirman. Lim mengangguk.

"Minggu depan ada mesyuarat rasmi terakhir untuk pencalonan pengarah studio."

Dato' Hirman mengangguk faham. Pasti waktu tu Dato' Johari akan mengumunkan calon pengarah. Dia perlu bertindak pantas. Dia tidak mahu sesiapa mengambil jawatan tu!

Sepuntung rokok dibawa keluar bersama 'lighter'. Dia menghisap rokok tersebut semahunya. Setelah sekian lama di dalam penjara membuatkan dia jadi gila gara-gara tidak menghisap rokok kesayangannya. Ketagih.

Lim berdiri sedikit jauh apabila melihat Dato' Hirman yang mahu merokok. Walaupun Lim seorang lelaki kacukan Cina, sebatang rokok pun dia tidak pernah cuba. Mahu dibaling kuali dengan mama dan kekasihnya kalau dia berani untuk menghisap.

"Lim."

"Ya, dato'." Balas Lim. Asap rokok cuba untuk dia tahan.

"Kau ada info pasal budak tu."

Sejak mengetahui status antara 2 beranak tersebut, Dato' Hirman menjadi semakin tidak keruan.

"Dia sekarang bekerja sebagai pelatih model bawah agensi butik Puan Aleeza." Balas Lim. Bukan dia tidak tahu 'budak' yang dimaksudkan Dato' Hirman adalah Dareena.

"Hmm...interesting. Ibu borek anak rintik." Rokok yang tersemat di jarinya dibuang. Wajah Lim dipandang.

"Keep watching her. Make sure kau tak tinggal satu pun maklumat pasal dia or family dia."

Lim menegakkan tubuhnya sebelum mengangguk. Dato' Hirman pantas berlalu ke kereta mewahnya. Lim yang sememangnya berdiri di tepi pintu penumpang cepat sahaja membukakan pintu buat majikannya itu.

"Dato' maaf tapi dato' nak buat apa kali ni?" Lim bertanya walaupun suaranya agak gementar. Tak salah kan dia nak tahu?

Dato' Hirman tidak memandang ke arah Lim sebaliknya telefon pintarnya dibawa keluar. Lim hanya memerhati sambil menanti.

"No need to know. Just do your job. Don't worry kerja kau kali ni lagi mudah nak stalk family tu."

Lim mengangkat mukanya. Air liurnya ditelan payah.

"Nak tahu sebab apa?" Soal Dato' Hirman sinis.

Lim menggeleng walaupun dia tahu jawapan itu.

"Sebab ketua keluarga tu dah mampus." Ujar Dato' Hirman seraya gambar seorang lelaki ditunjukkan kepada Lim yang masih terdiam.

"Yeah. Thank to you. Because of you, aku dan kau, sama-sama dapat untung." Gelak Dato' Hirman kuat.

Lim menundukkan wajahnya. Pintu penumpang ditutup.

Kejadian 8 tahun lepas serta-merta terjah ke dalam memorinya. Dia tidak akan lupa jeritan meminta tolong lelaki itu sewaktu akhir hayatnya.

"Tolong! Sesiapa tolong saya!"

Lim memejam matanya rapat. Cuba dibuang jauh peristiwa hitam itu.

"Keep watching her. Make sure kau tak tinggal satu pun maklumat pasal dia or family dia."

Kenapa? Kenapa dia perlu terlibat dengan keluarga ni lagi setelah apa yang dia dah lakukan?

********************

Sepasang mata itu terbuka luas. Dadanya berombak laju. Nafasnya tidak teratur.

"Tolong! Sesiapa tolong saya!"

Suara tu.

Riyadh memejam matanya. Kenapa mimpi tu datang balik?

/// 8 tahun lepas ///

Jalan raya pada lewat malam itu menambahkan rasa sunyi di hatinya. Kertas resume diseluk ke dalam beg lusuhnya. Harini saja ada 4 temu janji untuk pengambilan pekerja syarikat. Penat tetapi rasa bimbangnya lagi dalam. Kalau ditolak sekali lagi...

Riyadh menghirup udara segar malam itu. Nyaman dan sejuk. Mujur dia memakai jaket hitam kesayangannya.

Walaupun sudah menginjak ke pukul 11 malam namun jalan raya di sekitar itu tidaklah terlalu sunyi. Masih terdapat juga kenderaan yang lalu lalang di sebelah laluan pejalan kaki ini.

STREEEEETTTTT

Bunyi geseran tayar yang kuat itu membuatkan kepala Riyadh tertoleh ke belakang. Satu kenderaan menghala laju ke arahnya. Serta-merta mata coklat gelapnya membesar apabila lampu kenderaan tersebut tersuluh ke arahnya.

"AARRGGGGHHH!" Tubuh Riyadh tergolek ke atas jalan tar yang lengang. Mujur dia sempat elak.

Sepasang mata itu terus tertumpu ke arah kereta mewah yang berada betul-betul berhampiran gaung. Jika tersalah sedikit pasti kereta itu sudah terjatuh jauh ke dalam gaung yang agak dalam.

"Tolong! Sesiapa tolong saya!"

Nafas Riyadh turun naik dengan laju. Orang tu masih hidup! Lengan dan lututnya yang sudah berdarah diabaikan. Sedaya upaya dia cuba untuk bangun.

Riyadh menghampiri kereta tersebut dengan tempang. Lututnya terasa sakit. Wajah seorang lelaki yang berusia 40-an itu memandangnya dengan kuyu. Tangan kanannya diangkat seperti mahu meminta tolong.

"Tolong saya."

Suaranya juga semakin perlahan.

Riyadh mempercepatkan langkahnya. Rasa sakit di kakinya semakin terasa. Cermin hadapan kereta yang menghadap Riyadh sudah pecah menampakkan lagi wajah lelaki itu yang seperti mahu pengsan. Mungkin sahaja kerana kehilangan banyak darah.

STREEETTTTT

Riyadh terhenti. Bunyi yang seperti datang dari arah kereta tersebut menandakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi. Nafasnya tersekat apabila melihat kereta tersebut perlahan-lahan terundur ke belakang menghampiri gaung.

"WAIT! WAIT! NO!" Riyadh cuba berlari.

Kereta tersebut semakin ke belakang. Riyadh dapat melihat wajah sayu lelaki itu memandangnya penuh harap. Riyadh yang sudah di sebelah pintu pemandu, terus mahu membuka pintu. Wajahnya semakin cemas. Kaki kanannya betul-betul di tebing gaung.

"Pakcik buka pintu!" Jerit Riyadh sambil mengetuk pintu cermin tersebut.

Namun, lelaki itu hanya tersenyum sebelum air matanya perlahan-lahan turun.

"Tolong jaga keluarga saya."

Riyadh terpinga. Walaupun begitu, tangannya kuat menarik pintu yang berkunci. Besi yang terletak 3 langkah darinya diperhati.

'Aku kena selamatkan pakcik ni.'

Dengan cepat dia mencapai besi tersebut.

Tetapi....

BUUUMMMBB

Besi yang dipegang terlepas dari pegangannya. Kereta tadi sudah tiada. Tahulah dia bahawa kereta tadi sudah terjatuh ke dalam gaung. Lututnya terasa lemah terus dia terduduk. Tidak percaya dengan kejadian tadi.

Pakcik tadi...

Masih hidupkah?

/// waktu sekarang ///

Mata sayup memandang ke alas cadar tilamnya. Jujur, kejadian itu masih segar dalam ingatan.

Lepas sahaja kejadian itu, dia terus disoal siasat oleh polis memandangkan dia merupakan saksi terakhir. Mujur tiada apa yang berlaku.

"Tolong jaga keluarga saya."

Dia menghembus nafasnya. Dia sekali pun tidak pernah terserempak dengan ahli keluarga lelaki itu. Walaupun dalam balai.

Tubuhnya dibaringkan semula. Siling rumah ditatap dan mengharap mimpi itu tidak datang lagi.

Finally sudah siap pun bab ni ಥ⁠‿⁠ಥ I'm so sorry for taking so long untuk siapkan satu bab ni jeee (⁠ᗒ⁠ᗩ⁠ᗕ⁠) Stay tuned ✓

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience