Bab 8

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .
Pintu kayu ditutup rapat dan perlahan. Masuk sahaja ke dalam bilik tidurnya, katil bujang usangnya didekati. Penat bekerja masih tidak hilang. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar jean. Duit dari titik hasil peluhnya bekerja dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam tabung besi yang sudah berkarat.

Dia tersenyum. Dengan adanya duit itu, dia mampu untuk menampung perbelanjaan dia sekeluarga.

Dia bangun dan mencapai tuala yang disidai di belakang pintu kayu itu. Ingin membersihkan diri setelah penat bekerja. Baru sahaja dia ingin mencabut seluarnya, dia terasa sesuatu. Poket kiri seluarnya diraba sebelum dibawa keluar.

Seutas gelang tangan berwarna putih itu dipandang. Nampak mewah dan mahal. Dia menghembus nafasnya. Buntu memikirkan cara untuk mengembalikan semula gelang ini ke tuannya. Melihatkan gelang itu yang tampak mahal pasti tuannya juga bukan dari kalangan sepertinya.

********************

Sepasang mata itu memerhati seorang lelaki muda dari atas sampai bawah. Pakaian lelaki itu juga diperhati. T-shirt hijau tua yang agak lusuh itu dipandang dengan wajah yang tidak percaya.

"Err...betul ke encik dijemput?" Soal pengawal di situ.

"Iya. Macam yang kau nampak. Aku ada kad jemputan. Which means aku dijemput, kan?" soalnya. Dia sudah agak ini yang akan terjadi apabila melihat pengawal itu memandangnya atas bawah berulang kali. Sesekali dahi pengawal itu berkerut.

Pengawal itu tersengih sebelum memerhati kad jemputan itu sekali lagi.

"Bagi jela dia masuk. Dia ada kad tu kan?" Rakan pengawal di sebelahnya menyampuk.

"Haih. Teringat pula kat minah sewel tadi." Sambungnya sebelum tergelak kecil. Perempuan berambut perang yang diseret olehnya tadi diingat balik. Puas juga nak heret dia keluar dari situ.

Lelaki itu hanya memandang mereka berdua yang gelak dari tadi. Bila nak masuk?

"Maaf encik. Sila." Pengawal itu mempersilakannya untuk masuk ke dalam. Lelaki itu terus berlalu meninggalkan mereka.

Masuk sahaja, suasana bagaikan janggal baginya. Manakan tidak, semua orang di situ semuanya berpakaian formal dan mewah. Makanan dan bufet dihidangkan oleh cef yang terkenal di tanah air itu dipandang dengan teruja. Lampu chandelier yang tergantung di tengah-tengah pelamin tersergam indah. Beberapa pengawal di dalam dewan itu juga berdiri di setiap penjuru dewan bagi memastikan keselamatan tetamu terjamin.

Lelaki itu menghembus nafasnya. Kalau mahu cerita detail, memang takkan habis. Lagipun, dia ke sini hanya kerana...

"Honey. Tengok tu. Betul ke dia tetamu kat sini?" Matanya terarah ke seorang wanita bersanggul tinggi dan berpakaian kebaya yang sedang berbisik ke telinga seorang lelaki berpakaian tuksedo. Suaminya mungkin?

Telinganya terdengar pula bisikan dari arah kirinya. Turut ada beberapa wanita 40-an yang sedang berbisik sesama sendiri. Matanya memerhati sekelilingnya. Rata-rata semua tetamu di situ memandangnya dengan pandangan hairan. Ada juga memandangnya dengan jelek.

"Baju dia buruk betul."

"Ada orang order grab food ke?"

"Kenapa Dato' jemput dia? Kenal ke?"

"Sesat ke apa? Hahahahaha."

"Peminta sedekah."

"Orang miskin."

Kakinya laju melangkah meninggalkan dewan dan terus menghala ke tangga kecemasan hotel. Dia menggenggam penumbuknya. Matanya tajam apabila teringat balik kata-kata sinis daripada mereka.

'Salah ke jadi miskin?'

Nafasnya turun naik. Ditumbuknya dinding di sebelahnya bagi melepaskan kemarahan yang masih berbaki. Baju hijau tua yang dikenakan itu dipegang. Sekejap lagi dia perlu untuk masuk kerja dan kerana itulah dia memakai baju itu. Malas hendak menukar pakaian apabila sampai di tempat kerjanya.

Rambutnya dikusutkan. Dia perlu cepat berjumpa dengannya sebelum masuk waktu kerja.

"Kenapa kau jemput aku?" Omelnya sendiri. Tangga menuju ke tingkat atas dipandang. Setahunya ini tingkat yang paling atas. Melihatkan ada pintu di tingkat atas itu terus menggerakkan hatinya untuk terus melangkah.

Tombol pintu dipulas. Suasana terang dan langit menjamu matanya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

'Rooftop?'

Kakinya diteruskan sehingga ke tempat seperti penggambaran. Kamera sana sini. Tetapi bukan itu yang menarik perhatiannya. Tubuhnya dilindungkan ke belakang pokok pasu besar apabila terlihat pengantin lelaki bergaduh. Tetapi dengan siapa?

"Hal apa ni? You merepek apa?"

"Masih nak berdalih?"

Sepasang matanya terus memerhati mereka.

"Baik you beritahu I apa yang you merepek ni. Terus jadi tak betul ke lepas kahwin dengan perempuan--"

"You keluar dengan jantan lain!"

Matanya terus membulat. Perempuan tu ada lelaki lain? Tetapi kenapa? Kenapa perempuan tu sanggup nak--

"Jap! Jap! Apa kena dengan aku ni? Biarlah masalah diorang pun. Tak ada kena mengena dengan aku pun." Bebelnya sendiri.

"You nak I ulang? Ok, fine. You, Dareena Rumaysa keluar dengan jantan lain."

"PAP!"

Mulutnya sedikit melopong. Perempuan tu tampar? Damn! It must be hurt.

"You jangan sebut nama I lagi. Sampai hati you tuduh I ada jantan lain. Tak cukup lagi ke dengan kesetiaan I. I dekat sana setiap hari teringatkan you. You buat apa. You dah makan ke tidak. You kerja okay ke tak. Tapi you..."

Dirinya mula terdiam. Dia boleh dengar getaran kecil dari mulut perempuan itu. Walaupun dia tidak dapat melihat wajah perempuan itu, tapi dia boleh merasakan pasti perempuan itu sedang menahan tangisnya.

Sama ada dia bercakap benar ataupun tidak, dia sendiri tidak tahu. Lagipula, ini bukan halnya. Dia sepatutnya tidak masuk campur.

Wajah pengantin lelaki itu dipandang. Handsome. Kaya. Anak CEO. Tinggi. Pengantin lelaki itu jelas menunjukkan ciri-ciri suami idaman wanita luar sana.

'Sebab tu ke kau pilih dia?'

Wajah bayangan gadis cantik itu menerpa memorinya. Betapa bahagianya saat itu apabila teringatkan kembali saat manis mereka. Senyuman itu. Sepasang anak mata berwarna coklat gelap. Pipinya yang bersih. Bulu mata dan kening yang terletak elok dan cantik. Comel!

Dia tersenyum sendiri sebelum senyumannya kembali memudar.

"Saya-saya nak minta putus."

Kata-kata daripada wanita yang pernah disayangi terlalu perit untuk dia terima. Dia sedar dia terlalu banyak kekurangan tetapi kata-kata 'putus' itu benar-benar mengecewakan dirinya. Berbulan jugalah dia menguatkan hatinya kembali untuk melupakannya. Sampai ke hari ini, kenapa wanita itu mahu menjemputnya? Apa yang dia mahu tunjuk? Jika benar wanita itu benar-benar mahu berpisah dengannya, kenapa dia dijemput sebagai tetamu?

"Siapa pengantin perempuan tu?"

Soalan dari wanita itu menarik perhatiannya. Serta-merta dia teringatkan wanita yang pernah bertakhta di hatinya.

Dia menghembus nafasnya perlahan. Rasanya dia perlu pergi memandangkan masih berbaki 20 minit lagi masuk waktu untuk dia bekerja. Baru sahaja dia ingin menoleh, dia terhidu sesuatu. Bau aroma minyak wangi vanilla menusuk ke hidungnya.

Matanya cepat meliar memerhati sekeliling sebelum matanya menangkap kelibat seorang wanita berbaju dress labuh berjalan menghampiri mereka. Dari riak wajah wanita itu, pasti dia tidak tahu apa yang sedang terjadi antara mereka.

"Aayan. Jom sambung photo--"

Ketika ini, baru dia dapat melihat sipi wajah wanita itu saat wanita itu menoleh ingin memandang gerangan yang menyampuk.

"Patutlah kau tak angkat call aku kan Rihana?"

Dahinya berkerut. Macam mana wanita itu boleh kenal Rihana? Siapa dia?

Baru sahaja dia ingin mendengar dengan lebih lanjut, tiba-tiba sahaja telefonnya berdering. Dia cepat-cepat mengangkat panggilan sebelum kehadirannya disedari oleh mereka di situ.

"Ya. Kenapa call aku ni?"

"Kenapa kau tanya? Sedar tak pukul berapa sekarang ni?"

Lelaki itu mengangkat bahunya. Angka yang tertera di atas skrin telefonnya dilihat.

"Alaa sabar la. Kejap lagi aku sampai."

"Kejap kau tu bila? Bukan kau sepatutnya dah sampai ke sekarang ni? Ni kalau Encik Kasim tahu ni, tak pasal-pasal je kau kena marah ni. Silap-silap takut kena buang kerja je."

Dahinya diurut. Dia sedar dia sudah terlambat untuk masuk kerja tapi...

"Kau cover aku jap la. Hari ni je."

"Kau buat apa sampai nak suruh aku cover kau ni?"

"Adalah. Tak payah tahu."

"Inilah masalah kau. Ada masalah, tak nak share. Pastu bila nak susah gini, pandai pula suruh aku cover."

Dia sudah mengeluh perlahan. Dia tahu dia salah.

"Okay okay. Sorry. Jap lagi aku sampai."

"Hmm. Cepat sikit. Shift kau nak masuk dah ni."

"Okay."

Tanpa mempedulikan apa yang jadi seterusnya, pantas dia berlalu keluar meninggalkan kawasan rooftop. Lif yang ada di situ dihampiri sebelum menekan butang untuk turun ke bawah.

Ting!

Dahinya berkerut. Suasana dalam majlis perkahwinan itu diperhati. Matanya memandang kiri dan kanan sebelum melangkah keluar.

'Kenapa lif tu bawa aku ke sini?'

Tanpa berfikir banyak, terus dia melangkah laju meninggalkan dewan. Tetamu yang berada di situ mula memandang pelik dan jelek terhadap dirinya.

'Not again!'

Pandangan itu pantas dihiraukan. Dia perlu keluar dari situ. Pertama, dia sudah terlambat ke tempat kerja. Kedua, dia tidak tahan dengan pandangan dan jelingan golongan atasan terhadap golongan bawahan yang miskin dan hina sepertinya.

Dengan tiba-tiba ada seseorang yang terlanggar bahunya dari belakang. Baru sahaja dia ingin meminta maaf, wanita itu sudah memulakannya dahulu.

"I'm sorry."

Wajah dari tepi wanita itu diperhati. Wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas.

"It's okay. You okay, miss?" balasnya walaupun dia tahu bahasa inggerisnya tunggang langgang. Tapi wanita kaya ini tidak kisah, bukan?

'Eh? Ni bukan--'

Belum sempat dia ingin melihat wajah wanita itu, dia sudah berlari anak meninggalkan dewan. Dia terpinga sendiri.

Dia tidak salah lihat bukan?

"Dia buat apa kat sini?"

"Someone tolong la halau dia."

"I think bau busuk tadi datang dari dia. Hahahahahah."

"Hahahahahahahahaha."

Tangannya digenggam. Dadanya mula memainkan rentak. Nafasnya turun naik. Kakinya melangkah laju meninggalkan dewan.

Sekali lagi dia dihina.

'Apa salah aku?'

Keluar sahaja dari dewan majlis, dia merasakan dia menghirup udara segar. Bebas daripada manusia berhati busuk! Matanya dijeling ke arah manusia yang gelak sesama sendiri di dalam dewan.

Tubuhnya disandarkan pada dinding. Kasut berwarna hitam pudar yang menampakkan kesan jahitan di tapak kasut itu dilihat. Dia masih ingat dengan segar bagaimana ibunya sanggup bersengkang mata hanya ingin membaiki kasut yang dibeli oleh ibunya sewaktu dia mula mendapat kerja di sebuah restoran.

"Ibu dah siap jahit. Nanti kalau ibu dan ayah ada duit lebih, kita beli kasut lain, ya?"

Hatinya tersentuh. Dia tidak sangka ibunya sanggup mengorbankan waktu tidurnya hanya untuk kasut ini. Dia tersenyum sendiri. Tiada satu kasut pun yang mampu tandingi kasut yang sedang dipakai walaupun diberi bayaran yang lumayan. Tidak akan sekali pun dia buang kasut ini walaupun kelak dia akan mempunyai kasut yang baru.

Telefon yang berada dalam poket seluarnya mula bergetar. Pasti kawan sekerja yang suruh masuk kerja cepat.

Tubuhnya pantas ingin melangkah sebelum sepasang telinganya menangkap sesuatu. Pintu tangga kecemasan di sebelahnya dilihat. Dia berjalan perlahan kemudian melekapkan telinga kanannya pada pintu kecemasan itu.

"Kau la mula dulu."

"Series la kau. Aku on je!"

"Hahahahaha. Macam la aku tak kenal kau."

"Mestilah do. Perempuan cantik macam ni siapa je yang tak nak."

"Hahahahaha. Agak-agak kalau kita jual dia ni kat hotel bar mesti laku keras punya la!"

Matanya terbuntang luas. Tangannya menggengam penumbuk sebelum membuka pintu itu kasar.

"Kau buat apa ni?!!"

Dua orang lelaki itu sudah terkejut besar. Pantas dia melarikan diri dari situ.

Dadanya menahan marah. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menangkap dua orang lelaki tadi. Tetapi memikirkan seorang wanita yang tertidur di tangga ini membuatkan dia terfikir dua tiga kali untuk meninggalkannya.

Wanita itu didekati. Dia berdiri di hadapannya sebelum dia duduk secara melutut. Sepasang matanya terus naik ingin memerhati wajah wanita itu.

"Eh?"

Sepasang mata itu terkaku. Tidak berkelip. Wajah wanita itu ditatap seiring dadanya mula memainkan peranan.

Sangat cantik!

Wajahnya pantas dipalingkan ke tepi. Nafasnya diambil dan dihembus perlahan.

'Pahal cantik sangat perempuan ni?!'

Kepalanya digelengkan. Dia sepatutnya berpijak di bumi yang nyata.

Wajah itu dilihat lagi sebelum dia mula menyedari sesuatu. Baju dress labuh. Shawl. Kasut tumit tinggi. Semuanya sama dengan ciri-ciri wanita yang berada di rooftop dan wanita yang terlanggar dirinya tadi.

Jari telunjuknya dibawa ke bawah hidung milik wanita itu. Dia menghembus nafasnya laju. Masih hidup!

Bahu gadis itu digerak perlahan dan berhati-hati. Tidak mahu mengganggu lenanya. Tiba-tiba sahaja dia berfikir sesuatu.

'Kenapa tidur sini?'

Namun, tiada apa respon. Dicubanya sekali lagi. Masih tetap tiada respon. Kali ini, dia menepuk bahu wanita itu.

"Cik!"

Masih sama. Tiada respon.

Dia mula cuak. Tadi check wanita itu masih hidup. Kali ini dia sedikit kasar. Dipegang bahu wanita itu dan menggongcangkan perlahan. Masih tiada respon. Kali ini, digongcang agak kasar. Tetap sama. Kelopak mata itu masih tidak terbuka.

"Oh sh*t!"

Dia pengsan!

Tanpa cakap banyak, pantas dia mencempung wanita itu keluar dari kawasan tangga kecemasan. Dia berlari sehingga ke lif dan menekan butang dengan bahunya.

"Ke tepi!"

Semua orang di situ terkejut dan memberikan laluan buatnya.

"Ground floor, please!"

Sampai sahaja di ground floor, terus dia meluru keluar. Tubuh wanita yang hampir terjatuh dari dakapannya cepat-cepat dikemaskan. Semua tetamu dan penduduk di situ tergamam melihat apa yang terjadi.

"Tolong! Someone!" Jeritnya. Dia tidak boleh membuat panggilan kecemasan gara-gara telefonnya berada dalam poket seluar.

"Cik Dareena!"

Matanya dikalihkan memandang seorang lelaki tua berjanggut panjang yang berlari ke arahnya.

"Apa jadi ni?" Soal lelaki tua itu. Dia menggeleng.

"Saya tak tahu."

"Cepat. Letak dia kat sini." Pintu kereta belakang dibuka. Tubuh wanita itu diletakkan berhati-hati.

"Dia akan okay, kan?" Tidak tahu mengapa dia menyoalkan mengenai keadaan wanita ini.

"Dia akan okay. Pak Wahab janji."

Pintu kereta pantas dibuka sebelum dia mula menoleh semula ke belakang. Menghadap wajah lelaki itu. Senyumannya terukir.

"Terima kasih."

Dia juga mempamerkan senyumannya walaupun jelas wajahnya tampak risau.

"Emir!"

Dia menoleh. Wanita yang berbaju pengantin dress labuh itu memandangnya dengan riak tidak percaya.

'Macam mana Emir boleh ada dengan Dareena?'

Ngauman enjin itu mengejutkannya. Kereta yang biasa dinaiki Dareena sudah dibawa pergi.

"Nak apa?" Soalnya dingin.

"Saya-saya..."

"Sudahlah. Aku nak pergi kerja." balasnya. Kaki panjang ingin melangkah sebelum dia terpijak sesuatu.

Gelang putih berkilauan itu dipandang sebelum diambil. Dahinya berkerut dan serta-merta matanya memandang kereta yang dinaiki wanita itu dari jauh.

"Apa tu?"

Soalan dari wanita yang dibelakangnya membuatkannya tersentak.

"Tak ada apa."

"Emir!" Kakinya berhenti.

"Saya minta maaf." Ucapnya tulus.

Dia menghembus nafasnya. Tubuhnya dipusingkan memandang wanita yang pernah bertakhta di hatinya.

"Jangan cari aku lagi. You have your own life now."

********************

Gelang putih itu diletakkan di atas laci meja kayunya. Wajahnya dikalihkan memandang kasutnya yang sudah terkoyak kembali di tepi dinding itu.

Dia teringat. Pasti kasutnya terkoyak sewaktu dia berlari di kawasan lobi hotel tadi sewaktu mencempung wanita itu. Dia mula tersedar apabila tersepak kaki sofa yang berada di lobi hotel. Mujur sahaja dia bersama wanita itu tidak terjatuh.

Dia menghela nafasnya perlahan. Nampaknya kasut itu perlu dijahit sekali lagi.

"Satu-satunya kecacatan dalam hidup adalah sikap yang buruk. Kasihannya dunia sekarang kerana manusia melihat pangkat dan harta bukan lagi adab dan hati" Finally, muncul juga watak Emir Riyadh ni (。•̀ᴗ-)✧ Stay tuned <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience