"And in the middle of my chaos, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Fail lantas ditutup dan ditolak tepi. Lipstick yang berada di atas meja kerja dipandang. Di sebelah lipstick tersebut, turut terletak iPhone miliknya. Mata memandang ke arah dua objek bersilih ganti.
Aayan pantas bangun lalu mencapai iPhone. Nombor Dareena dicari. Walaupun sudah hampir 2 bulan dia menjadi suami orang namun nombor wanita itu masih ada.
Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Pertama, dia akan pulangkan lipstick wanita itu. Kedua, dia mahu menjernihkan kembali hubungan mereka. Walaupun harapan setipis bawang.
Nombor Dareena dipandang lama.
'Betul ke?'
********************
"Weh, kalau ada orang suruh kita jaga keluarga dia time dia dah nak mati tu apa maksudnya?"
Ariff yang mendengar terus berpaling. Kaki Riyadh disepak kuat di bawah meja kaunter.
"Auch!"
"Kau ni pahal tiba-tiba tanya soalan gitu?" Soal Ariff. Matanya memandang pelanggan yang masih leka dengan makanan masing-masing. Mujur pelanggan yang berhampiran tidak mendengar soalan Riyadh tadi. Kalau tak, mahu apa yang dia jawab ke majikannya.
Riyadh menggosok betisnya yang disepak kuat oleh Ariff. Menyesal tanya.
"Sakit bod*."
"Tahu sakit. Apa jenis soalan kau tanya ni?"
Ketika itu pelanggan tidak ramai, jadi mereka ambil kesempatan ini untuk berbual. Alang-alang Riyadh sudah memulakan dahulu. Tetapi, tak disangka pula soalan berbaur begitu.
"Tak lah. Aku tiba-tiba teringat." Dengan masih rasa sakitnya, Riyadh mengurut perlahan betisnya.
Ariff menjeling.
'Apa lagi yang kau teringat kali ni?'
"Apa?"
"Tak apa lah." Jawab Riyadh. Kakinya cuba diselaraskan balik.
Ariff memandang geram wajah kulit melayu lelaki itu. Pantang betul dia kalau orang tak nak cerita.
"Hoi. Baik kau cerita, kalau tak memang aku canang video kau dance lagu k-pop kat tiktok." Balas Ariff. Telefon sudah dibawa keluar.
Riyadh hanya membiarkan. Bukan dia tidak kenal perangai kawannya itu. Jangan risau. Ariff tak akan sebarkan. Itu semua hanya ugutan.
"Kau ingatkan kemalangan 8 tahun lepas."
Ariff termenung seketika. Otaknya diperah bagi mengingati kemalangan yang dimaksudkan.
"Yang kereta masuk gaung tu ke?" Soal Ariff inginkan kepastian. Riyadh mengangguk sebelum dia mula menyambung.
"Aku mimpi pasal kemalangan tu. Pasal arwah tu. Kereta. Semua la. Senang cerita ulang tayang."
"Dan...sebab tu kau tanya soalan tu?" Ariff pula menyambung.
"Ha'ah. Sebelum kereta tu jatuh, arwah tu cakap macam tu ke aku. Kenapa? Takkan la arwah tu kenal aku." Ayat terakhir diperlahankan. Seram pula.
Ariff meneguk liur. Wajah Riyadh dipandang dengan risau.
'Haaa sudah. Hantu pak cik tu dah bangkit ke?'
"Woi!"
Serentak dengan itu, Ariff dan Riyadh terus berdiri tegak menghadap seorang lelaki berkumis yang memandang mereka dengan tajam.
"Bos." Panggil mereka serentak.
"Apa bos-bos. Kamu berdua nak kena pecat ke?"
Ariff dan Riyadh memandang sesama sendiri. Encik Kasim mula naik angin. Masakan pelanggan yang mahu mengambil pesanan, mereka tidak perasan. Rupanya, berborak.
"Sana tu. Ada pelanggan nak order. Orang bahagian dapur juga kena ambil order. Kamu berdua jangan sampai saya pecat."
"Minta maaf bos." Ucap Ariff dan Riyadh serentak.
Riyadh memandang ke arah meja yang dimaksudkan Encik Kasim sebentar tadi. Memang benar, pelanggan tersebut diambil pesanan oleh cef. Bukan pelayan.
"Kalau kamu berdua buat lagi, saya tak teragak-agak nak-"
TING!
Automatik ketiga-tiga manusia itu mengalihkan pandangan. Bukan hanya mereka, malah hampir kesemua pelanggan di situ memandang ke arah seorang wanita berusia 25 tahun itu.
Dress labuh berwarna coklat terang dipadankan dengan tudung shawl berwarna putih menambahkan kejelitaannya. Make-up yang tampak sempurna. Cermin mata hitam dipakai membuatkan mereka di situ tertanya gerangan wanita tersebut.
Riyadh membulatkan mata.
'Apa Dareena buat kat sini?'
Encik Kasim pantas berlalu menghampiri Dareena yang baru sahaja tiba di kaunter. Serta-merta wajah bengis tadi berubah ke wajah manis.
"Selamat datang ke Restoran Setia Maju. Cik nak order apa? Sebelum itu, cik nak makan di sini? Kalau macam tu, saya akan sediakan tempat khas dan special hanya untuk cik. Menu? Sebut sahaja. Kami akan sediakan masakan yang paling terbaik buat cik." Bersungguh Encik Kasim mahu memikat gadis cantik ini.
Dareena terus mengambil cermin mata hitamnya dan disimpan di kocek dressnya. Mata cantik itu memandang ke wajah Riyadh yang berdiri di belakang Encik Kasim.
Ariff tersengih manakala Encik Kasim mula tersenyum miang. Dia takkan lepaskan pelanggan ni!
"Saya datang bukan untuk makan." Ujar Dareena. Isyarat mata dihantar ke Riyadh. Riyadh yang memahami maksud itu terus bersuara.
"Biar saya ambil pesanan cik."
Encik Kassim yang tidak sempat berbuat apa hanya mampu melihat Riyadh dan gadis itu berlalu ke meja yang disediakan.
"Sikit lagi aku dapat tackle dia." Bisik Encik Kassim. Ariff yang masih berdiri sudah membuat muka apabila mendengar bisikan itu.
"Ada hati nak tackle perempuan cantik gitu. Sedar sikit bos dah ada isteri." Balas Ariff tanpa sedar.
Encik Kassim memandang tajam lelaki itu sebelum dia mengetuk kepalanya.
"Aduh! Bos kenapa?" Rambut lebatnya diusap.
"Pergi buat kerja!"
Ariff melihat majikannya itu masuk ke bilik sambil membebel sendiri tanpa dia dengar.
'Aku ada buat salah ke?'
Dareena duduk di kerusi yang ditunjukkan. Beg tangannya diletakkan di atas meja. Riyadh memerhati sambil berdiri tegak. Dia tak rasa gadis itu datang niat untuk makan. Pasti ada kaitan dengan rancangannya.
"Please have a seat." Ujar Dareena lalu tangannya disuakan ke arah kerusi di hadapan.
"Saya tengah kerja. Kalau bos nampak, saya yang kena." Dengan sopan, Riyadh menolak. Selepas dimarahi tadi, sebaiknya dia membuat kerja dengan betul dan teliti. Dia tidak mahu dibuang kerja.
Dareena berdecit. Pantas dia berdiri. Beg tangan diambil semula.
"Eh? Nak ke mana?" Riyadh menghalang.
"Awak tak nak duduk. Jadi, saya berdiri. Tapi, bukan kat sini. Kat luar." Ujar Dareena. Panggilan 'aku-kau' sudah diganti.
Nafas dihembus sambil fikirannya cuba mencari idea untuk menolak pelawaan Dareena dengan baik.
"Saya tengah kerja Dareena." Perkataan kerja ditekankan bagi mengingatkan gadis itu.
Namun, Dareena tidak endah. Malah, dia pergi ke pejabat bilik Encik Kassim. Riyadh pantas menghalang. Tubuhnya didepankan menghadap Dareena yang sedikit lagi mahu terlanggar badannya.
Dareena terhenti. Pemakai baju lusuh yang betul-betul di depannya hampir dilanggar. Matanya membulat. Jantungnya berdegup laju. Hidung mancung menangkap bau minyak wangi dari lelaki ini.
"Awak nak buat apa ni?" Soalnya. Wajah Dareena dipandang.
Dareena berdehem seketika. Nafasnya cuba diselaraskan kembali.
'Kenapa dengan aku ni?'
Belum sempat Dareena mahu menjawab, Riyadh sudah menarik lengan baju Dareena menjauhi pejabat majikannya. Atau lebih tepat lagi keluar dari restoran itu.
Ariff yang melihat tingkah laku mereka sudah ternganga. Selamba itu je Riyadh menarik gadis cantik itu untuk keluar. Yang peliknya, gadis itu nampak seperti rela dan tidak marah akan kawannya.
"Haih...kau hutang cerita dengan aku."
Riyadh melepaskan pegangannya apabila mereka selamat berada di luar. Nafasnya dihembus laju. Pandangan orang diabaikan. Dia tahu mereka pandangnya sebab apa. Wajah Dareena dilihat. Gadis itu merenungnya.
"Kenapa perlu sampai keluar?" Timbul soalan itu dari bibir cantik Dareena.
"Sorry. Tapi awak tu kenapa tiba-tiba nak serang pejabat bos saya. Dah la tadi dia pandang awak lain macam." Soalan berbalas soalan. Dareena terdiam.
"Tadi awak sendiri kata awak tengah 'kerja'. That's why saya pergi pejabat bos awak minta pengecualian khas only for you." Terang Dareena. Kening tajamnya dinaikkan apabila teringat kata-kata Riyadh sebentar tadi.
"By the way, what do you mean by bos awak pandang saya lain macam?"
Riyadh menggeleng. Dareena yang berpeluk tubuh dipandang. Kalau gadis ini tahu perangai sebenar bosnya, agak-agak apa yang akan jadi? Dia tak boleh biarkan Dareena dekat dengan Encik Kasim. Melihat Encik Kasim pandang Dareena tadipun cukup buat Riyadh menahan rasa marahnya.
"Tak ada apa. Ni kenapa tiba-tiba datang."
Dareena menghembus nafasnya kasar. Tubuhnya dipalingkan ke sisi melihat jalan raya yang sentiasa dipenuhi kereta. Fikirannya mula kusut apabila teringat perbualan melalui telefon dengan Aayan. Rancangannya musnah.
"Kita kena ada plan baru." Ujar Dareena dengan wajah tegangnya.
Riyadh naik hairan. Rancangan 'lipstick' tu tak berjaya ke?
"Aayan call aku pagi tadi. Nak pulangkan lipstick. Haishh... kenapa jadi gini?" Dada Dareena turun naik apabila rancangan awalnya gagal.
Dalam diam, Riyadh tersenyum dan lega apabila mendengar kenyataan itu dari mulut Dareena.
'Sorry Dareena. Aku takkan biarkan kau hancurkan hubungan mereka.'
Dengan cepat dia sembunyikan senyumannya apabila melihat Dareena kembali menghadapnya. Wajah gadis itu kembali ceria.
'Eh?'
"Kenapa pandang macam tu?" Soal Riyadh. Dareena hanya tersenyum penuh makna. Mata Riyadh dipandang dalam.
"Aku nak kau..."
Riyadh mendengar sambil matanya terarah ke mata coklat gelap Dareena.
"Goda Rihana."
********************
Troli ditolak sampai ke bahagian sayur. Dilihat semua sayur di situ segar-segar belaka. Sayur kubis dicapai dan ditelek untuk memastikan sayur itu bagus kualitinya. Setelah puas, dia meletakkan sayur kubis di dalam troli.
I-phone di dalam handbag diambil apabila mendengar deringan telefonnya berbunyi. Puan Aleeza tersenyum apabila melihat nama di atas skrin.
'Dayyan'
"Ya Dayyan. Nak suruh mama beli apa?"
"Hehehe mama. Maggi kat rumah dah habis."
Puan Aleeza menggeleng. Maggi je tau.
"Yela. Nak suruh mama beli apa lagi?"
"Hmm beli--"
Bam!
Telefon terlepas dari tangan akibat perlanggaran tadi. Troli yang melanggar troli miliknya dilihat sebelum matanya tertancap ke wajah wanita yang tersenyum memandangnya.
Puan Aleeza sedikit merengus. Telefonnya diambil lalu trolinya ditolak pergi.
"Mahu minum sekali?"
Troli diberhentikan. Nafasnya ditarik. Wajah wanita yang disolek tipis itu dilihat. Senyuman paksa ditarik.
"Sure, Mawar."
Done ✓
Share this novel