"And in the middle of my chaos, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rabu
5 Februari 2014
Sekolah Menengah Tinggi Atas Engku Ros
Rihana memegang kertas yang mengandungi beberapa kelab unit beruniform, sukan dan kelab persatuan yang perlu diisi memandangkan dia pelajar baru di sekolah itu.
Unit beruniform dia tidak kisah kerana nama unit tersebut dia pernah dengar di sekolah lamanya dahulu tetapi hampir keseluruhan kelab persatuan dan sukan di sekolah barunya itu kelihatan baru untuknya.
Ada kelab Inovasi, kelab Wawancara, kelab Pereka Design, sukan Besbol, sukan Golf, sukan Snuker dan lain-lain lagi. Rihana betul-betul buntu. Kelas tingkatan 4 Lilith itu dipandang. Sejujurnya, dia tidak mahu masuk ke kelab bersendirian tanpa mengenali sesiapa.
Rihana menoleh ke sisi apabila kerusi di sebelahnya ditarik seseorang. Dareena muncul bersama botol airnya. Mesti baru lepas rehat. Tiba-tiba sahaja Rihana mendapat idea.
"Dareena." Rihana mendekatkan dirinya. Dareena hanya memandang sambil mengemas mejanya yang berserabut.
"Boleh saya tahu awak masuk kelab apa?" Memandangkan sudah sebulan dia di sekolah ni, hanya Dareena yang selalu bercakap dengannya. Walhal, dia yang memulakan perbualan dahulu. Ita dan Wati pula sudah jarang ingin berbual dengannya.
"Kenapa tanya?" Soal Dareena. Rihana menunjukkan kertas yang diberikan oleh guru kelasnya tadi.
"Jadi?"
Rihana menjeling sekilas ke arah Dareena. Sikap Dareena memang begitu selama sebulan dia menjadi jiran meja sebelah.
"Dareena. Saya nak masuk sama kelab dengan awak." Balas Rihana terus tanpa dalih. Dareena mengangkat sebelah keningnya.
"Tak payah." Kertas tersebut dipulangkan kembali. Rihana mencebik.
"Dareena. Please. Saya tak ada kawan. Tak kesian ke?" Soal Rihana sambil mengerdipkan kedua belah matanya.
"Tak." Ringkas. Padat. Dareena memandang Rihana tanpa riak.
Rihana sudah menghela nafasnya. Nampaknya, dia akan bersendirian untuk 2 tahun ini setiap kali ada perjumpaan kelab. Kertas itu direnung seketika. Pen diambil. Belum sempat dia ingin mengisi borang tersebut, Dareena di sebelah menyampuk.
"Pengakap, Pereka Design dan Hoki." kata Dareena tanpa memandang ke arah Rihana. Rihana terpana. Dia tidak sangka Dareena akan memberitahu kelab yang dimasukinya. Tanpa sedar, Rihana tersenyum lebar. Borang terus diisi dengan senang hati.
********************
"Setuju!"
"Baik! Dengan ini, cikgu melantik Dareena Rumaysa menjadi penolong ketua kelab Pereka Dasign."
Semua bertepuk tangan dengan kuat. Rihana di sebelah Dareena menepuk tangannya sambil bersorak.
"Congrats Dareena!" Ucap Rihana. Dareena mengendahkan Rihana. Mata tajamnya menikam wajah yang tersenyum sinis ke arahnya.
Rihana yang perasan akan mata helang Dareena pantas menoleh ke arah yang sama. Tubuh senior perempuan itu memandang sinis ke arah mereka atau lebih tepat lagi ke arah Dareena. Jika tidak silap, itu ketua kelab Pereka Design yang baru dilantik tadi.
Rihana hanya membisu. Dia merasakan suasana tegang di antara mereka.
Habis sahaja perjumpaan kelab Pereka Design, mereka berdua keluar untuk perjumpaan seterusnya, kelab Hoki. Namun, mereka dihalang oleh seseorang.
"Well, nampaknya impian kau untuk jadi ketua kelab tidak tercapai." Begitu sinis kata-kata yang dilontarkan ketua kelab itu, Qhalisa.
Rihana memandang jelek ke arah Qhalisa yang berkata sedemikian kepada Dareena. Dareena tidak mengendahkan Qhalisa terus berlalu pergi.
"For your information, Dareena tidak akan mengalah. Walaupun dia hanya penolong kelab, idea dia semua bernas dan tip top. And lagi satu, kau menang sebab kau senior je. Cikgu bagi jawatan ketua buat pelajar tingkatan 5 untuk markah korang bila korang nak berambus dari sekolah ni je nanti." Bidas Rihana sebelum dia mengekori Dareena.
Qhalisa mengetap giginya. Geram apabila kata-katanya dibidas oleh pelajar tadi. Dia mengaku Dareena layak untuk jadi ketua kelab tetapi dia tidak akan mengalah.
"Tak guna!"
Rihana berjalan beriringan di samping Dareena. Dia perasan rata-rata pelajar yang berjalan berhampiran mereka, akan memandang ke arah mereka sambil mengeluarkan pujian.
Siapa lagi kalau bukan pujian ke atas Dareena dan bukan dia. Terdetik di hatinya, layak kah untuk dia berjalan dan berkawan dengan gadis cantik dan popular ini?
"Kenapa kau layan Qhalisa?" Soal Dareena.
"Mulut dia tu bisa sangat. Saya bagi la sedas." Jawab Rihana. Sebal pula apabila teringat balik.
"Thanks." Ucap Dareena. Rihana menoleh.
"Sebab?"
"Tak pernah ada orang back up aku." Balas Dareena. Senyuman kecilnya terukir.
Rihana yang melihat senyuman Dareena itu terus tersenyum lebar.
"Welcome."
"By the way, Dareena." Dareena menoleh.
"Kenapa--"
"Dah sampai." Rihana berhenti berkata. Padang luas itu dipandang.
"Err...bukan kita patut pergi perjumpaan hoki ke?" Soal Rihana. Setahunya tiada perjumpaan di padang atau dia terlepas pandang.
"Perjumpaan dekat court." Balas Dareena sambil duduk di bangku batu bersebelahan padang. Rihana turut duduk.
"Jom. Nanti lambat." Ajak Rihana. Dareena menggeleng.
"Nantilah. Kau pergilah dulu." Balas Dareena sambil matanya memandang terus ke padang.
Rihana diam. Badannya disandarkan pada bangku batu tersebut. Baru dia perasan ada sekumpulan remaja lelaki yang sedang membuat latihan hoki. Bajunya berbeza dengan baju sekolah sukannya.
"Sekolah lain ke tu?" Soal Rihana perlahan.
"Sekolah jiran kita. Sekolah Menengah Tinggi Atas Engku Alamanda." Jawab Dareena. Rihana terdiam apabila mendengar nama sekolah tersebut.
"Engku Alamanda Highschool?"
Sekali lagi Dareena menangguk. Rihana naik hairan melihat Dareena yang seperti sedang memerhatikan seseorang. Rihana cuba melihat apa yang sedang Dareena perhatikan.
"Diorang buat apa kat sini?" Soal Rihana.
"Ada latihan dengan budak sekolah kita."
Rihana mengangguk. Dareena di sebelah diperhati.
"Dareena?"
"I think I fall in love." Balas Dareena sambil tersenyum. Wajah seorang lelaki yang sedang berlatih hoki itu dilihat.
Rihana membulatkan matanya sebelum dia tersenyum lebar. Lengan Dareena dipegang.
"Siapa. Siapa." Mata Rihana bersinar-sinar memandang Dareena.
"Tak payah tahulah. Lagipun, dia tak kenal aku siapa." Suara Dareena mula perlahan. Ada nada sedih dalam percakapannya.
Rihana melepaskan pautannya pada lengan baju sukan Dareena. Melihat wajah sedih Dareena dia berdiam. Tiada lagi nada gembira dan terujanya tadi. Rihana mula mencari akal.
"Apa kata awak sapa dia?" Rihana memberikan cadangannya.
"Sapa?" Dareena menaikkan keningnya.
"Ya. Sapa. Jom. Diorang nampak macam tengah rehat." Rihana mula menarik tangan Dareena. Dareena terkejut dengan tindakan pantas Rihana. Dia memberhentikan langkahnya.
"Kau buat apa ni? Tak nak lah!" Bangkang Dareena. Mukanya sudah mula merah. Rihana tergelak.
"Dareena saya tak pernah nampak awak malu macam ni. Tak apa saya ada." Rihana terus menarik tangan Dareena sehingga ke pondok yang menempatkan pemain berehat. Ada juga beberapa orang pelajar perempuan di situ yang mencuci mata memandang pemain-pemain hoki tersebut.
"Pergilah." Rihana menolak badan Dareena supaya meneruskan langkahnya. Dareena menggeleng.
"Tak nak! Apa kau buat ni? Kalau jadi macam ni, aku patut heret kau pergi perjumpaan hoki." Bebel Dareena sambil menahan malunya.
"Saya tahu kenapa awak nak sangat masuk kelab hoki. Rupanya ada crush." Rihana menambah rasa malu buat Dareena.
"Rihana." Sapa seorang lelaki berpakaian sukan itu.
Rihana melambaikan tangannya manakala Dareena terpaku melihat seraut wajah itu datang mendekati mereka.
"Tengok aku main ke?" Sapanya sambil tersenyum lebar. Rihana hanya tergelak.
"Saya tak tahu pun awak main kat sekolah ni." Jawab Rihana sebelum dia teringat ke Dareena.
"Lupa nak kenalkan. Ini kawan saya, Dareena Rumaysa. Dareena, ini abang angkat saya, Aayan Firdaus."
Dareena tidak membalas malah merenung ke mata lelaki yang diberitahu namanya Aayan. Aayan hanya tersenyum lebar.
"Saya Aayan."
Dareena seperti tersedar ke alam realiti.
"Saya Dareena."
Rihana melihat mereka sebelum dia mula merasakan sesuatu. Adakah Dareena suka dekat Aayan?
"Okaylah. Aku nak sambung berlatih. Jumpa kat rumah." Lambai Aayan kepada 2 gadis itu.
"Dareena?" Rihana memegang lengan Dareena mengakibatkan Dareena sedikit terperanjat.
"Jangan cakap awak suka dekat Aayan?" Rihana menyoal.
"Ya. Aku suka dia. So much." Luah Dareena. Dari tadi dia asyik tersenyum.
"And tak expect pula, dia abang angkat kau. Kebetulan ke ni? Atau takdir?" Kata Dareena sebelum berjalan pergi menuju ke court.
Rihana terdiam mendengar kenyataan dari mulut Dareena.
'Dareena suka Aayan?'
Tidak tahu mengapa hatinya bagai disiat-siat. Air matanya mahu tumpah tapi pantas dia menahan.
"Kenapa hati aku sakit?" Katanya sendiri. Langkahnya mengikut Dareena ke court. Tubuh belakang Dareena dipandang. Sekarang, baru dia sedar sesuatu.
"Aku suka Aayan?"
Bahawa Rihana juga turut sukakan Aayan Firdaus.
Happy New Year 2023!!! Sorry for the late wish :') Stay tuned✓
Share this novel