"And in the middle of my chaos, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Macam mana?"
Lim menghulurkan sampul surat besar kepada Dato' Hirman. Tanpa berlengah, Dato' Hirman membuka dan melihat butiran yang tertera di situ.
"Explain."
"Wanita yang bersama Dato' di hotel waktu tu. Nama dia Eryka Latifa." Terang Lim.
Gambar seorang gadis berbaju dress yang sedang berdiri sambil bermain telefonnya ditatap.
"Dato' tak akan percaya siapa yang upah Eryka waktu tu." Sambung Lim. Pandangan Dato' Hirman terus terarah ke wajah Lim.
"Siapa? Bagitahu aku!" Dato' Hirman menatap tajam.
"Dareena Rumaysa."
"Dareena?"
Lim pantas menghulurkan sekeping gambar kepada Dato' Hirman. Dato' Hirman yang tidak menyabar terus menyambar gambar tersebut.
"Dia?!" Dato' Hirman terkejut sampai dia langsung terdiri. Lim yang memerhati juga terkejut dengan sikap majikannya.
"Dato' kenal?"
"Perempuan ni yang..." Dato' Hirman mengetap giginya.
'Heh! Rupanya kau yang rancang semua ni! Pura-pura goda aku sampai aku tertipu!'
"Dasar perempuan tak guna!" Gambar Dareena tadi dilempar kasar ke atas meja.
Polis yang berdiri di sudut bilik mula bertindak.
"Woi! Diam!"
"Kau yang diam!" Balas Dato' Hirman kasar. Polis tadi mula menghampiri dan berura-ura mahu menghantar Dato' Hirman ke sel penjara.
"Sekejap! Urusan kami belum selesai." Ujar Lim.
"5 minit lagi." Balas polis tadi sambil menjeling Dato' Hirman yang bersikap kurang ajar dengannya tadi.
"Terima kasih."
"Apa lagi maklumat yang kau ada?" Dato' Hirman mula bercekak pinggang. Harap maklumat selepas ini tidak mencekik darahnya.
"Pasal Dareena Rumaysa tadi."
Dato' Hirman memandang tajam ke arah Lim.
"Apa lagi pasal perempuan tu?! Disebabkan dia, aku masuk penjara!" Jerkah Dato' Hirman. Lim meneguk liurnya. Maklumat selepas ini pasti membuatkan majikannya bertambah amuk.
"Dareena..."
"Anak Aleeza."
Dato' Hirman terdiam sebelum dia mula terduduk.
"A-Aleeza? Aleeza Al-Jannah?" Lim mengangguk.
Tidak lama selepas itu, Dato' Hirman mula tertawa besar. Lim di situ mula mengerutkan dahinya. Hairan dengan sikap majikannya.
"So, Dareena anak Aleeza ya?" Lim mengangguk.
"Hmm...sampai hati bakal anak tiri aku buat aku macam ni." Jawab Dato' Hirman seraya tertawa.
Lim hanya mendengar. Bukan dia tidak tahu bahawa Dato' Hirman suka akan Aleeza dari dulu lagi. Dari Aleeza itu masih bersuami lagi.
"Betul la orang kata, kecantikan memang dapat diwarisi." Sambungnya lagi sambil menatap gambar Dareena.
"Err...Dato'?" Lim cuba memanggil memandangkan Dato' Hirman seperti sudah angau.
"Kalau tak dapat mama dia, anak dia pun boleh kan, Lim?" Dato' Hirman bersuara sambil tersenyum jahat. Dia mula berdiri dan meninggalkan Lim sendirian di situ.
Lim sekali lagi naik hairan. Bukan main lagi dia membenci gadis bernama Dareena tadi. Sekarang, apabila majikannya dapat tahu status hubungannya dengan Aleeza, tiba-tiba sahaja tertawa.
Walaupun begitu, Lim kenal akan Dato' Hirman. Dia tahu ada niat tak baik di situ.
********************
Riyadh mengira wang yang ada sebelum diberi kepada pelanggan di situ. Sempat senyuman dihadiahkan.
"Terima kasih. Datang lagi." Ucap Riyadh yang masih tidak lekang dari senyumannya.
"Penat ah." Ariff di sebelah membuat muka penatnya. Buku catatan di tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar jeans.
"Mengada la kau. Aku selama ni ambil order orang okay je. Tak ada pun mengeluh." Ujar Riyadh. Ariff sudah menjeling seraya duduk di kerusi bersebelahan Riyadh yang duduk di kaunter. Hari ni, shift mereka bertukar.
"Suka hati kau je cakap aku mengada. Kau tengok depan kau ni. Banyak tau pelanggan hari ni." Balas Ariff.
Riyadh hanya diam. Dia akui pelanggan hari ini ramai berbanding hari sebelumnya. Kerana itu juga, kerja Ariff bertambah. Selepas ambil order ini, order di sana pula perlu diambil.
"By the way, Emir. Aku nak tanya sikit ni."
Riyadh hanya menoleh memandang Ariff. Ariff mendekatkan diri.
"Rihana haritu macam mana?" Tanya Ariff agak perlahan.
Riyadh menghela nafasnya. Pandangannya dikalihkan ke mesin duit di hadapannya. Jarinya menyentuh mesin duit sambil termenung.
Kehadiran Rihana bersama suaminya betul-betul membuatkan hatinya sakit. Tapi, apa yang dia boleh buat? Dia bukan siapa-siapa lagi buat gadis itu.
"Emir."
"Hmm."
"Aku tanya ni."
"Entahlah."
"Ha?" Ariff menjongket sebelah keningnya.
"Kau sendiri nampak dia dengan suami dia. Buat apa lagi aku nak ambil tahu pasal dia." Riyadh bertutur lembut. Pandangannya tetap di mesin duit.
"Kau masih sayangkan dia?" Riyadh mengambil nafas berat.
Dia sendiri juga bingung. Seharusnya, dia mesti lupakan gadis itu tetapi mengapa sampai sekarang dia masih belum boleh. Perasaannya buat gadis yang sudah memegang status isteri semestinya salah.
"Tak apa. Aku faham. Bukan senang nak lupakan orang yang kita cinta." Ariff menepuk bahu Riyadh sebelum bangkit ke meja pelanggan yang baru sahaja masuk ke restoran.
Riyadh masih dalam lamunannya. Mesin duit itu dilihat sebelum perlahan-lahan wajah Rihana digantikan dengan mesin duit tersebut.
"Kenapa kau buat aku macam ni?" Riyadh memegang mesin duit tersebut seolah-olah Rihana benar-benar di hadapannya.
"Kau tahu aku sayang kau kan?" Riyadh terus menundukkan wajahnya. Semangatnya hari ini semakin pudar.
Riyadh mengambil nafasnya sebelum dirinya ditegakkan semula. Wajahnya cuba disenyumkan. Semangatnya cuba diraih kembali.
Walaupun dia menghadapi masalah cinta terhadap Rihana, dia perlu professional di tempat kerja.
Kerjanya disambung apabila pelanggan mula menghampiri kaunter untuk membuat pembayaran.
Pintu restoran dibuka lalu langkahnya dituju ke meja di tepi tingkap. Dareena memerhati restoran tersebut dalam diam.
Kejadian sewaktu dia terserempak dengan Rihana di hadapan restoran ini terimbas.
"Lepas ni aku kena elakkan Aayan dari makan kat sini."
Dareena yakin pasti ada sesuatu yang disorokkan Rihana di restoran ini. Dan dia juga yakin pasti ada seseorang atau benda yang menjadi titik lemah Rihana. Tapi apa?
Sementara itu, Ariff yang baru sahaja mahu pergi ke meja yang menempatkan Dareena terhenti. Perutnya dipegang.
"Kau kenapa?" Soal Riyadh pelik. Ariff mengerutkan wajahnya sebelum dia membuat isyarat ke belakang.
"Ha?"
"Aku nak pergi tandas sekejap. Kau tolong ambilkan order perempuan kat sana." Kata Ariff sebelum berlari meninggalkan Riyadh yang tercengang di situ.
"Aku?" Riyadh menghela nafasnya. Tubuh perempuan yang ditunjukkan Ariff dicari sebelum matanya tertancap ke tubuh seorang gadis yang sedang duduk di meja di sebelah tingkap restoran.
I-phone milik Dareena berdering. Terpapar nama Joy di situ. Tanpa banyak cakap, pantas Dareena angkat.
"Cik Dareena."
"Ya."
"Saya dah dapat maklumat mengenai lelaki Emir yang Cik Dareena maksudkan."
Dareena tersenyum lebar.
"Serius?"
"Benar, Cik Dareena. Kita kena berjumpa."
"Dekat mana? Saya dekat Restoran Setia Maju."
"Restoran Setia Maju?"
"Ya. Awak boleh datang sini."
"Cik Dareena dengar sini baik-baik. Emir ada di sana."
Dareena menaikkan sebelah keningnya.
"Apa awak cakap ni?"
"Saya tak main-main Cik Dareena. Nama penuh Emir Riyadh bin Umar Ridhuan. Berumur 26 tahun. Bekerja sebagai pelayan di Restoran Setia Maju."
Dareena membulatkan matanya mendengar kenyataan Joy di talian.
"Cik nak order apa?"
Dareena menoleh ke arah lelaki yang berdiri di sudut mejanya. Matanya tertancap ke name tag yang tertulis 'Emir' sebelum matanya naik memandang wajah lelaki itu. Raut wajah lelaki itu dipandang tanpa kelip.
Manakala Riyadh pula sudah terkejut. Wanita tu! Wanita yang ada di majlis perkahwinan Rihana. Dia masih ingat akan raut wajah cantik jelita gadis ini.
"Cik Dareena?"
I-phone di tangan ditutup seraya Dareena berdiri. Raut wajah Emir itu dipandang dengan riak tidak percaya.
'Tak mungkin ni Emir!'
Finally! They have met!!! I waited for this moment : ') Stay tuned✓
Share this novel