DAREENA RUMAYSA BINTI RAYHAN REZA
- Berumur 25 tahun
- 165 cm
- 19 Oktober 1997
- Seorang yang sangat cantik ditambah pula dengan minatnya dalam bermake-up.
- Baru sahaja menamatkan pengajian di luar negara dalam bidang fesyen.
- Daripada keluarga yang senang.
- Seorang yang tegas, bermulut 'laser' dan pandai mempertahankan diri.
- Mempunyai seorang kawan baik bernama Rihana Namira.
- Sentiasa ada dan melindungi Rihana di mana jua.
- Mempunyai seorang ibu dan adik lelaki.
- Ayahnya meninggal ketika dia berusia 17 tahun.
RIHANA NAMIRA BINTI NAZRI SHAH
-Berumur 25 tahun
-158 cm
- 8 Julai 1997
- Seorang gadis biasa dan sikap keperempuanannya membuatkan semua orang senang dan selesa dengannya, tetapi tidak lama apabila Rihana mula rapat dan sentiasa bersama Dareena.
- Seorang anak yatim piatu dan tidak mempunyai adik beradik.
- Tinggal di rumah anak yatim sejak kecil.
- Diambil sebagai anak angkat oleh ibu Aayan Firdaus.
- Mempunyai seorang kawan baik bernama Dareena Rumaysa yang sentiasa ada dan melindunginya tatkala dia susah.
- Sanggup buat apa sahaja demi orang yang dia sayang.
- Bekas teman wanita Emir Riyadh.
EMIR RIYADH BIN UMAR RIDHUAN
- Berumur 26 tahun
- 186 cm
- 20 Februari 1996
- Seorang anak lelaki tunggal yang hidup biasa bersama ibu dan ayahnya.
- Sanggup menolak pengajian di universiti kerana hidupnya yang serba susah.
- Bekerja sebagai pelayan di restoran.
- Seorang yang tenang dan selalu senyum.
- Sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit.
- Bekas teman lelaki Rihana Namira.
AAYAN FIRDAUS BIN DATO' JOHARI KARL
- Berumur 26 tahun
- 184 cm
- 30 Ogos 1996
-Dari keluarga yang senang.
- Seorang anak lelaki tunggal yang hidup mewah bersama ibu dan ayahnya.
- Bapanya, Dato' Johari Karl seorang yang berpengaruh yang hidup dalam dunia gelap dan sentiasa sibuk membuatkan hidup Aayan sepi tanpa kasih daripada seorang bapa.
- Bekerja sebagai pengurus di sebuah hotel terkemuka milik bapanya.
- Seorang yang minat pada sukan waktu zaman sekolahnya dahulu.
- Seorang anak yang taat kepada ibunya.
Share this novel