Bab 11

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .
Makanan tengahari itu dimakan dengan penuh berselera. Nasi putih bersama lauk sayur campur ditambah pula dengan ayam goreng kunyit betul-betul membangkitkan seleranya. Ibunya, Puan Kartina sememangnya tukang masak yang handal walaupun menu pada tengahari itu simple dan mudah.

"Riyadh. Makan jangan gelojoh. Tak baik." Pesan Puan Kartina lembut. Cawan yang dipenuhi dengan air teh panas itu diletak bersebelahan dengan anak terunanya.

"Lapar sangat la ibu." Riyadh membalas dengan sengihan sebelum dia menyuap lagi nasi ke dalam mulutnya. Menu yang simple tapi sungguh sedap! Terfikir untuk menambah lagi lauk tetapi dia perlu berangkat ke tempat kerjanya sebentar lagi.

Habis sahaja makan, terus dia bergegas ke pintu rumah. Selipar sarung yang dibeli di kedai RM 2 itu diambil dan disarung. Itu sahaja selipar yang ada buat masa sekarang. Kasut? Masih tidak berjahit lagi.

"Riyadh. Sekejap." Riyadh menoleh ke arah ibunya yang seperti membawa sesuatu.

Seketika dia terkejut. Kasut kulit berwarna hitam yang sudah dijahit kembali dipandang dengan riak tidak percaya.

"Nah. Ibu dah jahit. Pakailah." Tidak cakap banyak terus dipakainya kasut itu.

"Kan cantik tu daripada pakai selipar sarung. Dah cepat nanti lambat." Riyadh tersenyum lebar. Terharu dengan sikap ibunya yang selalu mengambil berat soalnya walaupun dia anak lelaki yang sudah besar panjang.

"Terima kasih bu. Riyadh pergi dulu." Tangan tua Puan Kartina dicium lembut sebelum berlalu ke motor RXZ miliknya. Enjin dihidupkan dan bergerak ke tempat kerjanya. Sempat dia lambaikan tangan buat ibunya yang berdiri di hadapan rumah.

Restoran Setia Maju

Sampai sahaja di restoran, Riyadh terus meletakkan motornya di parkir yang disediakan. Pintu belakang restoran dibuka dan terserlahlah ruang dapur khas untuk memasak. Tetapi itu bukan kerjanya.

Riyadh terus berjalan sehingga ke ruang depan iaitu di mana pelanggan akan datang dan makan. Buku diambil dan kerusi bersebelahan cashier diduduk.

"Baru sampai." Ujar Ariff yang baru selesai memulangkan wang saku kepada pelanggan di situ. Ariff bekerja di situ sebagai cashier manakala Riyadh sebagai waiter. Tetapi adakalanya, mereka akan bertukar shift sesama sendiri.

"Tak lewat okay? Aku sampai ngam ngam." Balas Riyadh. Beberapa pelanggan di situ diperhati. Kepalanya ditongkat memandang pintu masuk restoran.

"Mujur kau sampai walaupun ngam ngam. Kalau tak aku tak nak jawab kalau Encik Kasim tanya pasal kau." Ariff membalas sebelum dia teringat sesuatu. Belakang Riyadh dipukul.

"Apahal kau ni?" Riyadh menjeling kawannya itu. Ariff tersengih sebelum kerusinya dipusingkan menghadap Riyadh.

"Kau hutang aku cerita tau tak."

Riyadh memandang Ariff yang menunjukkan riak tidak sabar. Cerita mengenai kejadian di majlis perkahwinan bekas kekasihnya belum lagi diceritakan pada Ariff. Mesti kawannya itu ingin tahu sebab kenapa dia lewat ke restoran.

"Aku pergi wedding Rihana." Balas Riyadh malas. Ariff melopong sebelum tangannya bergerak menutup mulut yang ternganga besar. Siapa yang tidak terkejut? Semua masalah Riyadh dia tahu. Jadi, perihal Rihana juga dia tahu.

"Kau gila?" Riyadh menyepak kaki Ariff yang melunjur ke bawah kerusinya.

"Aku dijemput okay? Bukan saja-saja aku datang." Balas Riyadh mempertahankan dirinya. Ariff menggosok kakinya yang disepak Riyadh.

"Sakit bod*h!" Ariff merenung tajam mata Riyadh yang memandangnya selamba. Tidak lama kemudian, dia memandang ke arah pelanggan sebelum dia menutup mulutnya. Riyadh tertawa.

"Haa tulah. Cakap la lagi. Biar satu restoran ni dengar." Riyadh tertawa kecil. Ariff menjuling matanya ke atas.

"Tak series ni. Kau gila ke? Kenapa kau datang? Tak move on lagi?" Ariff terus menyoal. Geram pula apabila mendengar pengakuan Riyadh mengenai perkara ini.

"Tak move on apa bendanya? Kan tadi aku cakap aku dijemput." Balas Riyadh sambil menjeling sebal rakannya itu.

"Dijemput? Bukan kau kata kau dah move on dari Rihana? Habistu? Kenapa kau tetap datang ke majlis dia walaupun kau kata kau dah move on? Boleh je kau tolak sebab kau dah move on kan?" Ariff bersungguh membalas.

Riyadh terdiam. Kata-kata Ariff menjentik tangkal hatinya. Sejujurnya, memang betul dia paksakan dirinya untuk ke sana hanya untuk melihat Rihana. Istilah move on masih belum ada buat gadis itu.

"Kau tak move on lagi kan?" Soal Ariff. Riyadh mengabaikan soalan itu. Kepalanya dipusingkan ke arah lain. Dia tidak mahu jawab. Dia sendiri juga tidak pasti sama ada dia masih sayangkan Rihana atau tidak.

"Aku akan anggap jawapan tu ya."

Riyadh tetap mengabaikan Ariff. Dia tiada jawapan untuk itu. Pelanggan yang semakin ramai itu membangkitkan Riyadh untuk pergi mengambil pesanan. Ariff hanya membiarkan Riyadh pergi membuat kerjanya. Perbualan tadi terhenti di situ.

"Kau tak nak tukar kasut kau ke?" Soal Ariff sebelum Riyadh bangun untuk ke meja berdekatan dengan kipas dinding.

"Tak." Balas Riyadh.

Usai sahaja mengambil pesanan, Riyadh terus ke dapur. Kertas yang dipenuhi pesanan itu diletakkan di dalam bekas plastik di atas meja.

"Weh Emir."

Riyadh menoleh memandang Ariff yang mula berjalan ke arahnya. Dahinya berkerut.

"Kenapa ni?"

"Rihana." Bisik Ariff sambil jari telunjuknya ditujukan ke arah tepi dinding berdekatan pintu masuk restoran.

Riyadh terus memandang ke arah tempat yang ditunjukkan. Kelibat Rihana bersama seorang lelaki itu dipandang dengan riak tidak percaya. Hatinya mula berdegup laju.

"Kau la ambil order dia. Aku jaga kaunter eh?" Balas Riyadh. Belum sempat Riyadh mahu beredar ke kaunter, Ariff sempat menahan tangan sasa Riyadh.

"Aik? Kata dah move on?" Ariff membuat muka sambil tertawa kecil. Riyadh pula sudah menahan malu.

"Mana ada la."

Ting!

Loceng di meja kaunter itu berbunyi. Ariff yang tidak cakap banyak terus pergi ke arah kaunter meninggalkan Riyadh keseorangan di situ. Riyadh mengambil dan menghembus nafasnya. Dia perlu buat. Buku di dalam poket dibawa keluar dan dengan langkah perlahan dia berjalan ke meja yang menempatkan Rihana dan lelaki itu.

Ariff sempat mencuri pandang.

'Kau kena berani berdepan dengan dia bro.'

Aayan membelek menu di situ sebelum terlihat Rihana yang seperti kegelisahan. Mata isterinya asyik meliar memerhatikan restoran ini. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan Rihana daripada pengetahuannya.

"Hana okay?" Soal Aayan. Menu itu dibiarkan terbuka di atas meja.

Rihana tersentak. Terus dia tersenyum bagi menutup rasa gemuruh yang dia ada.

"Okay. Kenapa awak tanya?" Rasa gugupnya cuba ditutup.

Aayan memandang hairan. Kening sebelahnya diangkat sambil dia berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang mengganggu isterinya. Tapi apa?

Rihana memandang ke arah lain. Matanya dilarikan memandang Aayan yang tampak begitu kacak sekali di matanya. Dengan berpeluk tubuhnya sambil menyandarkan badannya begitu. Ditambah pula dengan renungan yang dilemparkan buatnya. Rihana merasakan Aayan nampak begitu lain saat ini.

'Rihana! Fokus!'

"Order."

Rihana terus menoleh. Serentak dengan itu, matanya bertembung dengan mata Riyadh. Sekali lagi, dia melarikan pandangan.

"Haaa yes. Thank you. Can you give me nasi pattaya with ice tea." Aayan menunjukkan menu tersebut. Riyadh hanya mengangguk sambil mencatat pesanan tersebut.

Aayan memandang ke arah isterinya yang sedari tadi memandang ke arah lain. Riyadh juga turut memandang ke arah Rihana. Dalam hatinya cepat menyuruh supaya Rihana membuat pesanan. Dia tidak tahan berdiri di sini bersama mereka.

Rihana perlahan memandang kembali ke arah mereka. Terus dia memandang suaminya dan bekas kekasihnya bergilir.

'Kenapa semua pandang aku ni?!'

"Hana tak order lagi." Aayan memberikan menu tersebut kepada Rihana. Terus dia merasakan mukanya berbahang menahan malu. Menu itu diambil.

Semua nama makanan dan minuman di dalam menu itu ditenung. Dalam fikirannya mula bercelaru. Manakan tidak suaminya dan bekas kekasihnya turut ada di sini! Menunggu dia.

"Err...saya nak...nasi...nasi..."

Riyadh menghembus nafasnya. Mahu sahaja dia pergi dari situ tetapi dia sedang bekerja! Kalau Encik Kasim nampak? Terdetik di hatinya perasaan menyesal meminta jawatan pelayan di restoran ini.

"Nasi...nasi...saya nak--"

"Nasi goreng kampung dengan milo ais."

Rihana memandang Riyadh. Mulutnya terus terkunci rapat dari mengeluarkan sebarang kata. Dalam hatinya, dia memuji lelaki ini kerana sampai sekarang masih mengingati pesanan yang selalu dipesan olehnya ketika mereka masih bersama dulu. Tetapi, sekarang dia sudah bersuami. Apa kata Aayan bila dengar ni?

Aayan pula memandang hairan ke arah pelayan yang berdiri di tepinya. Jika dilihat dari luaran, lelaki ini nampak biasa tetapi bagaimana dia boleh tahu pesanan yang hendak dipesan isterinya? Kemudian, Aayan teringat peristiwa tadi di mana Rihana duduk seperti cacing kepanasan sebaik saja mereka masuk ke restoran tadi. Adakah kerana pelayan ini?

Riyadh hanya mengendahkan pandangan mereka. Dia tahu dia baru sahaja akan mencetuskan perbualan hangat antara suami isteri ini nanti. Cepat-cepat dia mengambil menu tersebut dan beredar dari situ.

Suasana sepi seketika buat beberapa minit. Rihana diam di kerusinya sambil buntu memikirkan ayat yang sesuai jika Aayan bertanyakan soal tadi.

'Tolong la jangan tanya macam-macam. Aku tak tau nak jawab apa sekarang ni?! Patutkah aku mengaku yang dia ex-boyfriend aku? Ish! Apa nak buat niii!!'

Manakala Aayan pula hanya duduk diam memandang tingkap di sebelah. Walhal dalam fikirannya sibuk teringatkan kejadian tadi. Akhirnya dia membuka mulut.

"Kenal ke dengan waiter tadi?"

Rihana meneguk liur. Nafasnya cuba diatur sebaik mungkin supaya tidak memancing rasa wak sangka Aayan.

"Err...tak."

"Macam mana dia tahu Hana nak order apa?" Soal Aayan. Jawapan yang diberikan Rihana tadi betul-betul tidak memuaskan hatinya.

'Okay Rihana. Relaks. Kau boleh jawab ni.'
Rihana membalas pandangan Aayan.

"Dia bagi cadangan."

"Cadangan?"

"Yeah. Mungkin saya tak tahu nak order apa tadi. Mungkin sebab tu dia tolong orderkan untuk saya." Jawab Rihana dengan nada penuh yakin.

Aayan memandang curiga. Sejujurnya, dia tidak percaya dengan kata-kata dari Rihana tetapi disebabkan dia tidak mahu memanjangkan isu ini, dia hanya akur. Mungkin satu hari nanti Rihana sendiri akan menceritakan semuanya pada dia.

Usai sahaja makan tengahari di situ, Rihana menunggu di luar restoran manakala Aayan pergi untuk membuat bayaran.

"Lepas ni aku kena elakkan Aayan dari makan kat sini." kata Rihana perlahan.

"Kenapa pula?"

Rihana terus menoleh apabila seseorang tiba-tiba bersuara di tepinya. Matanya terbuntang memandang Dareena di situ.

"Kenapa terkejut?"

"Dareena."

Dareena dan Rihana saling berlaga pandang. Seorang memandang dengan riak bersahaja manakala seorang lagi memandang dengan riak yang terkejut.

"Kenapa kau tak bagi Aayan makan sini?" Dareena mengulang soalannya. Dia yakin dia tidak salah dengar. Kebetulan, dia hanya lalu di situ untuk makan tetapi tidak disangka pula dia berjumpa dengan Rihana.

"Kau salah dengar ni." Jawab Rihana. Dia tidak mahu libatkan Dareena pula. Cukuplah Aayan seorang.

"Sorry la kalau aku busybody. Ikutkan aku tak kisah dah pun nak cari tahu pasal korang berdua ni tapi tetiba pula aku rasa tertarik bila kau kata kau tak bagi Aayan makan sini. Kenapa eh? Ada rahsia apa? Tiba-tiba aku pun rasa nak makan kat sini." Balas Dareena agak sinis sambil berura-ura ingin masuk ke restoran itu.

Rihana pantas menghalang. Tangan Dareena dipegang.

"Jangan. Tak payah. Maksud aku banyak lagi kedai makan lain yang jauh lebih sedap lebih mewah lebih mahal dari kat sini." Balas Rihana bersungguh.

Dareena berdecit. Tangan itu dilepaskan kasar.

"Lepaskan aku. Aku tak suka kau pegang tangan aku. Lagi." Balas Dareena tegas sebelum melangkah pergi dari situ.

Rihana tersentak. Tangan kanannya yang baru sahaja tadi memegang erat tangan Dareena dipandang. Dadanya mula naik sebak.

Jika dulu sahabatnya itu suka benar berpegangan tangan namun sekarang semuanya sudah berubah.

"Kenapa kau suka pegang tangan aku?"

"Sebab kau je orang yang paling aku sayang selain keluarga aku. Kau je orang yang paling aku percaya. Kau je orang yang tak pandang kemewahan yang keluarga aku ada. Jadi, that's why aku selalu pegang tangan kau. Ibaratnya macam aku tak nak lepaskan kau ke sesiapa pun."

"Even aku dah kahwin sekalipun?"

"Yep. Aku nak kau selalu ada dengan aku."

Air matanya mengalir. Dia rindukan Dareena. Sangat.

Bunyi loceng restoran membuatkan Rihana cepat-cepat mengelap air matanya yang tumpah. Dia tidak boleh membiarkan Aayan tahu keadaan dirinya.

"Dah siap?" Soal Rihana sambil tersenyum.

Aayan mengangguk sebelum menyedari air muka Rihana.

"Kenapa muka--"

"Haa! Cepatlah! Kata nak pergi masuk mall. Jom. Nanti tak sempat beli barang." Tangan Aayan pantas ditarik bersama menuju ke kereta.

Aayan hanya mengikut. Dalam hati, dia pasti bahawa dia tidak salah lihat. Air muka isterinya jelas seperti lepas baru menangis.

'Apa yang dah jadi?'

30 / 08 !!! It's Aayan Firdaus birthday<3 Stay tuned ✓

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience