Bab 12

Drama Series 7787

"And in the middle of my chaos, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .

7 Januari 2013

Mata yang semakin kuyu itu dicelikkan kembali memandang ke arah guru yang sedang mengajar subjek sejarah. Jam yang semakin hampir dengan waktu balik itu diperhati sebelum pandangannya terarah ke arah rakan sekelasnya yang turut tidak bermaya. Ada yang mengantuk, ada yang bersembang dengan rakan di sebelah dan ada juga yang sedang mengemas buku-bukunya memandangkan masa tinggal 10 minit lagi untuk mereka semua pulang.

'Siapa lah yang susun subjek sejarah ni waktu last?'

Mata yang tidak boleh menumpukan perhatian lagi pantas memandang ke arah buku teksnya. Perlahan, dia juga turut mengemas apa yang patut.

"Mana pensel aku?"

Matanya meliar memandang ke atas mejanya. Diangkat buku teksnya, tiada. Dicari pula di dalam bekas penselnya pun tiada.

"Nah!"

Rihana menoleh. Dareena yang sedang memegang penselnya diperhati.

"Macam mana--"

"Terjatuh." Rihana tersenyum. Penselnya diambil.

"Baiklah kelas. Sampai di sini sahaja. Kita jumpa semula pada hari rabu."

"Bangun! Terima kasih cikgu!"

"Terima kasih cikgu!"

Keluar sahaja cikgu yang mengajar subjek sejarah tadi, semua pelajar terus keluar dari kelas untuk pulang. Sekejap sahaja, kelas itu sudah sepi. Hanya tinggal beberapa pelajar sahaja termasuk dirinya.

"Rihana. Jom turun sekali." Ajak Wati yang duduk di hadapannya. Di sebelah Wati, turut ada sahabatnya bernama Ila. Ila hanya mengangguk dan tersenyum.

"Boleh juga. Jom." Balas Rihana sebelum dia menyedari Dareena yang baru sahaja menggalas beg.

"Dareena. Jom sekali." Ajak Rihana. Namun, Dareena hanya menghiraukan ajakan Rihana dan terus berlalu dari situ.

"Dia memang macam tu. Jangan pedulikan sangat." Balas Wati. Rihana tersenyum kelat sebelum mengikuti mereka keluar dari kelas.

"By the way, Rihana. Mak ayah awak kerja apa?" Soal Wati ketika mereka berjalan bersama menuju ke pondok pengawal keselamatan.

"Sebenarnya, saya anak yatim." Balas Rihana sambil tersenyum. Wati dan Ila sedikit tersentak. Wati terdiam manakala Ila pula sudah menyiku lengan Wati yang suka-suka hati menanyakan soalan begitu.

"Rihana. Sorry. Saya tak tahu--"

"Tak apa. Bukan salah awak pun." Balas Rihana.

"Tapi saya pelik..."

Rihana memandang Ila yang mengerutkan wajahnya.

"Macam mana awak dapat masuk sekolah ni?"

Habis sahaja Ila mengeluarkan ayat, Wati pantas menepuk bahu Ila. Ila yang menyedari keterlanjuran katanya laju menutup mulutnya.

"Err...bukan. Bukan. Maksud saya--"

"Ada satu keluarga ni ambil saya jadi anak angkat diorang." Balas Rihana.

"Ouhh faham. Sorry." Tutur Ila lembut. Rihana tersenyum kecil sebelum dia menggeleng menandakan dia tidak kisah semua itu.

"Keluarga angkat saya tu kaya la juga. Sebab tu dia masukkan saya ke sekolah ni." Sambung Rihana. Rasanya tidak salah untuk dia bercerita soal ini.

"Kalau awak nak tahu, Rihana. Semua pelajar kat sini kaya-raya." Balas Wati yang mendapat anggukan Ila.

"Tulah. Nampak je sekolah ni saya boleh tahu. Sebab tu ke awak tanya saya mak ayah saya kerja apa tadi?" Rihana menyoal Wati. Wati sudah tersengih.

"Sorry Rihana. Saya betul-betul tak tahu awak ni anak yatim. Kalau saya tahu, sungguh saya takkan tanya." Balas Wati yang tampak bersalah.

"It's okay. Salah saya juga sebab tak beritahu."

"Jadi, keluarga angkat awak memang kaya la. Kerja apa? Buat business?" Soal Ila pula yang tampak teruja.

"Ayah angkat saya ada syarikat sendiri. Mak angkat saya pula suri rumah." Cerita Rihana tanpa was-was.

"Syarikat?"

"Ha'ah. Kenapa?" Soal Rihana pelik. Riak mereka betul-betul menghairankannya.

"Well, kalau awak nak tahu. Sebenarnya, dalam sekolah ni hanya ada seorang je yang ayah dia ada syarikat sendiri. Nampaknya, dia dah ada pesaing." Balas Wati sambil matanya melirik ke arah Ila yang tergelak kecil.

Rihana yang memerhatikan mereka hanya memandang aneh.

"Siapa?"

"Tu."

Rihana memandang ke arah yang ditunjukkan Wati. Kawasan luar sekolah itu dilihat.

"Dareena?"

"Yep."

Rihana memandang Dareena yang dijemput oleh pemandu itu. Lagak gayanya persis bagaikan anak raja yang menunggu pemandu itu membukakan pintu kereta untuknya.

"Kalau awak nak tahu lagi. Dareena merupakan pelajar paling kaya kat sekolah ni." Sambung Wati.

Rihana mengalihkan pandangannya memandang mereka semula.

"Paling kaya?"

"Ya. Ayah dia ada syarikat sendiri yang baru je dapat tempat kat dunia perniagaan. Ibu dia pula ada butik sendiri. Tak silap sekarang butik tu dah terkenal."

"Keluarga dia sangat sempurna. Ada ibu ayah yang terlalu kaya macam tu semua benda dia boleh dapat sekelip mata."

Rihana yang asyik mendengar mula tersenyum gembira.

"Alhamdulillah kalau macam tu."

"Rihana. Awak ni tak faham la." Balas Ila sambil membuat muka.

"Apa yang saya tak faham?"

"Semua orang nak jadi macam dia. Cantik. Kaya. Terkenal kat sekolah ni. Semua budak lelaki suka kat dia!" Balas Wati dengan nada berbaur cemburu.

"Yep! Dareena bagaikan tanda kesempurnaan kat sekolah ni tau. Senang cerita pelajar idola semua." Sambung Ila pula yang juga berbaur cemburu.

Rihana hanya mendiamkan diri. Sejujurnya, dia tidak kisah semua itu. Malahan, dia turut gembira mengenai Dareena.

Keluarga. Semua orang pasti menginginkan keluarga yang sempurna termasuk dirinya. Dilabel sebagai anak yatim sewaktu zaman kanak-kanaknya dahulu betul-betul menanamkan niatnya untuk menjadi anak angkat bagi sebuah keluarga yang kaya. Dan tidak disangka, dia terpilih menjadi salah seorang anggota keluarga Dato' Johari Karl.

"Kenapa awak senyum?" Soal Wati apabila melihat Rihana yang tersenyum dari tadi.

"Ha?" Rihana memandang mereka.

"Mengelamun la tu. Dah la. Jom!" Ajak Ila sambil tergelak kecil melihat Rihana yang agak comel tadi.

********************

Keesokan hari...

Rihana sedang duduk di salah satu bangku di padang sekolah yang terbentang luas. Saja dia ingin mengambil angin di situ sambil menikmati waktu rehatnya dengan tenang. Bungkusan roti sosej yang sudah habis dimakan diletakkan di bawah tin milo yang baru sahaja dibeli di koperasi tadi.

"Sedapnya! Rugi pula tak beli lebih." Omelnya sendiri.

"Lah yeke? Nak aku punya?" Rihana pantas bangun apabila dia terlihat Nessa yang berdiri dengan angkuh.

"Kau nak apa?" Balas Rihana malas. Baginya, tidak perlu untuk dia tunduk dan takut kepada kaki pembuli seperti Nessa.

"Nak apa? Nampaknya kau tak tahu lagi." Balas Nessa dengan nada perlian. Dengan selambanya, dia duduk di sebelah Rihana dan terus menarik Rihana untuk duduk di sebelahnya.

"Pahal kau ni?" Rihana mula memberontak. Matanya tajam menikam anak mata Nessa.

"Apa masalah aku? Patutnya aku yang tanya kau, pahal kau ada kat sini? Sini, kat bangku ni, tempat lepak aku dengan geng aku." Balas Nessa sambil menepuk-nepuk bangku yang sudah dicat cantik.

"Heh! Ada aku kesah ke? Lagipula, bangku ni tak ada nama kau. So, aku boleh duduk kat mana je yang aku nak!" Rihana turut membalas. Dia perlu berani kalau mahu bertikam lidah dengan Nessa.

Terus Rihana duduk di situ sambil berpeluk tubuh. Jelingan sinis terus dibagi pada Nessa yang sudah mencuka memandangnya.

"Kau jangan cabar aku, Rihana!" Nessa terus berdiri. Tubuh Rihana ditarik kasar mendekatinya.

"Lepaskan aku lah!" Dengan sekali tolakan, Rihana berjaya melepaskan diri dari cengkaman Nessa.

"Kurang ajar kau kan!" Nessa tidak mahu mengalah. Egonya semakin tinggi.

Lantas dia mengambil botol mineralnya sebelum dia mencurah kasar ke muka Rihana. Rihana yang melihat tindakan Nessa tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu pantas. Tangannya bergerak perlahan menutupi mukanya.

SPLASH!

Rihana membuka matanya. Baju dan tudungnya ditelek.

'Kenapa tak basah?'

Tangannya diturunkan kembali ingin melihat situasi sebenar. Mulutnya melopong apabila melihat Nessa pula yang lencun dengan air.

"Kau jangan kacau dia." Dareena memandang Nessa yang sudah lencun dengan air masaknya.

Niatnya di situ hanya ingin mengambil angin tetapi tak sangka pula dia melihat pergaduhan yang berlaku antara mereka. Semakin Dareena mendekat, semakin kuat pula pergaduhan mereka sampailah dia melihat Nessa yang mula mengambil air mineralnya dari kocek beg sandang secara senyap. Dengan pantas, Dareena mencurahkan air mineralnya ke muka Nessa sebelum sempat Nessa ingin berbuat begitu kepada Rihana.

"Kau!" Nessa sudah memandang dengan pandangan yang tajam.

Namun, Dareena hanya beriak selamba. Tangan Rihana pantas ditarik untuk mengikutinya. Rihana yang terpinga hanya mengikut. Sempat dia mengambil tin milonya tadi.

"Thanks." Ucap Rihana sambil dia tersenyum manis.

"Lepas ni, jangan kacau dia lagi."

"What? Saya tak kacau dia pun. Dia tiba-tiba datang serang saya." Balas Rihana sambil mengerutkan dahinya.

"Sebab kau duduk kat tempat dia kan?" Balas Dareena. Serentak, mereka berdua berhenti di tepi tandas sekolah.

"Macam mana--"

"Semua orang kat sekolah ni tahu bangku tu tempat Nessa dengan geng dia duduk dan lepak. Dan aku rasa kau orang pertama yang berani lawan diorang." Balas Dareena. Rihana terpinga.

"Berani lawan? Dia yang cari pasal dulu, takkan saya yang kena mengalah?" Rihana membela dirinya. Lagipula, apa yang dikatakan itu semuanya benar. Takkan dia hanya mahu diam dan biarkan sahaja perbuatan Nessa padanya?

"Yep. That's why I told you that you are the one that can fight them back." Balas Dareena sambil tersenyum kecil.

"Ha?"

"Congratulations! Nampaknya, aku dah jumpa orang yang berani lawan diorang."

"Tapi, kau pun berani lawan diorang." Dalih Rihana apabila teringatkan peristiwa tadi dan minggu lepas.

"Dan untuk itu, saya nak cakap terima kasih." Sambung Rihana sambil tersenyum lebar.

"Hmmm... no hal. Lagipun, perbuatan dia dah melampau." Balas Dareena.

Rihana mengangguk setuju sebelum terdengar bunyi loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudahpun tamat.

"Jom balik kelas." Ajak Rihana dan tanpa segan silu terus dia menarik tangan Dareena sambil berlari anak.

Dareena tersentak. Tangan kirinya yang berada dalam genggaman Rihana menggamit perasaan bahagia dalam dirinya. Wajah Rihana yang tergelak bahagia itu dipandang sebelum dia juga turut tersenyum lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience