"And in the middle of my chous, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Pakcik?"
Seorang lelaki awal 50-an yang sedang membaca sesuatu di telefonnya segera berpaling apabila terasa seseorang memanggil dan memerhatinya.
Kedua matanya terus terpaku melihat wajah jelita gadis muda di hadapannya. Senyuman yang terukir cantik itu menambahkan lagi debaran di hatinya. Cepat-cepat dia beristighfar mengingatkan isteri dan anaknya di rumah.
Dareena hanya tersenyum melihat karenah pakcik grab di hadapannya ini. Dia tahu apa yang pakcik ini fikirkan. Dia sudah lali. Setiap kali dia berjalan, bercakap atau apa pun yang dia lakukan, pasti ada mata-mata yang memerhati dan memujinya.
"Mari. Pakcik tolong angkatkan." Pakcik itu mula menghulurkan bantuan. Beg bagasi itu diambil dan disimpan.
Saat Dareena ingin membuka pintu kereta, ada tangan yang sudah membuka untuknya terlebih dahulu. Dia tersenyum seraya mengucapkan terima kasih.
Sepanjang perjalanan, gadis itu hanya menyepi sambil melihat ke arah i-phone miliknya. Nombor kenalan itu dipandang sebelum dia mula tersenyum simpul. Bouquet yang sempat dibeli di kedai runcit airport tadi diambil perlahan dan berhati-hati.
Bouquet itu dipandang teruja. Tidak sabar mahu melihat reaksi tunangnya apabila dia sampai ke rumah lelaki itu. Dia mahu membuat kejutan. Tiada siapa yang tahu dia pulang ke Malaysia hari ini termasuk ibu dan adiknya.
"Jika kita dapat lihat bunga api semalam memang meriah ya? Hari ni pun langit sangat baik di bumi KL ini. Adakah tahun 2022 ini, ada benda baik yang terjadi? Hahaha kita sendiri tidak pasti melainkanNya. Apa-apa pun, saya, Lina, penyampai radio Y-FM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada anda semua."
Skrin i-phonenya dilihat.
1 Januari 2022
10.27 a.m.
"Bagus cik pilih tarikh." Matanya naik memandang ke arah pakcik yang sedang tersenyum buatnya.
Dia tidak membalas malah dia juga ikut tersenyum. Membenarkan kata-katanya. Memang sengaja dia memilih tarikh ini sebagai tanda mulakan suasana baru dengan azam yang baru.
Perjalanan terasa lama apabila jalan mula sesak. Namun, itu tidak membimbangkan hatinya kerana dia sudah bersedia dengan kejutannya nanti. Lagi pula, dia tahu tunangnya itu di rumah. Sekaligus, boleh berjumpa dengan sahabatnya.
Dia mendail nombor seseorang.
Tidak diangkat.
Dia menghela nafasnya perlahan. Dia sudah agak pasti tunangnya itu tidak mengangkat panggilannya.
Sebenarnya, sudah sekian lama dia memendam perasaan ini. Hairan mengapa tunangnya itu sejak kebelakangan ini, seperti acuh tidak acuh sahaja dengannya.
Mesej dibalas sepatah.
Angkat panggilan itupun cuma sebentar dan nada suaranya seperti terpaksa.
Agak-agak kalau disuruh datang melawatnya ke luar negara pun pasti seribu alasan diberi.
Bouquet itu kembali ditatap dengan harapan bahawa kejutannya kali ini dapat menggembirakan hati lelaki itu. Pasti tunangnya itu merajuk dan mahu mengambil perhatiannya sahaja memandangkan dia sudah berbulan tidak pulang ke sini.
Hanya kata hati yang mampu memujuk hatinya saat ini.
"Cik, saya berhenti di sini ya?"
Dareena sedikit tersentak. Matanya mula memerhati keadaan di luar kereta atau lebih tepat lagi kawasan perumahan.
'Kenapa banyak kereta ni?'
"Maaf cik. Saya berhenti di sini sebab depan rumah penuh dengan kereta." Jawab pakcik itu sebelum dia mula membuka pintu keretanya.
Dia hanya mengendahkan. Orang ramai diperhati dan ada antara mereka yang berbaju melayu dan kurung.
'Ada buat kenduri ke?'
Perlahan-lahan dia turun dari kereta sambil memegang bouquet. Dia pantas memanggil pakcik yang mahu mengambil bagasinya.
"Eh, kenapa pula?"
"Tak payah pakcik. Kita singgah sekejap je. Lagipun, ni bukan rumah saya." Dahinya berkerut.
"Rumah siapa?"
"Rumah tunang saya. Minta maaf pakcik. Saya bayar." Melihat gadis itu yang mula mempamerkan wajah kasihannya, membuatkan dia tersenyum dan tergelak kecil.
"Cik, tak apa. Pakcik masuk dalam dulu?" Namun, pantas sahaja Dareena menghalang.
"Boleh tolong tak?" I-phone dibawa keluar dari beg tangannya lalu dihulurkan kepada pakcik grab itu.
"Boleh tolong rakam?" Terketar tangan lelaki tua ini mahu mengambil i-phone di tangannya. Dia tergelak kecil melihat perbuatan pakcik ini.
'Comel.'
"Tak apa. Peganglah. Tolong rakam tau." Hanya anggukan yang diberikan buat gadis ini. I-phone dibelek. Tidak pernah lagi dia sentuh barang semahal ini.
'Kaya juga dia ni.'
Dia hanya tersenyum sahaja melihat pakcik ini yang membelek-belek i-phonenya. Dia tidak risau jikalau i-phonenya itu jatuh tetapi dia suka melihat senyuman pakcik ini. Mungkin saja dia teringatkan seseorang yang sudah tiada.
Dia menghembus nafasnya dan mula berjalan ke arah rumah tunangnya yang dipenuhi dengan orang ramai. Dadanya mula berdebar kuat.
Tidak tahu mengapa tapi dia merasakan ada yang tidak kena. Seolah-olah ini bukan majlis biasa.
'Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?'
"Pakcik start rakam ya?"
Dareena hanya membiarkan. Baginya rakaman itu sudah tidak penting sekarang ini. Matanya memerhati orang ramai yang berkerumun di hadapan pintu utama rumah itu.
Semakin dekat dia dengan pintu tersebut, semakin kuat suara seseorang yang sangat dia kenal berada dalam rumah itu.
Nafasnya mula tidak teratur. Dengan pantas, dia berlari ke arah pintu dan menolak semua orang yang mengerumuni pintu utama tersebut.
"Eh cik? Kejap!" Pakcik itu turut mengejar langkahnya sebelum terlihat welcome board yang terletak di tepi kolam di sudut rumah.
"Aayan dan eh?"
Matanya perlahan-lahan memandang ke arah gadis yang sudah berada di pintu rumah. Dia tahu dia sudah terlambat mahu menghalang gadis itu.
Dareena tersentak. Buat seketika, jantungnya berhenti berdegup. Sepasang mata cantik itu hanya kaku memandang seseorang berbaju melayu putih yang duduk bersila. Tangannya menadah mengaminkan doa yang dibaca oleh seorang lelaki tua berkopiah.
Setitis.
Dua titis.
Tiga titis air matanya mula mengalir. Bouquet yang dipegang sudah terjatuh dari dakapannya. Bibirnya tergetar-getar. Senyuman lelaki itu dipandang dengan hati yang luka dan berdarah.
'Apa semua ni?!'
Tidak! Dia tidak mampu untuk lihat lebih lagi. Hatinya tidak sanggup.
Sekali lagi, dia menolak semua orang yang berkerumun dan menghalang jalannya. Dia terus berlari.
Berlari tanpa tujuan. Meskipun kakinya penat ditambah lagi dengan kasut tinggi yang dikenakan, tetapi hatinya lagi sakit.
"Sah?"
" Sah!"
"Sah!"
Air matanya laju mengalir membasahi pipinya mengingatkan kejadian beberapa minit lepas. Semua yang memerhati tingkah lakunya memandangnya penuh hairan.
"Kenapa tu?"
"Macam orang gila."
"Orangnya cantik tapi sayang, gila."
"Broken la tu."
"Patah hati macam ni la jadi."
Sudah! Dia tidak mahu dengar!
Dengan tidak sengaja, dia tersilap langkah. Tangannya dilihat dan terdapat luka di telapak tangannya.
Luka itu diperhati lama. Darah yang mengalir itu langsung tidak menarik perhatiannya untuk dirawat. Nafasnya mula tidak teratur.
Bayangan wajah tunangnya tadi diselang-seli dengan luka di tapak tangannya.
Sakit.
Perit.
Kenapa di awal tahun ini, dia sudah diuji dengan perkara sebegini? Apa salahnya?
"Apa salah aku Aayan sampai kau sanggup buat aku macam ni." Dia hanya mampu merintih dan menangis.
"Ya Allah, cik!" tangan tua itu terketar mahu mencapai tangan Dareena yang dipenuhi darah. Tanpa membuang masa, dipegang bahu gadis itu dan cuba untuk menariknya bangun.
Tetapi, alangkah terkejutnya dia melihat wajah Dareena yang sudah comot. Mata dan hidung merahnya jelas kelihatan. Tahulah dia bahawa gadis ini patah hati.
"Mari. Pakcik hantar balik."
Dareena tidak menolak apabila pakcik grab ini sudi membantunya.
Air matanya tidak henti mengalir dari tadi. Mata-mata yang memandang diabaikan. Buat pertama kali, dia abaikan penampilan dirinya. Dia sudah tidak kisah. Wajah yang disolek cantik pada mulanya, comot begitu saja. Baju dress labuhnya pula dikotori tanah dan debu akibat perjatuhan tadi.
Sekarang ini, dia hanya mahu balik. Ya, dia perlu tenangkan dirinya dahulu.
'Mama.'
Sorry for the late update •́ ‿ ,•̀ See you in the next chapter ~ Lots of love, Zy <3
Share this novel