Prolog

Drama Series 7787

"And in the middle of my chous, there was you"
. .
. .
. .
. .
. .

Dear my beloved person,

Angel. Sesuai dengan wajah cantik bersih dia. Wajah yang mampu memikat dan hanya dengan wajahnya sahaja, dia juga mampu buat orang dengar setiap patah kata-katanya. Tidak terkecuali juga dengan aku. Sejak kali pertama aku berjumpa dengannya, aku tertarik dengan wajahnya yang cantik ditambah pula dengan solekan yang tampak sempurna bagaikan bidadari. Wajah yang cantik tidak menggambarkan hati yang bersih. Begitu jua dengan dia. Jikalau orang lain yang menilai dia, pasti dia sudah dicemuh, dimaki dan dipandang jelek oleh orang sekeliling hanya kerana digelar sebagai perampas. Walhal, dia sebenarnya mangsa situasi. Tidak tergambar betapa hancur dan sakitnya hati dia melihat orang yang paling dia sayang dan cinta dirampas oleh orang yang paling dia percaya. Tidak terduga perasaannya melihat situasi tersebut di hadapan matanya sendiri. Situasi itu diingati dan sentiasa kekal dalam memorinya sebagai bukti makna khianat.

Antagonist. Watak jahat dalam sesebuah cerita. Juga sesuai dengan sikap dan perbuatannya yang mula berubah untuk melakukan perkara yang dibenci oleh Allah. Aku tidak nafikan bahawa aku juga gentar dia akan bersungguh untuk mencapai hasratnya, namun, setelah aku lebih mengenali dia, aku tersedar sesuatu. Timbul satu perasaan yang aku sendiri tidak dapat jelaskan. Dia bagaikan tidak sanggup untuk mencederakan dan menyakiti sahabat yang paling dia sayang walaupun sahabat itulah yang mengkhianatinya ketika itu.

Ketika itu jualah, aku mula tersedar. Betapa kuatnya hubungan jika ada rasa kasih dan sayang antara satu sama lain. Hubungan suami isteri. Hubungan ibu ayah dan anak-anak. Hubungan antara adik beradik. Hubungan antara sahabat. Aku hampir menitiskan air mata aku apabila aku mula faham erti sebuah hubungan.

Meskipun jiwanya sudah banyak terluka dan berparut tetapi jiwa itulah yang telah berjaya membuat aku lebih untuk hargai dan sayang seseorang yang berada di sekeliling aku. Aku bersyukur dipertemukan dengan dia.

Terima kasih.

Love, your beloved one

Yang ini sebenarnya adalah sebuah surat yang ditulis oleh seseorang. Siapa yang tulis tu agak agak ya?? (☉。☉)! Anyway, cerita bermula selepas ini dalam bab 1(。•̀ᴗ-)✧ Thank you !!! Lots of love, zy<3

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2022-05-24 13:45:52 

hai Zy, Che da teringin nak kenal Zy lebih rapat, jom wasap Che da+


NovelPlus Premium

The best ads free experience