"And in the middle of my chaos, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sampai sahaja dia di rooftop hotel itu, Dareena terus mencari mereka. Namun, apa yang dilihat hanya jurugambar dan beberapa orang tetamu yang turut menikmati pemandangan dari atas hotel ini. Dia naik hairan.
'Dato' tu tipu aku ke apa?'
Setelah hampir 5 minit dia di situ, Dareena mendengus kasar.
'Kurang ajar punya orang tua! Kau tipu aku!' Dareena menarik nafasnya laju.
Kenapa susah sangat nak jumpa mereka ni? Atau memang betul Dato' tadi sudah menipunya. Dareena mula terduduk lemah. Mujur sahaja ada bangku kayu di situ yang sempat menahannya daripada terjatuh. Dia mula termenung.
Sejujurnya, dia sudah mula penat untuk mengetahui semua yang terjadi. Ingatkan dia hari ini dia hanya mahu berjumpa dengan Aayan untuk meminta penjelasan tetapi bila teringatkan nama yang tertera di kad jemputan tadi.
Kad jemputan ke Majlis Perkahwinan
Aayan & Rihana
Bertempat di JK Hotel and Residence
Pada 2 Januari 2022
Rihana.
Dareena menarik nafas dalam. Dia percaya itu bukan Rihana yang dia kenal. Pasti Rihana yang lain.
I-phonenya itu ditatap. Perlu ke untuk dia menghubungi Rihana? Tapi, sudah berkali-kali dia tidak menjawab panggilan. Melainkan, dia betul-betul pengantin perempuan tu...
Dareena menggeleng. Dia percaya pada Rihana. Dia kenal sahabatnya itu. Tidak mungkin Rihana sanggup berbuat perkara begini. Nombor Rihana didail. Jika Rihana angkat, memang sah bukan Rihana pengantin perempuan itu.
Dareena berdoa dalam hati supaya Rihana mengangkat panggilan darinya. Baru sahaja dia meletakkan i-phone itu di tepi kepalanya, tiba-tiba sahaja ada seseorang yang terlanggarnya menyebabkan i-phone itu terlepas dari tangan.
"I'm so sorry miss." Ucap seseorang sebelum dia bongkok untuk mengambilnya kembali.
Dareena mula terdiam. Terpaku. Bagaikan patung. Suara tu. Matanya dikalihkan memandang tubuh belakang seorang lelaki berpakaian baju melayu krim itu.
Nafasnya seakan tersekat. Jantungnya mula berdegup pantas. Tidak mungkin dia lupa bentuk badan lelaki itu.
Selesai sahaja dia bangun daripada mengambil i-phone gadis tadi, terus dia mengangkat muka untuk memulangkannya kembali.
"Here your..." Mata lelaki itu juga terpaku pada Dareena. Kata-katanya tadi tidak jadi untuk disambung gara-gara terlihat seorang gadis yang sudah berbulan tidak berjumpa.
"Dareena."
"Aayan."
Suasana sepi seketika. Hanya terdengar bunyi orang berbual di situ.
Aayan berdehem. I-phone milik Dareena itu dihulurkan buat gadis itu. Dareena hanya memerhati i-phone itu tanpa riak. Dengan perlahan, dia mengambil i-phone itu kembali.
"You dah makan?" Soal Aayan bagi menutup rasa sangsi antara mereka. Awkward!
Dareena tergelak sinis. Seriously! Benda pertama setelah mereka berjumpa, dia tanya soalan tu?
Aayan yang seakan memahami gelak Dareena itu mula menghembus nafasnya perlahan. Dia tahu pasti gadis itu tahu mengenai hal akad nikahnya. Tetapi, tidak tahu pula dia bahawa Dareena datang ke majlisnya.
"Jom! Kita discuss tempat lain."
"Kenapa tak dekat sini? Ohh takut wife you nampak?"
Dareena berpeluk tubuh. Dia tidak akan berganjak. Nak discuss? Discuss kat sini!
"Apa you merepek ni?" Soal Aayan. Lengan Dareena ditarik sebelum isterinya naik ke rooftop.
Dareena terus merentap lengan yang dipegang Aayan. Matanya dijegilkan memandang wajah yang pura-pura tidak bersalah itu.
"I ke you yang merepek? You tahu I datang sini sebab apa kan? And now. Explain to me. What the h*ll is that! You kahwin dengan perempuan lain sedangkan you tunang I!" Dareena sudah mula naik angin. Suaranya sudah mula meninggi menandakan dia tidak main-main. Dia sudah tidak kisah dengan beberapa orang di situ yang mula memerhatikan mereka.
"Dareena! Jangan buat kecoh kat sini!" Aayan juga tidak mahu mengalah.
"I tak akan buat kecoh kalau you tak buat hal." Suara Dareena mula perlahan tetapi masih dalam keadaan tegas. Bebola mata anaknya hanya tertumpu pada Aayan. Pandangan benci.
Aayan mula tergelak. Kepalanya ditundukkan dan digelengkan. Ternaik sebelah kening Dareena melihat sikap Aayan.
'Aku ada cakap benda kelakar ke?'
"Dareena." Aayan memanggil dengan senyuman yang terhias di wajahnya. Jantung Dareena mula memainkan peranan apabila melihat Aayan yang tersenyum padanya.
Senyuman itu. Sudah lama dia tidak nampak. Senyuman itulah yang mencairkan hatinya. Senyuman itu jugalah menjadi penyebab cintanya pada Aayan semakin kuat.
'Dareena! Sedar!'
"I tak akan buat keputusan ni kalau you tak buat hal dulu." Balas Aayan sebelum senyumannya itu mulai pudar. Dareena mengerutkan wajahnya.
"Hal apa ni? You merepek apa?"
"Masih nak berdalih?"
Dareena memandang tajam Aayan yang seakan memerli dirinya. Tapi kenapa pula Aayan nak perli dia? Sepatutnya, dia yang perli Aayan. Tetapi kenapa sekarang ni, macam situasi ini terbalik.
"Baik you beritahu I apa yang you merepek ni. Terus jadi tak betul ke lepas kahwin dengan perempuan--"
"You keluar dengan jantan lain!"
Dareena tergamam. Ayat yang baru keluar dari mulut Aayan memang betul-betul sudah melampau.
"Apa?"
"You nak I ulang? Okay fine! You, Dareena Rumaysa keluar dengan jantan lain."
"PAP!"
Semua tetamu di situ sudah melopong melihat kejadian tadi. Dareena terasa puas biarpun tangannya agak kebas. Aayan dah melampau!
Pipinya yang baru sahaja ditampar itu dibiarkan sahaja. Tangannya tidak bergerak untuk mengusap pipinya yang terasa pijar.
Air mata Dareena mula turun. Riak wajahnya jelas kelihatan kecewa dengan sikap lelaki itu. Aayan yang melihat air mata Dareena mula tergamam.
'Takkan Dareena bercakap benar?'
"Dareena." Aayan memanggil.
"You jangan sebut nama I lagi. Sampai hati you tuduh I ada jantan lain. Tak cukup lagi ke dengan kesetiaan I. I dekat sana setiap hari teringatkan you. You buat apa. You dah makan ke tidak. You kerja okay ke tak. Tapi you..." Nafasnya ditarik. Air matanya dibiarkan jatuh.
"You senang-senang kata I ada jantan lain."
Aayan hanya mendiamkan diri. Mulutnya dikunci rapat.
"Sebab tu you kahwin lain kan? Sebab you nak balas dendam sebab kononnya I main kayu tiga belakang you, macam tu ke?" Jawab Dareena. Aayan masih mendiamkan diri.
Betul. Apa yang dikatakan Dareena sekarang semuanya betul. Tiada satu pun yang salah. Namun, Aayan pilih untuk diam. Bimbang jika dia bersuara suasana akan semakin keruh. Jujur dia tidak mahu hubungan antara mereka renggang hanya kerana perkahwinan ini, tetapi nampaknya semuanya sudah terlambat.
Dareena menyeka air matanya. Dia penat sebenarnya untuk menangis. Lagipun, dia sudah berazam tidak mahu nampak lemah di depan Aayan.
"Aayan." Aayan terus memandang Dareena.
"Siapa pengantin perempuan tu?" Soal Dareena. Dia berharap jawapan kali ini tidak terkena pada sasarannya.
Aayan tetap mendiamkan diri sambil merenung Dareena. Dia tahu lambat-laun juga pasti gadis ini akan tahu jua. Dan dia sudah bersedia.
"Siapa?" Dareena menyoal lagi. Melihat Aayan yang mendiamkan diri itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya terguris.
'Tolong jangan cakap--'
"Aayan. Jom sambung photo--" Panggil seorang gadis yang berpakaian dress kembang labuh itu. Namun, melihat seorang lagi gadis yang berdiri di hadapan Aayan membuatkan tubuhnya kaku. Badannya sedikit menggeletar.
Dareena perlahan-lahan memandang seorang gadis yang sudah tergamam melihat kewujudannya di sini. Sekali lagi, air matanya jatuh.
'Ya Tuhan, kenapa?'
"Patutlah kau tak angkat call aku kan Rihana?"
Rihana menunduk malu. Bukan itu niat dia! Apa yang dah jadi?
"Aku harap sangat bukan kau orangnya." Balas Dareena sebelum kakinya mula mengorak langkah ingin pergi dari situ.
Tetapi, Rihana sempat menahan Dareena. Tangan sahabatnya dipegang erat.
"Dareena." Rihana memanggil lembut. Tetapi sikit pun tidak terkesan di hati Dareena yang sudah penuh dengan luka.
"Kau nak apa?"
"Aku--aku..."
"Sudahlah aku tak nak dengar. Korang semua boleh pergi mamp*s!" Ujar Dareena dengan riak yang bengis.
"Dareena. Aku minta maaf. Aku--aku..."
"Diam boleh tak. Kau dengan Aayan sama je. Tak ada beza. Suka buat hidup aku macam ni. Dan kau! Kurang ajar kau kan!" Rihana menggelengkan kepalanya sambil menangis.
"Dareena, I'm sorry." Ucap Rihana. Tangan Dareena dipegang dan diusap lembut. Memohon simpati dari Dareena walupun dia tahu peluang itu senipis-nipisnya.
"Jangan pegang akulah!" Dareena merentap kasar tangannya membuatkan Rihana hampir terjatuh. Tetapi, mujur sahaja Aayan sempat untuk menyambutnya.
"You ni dah kenapa? Kalau marah dekat I, jangan libatkan wife I. Lagipun, dia bestfriend you!" Marah Aayan. Dareena tersenyum sinis memandang mereka. Hatinya sakit mendengar 'wife I' dari mulut Aayan.
"Siapa kata I marah kat you je." Pandangan Dareena dikaihkan memandang Rihana yang berada dalam dakapan Aayan.
"Bestfriend? Bestfriend buat macam ni ke kat kawan baik sendiri? Ni ke nilai friendship yang kau banggakan sangat tu." Rihana menggeleng. Dia tahu semua salahnya. Apa yang dia dah buat!
"Boleh pergi mamp*s dengan kau punya 'nilai friendship' kau." Dareena menjeling mereka kemudian terus beredar meninggalkan mereka. Air matanya laju menuruni pipi bersihnya namun dia hanya mempamerkan wajah tanpa riak.
Semua tetamu di situ memandangnya tanpa kelip. Ada yang berbisik sesama sendiri.
"Kenapa tu?"
"Aku dengar dia gaduh dengan pengantin tadi."
"Dia tampar pengantin lelaki do."
"Heartbroken la tu."
"Drama orang ketiga ke ni? Hahahaha."
Dareena hanya membiarkan orang bergosip mengenainya. Lagipula, dia tidak mampu untuk menutup semua mulut di situ. Jadi, pilihan yang ada cuma membiarkan mereka.
Dia mempercepatkan langkahnya. Dia menyelit antara semua tetamu di situ.
"I'm sorry." Ucap Dareena apabila bahunya terlanggar seseorang.
"It's okay. You okay, miss?" Dareena hanya menunduk. Tidak terasa mahu menunjukkan wajahnya saat ini.
Tanpa berlengah, Dareena terus berlari anak keluar dari dewan itu. Pintu kecemasan itu terus ditarik.
Tidak sampai satu saat, terus Dareena menangis tersedu-sedan. Dia duduk mencangkung sambil wajahnya dihala ke bawah.
Dia penat! Kenapa semua benda ni boleh terjadi? Kenapa Aayan fikir dia curang? Apa bukti yang dia ada? Siapa beritahu dia fakta mengarut itu?
Dan kenapa...
Rihana. Kenapa kau orangnya? Apa motif kau?
"Kenapa kau sanggup kahwin dengan dia sedangkan kau tahu aku cintakan dia." Dareena terus menutup mukanya.
'Ya Allah! Tolong, aku dah penat.'
Dareena terus menangis di situ. Dia sudah tidak kisah jika ada orang mahu melihatnya sekalipun. Yang penting hati dan perasaannya. Dia menyandarkan kepalanya di situ sambil menenangkan hatinya yang sudah rapuh. Tidak lama kemudian, Dareena terlelap sambil air matanya masih tersisa di pipinya.
Pity her (。•́︿•̀。) Hope that Dareena will get her happiness soon <3 Stay tuned for the next chapter!
Share this novel