"And in the middle of my chaos, there was you"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Saya nak awak siasat."
Dareena duduk sambil memeluk tubuh memandang ke arah Joy atau nama sebenarnya Ajim.
Joy merupakan orang kepercayaan Dareena. Kebiasaannya, Dareena akan meminta tolong Joy untuk membuat apa yang disuruh secara senyap seperti apa yang berlaku sewaktu di majlis perkahwinan Aayan dan Rihana. Joy diperintahkan untuk memadam cctv yang berada di hotel dan menolong gadis yang diupah Dareena untuk melakukan kerjanya supaya Dato' Hirman ditangkap.
"Siasat apa?" Soal Joy apabila Dareena menyuruhnya untuk siasat seseorang tetapi tidak diberikan gambar.
"Lelaki yang bernama Emir." Balas Dareena serius.
"Tapi, Emir ramai kat Malaysia ni. Lagipula, Cik Dareena tak bagi gambar kat saya. Macam mana saya nak siasat?" Soal Joy. Dareena menghembus nafasnya.
"Tulah tugas awak. Saya nak awak cari siapa Emir."
"Agak payah Cik Dareena memandangkan saya hanya siasat siapa Emir tanpa Cik Dareena tahu wajah dia, nama penuh dia, di mana dia tinggal atau dia kerja di mana sekalipun." Ujar Joy. Dia bimbang jika dia tidak dapat penuhi permintaan majikannya.
"Saya tahu susah. Tetapi, tolonglah. Gunakan kepakaran yang awak ada untuk cari lelaki yang bernama Emir." Rayu Dareena. Riak wajahnya berubah. Matanya dikerdipkan beberapa kali bagi memancing semangat Joy.
Joy yang melihat raut wajah itu mula mengalihkan pandangannya. Dia dapat rasakan pipinya mula merah.
'Nasib kaulah Joy dapat majikan cantik macam Cik Dareena.'
"Joy."
"Baik Cik Dareena. Saya usahakan." Balas Joy sambil mengukirkan senyuman tenangnya walhal dalam hati sudah tidak keruan hanya kerana melihat raut wajah itu.
"Thank you Joy! Saya tahu saya boleh harapkan awak." Balas Dareena girang. Dalam hatinya, dia bersalah kerana mengumpan Joy.
"Tapi..."
"Ya?"
"Ada apa-apa yang boleh Cik Dareena bagi sebagai petunjuk?" Soal Joy. Dareena berfikir sejenak.
"Tak ada."
Joy mengeluh hampa. Nampaknya, misi kali ini akan menjadi misi yang paling mencabar.
"Sekejap!"
Joy mengangkat sebelah keningnya.
"Saya ingat. Kat hotel."
"Hotel?"
"Waktu majlis tu, Pak Wahab kata dia datang majlis tu dalam keadaan pakaian dia yang lusuh. Langsung tak nampak macam orang kenamaan." Balas Dareena bersungguh.
"Mungkin dia dari kalangan bawahan?" Sambung Joy menginginkan kepastian.
"Saya pun rasa macam tu. Lagipun, awak tak rasa pelik ke? Macam mana Emir boleh dijemput kat majlis tu?" Dareena mengutarakan soalannya yang selalu bermain di fikiran.
"Ya tak ya juga. Dato' yang jemput? Atau mungkin pengantin sendiri yang jemput?" Joy mengeluarkan spekulasinya.
"Saya tak rasa Dato' yang jemput. Kenalan Dato' Johari bukan biasa-biasa." Balas Dareena seraya berfikir.
"Kalau bukan Dato', mesti pangantin." Sambung Joy. Dareena mula terdiam.
"Pengantin? Aayan? Rihana?"
"Mungkin salah seorang kenal dengan lelaki bernama Emir yang Cik Dareena maksudkan."
Kata-kata Joy membawa kepada titik penamat. Kenapa dia tidak perasan selama ini?
"Saya nak awak siasat secepat mungkin." Arah Dareena yang mula serius.
Joy mengangguk sebelum dia menunduk hormat di hadapan Dareena. Usai sahaja, Joy terus beredar.
Dareena menghembus nafasnya. Lega apabila dia sudah memberikan tugas itu kepada Joy. Dengan maklumat tadi, kemungkinan dia akan berjumpa dengan Emir secepat yang mungkin.
Suasana dalam restoran mewah 5 bintang itu diperhati. Tidak begitu ramai orang yang makan di situ. Mungkin sahaja makanan di situ terlampau mahal buat mereka. Lihat sahaja menu yang paling murah pun mencecah RM50.
Makanan yang dimakan olehnya dan Joy tadi sudah mencecah RM230. Walaupun begitu, Dareena tidak kisah. Asalkan duit tersebut tidak disalurkan ke arah yang tidak berguna.
Dareena bangun dan segera ke kaunter untuk membuat pembayaran. Habis sahaja, dia terus ke tandas restoran itu. Gincu diambil dari beg tangannya dan dioleskan pada bibirnya. Pantulan wajahnya di cermin besar itu dipandang dengan puas hati.
Baru sahaja Dareena ingin menolak pintu tandas tersebut, dia terdengar sesuatu.
"Kenapa call akak ni?"
Dareena terhenti. Suara itu diamati dalam diam.
"Kan akak cakap nanti akak bagi duit."
Dareena menolak sedikit pintu tandas itu. Tubuh belakang wanita itu dipandang.
Serta-merta Dareena menghembus nafasnya kasar. Macam la dia tidak kenal tubuh belakang wanita ini.
"Rihana."
Rihana yang sedang berbual dengan seseorang di dalam talian itu tidak perasaan akan kehadiran Dareena.
"Boleh tak jangan desak akak. Nanti akak pergi rumah lama kita hujung minggu ni. Akak bagi duit. Okay?"
Dareena yang mendengar naik hairan.
'Duit apa ni?'
"Ya. Akak janji. Dia dah bagi duit tu ke akak lepas akak kahwin dengan Aayan. Kan akak dah beritahu?"
Dareena merasakan jantungnya terus berhenti berdegup. Matanya bulat memandang belakang Rihana yang masih belum sedar akan kehadirannya di situ.
"Okay. Hujung minggu ni akak datang sana. Jaga diri. Tengokkan umi. Assalamualaikum."
Rihana terus menutup panggilan. Dadanya diusap perlahan. Dia di restoran ini kerana Dato' Johari Karl yang mengajak mereka sekeluarga untuk makan malam. Elok sahaja menjamu selera, tiba-tiba sahaja dia mendapat panggilan dari adiknya di pusat asuhan anak yatim tempat tinggalnya dulu.
"Lega?"
Rihana terus terdiam. Urutan di dadanya turut terhenti. Suara tu. Perlahan dia menoleh ke belakang.
"Da-Da-Daree-Dareena."
Rihana sudah berpeluh. Bibirnya mula bergetar. Raut wajah Dareena sudah lain. Pasti dia sudah dengar semuanya!
"Buat apa kat sini?" Soal Rihana sambil cuba mengorak senyuman. Dalam hatinya, mahu sahaja dia menampar mulutnya sendiri gara-gara bertanyakan soalan begitu.
"Heh! Kau nak sorok apa sebenarnya?" Soal Dareena. Perlahan dia berjalan menghampiri Rihana sehinggakan Rihana terpaksa ke belakang juga.
"So-sorok apa? Aku tak fah--"
"Kau tak faham?! Masih cuba nak berdalih? Bagitau sekarang! Apa semua ni?" Bahu Rihana dicengkam kasar. Matanya sudah tajam menikam anak mata Rihana.
Rihana dibayar untuk berkahwin dengan Aayan?!
"Dareena." Pautan dilepaskan. Rihana memandang Dareena yang sudah mula menunjukkan tanda amukannya.
"Apa yang kau dengar tadi...sebenarnya..." Rihana meneguk liurnya. Jujur, dia tidak mahu ini yang terjadi!
"Kau dibayar?"
Diam.
"Aku tanya kau ni. Kau dibayar untuk berkahwin dengan Aayan. Betul ke?" Dareena terus menyoal. Kesabarannya kian tipis.
Namun, Rihana hanya diam. Wajahnya ditundukkan. Air matanya mula turun.
"Tak sangka kau orang yang macam ni kan?!" Dareena sudah mula amuk. Bahu Rihana digoncang bagi memudahkan Dareena untuk melihat Rihana.
"Kenapa? Kau nak bagitahu Aayan pasal ni?" Rihana menyoal sambil melihat wajah bersih Dareena.
"Apa?"
"Kau reka cerita macam ni supaya kau boleh letakkan salah tu pada aku. Macam tu ke?"
Dareena mula mengundur setapak. Raut Rihana kelihatan tenang.
"Apa kau merepek ni? Sejak bila aku reka cerita! Lagipun, semua ni terjadi semua berpunca dari kau!" Amuk Dareena. Geram pula apabila Rihana pula yang mahu menyalahkan dia.
"Berpunca dari aku? Yakin ke? Kalau kau tak pergi luar negara atas sebab kau 'belajar', semua ni takkan jadi." Balas Rihana.
"Hey! Pahal kau ni?! Tetiba tuduh aku buat benda tak elok ke kat sana?!" Dareena sudah mencerlungkan matanya ke Rihana.
"See? Aku tak cakap pun kau pergi sana buat benda tak elok." Rihana memulangkan paku keras kepada Dareena.
PANG!
Pipi Rihana dipegang lembut. Matanya mula bergenang dengan air mata tetapi dia perlu bertahan.
Dareena sudah menggenggam penumbuk. Giginya sudah mula berlaga sesama sendiri. Tidak sangka ayat itu boleh keluar dari mulut Rihana. Walaupun, dia benci akan Rihana gara-gara berkahwin dengan Aayan tetapi dia dapat rasakan sekarang kebenciannya terhadap perempuan bernama Rihana Namira semakin bertambah. Hatinya mula membengkak.
"Sekali lagi, kau cakap aku buat benda tak elok kat sana..."
"Kenapa? Kau nak buat apa?" Soal Rihana dengan berani sambil menatap anak mata berapi Dareena.
"Dengar Dareena. Aku nak ingatkan sekali lagi. Kalau kau tak pergi luar negara, semua ni takkan jadi. Aayan takkan kahwin dengan aku. Semua ni salah kau!"
"Tapi...bagus juga Aayan jadi suami aku. Baru aku tahu kenapa kau suka dia." Rihana menambah perisa di dalam ayatnya.
Dada Dareena mula berombak laju mendengar kata-kata Rihana yang sememangnya menyakitkan hati dia. Sekarang ni, apa? Rihana seolah-olah membangkitkan ego dan kemarahannya. Tangannya digenggam.
"Kau." Dareena mula menapak perlahan mendekati Rihana semula sebelum dia mencekik leher Rihana.
Buat seketika, suasana di restoran itu mula kecoh. Beberapa pelayan cuba untuk meleraikan mereka.
"Kau cabar aku ke?!! Kau dengar sini baik-baik! Mulai saat ni, aku akan rebut Aayan dari kau!" Usai sahaja, Dareena terus melepaskan Rihana secara kasar. Rihana terbaring di situ sambil mengurut lehernya yang terselindung dengan tudungnya.
"Sekali kau cabar aku, aku akan buat la!" Balas Dareena seraya melangkah pergi dari restoran itu dengan penuh benci.
Rihana mengambil nafasnya sebelum dia mula memandang belakang Dareena yang sudah pergi. Tidak lama kemudian, dia mula tersenyum. Dia tahu, satu-satunya jalan untuk lepas dari genggaman si 'dia', Rihana perlu membuat Dareena bertindak.
"Aku harapkan kau Dareena."
Done for this chapter! Stay tuned <333
Share this novel