Bab 13 - Terbongkar

Romance Series 23385

Di sebuah hotel bertaraf lima bintang tempat Tengku Faiq Danial menginap.Di dalam bilik mandi kedengaran bunyi air yang mencurah -curah ke badan Tengku Faiq Danial.

5 minit kemudian curahan air itu terhenti dan pintu bilik mandi di hotel bertaraf lima bintang itu dikuak dari dalam.

Tengku Faiq Danial berjalan menuju ke arah cermin berhadapan meja solek di hotel itu.Ditenung wajahnya di cermin itu sambil mengukirkan senyum senget tatkala melihat tubuh badannya yang tegap yang hanya dibaluti kain tuala sahaja pada ketika itu menampakkan lagi otot ototnya yang melekat di tubuhnya dan wajahnya yang sangat kacak ,putih melepak.

Haish handsome jugak aku ni kalau tak terpikat lagi tak tau la,Merdhina ,Merdhina sungguh ku merinduimu ,gumam dia di hadapan cermin.

Setelah itu dia mula mendapat kan baju kemejanya di dalam almari dan mula menyarungkan ke badan .

Seketika kemudian setelah dia lengkap berbaju ,pintu bilik hotelnya di ketuk sesorang mungkin pembantunya yang bersama -samanya datang ke sini

Dia mula berjalan ke arah pintu dan membukanya,sebaik sahaja pintu dibuka dapat dilihat pembantu nya sudah bersedia untuk mesyuarat yang akan diadakan bersama client mereka sebentar lagi.

"Tengku ,saya rasa kita dah boleh bergerak ke tempat tu sekarang"kata Zafar selaku pembantu Tengku Faiq

"okay tunggu jap saya ambil barang saya "

Faiq terus mengambil barang -barang nya dan keluar dari bilik hotel itu diiringi oleh Zafar

Zafar mula menerangkan butir -butir topik yang akan dibahaskan mereka ketika mesyuarat nanti

Tengku Faiq Danial mendengar butir -butir itu dengan teliti agar tidak berlaku apa -apa masalah sebetar lagi
Dia perlu menyelesaikan masalah kerja di sini dan terus bergegas pulang ke Malaysia semula.
Hatinya sudah terlalu merindui bakal isterinya itu.

Tengku Merdhina Adelia baru sahaja selesai
bersarapan terus sahaja keluar dari rumahnya setelah mendapat panggilan telefon daripada Syakir penyiasat persendirian yang diupahnya untuk menyiasat tentang kecurangan Dayang isteri kepada abangnya

10 minit yang lalu~~~

"Hello Tengku boleh kita jumpa ,saya dah berjaya kumpulkan semua maklumat yang Tengku perlukan"kata Syakir sebaik sahaja panggilan telefon nya dijawab Tengku Merdhina

"Baiklah ,saya akan jumpa awak kejap lagi dalam pukul 11 macamtu kita jumpa dekat Cafe baru ni okay"balas Tengku Merdhina Adelia

"Baik lah kita jumpa kat sana bye Tengku"

"baiklah"

Selepas mendapat panggilan itu ,terus sahaja Tengkuu Merdhina Adelia berlari menuju ke biliknya untuk mendapatkan Kunci kereta dan menyarungkan tudung bawal di kepalanya juga mengambil beg tangannya.

Dia pun menuruni anak tangga dan terserempak dengan abangnya dan Dayang yang ingin naik ke bilik mereka.Sempat abangnya bertanya tapi Merdhina hanya berbohong bahawa dia ingin berjumpa kawan

"haa Dhina nak pergi mana ni "tanya Tengku Farif

Dayang di sebelah hanya diam membisu

"Dhina nak pergi jumpa kawan jap ada urusan"

"ouh hati -hati bawak kereta tu"pesan Farif

"okay bang Dhina pergi dulu"sambil dia menyalami tangan abangnya.

Sempat Merdhina menarik tangan Dayang selepas abangnya berlalu ke tingkat atas .Ada perkara yang Merdhina bisikan ke telinga Dayang membuatkan wanita itu terpinga-pinga.

Merdhina terus berlalu meninggalkan Dayang di situ manakala Farif sudah pun masuk ke dalam bilik.

Wajah Dayang berubah menjadi cuak sambil di menaiki anak tangga ,langkahnya serasa sangat lemah pada ketika itu.

Sampai di pintu biliknya dia berasa teragak-agak untuk masuk,takut pulak si Farif tu perasan dengan perubahan riak wajahnya.Tapi dia tetap melangkah masuk walaupun terasa berat kakinya.

Pintu bilik di kuak dan dia melihat suami nya sedang tekun mengadap laptop di satu sudut.Pada hari ini Farif tidak ke pejabat sebab hari cuti jadi dia hanya akan berada di biliknya.

Farif mula perasan dengan kelakuan Dayang yang masih lagi berdiri di hadapan pintu bilik tanpa berganjak dan termenung

Farif mula memanggil Dayang

"awak tu dah kenapa duduk dekat depan pintu macam anak patung"ujar Farif

Dayang tersentak dari lamunan nya dan mula berlagak selamba

"mana ada saya macam anak patung"

"Takdelah yang awak duk tercegat mengelamun sorang -sorang dekat depan pintu tu dah kenapa "ujar Farif

"Takde pape lah ,erm abang saya nak keluar jap lagi nak pergi shopping mall dengan kawan"pinta Dayang

"erm pergilah "

Dayang masih lagi berada gundah gulana

Lebih kurang 40 minit Tengku Merdhina Adelia memandu menuju ke Cafe tempat dia d an Syakir akan berjumpa .

Dia mula keluar dari perut kereta apabila enjin keretanya dimatikan.

Dia mula berjalan masuk ke dalam Cafe itu dan mencari kelibat Syakir.Dapat dilihat di satu sudut Syakir melambai ke arahnya.

Dia terus menuju ke arah itu dan melabuhkan punggungnnya di kerusi Cafe itu.
Dia yang sudah tidak sabar terus sahaja meminta Syakir untuk menunjukkan bukti yang ditemuinya.

Terus sahaja Syakir mengeluarkan gambar -gamnar dari sebuah sampul.Terbeliak biji mata Tengku Merdhina Adelia ketika itu.Hatinya menjerit sakit hati dengan perbuatan Dayang

Syakir mula bersuara

"Tengku , saya dah siasat dia mula bermain cinta di belakang Tengku Farif dah lama dalam lingkungan 2 tahun lebih macamtu"terang Syakir

"Terima Kasih Syakir,ni upah awak"sambil tangannya menyerahkan sekeping cek bernilai 10 ribu kepada Syakir jumlah ini terlalu sikit untuk Tengku Merdhina Adelia

"Terima Kasih Tengku "ucap Syakir

"Baiklah kalau macamtu saya balik dulu "pinta Tengku Merdhina Adelia..

"Baik , kalau Tengku memerlukan khidmat saya terus sahaja menghubungi saya Tengku saya bersedia untuk membantu"ucap Syakir sebelum Tengku Merdhina Adelia berlalu pergi

"Baiklah jumpa lagi"

Tengku Merdhina Adelia terus berlalu pergi bersama bukti-bukti yang di genggam di tangan ..

Kereta yang di pandu Tengku Merdhina Adelia terus sahaja memejut laju di tengah highway itu.Dia seolah-olah mahu terus terbang ke rumah nya

Seketika kemudian dia teringat akan Tengku Faiq Danial laju sahaja tangannya mencapai telefon bimbit untuk menghubungi jejaka itu tapi panggilan tidak dijawab.

Dia berfikir mungkin dia tengah sibuk Kut , nanti nanti la call fokus aku sekarang ni hanya pada abang aku sahaja ,gumam Merdhina

Apa agaknya abang aku akan buat kalau dia tahu hah, mesti dia mengamuk gila harap la dia berfikir dengan waras kalau marah sekalipun, terdetik juga persoalan itu di minda Tengku Merdhina Adelia

Naik gerun dia kalau abangnya mengamuk besar nanti uishh takut betul...

Dia terus sahaja memandu pulang ke rumah...

bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience