Bab 20-Nikah

Romance Series 23385

Hari berganti hari ,Pada pagi ini Tengku Merdhina Adelia dan Tengku Faiq Danial akan dihijabkan kabulkan sebagai pasangan suami isteri...

Tengku Merdhina Adelia duduk termenung di hadapan meja solek dia...pada hari yang bahagia ini tanpa kedua ibubapa nya terasa sungguh kosong namun majlis ini perlu diteruskan juga dek kerana segala persiapan telah dibuat dan ramai orang kenamaan telah dijemput..Jika diikutkan mahu sahaja dia menangguhkan majlis ini tapi disebabkan keluarga dia dan Faiq adalah orang kenamaan terpaksa juga majlis diteruskan.

Pada ketika itu jurusolek sedang merias wajahnya untuk majlis akad nikah pada jam 10 pagi nanti. di rumah banglo Tengku Merdhina.. dan majlis persandingan akan dilakukan pada malam hari ....di sebuah hotel..

Dia duduk di atas kerusi sedang matanya tumpu ke arah cermin..Dia memandang sahaja wajahnya yang sudah dirias oleh jurusolek profesional...wajahnya yang pucat sudah bertukar manis dan jelita...

Kakaknya Tengku Merina masuk ke dalam biliknya itu..

"Dik ,dah siap ke "tanya Tengku Merina

Tengku Merdhina hanya memberikan senyuman manis

Tengku Merina juga tersenyum apabila melihat adiknya kini sudah mulai senyum sejak kematian mommy dan daddy seminggu yang lalu

"kalau dah siap make up ,boleh lah tukar baju akad nikah lagi sejam jer lagi ni"ujar Tengku Merina kepada adiknya

"okay kak ".

Tengku Merdhina terus berdiri dan mendapatkan baju akad nikah yang direka khas untuk dirinya pada majlis akad nikah ini..baju itu sungguh cantik dengan taburan manik yang tidak terlalu banyak. dan baju kurung moden yang berwarna putih cerah dipadankan pula dengan tudung bersarung veil yang meleret melepasi pinggang Tengku Merdhina Adelia...Lebih Anggung lagi bersama heels kaca yang diperbuat daripada kaca ditempah dari luar negara ala -ala Cinderella giyuew...

Baju kurung disarung ke badan dan juru rias sekali lagi mula melakukan kerja mereka ...Mereka mula menyarungkan tudung ke kepala Tengku Merdhina bersertakan veil yang panjang melepasi pinggang Tengku Merdhina..

Tengku Merdhina kelihatan sungguh cantik menawan pada ketika itu....

Tengku Faiq sudah tiba di halaman rumah Tengku Merdhina Adelia...dia juga tidak kurang segaknya dengan baju Melayu putih bersertakan sampin juga alatan yang lain tersusun di pinggang..

Dia agak gementar pada ketika itu ...untungla sepupunya Tengku Farif telah mengajarkan dia beberapa cara untuk dia menghilang rasa gugup.... perlahan -lahan pintu kereta Velfire milik nya dibuka dan dia turun diiringi adiknya Tengku Khalisa...Pada kali ini Tengku Farif datang bersama pemandunya tatkala hari ini dia bergelar raja sehari malas dia mahu memandu sendiri

Tengku Khalisa hanya tersenyum melihat wajah berseri-seri abangnya itu.....Dia mahu menangis sebenarnya tapi ditahan kan sahaja.

Almaklumlah lepas ni kena berkongsi kasih dengan kakak ipar haish..

Tengku Faiq mula melangkah kan kaki ke dalam rumah...Tengku Farif yang sudah menunggu nya di hadapan pintu Segera mendapat kan dia ...

Sempat Tengku Farif mengerling ke arah Tengku Khalisa ... sungguh cantik Tengku Khalisa pada ketika itu.. Begitu juga dengan Tengku Khalisa jantung dia berdegup kencang apabila dia dan Tengku Farif bertentangan mata..

Tengku Faiq yang dari tadi memerhatikan sahaja mereka berdua yang sedang bertentangan mata..Dia mula berdehem untuk menyedarkan dua orang yang berada di depan dia tu...naik geli dia melihat aksi masing-masing bak seperti Romeo dan Juliet pandangan pertama

"ehem ehem "

Tengku Farif dan Tengku Khalisa tersentak segera mereka melarikan pandangan

"Kalau yer pun nak berdrama tunggulah aku sah dulu dengan adik kau tu Farif lepastu kau pulak la halal kan adik aku ,lepastu nak tenung lama-lama pun aku dah tak kisah"ujar Tengku Farif seakan mengusik

wajah Tengku Farif dan Tengku Khalisa sudah merona merah masa tu

Tengku Khalisa mencubit abang dengan sekuat hati menyebabkan Tengku Faiq mengerang kesakitan

"abang "marah Tengku Khalisa

"Dah jom masuk tok kadi dah sampai ,nak kawin tak"laung Dr Zakwan yang dari tadi memerhatikan sahaja gelagat mereka

Tengku Faiq mula mempercepatkan langkahnya masuk ke dalam rumah ... diiringi oleh Farif dan adiknya Khalisa...

Di dalam rumah banglo itu dia duduk bersila berhadapan dengan Tok Kadi berwalikan Tengku Farif....agak gugup dia ketika itu namun dia cuba bertenang..

Tidak lama kemudian muncul Tengku Merdhina yang sedang menuruni anak tangga dipimpin oleh Kakaknya Tengku Merina..

Terbuka rahang Tengku Faiq ketika itu melihat kejelitaan bakal isterinya itu..

Tengku Merdhina akhirnya tiba di pelamin ,dia duduk di atas pelamin itu sambil memandang tepat ke arahnya...Wanita itu cuba mengukir senyuman ke arah dirinya..dia membalas senyuman itu dan mula mengadap tok kadi

Tok kadi akhirnya memulakan acara hijapkabul

"Aku Terima Nikahnya ,Nur Merdhina Adelia binti Fadhil dengan mas kawin 100000 ribu ringgit tunai "ujar Tengku Faiq lantang

Hanya dengan sekali lafaz akhirnya dia sudah sah memperisterikan Tengku Merdhina Adelia...dia mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga begitu juga dengan Tengku Merdhina

Tengku Faiq mula mendekati isterinya yang berada di atas pelamin untuk menyarungkan cincin nikah mereka.. disaksikan oleh saudara mara pada ya g turut serta dalam majlis itu...

Cincin berlian disarungkan ke jari manis isterinya itu...

Tengku Merdhina hanya tersenyum dan menyalami tangan insan yang bernama Tengku Faiq Danial kini sudah menjadi sebahagian daripada jiwa dan raganya

Tengku Faiq kini sudah berada di samping Tengku Merdhina di atas pelamin ....jurugambar yang bertanggungjawab dalam merakamkan setiap moment manis dalam majlis itu tidak lepas dari tidak mengfotokan sekeping gambar pun...

Majlis akad nikah berakhir kira -kira jam 12 tengahari selepas tetamu mula beransur pulang kini tinggal majlis persandingan pada malam ini yang akan berlangsung di sebuah hotel

Tengku Merdhina yang kepenatan melabuhkan punggungnya di atas sofa setelah tetamu beransur balik..kini hanya tinggal abang ,kakak abang iparnya ,suaminya dan adik iparnya di rumah Banglo itu bersama pembantu rumah

Tengku Faiq mendapat kan isterinya yang sedang asyik dengan dunia sendiri..

Sejujurnya dia masih malu namun bila difikirkan balik Merdhina sudah sah menjadi isterinya

"Sayang ,buat apa tu"sambil dia melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya dengan tidak semena-mena nya tangan dia merangkul lembut pinggang isterinya itu

Tengku Merdhina Adelia agak terkedu namun dibiarkan saja kelakuan suaminya itu bukan dosa pun.

"Takde buat apa -apa pun ,penat sikit jer "ujar Tengku Merdhina lbut tangannya menyampuk pelukan suaminya itu

Tengku Faiq hanya tersenyum

Tanpa disangka ada mata yang memerhati gelagat mereka dari arah belakang

"Kalau yer pun nak bermanja masuklah bilik kunci terus pun takpe "seloroh Tengku Farif

Wajah kedua mempelai sudah merona merah dengan usikan itu

"kacau betul la kau ni "ujar Tengku Faiq baru nak bermanja dengan isteri ada jer nak mengacau

"haa Dhina lepas ni boleh la bagi Qhaleira teman bermain "sekali lagi Tengku Farif mengusik adiknya itu

"apa benda la abang ni"malu Sungguh dia ketika itu

"hahhahahahan betul LA syian Leira takde kawan

Tengku Faiq hanya tersenyum ..why not sayang kalau kita bagi Leira teman bermain

Dia membisikkan ke telinga isterinya itu

Tengku Merdhina mengjenggilkan mata membuatkan Tengku Faiq naik geram dengan aksi isterinya itu.. kalau bukan ada majlis lagi malam ni dah lama dia rasmi kan isterinya itu

"Dahla rehat dulu malam ni ada majlis lagi "ujar Tengku Merdhina

"yer lah"

"lepastu kita fikirkan cadangan itu "Tengku Merdhina terus bangun dari sofa dan menaiki anak tangga rumahnya

Tengku Faiq sudah tersenyum nakal
Dia mengambil langkah mengejar isterinya yang sedang menaiki anak tangga menuju ke bilik mereka...

Tengku Merdhina mula mempercepatkan langkahnya masuk ke dalam bilik itu...Tengku Faiq memberikan senyum nakal kepada isterinya yang berada di hadapan meja solek

"kenapa abang pandang Dhina macam tu ,"tanya Merdhina walaupun dia dapat mengagak apa yang berada di kepala suaminya itu

"Takdelah saje nak pandang tubuh sayang ,muka sayang tengah fikir nak terkam yang mana dulu malam ni"ujar Tengku Faiq nakal

Tengku Merdhina Adelia menelan air liur ,namun dia pasrah sekiranya untuk suaminya itu

"yer lah bang fikir -fikirkan "Tengku Merdhina terus berlalu masuk ke dalam bilik air

Tawa meletus di mulut Tengku Faiq...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience