Bab 10-Curang

Romance Series 23385

Matanya seolah olah tidak mahu memandang ke arah lain apabila melihat wanita itu begitu mesra berpegangan tangan dengan lelaki lain sedangkan dia adalah isteri orang, isteri kepada abangnya Farif.

Sungguh Merdhina tidak sangka kakak iparnya sanggup menduakan abangnya sedangkan abangnya telah memberikan segala kasih sayang , kesenangan kepada dia.

Darah dia semakin menggelegak apabila mereka berani bercumbu di tempat awam walaupun ianya hanyalah sekadar ciuman di pipi namun itu sungguh memalukan sebagai isteri dan umat Islam.Tidak lama selepas itu kelibat 2 orang itu sudah hilang dari pandangannya

Faiq baru sahaja selesai memberi pesanan kepada pelayan mula berpaling ke arah Merdhina.Dia berasa pelik apabila riak wajah Merdhina begitu bengis menahan marah sambil matanya tertumpu ke luar restoran itu .

Faiq mula memanggil nama Merdhina tapi tiada sahutan . Akhirnya dia memetikkan jarinya ke arah muka Merdhina barulah wanita itu sedar dari lamunan.

"Kenapa muka macam tu ,takkan tak puas hati lagi pasal tak boleh tengok wayang "tanya Faiq

"eh tak lah "Merdhina menafikan

"habis tu kenapa duk tenung jer kat luar restoran tu ,abang tengok macam takde pape pun"tanya Faiq sedikit bingung

"takde pape lah bang saje jer tengok kat luar tu"Merdhina cuba mengelak tidak mahu dia menceritakan apa -apapun masalah tadi selagi dia tidak menemui bukti yang kukuh

"betul ni takde pape"sekali lagi Faiq bertanya untuk mendapatkan kepastian

"yer bang "

"okay"

Tidak lama selepas itu makanan yang dipesan Faiq tiba ,pelayan menghidangkan makanan dia atas meja makan milik Faiq dan Merdhina lalu dia berlalu pergi

"okay dah jom makan sayang"ajak Faiq

Merdhina hanya mengangguk sedang fikirannya melayang entah ke mana ,terus terbantut selera dia.

Hatinya begitu berkecamuk apabila terkenangkan peristiwa tadi.Sungguh sakit hatinya apabila orang yang disayanginya diduakan oleh wanita yang betul-betul dia sayangi.

Terus sahaja dia menyuakan makanannya ke dalam mulut tanpa selera,dia tidak mahu Faiq sedar akan perubahan sikapnya ketika itu....jenuh dia nak menjawab pertanyaan dari lelaki itu nanti.

Seusai mereka berdua makan Faiq mengajak Merdhina untuk membeli sedikit barang hantaran mereka dan Merdhina hanya bersetuju kerana mereka berdua masih belum membeli apa -apa pun lagi.Tambahan pula mommy dan daddy nya juga sudah beberapa kali bertanya kan hal itu..

Pemilihan barang hantaran yang ingin mereka beli berjalan dengan lancar , mereka berjaya mencapai kata sepakat ...

Agak banyak barang yang mereka beli pada hari itu ...

Setelah selesai membeli mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah dek kerana jam sudah menunjukkan pukul 5 petang..

Mereka bercadang untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai membeli belah

Di dalam kereta sekali lagi Merdhina mengelamun dan Faiq mula menyedari perubahan sikap Merdhina.

"Sayang kenapa ni dari tadi lagi abang tengok duk mengelamun ada masalah ke "tanya Faiq

"erm takdelah ,"bohong Merdhina

"Ye ke takde , kalau ada masalah share la dengan abang mana tau abang boleh tolong ke"

"ermm ,bang Dhina nak minta tolong boleh"

"apa dia "

"tolong cari penyiasat persendirian boleh tak ,Dhina nak siasat seseorang lah"

"hah sape "tanya Faiq ingin tahu

"Dhina tak boleh bagitau lagi ,tapi abang jangan bagitau sape ii tau pasal benda ni"

"yer lah nanti abang cari kan penyiasat persendirian tu okay"

"okay tq bang"

Faiq sedikit pelik namun dia pendam sahaja tidak mahu dia terlalu memaksa Merdhina untuk menceritakan kepadanya selagi wanita itu belum bersedia

Faiq menghantar Merdhina pulang ke rumah dengan selamat.Dia terus pulang ke rumahnya selepas menghantar Merdhina pulang sebentar tadi.

Merdhina terus masuk ke dalam bilik nya sebaik sahaja sampai di rumah.Dia merasa mahu sahaja menceritakan segalanya kepada abangnya namun ditahankan rasa itu sebelum dia menemui bukti yang kukuh.

Untuk menenangkan hatinya pada ketika ini dia membuat keputusan untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat Asar.

Dia mula menanggalkan tudung bawal yang masih bersarung di kepala nya .Setiap pin yang dipinkan di tudung di cabut perlahan agar tidak mencederakan tangannya.

Dia mula menyalin pakaiannya kepada kain batik dan baju t-shirt.

Selepas itu dia menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk....

Seusai menunaikan solat Asar ,dia mula turun ke bawah menuju ke dapur .Ketika dia ingin menuruni anak tangga dia terserempak dengan Dayang yang baru balik dari shopping ataupun lebih tepat pergi buat maksiat.

Matanya melirik ke arah Dayang yang telah melepasi nya menaiki anak tangga menuju ke atas.Dengan pakaian yang menjolok matanya langsung tidak ada perasaan malu .

Nasib baiklah ,rumah ni ada pembantu boleh tengok kan anaknya yang semakin membesar . Kalau tak entah mana diletaknya budak itu semata mata dia inginkan kebebasan sebagai wanita .

Dia terus menuruni anak tangga menuju ke dapur untuk membantu pembantu rumah menyediakan makan malam..

Jam menunjukkan pukul 9 malam ,Faiq baru sahaja selesai bermain gym.Tiba -tiba deringan telefon miliknya berbunyi dan tertera nama adiknya Khalisa .

Bibirnya menguntum senyuman apabila suara manja Adiknya menerpa di hujung talian.

"Assalamualaikum abang ,buat apa tu"tanya Khalisa dengan nada manja

"baru habis main gym ,ni ada apa call abang malam -malam ni"

"takdelah saje jer rindu nak dengar suara abang"

"ye la tu,ouh btw abang ada benda nak cakap"

"apa dia abang,nak kawin ke tu"Khalisa cuba menebak dan tak sangka betul

"ye abang nak kawin hujung tahun ni"

"what serious la bang"Khalisa seakan tak percaya

"yer lah"

"Dengan sapa "tanya Khalisa

"Dengan anak Paklong Merdhina Adelia"

"what "suara Khalisa sedikit menjerit membuat dengan spontan Faiq menjarakkan gagang telefon dari telinganya..

"Yer kenapa tak caye"

"biar betul bang Merdhina yang amat memang dah cinta sangat tu sampai tak couple dengan sape ii pun"Dia agak terkejut dalam masa yang sama gembira kerana Merdhina bakal menjadi kakak iparnya walaupun dia lagi tua dari Merdhina

"haaa aa nak buat macamana kalau dah jodoh takkan kemana tak gitu"sedikit bangga kedengaran suara Faiq

"haa ye lah bang congrate ,"

"okay lah bye nak tidur dah ngantuk ni bye love you abang"ucap Khalisa

"night sweet dream dear"

Talian telefon dimatikan dan Faiq mula menuju ke biliknya untuk berehat... penat sungguh bermain gym tapi apakan daya kalau dah nak body maintain cantik....

Bersambung

comment jer

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience