Bab 14 -mengamuk

Romance Series 23385

Tidak lama selepas itu, kereta Mercedez benz milik Merdhina Adelia telah masuk ke dalam garaj kereta.Enjin kereta dimatikan dan dia berjalan keluar dari perut kereta.

Langkah nya terus sahaja dihala ke dalam rumah itu.

Hatinya sudah tidak sabar untuk membongkarkan segala kecurangan Dayang kepada abangnya.

Kakinya laju menaiki anak tangga menuju ke bilik abangnya Tengku Farif .Tiba di hadapan pintu bilik dia mengetuk pintu bilik abangnya itu.

Selepas beberapa saat pintu bilik abangnya dibuka

Muncul wajah abangnya di hadapan pintu itu dengan penuh kehairanan

"Ada apa ni dik ,"tanya Tengku Farif kehairanan

"bang Dhina ada benda nak cakap lah"ujar Merdhina tidak sabar

"ermm masuklah dulu"

Tengku Merdhina Adelia terus masuk ke dalam bilik Tengku Farif dan melabuhkan punggungnya di atas katil bersaiz King itu.Dapat dilihat anak buahnya Qhaleira sedang nyenyak tidur manakala Tidak melihat kelibat Dayang di situ

Tengku Farif pula berada di sampingnya menanti bicara dari mulutnya keluar

"cakaplah apa benda nak cakap, bunyi macam serius jer tu"ujar Tengku Farif

Merdhina agak gugup ketika itu entah apa la reaksi abangnya nanti mau mengaum rasanya ...gumam Tengku Merdhina Adelia

Sambil itu tangannya mula mengeluarkan sebuah sampul dan menyerahkan sampul itu kepada. abangnya.

Farif masih lagi terpinga-pinga entah apa yang ada dalam sampul itu sampaikan adiknya seolah olah takut untuk bersuara,dapat dilihat dari riak wajah adiknya yang cuak itu...

Hatinya semakin merasa tertanya tanya dan dia mula membuka sampul surat itu sambil dia mula bertanya

"apa dia ni dik sampai bersampul bagai ni ,hadiah ke "sempat dia berseloroh namun riak wajah adiknya yang tidak berubah itu menyebabkan dahi dia berkerut

Isi di dalam sampul surat itu dibuka dan biji mata dia terbeliak dengan tidak semena-mena nya.
Mengucap panjang dia ketika itu apabila melihat gambar isterinya berpegangan tangan dengan lelaki lain.Bukan itu sahaja malah ada juga gambar mereka bercium di dalam kereta.

Darahnya menggelegak seperti ingin meletus sahaja, wajahnya merah padam menahan amarah yang membara di dalam diri ketika itu

Wajah Tengku Merdhina Adelia terus berubah pucat melihat reaksi abangnya yang seperti harimau lapar dah tu..mula dia bersuara cuba menenangkan abangnya

"abang ,sabar bang kita selesaikan dengan cara elok k"ujar Tengku Merdhina Adelia sedikit gugup

"mana adik dapat semua gambar -gambar ni hah"sedikit keras suara Tengku Farif ketika itu

Tengku Merdhina sedikit tersentak kerana itu pertama kali abangnya bersuara dengan keras terhadapnya.Namun dia faham abangnya tengah marah ketika itu

"adik upah penyiasat persendirian ,lepas adik nampak dia bercium dengan sorang lelaki dekat mall baru -baru ni "sedikit gementar suara Tengku Merdhina Adelia ketika itu

"habis tu kenapa baru sekarang adik bagitau "suara Tengku Farif sedikit lembut ketika ini tidak mahu mengejutkan anaknya yang sedang tidur dan tidak mahu menakutkan adiknya itu yang sudah naik cuak Ketika itu

"tak adik bukan taknak bagi tau cuma Adik takde bukti lagi masa tu that's why i'm just be quiet for a while"terang Tengku Merdhina Adelia

Tengku Farif terus mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi Dayang

"You balik sekarang "tengking Tengku Farif apabila Dayang menjawab panggilan telefon

Mendengar kan suara suaminya yang begitu bengis membuatkan wajah Dayang kembali cuak...Dia dapat mengagak suaminya sudah mengetahui segalanya....

Tengku Farif terus mematikan talian telefon sebelum sempat Dayang berkata -kata...Darahnya memang betul-betul menggelegak ketika itu...

Apa yang aku tak bagi dekat dia selama ni semua kemahuan dia aku turutkan gumam dia di dalam hati... sungguh sakit hatinya ketika itu dia kembali menilik gambar -gambar kecurangan isterinya itu

"dah berapa lama dia buat benda ni Dhina"tanya Tengku Farif

"penyiasat persendirian tu cakap dah 2 tahun lebih "terang Tengku Merdhina Adelia

"2 tahun ni dia tipu aku hidup -hidup kurang ajar punya perempuan "bentak Farif sambil tangannya menghentak meja membuatkan anak perempuannya tersedar dari lena dan menangis

Tengku Merdhina Adelia yang sedar akan perkara itu terus sahaja mendapat kan anak buahnya itu dan mendukungnya namun tangisan anak buahnya itu tak berhenti membuatkan Tengku Farif terus mengambil anaknya dari dukungan adiknya dan mendodoikan anaknya sehingga anaknya lena semula.... itulah yang membanggakan Tengku Merdhina Adelia terhadap abangnya, walaupun marah macamana sekalipun apabila berkenaan dengan anak hatinya terus menjadi sejuk itulah keistimewaan yang tidak banyak untuk kaum bapa dan lelaki

Setelah Qhaleira lena dia meletakkan semula tubuh anaknya di atas katil dengan penuh kasih sayang..... Wajah anaknya ditenung seketika

Tengku Merdhina Adelia meminta izin untuk keluar dari bilik abangnya selepas telefon bimbitnya berbunyi

"abang Dhina keluar dulu Faiq call"

Tengku Farif hanya mengangguk kan kepala

Merdhina terus melangkah keluar dan menuju ke biliknya ....

Panggilan telefon dijawab dan suara Faiq terus menerjah di telinganya

"Assalamualaikum Sayang ada apa call abang tadi ,"tanya Tengku Faiq

"takdelah Dhina just nak bagitau abang dah tau semuanya pasal Dayang "ujar Tengku Merdhina Adelia

"and then what your brother reaction"tanya Faiq ingin tahu

"abang marah sangat sekarang ni dia tengah tunggu Dayang balik and then tak tau la apa nasib perempuan tu nanti "terang Merdhina

"ermm abang pun tak tau nak cakap apa lah biar kan Farif tu selesai kan sendiri kemelut rumah tangga dia lagipun dia dah besar panjang"

"Yer lah bang ,ouh btw abang balik Malaysia bila "tanya Tengku Merdhina Adelia ingin tau

"penerbangan abang pagi esok "

"ouh okay nanti kita jumpa "

"okay bye love you "ujar Faiq

"bye "

Talian telefon terus dimatikan dan Tengku Merdhina bunyi bising di luar biliknya

Dia keluar dari biliknya dan mencari arah mana bunyi itu datang..

Tidak lama selepas itu dia dapat menangkap bunyi itu datang dari arah ruang tamu rupanya Dayang dah balik

Dia terus menuruni anak tangga untuk mendapatkan abangnya dan Dayang.. sungguh dia khawatir abangnya bertindak di luar kawalan

"Kau ni memang jenis tak reti bersyukur ke hah "tengking Tengku Farif kepada Dayang

Wanita itu sudah mula menitiskan air mata sungguh dia takut untuk bertentangan mata dengan suaminya ketika itu.

Wajah Tengku Farif begitu bengis pada ketika itu

Tengku Merdhina Adelia tidak berani masuk campur cukuplah abangnya sahaja yang menyelesaikan masalah itu

"kenapa kau buat aku macam ni apa yang aku tak bagi dekat kau hah "sekali lagi suara Tengku Farif memecahkan di segenap sudut rumah

Pembantu -pembantu rumah juga menjengah keluar dari arah dapur mereka juga naik gerun dengan suara Tengku Farif ketika itu

"abang saya minta ampun bang tolong maafkan saya ,saya janji takkan buat dah"rayu Dayang ketika itu sambil tangannya memeluk kaki Suaminya

"maaf kau cakap ,kau tau tak 2 tahun ni kau dah tipu aku hidup -hidup"bentak Tengku Farif sekali lagi

Dayang begitu terkejut maklumat yang s
uaminya perolehi cukup lengkap..dia dapat mengagak nasibnya selepas ini

"haa kenapa kau diam ,memang betul kan apa yang aku cakap ni kan"begitu keras suara Tengku Farif ketika itu

Dato' Fadhil dan Datin Fatima yang baru sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah terkejut melihat anak dan menantunya itu di tuan tamu ..Entah apa yang terjadi di antara mereka sampaikan Dayang menangis teresak esak

Dato' Fadhil segera mendapatkan mereka bertiga

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience