Bab 5 -penerimaan

Romance Series 23389

Seusai mereka solat maghrib secara berjemaah berimamkam Faiq.Mereka turun ke bawah untuk makan malam bersama -sama.

Seperti yang telah dijanjikan oleh Merdhina Adelia,dia telah memasak Nasi Beriani kegemaran keluarga nya termasuk Faiq.

Merdhina Adelia mengambil tempat di sebuah kerusi kosong di meja makan yang panjang itu.Faiq pula duduk berhadapan dengan Merdhina Adelia membuatkan Merdhina sedikit segan namun dia cuba berlagak selamba agar tidak menimbulkan kecurigaan orang lain

Dia bingkas bangun dari kerusi nya dan mencapai bekas nasi lalu dicedok ke dalam pinggannya,dia juga mencedok nasi ke dalam pinggan Faiq yang berada di depannya dengan sedikit malu .

Faiq mengucapkan terima kasih kepadanya dengan sebuah manis dilemparkan ke arahnya.Sungguh Merdhina cair dengan senyuman itu.

Merdhinat mula memberikan bekas nasi kepada kakaknya yang berada di sebelah.Dia terus duduk selepas itu.

Mereka mula merasai air tangan Merdhina Adelia itu.Nasi Beriyani yang di masak oleh Merdhina memang sangat lazat .Dato' Fadhil mula memecahkan kesunyian dengan memuji masakan Merdhina itu.

"sedap nasi ni,pandai anak daddy masak"puji Dato' Fadhil

Merdhina mula tersengih -sengih mendengar pujian papanya itu.

Faiq mula menyampuk ,dengan menyambung pujian Paklongnya.

"Betul tu Paklong,sedap sangat untung la sape dapat"puji Faiq sedangkan dia lah yang akan dapat Merdhina Adelia itu

Merdhina Adelia bersuara apabila abang Faiq yang memujinya

"terima kasih abang Faiq ,"

Faiq hanya membalas dengan senyuman

Farif pula cuba nak menyakat Faiq dan Merdhina

"Ye lah kan untung kau Faiq dapat adik aku ni sebagai bini kau"sakat Farif di hadapan keluarga nya

Faiq terus memberikan jelingan tajam ke arah Farif itu.Mulut itu sungguh lancar bila menyakat

Farif hanya menjelirkan lidah apabila renungan tajam dari Faiq tepat ke anak matanya

Seusai mereka makan , manusia yang bernama lelaki terus sahaja melangkahkan kaki keluar menuju ke ruang tamu sementara manusia yang bernama wanita masih sibuk mengemas di dapur.

Mereka melabuhkan punggung di atas sofa empuk berhadapan dengan tv.Sementara itu Faiq meminta izin untuk naik ke bilik dia sebentar.

"Paklong Faiq nak naik bilik kejap"

"haa yelah"

Faiq terus melangkah kan kakinya menuju ke anak tangga rumah banglo itu.Dia masuk ke dalam biliknya dan mendapatkan Kunci keretanya.Dia berhajat ingin pulang ke rumah sebentar lagi,tapi sebelum itu dia ingin berbual -bual dulu dengan paklong nya

Selang beberapa minit,dia sudah pun melabuhkan punggungnya di sebelah Farif.

"paklong Kejap lagi Faiq dah nak balik "ucap Faiq sedikit serba salah

"hah dah nak balik ,"

"yer Paklong esok Faiq kerja so kena balik la malam ni"

belum sempat Dato' Fadhil membalas Farif telahpun melontarkan kata-kata

"Kau tak boleh cuti ke ,kau kan boss apa masalahnya"

"memang la aku boss habis tu kerja aku yang berlambak kat pejabat tu sapa nak urus"

"yer tak yer jugak kan"

"baiklah Faiq paklong pun taknak halang kamu"ujar Dato' Fadhil

"okay lah Faiq pergi dulu paklong ,kirim salam dekat semua orang ,Merdhina pun okay"

"okay insyaallah"

Faiq terus bangun dan menyalami tangan bapa saudaranya dan sepupu nya itu.

Dia terus melangkah keluar menuju ke kereta mewah miliknya .

Merdhina Adelia baru sahaja selesai urusan di dapur menapak ke ruang tamu rumahnya.Matanya melilau mencari kelibat Faiq namun gagal .Dia mendapatkan abangnya yang sedang asyik menonton televisyen.

"bang Faiq mana"tanya Merdhina

"Faiq dah balik "jelas Dato' Fadhil yang memotong ayat Farif

"hah dah balik"Merdhina sedikit hampa

"Merdhina sini jap Daddy ada benda nak cakap"pinta Dato' Fadhil dalam nada tegas

Merdhina terus melabuhkan punggungnya di sebelah Daddynya

"apa yang daddy nak cakap tu macam serius jer"

Datin Fatima pula yang menghampiri mereka dan duduk di sebelah Merdhina

"Merdhina we have something to tell you "Dato' Fadhil

"about what" tanya Merdhina sedikit gemuruh

"Merdhina kena kawin hujung tahun ni" terang Datin Fatima

"what ,are you kidding me daddy ,mommy"

"no kami tak bergurau ,kami serius"

"tapi kenapa Dhina masih terlalu muda dan mentah la untuk tempuh alam tu"

"Dhina muda tak semestinya tak boleh kawin,kami perlukan seseorang untuk melindungi kamu,bukan nya kamu tak tahu keluarga kita ramai musuh yang sangat merbahaya.

Merdhina sudah kelu untuk berkata-kata namun diungkapkan kan juga pertanyaan ini

"dengan sape Dhina akan kawin"sedikit perlahan suara dia

"Faiq kamu akan kawin dengan Faiq "jelas Dato' Fadhil

Farid hanya mendiamkan diri dari tadi tidak mahu dia menyampuk

Merdhina terus mengambil langkah menuju ke biliknya.Dia tidak tahu jawapan apa yang patut diberi.Bukan dia tidak mahu bersuamikan Faiq tapi dia takut dia tidak mampu dengan usia Semuda ini,dia perlukan ruang nya tersendiri untuk berfikir.

bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience